Maaf jika ku tak sempurnaSebagai ibu anak mahupun isteri
Sebagai khalifah mahupun hamba yang Esa
Juga selayaknya seorang wanita
Maaf jika ku tak sempurna
Untuk mencintai dan mengasihi
Untuk mendampingi dan menyayangi
Selayaknya dirimu sebagai suami
Maaf jika ku tak sempurna
Mendidik sang putri dan arjuna
Menghamparkan kasih dan manja
Buat mereka pewaris kita
Maaf jika ku tak sempurna
Inilah diri ku seadanya
Akan ku cuba dan terus mencuba
Menjadi wanita yang perkasa