Home Novelet Komedi/Romantik Komedi Aku bukan ‘Playboy’ Bab 11
Aku bukan ‘Playboy’ Bab 11
masterzaki
28/8/2014 15:04:54
8,262
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 11 - Aishah

Aku bukan ‘Playboy’

Bab 11 - Aishah


Jam tangan ku menunjukkan pukul 8.30 pagi. Aku dah terlewat bangun untuk ke pejabat ni. Lantas aku bingkas bangun dari katil. Kain tuala mandi aku capai dan terus masuk ke bilik mandi.


Lebih kurang 10 minit kemudian aku keluar dari bilik mandi dan pergi ke depan cermin untuk sikat rambut. Ketika itu aku perasan. Handphone ku yang diletakkan di atas meja sebelah cermin ini, ada satu mesej yang baru masuk dan belum ku baca.


Dalam keadaan masih berkain tuala dan belum siap sikat rambut sepenuhnya, aku membaca mesej dalam handphone ku.


Mesej daripada Aty bertulis, “Salam abang. Sorilah pasal malam minggu kelmarin.”


Aku membalas mesej itu, “Wassalam Aty. Dah sihat ke? Nape pengsan haritu?”


Memang selepas kejadian malam minggu kelmarin aku tak mesej atau call Aty. Malas aku nak bertanggungjawab. Nasib dia yang mesej aku hari ini. Dapat juga aku ambil tahu khabar berita dia.


Kemudian Aty membalas mesej, “Aty pengsan sebab tekanan darah rendah. Sori sebab tak bagitau abang awal. Aty memang ade penyakit darah rendah. So bila Aty penat buat keje, biasanya tekanan darah Aty akan menurun. Masa tu kalau tak rehat memang akan pitam atau pengsan. Macam kelmarin tu, penat layan abang dan kawan-kawan abang.”


Hehehehe. Aku tergelak sambil menjawab mesej,”Itu lah Aty jugak yang nak main. Tak berhenti-henti pulak tu. Abang tak paksa pun. Hehehehe.”


Aty menjawab, “Hehehe. OK abang. Sori ye. Nanti kirim salam kat kawan-kawan abang terutama Epol. Tak sempat nak layan dia semalam. Hehehe. Repeat next time ye.”


Aku menjawab ringkas, “Orait.”


Sambil menyikat rambut dan menyiapkan diri memakai pakaian pejabat aku berkata dalam hati, “Giler agaknya budak ni. Dah pengsan macam tu pun ada hati nak repeat. Aku serik dah. Ingat kot mati semalam. Nasib baik dah sedar hari ini.”


Selepas dipastikan aku siap sepenuhnya untuk ke pejabat dan lengkap dengan beg laptop, aku capai kunci kereta. Terus memandu kereta ke pejabat. Perjalanan ke pejabat hari Isnin memang biasanya lebih sesak daripada hari-hari lain.


Aku sampai ke pejabat kurang 15 minit jam 10 pagi. Nasib la pegawai atasan aku tak perasan aku sampai lambat. Aku terus ke ‘workstation’ dan meletakkan beg laptop ku. Kemudian aku ke pantry untuk membancuh Nescafe ‘O’. Minuman rutin ku setiap pagi.


Sambil mengacau air nescafe dalam mug, aku berjalan ke kerusi di ‘workstation’ ku. Baru  nak meneguk minuman dari mug di tangan ku ini, tiba-tiba kedengaran lagu “Soldier of Fortune’ berkumandang dari poket baju ku. Adui, sapa lak call aku pagi-pagi ni.


Panggilan handphone ku terus jawab tanpa melihat ‘caller id’ yang terpapar di skrin handphone. “Assalamualaikum.” Aku memberi salam.


“Waalaikum salam Zul. Ibu ni. Kau kat pejabat ke Zul? Ibu call rumah tak jawab dari semalam lagi.” Kata ibu.


“Ye ibu. Kat ofis ni. Semalam Zul takde kat umah ibu. Ade hal kuar dengan kawan. Ibu bila nak balik?” Tanya aku kepada ibu.


“Ibu mungkin esok atau lusa balik. Hari ini ibu dan bapak kamu masih ada urusan di J.B. nak jumpa client lagi. Mereka nak bawak masuk produk ibu ni ke Singapore pula. Alhamdulillah la kalau berjaya.” Jelas ibu.


“OK la macam tu ibu. Boleh lah bapak beli ‘rest house’ kat Singapore lak lepas ni. Hehehehe. Boleh Zul datang bercuti sana. Senang ada rumah sendiri. Hehehe.” Kata aku menambahkan keceriaan perbualan antara anak dan ibu.


“Takde maknanya nak beli rumah mahal kat sana. Kat J.B. ni dah ade ‘rest house’ cukup lah. Bukan jauh pun J.B. ke Singapore.” Kata ibu membantah idea aku.


“Sebenarnya ni Zul. Ibu call kamu ni ade hal nak bagitau.”Kata ibu menerangkan tujuan.


“Apa dia ibu? Lupa tanya. Ibu sihat? Bapak sihat?” Baru aku teringat nak tanya khabar ibu dan bapa ku.


“Ibu sihat, bapak kamu pun sihat. Cuma semalam ibu jumpa client kat J.B. ni. Tak sangka rupanya kawan lama bapak kamu. Kawan baik masa sekolah dulu. Dah jadi Tan Sri dia sekarang. Tan Sri Hezry namanya.” Ibu aku menjelaskan hal sebenar.


“Ok ibu. Bagus lah tu. Mesti bapak banyak benda nak dibualkan. Kawan lama tak jumpa kan?” Aku menyampuk sedang ibu bercerita.


“Itu la. Banyak sangat bercerita. Pasal bisnes kejap je. Tapi bercerita hal diri masing-masing dah 20 tahun lebih tak jumpa. Jadi melarat-larat la. Dia suruh kami datang ke rumahnya malam tadi makan malam kat rumahnya. Jadi malam tadi ibu dan bapak kamu pegi lah ke rumah Tan Sri Hezry tu. Rumah dia dekat Skudai ni. Sampai tengah malam baru kami balik ‘rest house’.” Ibu berhenti sekejap. Mungkin nak ambil nafas untuk teruskan.


“Dari cerita bisnes. Melarat citer hal keluarga pulak Zul. Ni ibu nak bagitau kamu ni. Tan Sri Hezry tu rupanya ada anak perempuan yang belum kahwin. Anak kedua Tan Sri. Aishah namanya. Anak pertama Tan Sri tu dah kahwin. Tinggal anak kedua perempuan. Dan anak bongsu lelaki yang masih belajar. Dengar tak ni Zul?” Ibu bertanya aku sebab aku hanya mendiamkan diri dari tadi.


“Ye ibu. Dengar. Dah ibu nak cerita. Zul kena lah dengar je. Jadi seterusnya ibu?” Aku menaikkan semangat ibu nak bercerita lagi.


“Jadi kesudahannya. Lepas bual panjang. Tan Sri dan bapak kamu ni nak menyambung perhubungan lama yang dah terputus ni. Kata Tan Sri lagi, kalau boleh dah tak nak putus hubungan lagi lepas ni.” Kata ibu.


“Boleh je tak nak putus hubungan sekarang ibu. Internet kan ada. Facebook ada. Twitter ada. Bak kata Astro, ‘macam-macam ada’. Hehehehe” Aku cuba berlawak dengan ibu.


“Ahah. Sebab itu lah, Tan Sri nak berbesan dengan bapak kamu. Faham Zul?” Ibu aku pula macam berjenaka dengan aku.


“Hahahah. Berbesan dengan bapak? Macam mana tu ibu? Hahahaha. Memang tak faham ni.” Aku memang ‘blank’ tak faham apa maksud ibu.


“Itu la tadi ibu cerita suruh kamu dengar. Kamu diam je. Entah dengar ke tak tadi ibu cerita. Kan ibu kata, anak Tan Sri Hezry yang kedua ni. Aishah namanya. Masih bujang. Anak ibu, nama Zul ni pun masih bujang kan? Tak gitu? Faham?” Tembakan ibu umpama tembakan sniper tepat ke kepala otak aku yang ‘blank’ini. Baru lah aku faham tujuan sebenar ibu call aku pagi ini.


“Hahahahah. Ibu ni. Nak jodohkan Zul pulak. Heheheh. Zul bukan tak nak ibu. Tapi Zul tak kenal pun budak Aishah ni. Macam mana nak kahwin kalau tak kenal kan?” Aku cuba menangkis tembakan ibu tadi.


“Itu ibu dah fikir dah Zul. Ibu dah bagitau kat bapak kamu. Jangan paksa-paksa kamu. Biar kamu kenal sendiri. Jadi ibu dan bapak kamu aturkan jamuan makan malam kat umah kita. Ibu akan panggil Tan Sri Hezry dan keluarganya ke rumah kita. Hari Sabtu malam minggu ni. Jadi kamu boleh lah berkenalan dengan Aishah ni nanti. Dia pun datang sama nanti.” Penjelasan ibu yang jelas memerangkap aku.


“Heheheh. Ibu ni pandai je perangkap Zul ye. Em iye lah. Ibu dan bapak punya permintaan. Zul ikut aje. Makan malam je pun kan? Bukan bermalam di rumah kita pun kan?” Aku bertanya kembali kepada ibu.


“Apa salahnya kalau Tan Sri nak bermalam dengan keluarganya di rumah kita. Rumah kita kan banyak bilik?” Tanya ibu pula kepada ku.


“Ish tak payah la ibu. Dia datang makan kat umah kita pun dah cukup la ibu. Dia Tan Sri. Mesti la dia nak duduk tempat yang ‘high class’ ibu. Umah kita tu banglo biasa je.” Aku cuba menyekat idea ibu.


“Yelah. Apa-apa pun kamu jangan lupa ye. Sabtu malam minggu ni. Jangan ke mana-mana. Cancel semua projek kamu dengan kawan-kawan kamu. Kena jaga nama baik ibu dan bapak kamu ni. Nanti boleh berbual dengan Tan Sri Hezry dan keluarganya.” Kata ibu lagi.


“Baik ibu. Arahan ibu akan saya ikut. Heheheh.” Aku cuba bergurau dengan ibu kembali.


“OK Zul. Nanti ibu dan bapak balik esok atau lusa. Kamu kemas umah tu ye. Jangan sepah sangat. Serabut ibu balik tengok nanti. Dah keje elok-elok. Assalamualaikum.” Kata-kata ibu mengakhiri perbualan.


“Baik ibu. Waalaikum salam.” Aku memutuskan panggilan handphone ku ini.


Baru lah dapat ku teguk Nescafe ‘O’ yang dah jadi sejuk dalam mug di tangan ku ini. Adui, baru lepas masalah dengan budak Aty yang pengsan kelmarin. Datang pula masalah baru nak kena handle. Nak dijodohkan pula.


Aku ni bukan gila harta dan pangkat pun. Aku pun tahu, niat ibu dan bapa aku tu nak jodohkan aku bukan sebab pangkat ‘Tan Sri’ kawan bapa nama Hezry tu. Tapi sebab bapa nak sambung perhubungan lama dia dan kawan dia agar jadi lebih rapat.


Tapi dah rezeki kawan bapa tu jadi Tan Sri Hezry sekarang. Ada pula anak dara bujang nama Aishah. Nak dijodohkan dengan aku. Itu bukan masalah sebenarnya. Itu macam rezeki nak datang bergolek kat aku je. Cuma aku nak layan ke tak layan? Itu yang menjadi persoalan sekarang.


Sambil meneguk baki Nescafe ‘O’ ni, aku terus berkhayal dan memikirkan. Aishah ni namanya sedap. Macam nama isteri Nabi. Hehehe. Tapi setahu aku lah, isteri Nabi nama Aishah ni yang paling kuat cemburu. Kalau Aishah anak Tan Sri Hezry ni jenis kuat cemburu juga, masak aku.


Cuma aku tak tau paras rupa Aishah anak Tan Sri Hezry ni rupanya macam mana? Kalau lawa macam artis wanita popular kat Malaysia ni, tak apa lah. Dia nak jadi kuat cemburu pun aku tak kisah. Hehehe. Dah dapat bini lawa nanti takde lah aku layan awek lain dah. Itu kalau dia betul-betul lawa lah. Hahahhaa.


Tetiba kawan ofis ku nama Intan yang duduk di depan ‘workstation’ ku perasan. Aku senyum seorang diri sambil memegang mug. Lalu Intan menegur aku, “Oi Zul. Kau angau ye? Senyum sorang. Khayal. Pagi-pagi dah angau ye Zul. Nape? Ingat awek mana pulak?”


Aku memandang Intan lalu menjawab, “Ingat Aishah. Hahahaha.” Sambil tergelak aku meletakkan mug dan terus mengeluarkan laptop dari beg untuk memulakan kerja harian ku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.