Home Novel Umum BUKU LIMA
BUKU LIMA
aiman adli
1/7/2014 11:01:22
4,633
Kategori: Novel
Genre: Umum
TIDAK SEDAP HATI

BAB 6

Selepas P.A systemdi pasang,kedengaran bacaan ayat-ayat al-quran pada pembesar suara.Akmal yang sedang lena tidur terjaga dan terus menuju ke tandas untuk mengambil air wudhuk untuk menunaikan solat fardhu subuh.Selang beberapa minit kemudian,ketua asrama putera iaitu hafiy melaungkan azan menandakan sudah masuk waktu subuh.Pelajar asrama putera mula memenuhi surau untuk menunaikan solat subuh berjemaah.

Setelah selesai menunaikan solat fardhu subuh secara berjemaah,pelajar sesi pagi akan pergi bersiap untuk ke sekolah sebentar lagi manakala sesi petang pula akan membaca al-mathurat.Selepas selesai membaca al-mathurat,Akmal terus menuju ke dormnya untuk mengemas katil.Apabila jam menunjukkan pukul 6:55 pagi,semua penghuni asrama putera berhimpun di dataran asrama untuk perhimpunan pagi.

Semasa perhimpunan,ramai pelajar sedang berboraktanpa mereka sedari warden sedang dalam perjalanan kearah mereka.”weh…diam-diam,warden datang”jerit salah seorang pelajar sesi pagi.”Assalammualaikum semua…cikgu tidak ada apa-apa nak cakap cuma cikgu nak beritahu pagi nanti ada pelajar baru akan masuk jadi cikgu harap kamu semua dapat beri dia tunjuk ajar ketika dia disini okey itu sahaja”Akmal berasa tidak sedap hati dengan berita yang disampaikan oleh warden sebentar tadi.

Waktu riadah telah tiba,Akmal dan Firdaus bercadang untuk bermain bola sepak,ketika sedang bermain bola sepak,Firdaus memerhati Akmal dari jauh,Firdaus mengambil keputusan untuk menegur Akmal.”Akmal,kenapa aku tengok kau macam kau tidak beri tumpuan kepada bola,ada sesuatu tak kena ke?”Tanya Firdaus,”tidak ada apa-apa lah.. aku Cuma tidak sedap hati dengan berita yang disampaikan oleh warden sebentar tadi.”dah lah tu…jom sambung main bola sepak.Akmal hanya mengangguk dan terus mengejar bola.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh aiman adli