Home Novel Thriller/Aksi Kerana Aurora
Kerana Aurora
Ara Wahab
18/1/2017 11:19:22
24,986
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 33

Arzu Mikhail berbaring di atas kerusi.  Televisyen yang memaparkan berita mengenaikematian Datuk Iskandar dipandang sekilas. Senyuman bangga terukir di bibirnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Arzu kehairanan.

            “Hello”

            “Kaudah lupa aku?”  soal suara pemanggil disebelah sana disusuli dengan gelak ketawa yang amat menyakitkan hati.

            “Kent?!”  Arzu mendengus.  “Apa lagi yang kau nak?”

            “Kauhutang satu lagi nyawa, Arzu.  Nyawa RyuYusaku”

            “Akudah berhenti”  balas Arzu kasar.  Kent ketawa lagi.

            “Kautak boleh berhenti Arzu! Aku tak akan benarkan” Arzu kertap gigi.  Geram mendengarnada suara Kent yang sedang mempermainkannya. “Bunuh Ryu dan selepas itu kau akan tahu siapa kau yang sebenarnya”

            “Apamaksud kau?!”  soal Arzu. 

            “Kautentu nak tahu siapa ibu kandung kau yang sebenarnya kan?” soal Kent.  Arzu berdiri. “Kau tentu tak nak aku apa-apakan dia kan?”

            “Jahanamkau, Kent!”  maki Arzu geram.  Hatinya menjadi galau.  Kent tahu siapa ibu kandungnya?  Jadi selama ini ibu kandungnya itu masihhidup?.

            “Ikutarahan aku, Arzu.  Aku akan bawa kaujumpa ibu kandung kau selepas kau bunuh Ryu” klik!  Talian dimatikan.  Arzu terduduk di atas kerusi.  Rambutnya diramas-ramas.  Fikirannya bercelaru.  Sekali imbas, Arzu sudah seperti oranggila.  Ibu aku masih hidup?  Dia tertanya-tanya.

           

            “AMSYAR”  Alia Maisara mengetuk-ngetuk perlahan pintubilik Firash Amsyar.  Mak Jah yangberdiri di belakangnya kelihatan cemas. “Dah berapa lama dia berkurung dalam bilik ni?” soal Alia Maisarakemudian.

            “Dahseminggu sejak Datuk Iskandar pergi” beritahu Mak Jah.  “Mak Jahrisau.  Mak Jah selalu juga hantarmakanan tapi dia makan sikit je.  MakJah risau kalau dia sakit nanti”

            “Mak Jah ada spare key?  Boleh bagi saya tak?”

            “Mak Jah tak berani,  nanti dia mengamuk”  Mak Jah menggeleng.  Dia tahu, Firash Amsyar tidak mahu diganggudan tiap-tiap malam dia mendengar lelaki itu mengamuk seperti memarahiseseorang.

            “Its okay Mak Jah, bagi je kunci tukat saya.  Kalau dia mengamuk biar sayayang handle”  beritahu Alia.

            “Aurora sure ke yang Aurora bolehhandle kalau Am mengamuk?”  soal Mak Jahrisau.  Alia mengangguk.  Mak Jah akur kemudian dia menuju ke arahalmari berwarna putih yang terletak bersebelahan dengan tingkap.

            “Okay, biar Aurora yang handle benda ni”  Alia sengih sambil membuka pintu bilik FirashAmsyar menggunakan kunci yang diberikan oleh Mak Jah.  Serentak mereka menekup hidung apabila pintubilik lelaki itu dibuka.  Bilik lelakiitu bersepah dengan serpihan botol-botol arak, cebisan-cebisan kertas sertacadar dan bantal yang bertaburan di atas lantai.

            “Am” panggil Alia.  Firash yang sedang tidur di atas katilperlahan-lahan membuka mata.  Alia menggelengperlahan melihat keadaan Firash yang tidak terurus itu.

            “Kenapa jadi macamni Am?” soal Mak Jah sebak.  “Kenapa Am seksa diri Am”

            “Suruhperempuan pengkhianat ni pergi dari sini! Am tak nak tengok muka dia” berderau darah Alia mendengar kata-kata lelaki itu.

            “Am,kenapa ni?”  soal Alia lembut.  Dia cuba bersangka baik.  MungkinFirash mengalami gangguan perasaan.              Kematian Datuk Iskandarmungkin serba sedikit menganggu emosinya.

            “Pergi aku cakap!” jerit Firash.  Aliaberundur setapak ke belakang.  Rautwajahnya jelas terkejut.  Mak Jah menerpake arah Firash.  Badan lelaki yangsudah dianggap seperti anaknya sendiri itu dipeluk. 

            “Aurora balik lah dulu.  Bila keadaan Am dah okay, Mak Jah akantelefon”  beritahu Mak Jah kemudian.  Alia hanya mengangguk perlahan.

           

            ARIL memberhentikan keretanya didepan sebuah rumah yang kelihatan unik sekali rekaannya.    Alia membuka pintu kereta.

            “Cik Alia!”  Tuti menjerit girang sambil memeluk erattubuh Alia.  “Dah lama Kak Tuti tak jumpaCik Alia.  Rindunya” luah Tuti sebak.

            “Alia pun rindu Kak Tuti”  Alia memeluk tubuh wanita itu kemudianmatanya terpaku ke arah Kartika yang sedang berdiri memandang ke arahmereka.  Mata Kartika kelihatan berkaca.  Aliameleraikan pelukan Tuti.  Wajah Tutidipandang.  Inginkan penjelasan.

            “Kak Tuti dah cuba call Aliatapi tak dapat.  Puan Kartika hampir sembuh.  Dia dah tak macam dulu lagi”  beritahu Kak Tuti.  “Puan Ika, ini Alia Maisara.  Anak perempuan puan”

            Perlahan-lahanKartika mendekati mereka.  Alia danKartika saling bertatapan.  Alia mulasebak.  Bibirnya bergetar menahan tangis.

            “Mama?”  panggil Alia. Kartika mengangguk.

            “Alia?Anak mama?” soal Kartika sayu.  Pipi Aliadipegang dan dicium.

            “YaAllah! Alhamdulilah! Syukur”  ucapAlia dalam tangisan.  Merekaberpelukan.  Tuti yang memerhati turutmengalirkan airmata. 

            “Lebih baik kita masuk dalam.  Banjir pula nanti” usik Aril cuba untukmenceriakan keadaan.  Alia ketawa kecilsambil mencubit manja bahu kekasih hatinya.

            “Alia tak boleh lama, ma”  beritahu Alia sambil membantu Tutimenghidangkan kopi pekat dan juga keropok lekor.  “Adakerja yang Alia kena selesaikan”

            “Alia nak tinggalkan mama ke?”  soal Kartika sayu.  Alia menggeleng.

            “Sekejap je Alia pergi.  Nanti Alia balik,  Alia ada surprise untuk mama.  Mama mesti happy”  kata Alia girang.

            “Alia balik pun dah buat mama happydah” luah Kartika.  Alia spontanmerebahkan kepalanya di atas peha Kartika dan entah kenapa airmatanya tiba-tibasahaja mengalir.  Mungkin dia sudah lama inginkan belaian daripadaKartika.

            “Aliarindu mama! Rindu sangat-sangat”  ucapnyasebak.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ara Wahab