Home Novel Fantasi Sebenarnya Buku Itu ...
Sebenarnya Buku Itu ...
Nur Jannah Abdul Rahman
17/5/2016 20:23:32
11,751
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Senarai Bab
BAB 15

Kesesakan pengunjung di dalam pusat Cyber Café D.R itu seakan tiada bezanya dengan kesesakan di luar. Pusat itu juga adalah tempat kedua paling ramai dikunjungi manusia selepas pelabuhan Dunia Remaja.

Bangunan itu mempunyai 5 tingkat kesemuanya dan di setiap tingkat dilengkapi dengan set-set komputer yang canggih. Meskipun bilangan komputer di dalam pusat itu mencecah 1000 buah, namun masih tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang semakin hari semakin meningkat. Sehinggakan ada beberapa pengunjung yang sanggup bermalam di situ semata-mata kerana tidak mahu melepaskan komputer yang kosong.

Bukannya mereka tidak mahu bermain komputer di rumah sendiri, tetapi disebabkan kemudahan fasiliti di dalam pusat itu yang tersenarai di dalam antara pusat komputer tercanggih dan termewah di dunia, telah membuatkan pengunjung berebut-rebut mahu menggunakan komputer di situ. Ianya telah dilengkapi dengan WiFi 802.11ac dengan anggaran kelajuan dari 433 megabit sesaat iaitu merupakan kelajuan WiFi terpantas pada abad ini. Selain itu, semua komputer di situ menggunakan gaming pc termoden di dunia iaitu The Aventum yang berharga dalam lingkungan 400$! Jadi tidak mustahillah mengapa orang ramai tergila-gilakan pusat itu sehingga ada yang sanggup menetap terus di situ.

Friends di FB aku dah cecah 5k, kau ado?” jelas Ema dengan nada bangga kepada Amy di sebelahnya.

Friends di FB memang aku tak adolah. Tapi aku ada followersdekat Twitter nak cecah 10k! Oh my god, kenapa ramai sangat followersaku ni, rasa nak bagi sikit kat kau pun ada. Sampai aku terfikir untuk lantik seorang admin untuk handle akaun twitter aku ni. Dah tak laratlah nak layan semua feedback followers-followers aku yang 10K tu,”

Ema hanya menjeling tajam perempuan disebelahnya itu tanpa sebarang kata. Menyampah pula dia mendengar kata-kata perempuan itu yang penuh dengan riak, walaupun dia tahu yang sepupunya itu memang suka berloya buruk.

MIKA berjalan sambil menghabiskan sisa-sisa minuman isotonik yang telah dibelinya tadi di sebuah kedai runcit tepi jalan. Cuaca terik ditambah pula dengan kesesakan yang tidak pernah putus di kota metropolitan itu telah memaksa dirinya untuk menggunakan sedikit duit pemberian Kak Jue demi memenuhi kehendak tekaknya yang kekeringan.

Tidak dapat dinafikan bahawa keadaan cuaca di Dunia Remaja memang jauh berbeza dengan di Happy Family. Di situ, cuacanya cukup panas dan terik berbanding cuaca di Happy Family yang sejuk dan dingin.

Setelah puas berjalan mencuci mata mengelilingi kota Dunia Remaja, Mika akhirnya terhenti di hadapan sebuah bangunan berwarna putih bersih. Seni binanya yang cukup asing dan berbeza berbanding bangunan-bangunan lain telah berjaya menarik perhatiannya. Bangunan itu cukup besar dan berdiri di tapaknya sendiri tanpa berkongsi dengan mana-mana bangunan lain. Di ruangan hadapan bangunan itu pula, kelihatan beberapa tiang gergasi seakan menampung ‘entry roof’bangunan itu yang juga cukup besar. Seni binanya yang klasik di tambah pula dengan tiang-tiang gergasi telah membuatkan sesiapa sahaja yang berada di situ berasa seakan berada di Eropah.

Apa yang telah menambahkan lagi keterujaan Mika terhadap bangunan itu adalah kerana bangunan itu merupakan PERPUSTAKAAN AWAM!

Library!! Inilah yang aku cari!” ya, perpustakaan adalah tempat yang paling diminati lelaki itu. Telah banyak pusat-pusat menarik dan canggih dia lalui sepanjang perjalanannya tadi namun tiada satu pun yang berjaya membuatkan dirinya begitu teruja selain bangunan di hadapannya itu.

Tanpa berlengah, dia terus berlari menaiki anak-anak tangga yang tersedia sebelum memasuki pintu utama. Suasana di dalam perpustakaan itu sungguh nyaman dan menenangkan. Alunan soft music yang bermain di pendengarannya menambahkan lagi mood tenang ke dalam dirinya. Di hadapannya berdiri rak-rak buku yang sangat besar sehinggakan pengunjung perlu menaiki tangga bergerak yang disediakan sebagai kemudahan untuk pengunjung mendapatkan buku yang terletak di bahagian atas.

Bangunan itu mempunyai 5 tingkat kesemuanya dan di setiap tingkat mempunyai seksyen genre buku yang berbeza-beza. Perpustakaan itu turut tersenarai antara perpustakaan yang menyediakan bahan rujukan paling lengkap di dunia. Namun sayang, perpustakaan itu kelihatan sedikit lengang. Tidak mustahillah mengapa perpustakaan itu adalah pusat yang paling sedikit dikunjungi berbanding dengan pusat hiburan lain di kota itu.

Seperti biasa apabila melawati mana-mana perpustakaan, seksyen yang wajib dan pasti akan dikunjungi Mika adalah seksyen Sains dan Fiksyen. Dia masih ingat lagi kali pertama dia meminati genre itu adalah semasa dia berumur 4 tahun di mana ayahnya sering memasang filem-filem Star Warssekiranya ada kelapangan. Ayahnya juga turut memiliki satu set lengkap buku dan CD filem yang sememangnya hebat dan terkenal di seluruh dunia itu. Bermula dari situlah minatnya terhadap sains fiksyen berputik.

Setelah melihat direktori yang disediakan di ruangan lobby perpustakaan, dia bingkas menuju ke tingkat 3 di mana seksyen kegemarannya itu ditempatkan. Berbeza dengan di tingkat yang lain, seksyen itu kelihatan ‘kosong’ tanpa pengunjung. Meskipun bingung dengan situasi itu, ia tidak sedikitpun mematahkan niatnya untuk meluangkan masanya lebih lama di seksyen tersebut. Walaupun sebenarnya ada sedikit perasaan cuak untuk bersendirian di tingkat yang serba luas dan dikelilingi dengan rak-rak gergasi yang lama.

Sedang dia membelek-belek buku yang menarik untuk dihadam, matanya tiba-tiba tertumpu pada seorang lelaki berkaca mata tebal dan berambut kemas sedang membawa timbunan buku yang tebal-tebal belaka. Dia berasa lega kerana sangkanya dia seorang sahaja yang berada di seksyen itu, namun pada masa yang sama dia berasa kasihan melihat lelaki itu yang kelihatan seakan memerlukan bantuan.

Dia terus meletakkan semula buku ke dalam rak dan bingkas berjalan mendapatkan lelaki itu. Tiba-tiba matanya dapat menangkap satu tali wayar seakan tergantung sedikit tinggi dari lantai betul-betul di hadapan lelaki si ‘kaca mata tebal’ itu. Oleh kerana timbunan buku yang dibawa lelaki itu agak tinggi, dia tidak dapat melihat apa yang berada di hadapannya. Jika tersilap langkah, lelaki itu boleh terjatuh!

“Berhenti!” jerit Mika sekuat hati sambil berlari ke arah lelaki itu untuk menghalang. Terpinga-pinga si “kaca mata tebal” setelah mendengar jeritan yang nyaring dari Mika. Dia terus mematikan langkahnya lalu terus meletakkan timbunan buku ke atas meja berdekatan untuk melihat gerangan yang menjerit tadi.

Akibat langkah yang ‘terlajak’ laju, akhirnya Mika yang telah tersadung pada tali wayar itu lalu jatuh menyembah lantai betul-betul di kaki si ‘kaca mata tebal’.

“Aduh!” rengeknya perlahan.

SESEKALI kedengaran suara helai tawa dari pengunjung di tingkat bawah. Suara mereka jelas kedengaran memandangkan seksyen Sains dan Fiksyen itu sungguh lengang dan sunyi tanpa seorang pengunjung selain mereka berdua.

Setelah memberikan sedikit rawatan pada kaki Mika yang terseliuh, mereka telah berborak-borak di sebuah meja kayu yang sangat panjang. Pelbagai topik telah mereka bualkan dari topik ‘hobi’ sehinggalah kepada ‘peribadi’.

“Jadi, kau memang tak pernah ada kawanlah sebelum ni?”

“Tak. Sebenarnya masa aku berumur 13 tahun lagi aku telah dihantar ke sini selepas parentsaku meninggal sebab kemalangan,” suasana tiba-tiba bertukar menjadi sayu.

I’m so sorry, aku tak bermaksud nak...”

“Takpe, itu semua dah takdir,” jawab Dani tenang sambil memperbetulkan kaca mata tebalnya.

“Semenjak itulah, tempat ni aku jadikan sebagai rumah aku. Di seksyen inilah aku menetap dan menghabiskan seluruh masa aku seorang diri. Tingkat ni tak pernah dikunjungi orang sebab majoriti pengunjung di sini lebih gemar dengan seksyen “Novel Cinta” di tingkat 2. Sehinggalah hari ini, kau muncul dan kau adalah kawan aku yang pertama,”

Kata-kata lelaki itu telah membuatkan Mika berasa begitu terharu. Walaupun sukar untuk dipercayai namun apa yang diperkatakan lelaki itu memang ada betulnya. Seksyen yang serba luas itu senantiasa kosong, semenjak dia menjejakkan kakinya ke situ satu jam yang lalu hingga ke saat itu, memang tiada seorang pun yang singgah. Mungkin benar, majoriti orang lebih menggemari novel cinta yang klise daripada novel sains fiksyen yang agak kompleks dan sukar untuk dihadam.

Suasana di meja itu kembali bertukar sunyi. Masing-masing kehabisan idea untuk berborak. Dani kelihatannya sedang menyambung kembali penulisannya yang tertunggak. Di sampingnya terdapat timbunan buku-buku yang serba tebal yang telah dibawanya tadi. Di hadapannya pula terdapat kertas-kertas berupa lukisan lakaran berselerakkan di atas meja. Mika yang tertarik dengan lakaran-lakaran tersebut terus mengambil sehelai.

Ianya merupakan lakaran sebuah bangunan dengan reka bentuk yang cukup unik berbentuk bulat dan dibawahnya terdapat 2 lagi bangunan berbentuk segi empat seakan bercantum membentuk sebuah pintu gerbang yang besar.

“Kau yang lukis ke bangunan ni?”

“Ya, ini adalah lakaran bangunan impian aku. Satu hari nanti aku akan mempunyai bangunan sendiri dan merekacipta robot-robot pintar untuk bekerja bersama dengan aku demi mencapai misi utama iaitu untuk menakluk Dunia Remaja!” jelas Dani dengan bersungguh-sungguh sambil berdiri di atas kerusi ibarat seorang wakil rakyat memberi ucapan di dalam perhimpunan. Dia sempat memperbetulkan kaca mata tebalnya yang sedikit lari dari kedudukan akibat begitu rancak bercakap.

“Wah!” Mika bersorak sambil memberikan tepukan yang gemuruh. Dia terpegun dengan semangat dan matlamat lelaki di hadapannya itu yang penuh dengan wawasan.

“Aku juga telah mereka cipta satu kad bisnes untuk syarikat aku sendiri nanti,” dia terus kembali duduk dan mengambil kad bisnes rekaannya yang terselit di celah-celah timbunan buku rujukannya lalu diberikan kepada Mika.

Sekali lagi Mika terpegun. Kad itu bukannya seperti kad bisnes yang biasa kerana ianya lut sinar namun masih jelas isi kandungannya yang tertera nama DANI HOLDINGS berserta alamat dan nombor telefon.

“Mungkin kad ini dapat membantu kau untuk berhubung dengan aku di masa hadapan nanti. Pada masa itu, aku akan pastikan segala matlamat aku tercapai dan tentunya segala pertolongan yang kau perlukan, aku dapat selesaikan!”

Thanks, bro,”

Nope, thanks to YOU,”

“Sebab apa pulak?” Mika hairan.

“Seba kau sudi dengar semua matlamat aku. Tak pernah lagi sebelum ni ada orang yang sudi luangkan masa untuk dengar cerita aku. Mungkin orang akan ingat aku ni gila sebab suka berangan-angan,”

“No hal lah, bro. Lagipun, itulah tugas seorang KAWAN,”

KAK Jue termenung di balkoni sambil melihat pemandangan laut yang luas terbentang di hadapannya. Jelas kedengaran bunyi ombak memukul pantai kerana hostel yang didiaminya itu terletak berhadapan sahaja dengan laut Tanjung Undang. Sesekali dia menggosok-gosok lengannya kerana angin malam yang sejuk datang menyapa tubuh.

Malam itu baru dia dapat berehat setelah seharian penat berjalan sekitar pekan mencari Yusof Ahmad. Habis satu pekan itu mereka merayau akhirnya berjaya juga mereka menjumpai rumah penulis itu namun, dia tiada di rumah. Jiran-jiran ada memberitahu yang penulis itu telah berangkat ke rumah anaknya di Dunia Remaja semenjak 2 hari yang lepas. Mendengar sahaja kata-kata jiran itu, mereka telah membuat rumusan bahawa Ema dan yang lain pasti telah menemui lelaki itu di sana.

Sekarang, mereka hanya perlu berehat sebelum berangkat semula ke jeti Dunia Remaja pada esok pagi untuk berjumpa semula dengan yang lain seperti yang telah dijanjikan bersama-sama dengan BUKU AJAIB itu, dan kemudian keadaan akan kembali seperti asal.

Sementara menunggu hari esok, Kak Jue dan Farid telah bermalam di sebuah hostel berdekatan dengan jeti Tanjung Undang. Hostel itu kebiasaannya akan didiami oleh pedagang-pedagang yang ingin berehat sebelum menyambung pelayaran ke destinasi lain.

“Ehem!” tiba-tiba kedengaran suara seseorang berdehem. Kak Jue sedikit tersentak dari lamunannya dan terus mencari punca suara itu.

“Termenung jauh nampak?” rupa-rupanya suara itu datang dari Farid yang juga sedang bertenggek di balkoni biliknya bersebelahan sahaja dengan bilik perempuan itu.

“Ish, awak rupanya. Ingatkan siapalah tadi,” perempuan itu terus berganjak ke tepi balkoni supaya dapat berada lebih dekat lagi dengan lelaki itu untuk memudahkan mereka berkomunikasi.

“Cantik kan bulan malam ni?” soal Farid sambil mendongak melihat bulan penuh pada malam itu. Sengaja dia memilih ‘bulan’ sebagai topik pembuka bicara untuk dia berborak lebih panjang lagi dengan perempuan itu.

Kak Jue sekadar membalas dengan anggukan. Seakan tidak berapa menyukai dengan topik itu. Keadaan kemudian kembali sunyi. Hanya bunyi pukulan ombak dari pantai jelas kedengaran. Farid mulai berasa buntu, tidak tahu mencari topik apa yang sesuai untuk berborak bersama dengan perempuan di sebelahnya itu yang asyik termenung sambil menongkat dagu.

“Farid,” belum sempat dia membuka mulut, Kak Jue telah terlebih dahulu menegurnya.

“Ya, saya,”

“Saya dah banyak menyusahkan awak,”

“Menyusahkan?”

“Yela, awak tak ada kena mengena langsung dalam hal ni pada mulanya tapi disebabkan salah kitorang, awak pun terlibat sekali. Awak hanya seorang penghantar pizza yang tengah menjalankan tugas awak dengan baik kemudian tersekat dekat dalam mimpi ngeri ni dan sekarang awak terpaksa pulak bersungguh-sungguh membantu kitorang untuk keluar dari buku ni. Bukan ke itu dah menyusahkan awak, Farid?” luah perempuan itu panjang lebar. Jelas terpancar kekesalan melalui wajah polosnya.

“Jue, awak tak boleh cakap macam tu. Ini semua dah takdir. Saya rasa kalau orang lain yang berada dekat tempat saya pun mesti akan buat perkara yang sama sebab semua ini dah berlaku dan kita kena lalui walau susah sekalipun,”

“Tak, saya tak rasa kalau orang lain berada dekat tempat awak, orang itu akan

tolong saya bersungguh-sungguh macam awak. Semua orang tak sama, Farid. Mungkin orang itu akan marahkan saya sebab saya dah bawa mereka ke situasi yang pelik macam ni. Tapi awak tak, bukan macam Eddy,” air mukanya terus berubah saat menyebut nama lelaki tidak guna itu.

“Eddy?” soal Farid sambil memandang Kak Jue dengan wajah yang berkerut.

“Ya, my ex-boyfriend. He such a useless. Suka mainkan hati perempuan. What a womanaizer lah dia tu!” Jelas Kak Jue sambil mengetap bibirnya tanda geram.

“Oh, aku dah agak dari awal yang dia mesti dah berpunya. Perempuan secantik dia takkan masih single. Mujur cuma ‘ex’”bisik hati Farid.

Keadaan kembali sunyi sekali lagi untuk beberapa minit. Masing-masing hanya melayan fikiran sendiri. Sesekali kedengaran bunyi hon dari kapal menandakan kapal hendak berangkat. Dari balkoni itu mereka boleh melihat orang-orang kapal sedang mengangkut keluar barang-barang dari perut kapal oleh kerana jarak jeti dan hostel itu yang dekat.

“Tak sangkakan. Daripada kita tak kenal tiba-tiba bila dah tersekat dekat situasi macam ini, kita terus jadi rapat,” celah Kak Jue memecah kesunyian.

“Siap dapat jadi ‘suami isteri’ lagi,” balas Farid sambil tersenyum nakal.

Kak Jue terus ketawa mendengar kata-kata lelaki itu. Hilang terus segala kegusaran yang bersarang di dalam hatinya.

“Farid…” perempuan itu terus memandang tepat ke mata Farid.

Thanks a lot…”

Farid hanya membalas dengan senyuman.

Dari bawah, kelihatan sepasang mata sedang asyik memerhatikan gelagat mereka berdua secara bersembunyi. Rezo, lelaki berupa paras Bront Palarae yang telah mengganggu Kak Jue di atas kapal tempoh hari, telah mendengar kesemua rahsia mereka berdua.

“Berita panas ni!” dia terus beredar dan hilang di balik kabus malam.

EMA menghirup air sebelum kembali mengunyah Double Cheese Burger kegemarannya. Amy disebelahnya kelihatan berselera menikmati ayam goreng Mcd yang masih panas. Mia dan Adit pula kelihatan begitu comot sekali menikmati aiskrim Oreo Mcflurry, manakala Mika yang duduk berhadapan dengan mereka sedang menghirup bubur ayam Mcd.

Setelah puas seharian bergembira sakan di kota metropolitan Dunia Remaja, mereka telah mengambil keputusan untuk mengisi perut yang lapar di restoran makanan segera, McDonald yang terletak betul-betul di pusat bandar. Tempat duduk mereka yang hanya bersebelahan sahaja dengan cermin jernih yang lutsinar telah menampakkan kemeriahan kota metropolitan itu pada waktu malam. Dengan lampu-lampu yang berwarna warni dari setiap bangunan di tambah pula dengan skrin gergasi yang memaparkan iklan pakaian-pakaian berjenama menambahkan lagi kemeriahan.

Keadaan di dalam restoran itu tidak kurang hebatnya seperti di luar dengan helai tawa dari remaja-remaja yang meluangkan masa bersama rakan masing-masing. Tiada satu meja kosong pun yang tinggal, kesemuanya penuh dengan pengunjung. Mujur mereka hadir sedikit awal tadi dan terus berlari mendapatkan meja yang paling eksklusif di tepi tingkap.

“Kalau kita dapat duduk dekat Dunia Remaja ni buat selama-lamanya mesti best, kan?” celah Ema memecah kesunyian di meja mereka.

“Tau takpa. Tak payah pening kepala pasal homework sekolah, setiap hari boleh enjoy!” kata-kata Amy disambut dengan helai tawa.

Mika yang sedang asyik menghirup bubur tiba-tiba terlihat seseorang yang amat dikenalinya di meja belakang. Setelah dilihat dengan teliti baru dia dapat mengecam perempuan itu.

Seyra

Gadis penjaga kaunter di pusat nursery yang telah berjaya menarik perhatiannya. Perempuan itu kelihatan sedang menjamu selera bersama rakan-rakan staf kerjanya yang lain. Seyra yang juga seperti perasan dengan kehadirannya terus melemparkan senyuman yang manis sambil melambaikan tangannya.

“Betul tak, Mika?” tiba-tiba Ema menyoalnya. Namun lelaki itu langsung tidak mengendahkan soalan yang entah datang dari mana pucuknya kerana sibuk membalas pandangan dengan Seyra.

“Mika?” giliran Amy pula menegur sambil melambai-lambaikan tangannya untuk menarik perhatian lelaki itu namun masih lagi gagal. Mereka semakin buntu melihat gelagat lelaki itu yang kaku.

“Mohd Shazrul Esmika Bin Mohd Nazar! Kau dengar tak soalan aku?” Ema semakin hilang sabar sehingga menyebut nama penuh Mika.

“Tak boleh jadi ni,”

“Pangggg!” dengan selambanya Amy melempang muka lelaki itu sekuat hati sehingga terdengar bunyi efek tamparan dengan jelas.

“Adoi!!” Mika menggosok-gosok pipinya yang sakit. Seyra yang perasan terus menutup mulutnya dengan tangan menahan ketawa. Sekumpulan remaja di meja belakang mereka juga turut ketawa dengan kejadian itu.

“Kenapa kau lempang aku?”

“Aku ingat kau dah pekak tadi, sebab itulah aku lempang biar pendengaran kau elok balik,” jawab Amy dengan muka tidak bersalahnya.

Ema yang perasan gelagat Mika seakan sedang memerhatikan seseorang di belakangnya terus menoleh, mencari gerangan yang telah membuatkan lelaki itu termenung tadi. Dia kemudian terlihat Seyra yang masih memerhatikan meja mereka. Kini baru dia tahu mengapa Mika berkelakuan sedikit lain malam itu.

“Patutlah dari tadi asyik tersengih-sengih macam kerang busuk. Rupanya ada awek cun dekat belakang,”

“Wah! Mika dah ada awek? Sejak kau duduk sini dah pandai nak ber’awek’ ya. Nampaknya kita kenalah duduk dekat Dunia Remaja ni lama sikit sebab mestilah Mika sayang nak tinggalkan ‘awek’ dia tu,” sambung Amy lalu mereka ketawa terbahak-bahak. Merah padam muka lelaki itu dibuatnya menahan malu.

“Apa korang ni? Kita mana boleh tinggal dekat sini lama-lama. Pagi tadi kan kita dah berjanji untuk berjumpa balik dengan Kak Jue dan Abang Farid dekat jeti,” pandai lelaki itu mengubah topik, tidak mahu disakat lagi oleh mereka.

“…dan kena pulangkan balik buku Dunia Remaja dekat Kak Jue...” Ema menyambung secara basi-basi sambil membuat muka bosan. Dah berpuluh kali Mika mengingatkan mereka tentang perkara yang sama sehingga dia sudah boleh hafal kata-kata lelaki itu.

“Tapi sebelum kita pulangkan buku tu, kita kena tanya dulu samada diorang dah berjumpa atau tidak dengan Yusof Ahmad. Kalau belum, kita boleh terus pulangkan buku tu kepada Kak Jue, tapi kalau dah, kita kena buat-buat tak tahu dan buku tu kena disorok dari pengetahuan Kak Jue buat selama-lamanya.

Mana taknya, kalau Yusof Ahmad dah ada dekat sana, macam mana pula kita boleh dapatkan buku ni sedangkan dia tak ada dekat sini? Nanti Kak Jue mesti syak sesuatu dari kita,” jelas Mika panjang lebar.

Memang benar kata-kata lelaki itu, tujuan sebenar mereka berada di situ adalah mencari penulis Yusof Ahmad untuk mendapatkan kembali buku Dunia Remaja di dalam misi untuk keluar daripada buku itu. Namun, buku itu telahpun sedia ada sejak awal lagi di dalam genggaman Ema, jadi mereka tidak perlu risau langsung kerana dengan adanya buku itu, mereka pasti akan dapat keluar dengan selamat. Hanya perlu menyerahkan semula buku itu ke tangan Kak Jue pada esok pagi, tetapi sekiranya Kak Jue dan Abang Farid telah berjaya berjumpa dengan penulis dan mendapatkan buku Dunia Remaja di Tanjung Undang, mereka tidak perlulah menyerahkan buku itu lagi.

“Betul tu, Mika. Tapi mesti kau tak sampai hati nak tinggalkan Dunia Remaja ni esok sebab dah tak boleh nak berjumpa dengan ‘awek’ tu lagi,” sengaja Ema menyakat.

“Bukan setakat 'awek' dia tu, Ashraf kau tu macam mana pulak?” giliran Amy pula menyakat Ema sambil ketawa terbahak-bahak. Mika turut ketawa bersamanya setelah melihat perubahan pada wajah perempuan itu. Ema yang bengang terus membaling kentang goreng ke muka Amy. Dia tidak mahu lagi mengenangkan kejadian ‘tragis’ bersama lelaki bernama Asyraf sewaktu berada di FunFair Happy Family dulu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nur Jannah Abdul Rahman