Home Novel Cinta Memori Bunga Sakura
Memori Bunga Sakura
Syakira Fathihah
21/4/2017 23:23:21
1,335
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

BAB 1

Hana segera menunduk kepalanya sedikit apabila dua orang pelanggan keluar dari pintu utama Kafe Sakura bersama kotak kek yang dibawa di tangannya,

“Terima kasih, sila datang lagi.”

Sempat juga pelanggan tersebut senyum dan mereka berdua terus beredar sehingga Hana tidak nampak lagi mereka daripada pandangannya. Dia menyambung semula kerjanya dengan mengelap meja yang ditinggalkan oleh pelanggan lain. Mana boleh biarkan pelanggan baru nampak meja-meja di kafe ini tidak berkemas dan kotor.

“Hana, dah tiba masa rehat. Kau tolong tukarkan papan tanda ‘OPEN’ itu di pintu.” Sahut pemilik kafe, Khairul yang juga merupakan barista di kafenya ini.

“Okay, Encik Khairul!” Hana membalas sahutan itu.

Cepat-cepat Hana bergegas ke pintu depan dan memusingkan papan tanda ‘OPEN’ kepada ‘CLOSED’. Dia juga mengambil notis yang telah tersedia tulis ‘REHAT’ dan ditampalnya pada kaca pintu.

Khairul keluar dari sebuah bilik kecil yang terletak di sebelah dapur dengan keluhan yang pasti, Hana boleh dengar dari tempat dia berdiri di sebelah pintu utama.

“Encik Khairul, Encik tak apa-apa?”

“Haa, saya okay. Okay sahaja.” Balas Khairul dengan nada seperti tidak yakin dengan jawapannya sendiri itu.

“Encik nak saya panggil ambulans ke?” Hana cuba berjenaka.

“Sempat lagi awak nak berlawak.”

“Tapi Encik nampak macam dah tenat sangat, saya rasa Encik ini kena penyakit luar biasa yang dipanggil, ‘insomnia’.”

“Dan itu bukan dipanggil luar biasa, saya cuma tak boleh tidur sahaja. Bukan saya dah cakap jangan panggil saya ‘Encik’? Nampak sangat saya terlalu tua daripada awak.”

Hana tersenyum kecil apabila Khairul ketawa dengan gurauannya. Sebenarnya, panggilan Encik sudahpun melekat dan tidak boleh dihentikan lagi. Walaupun Khairul memintanya untuk tidak memanggil dengan panggilan itu, tetapi bagi Hana ianya diperlukan jika mereka sedang bekerja. Lagi-lagi, jarak umur antara mereka adalah lima tahun.

“Sorry, Encik Khairul. Yang itu, saya tak boleh menurut perintah. Maafkan patik.” Dengan penuh dramatik, Hana berlakon dengan menundukkan kepalanya ke arah Khairul sambil tangannya diletakkan pada dadanya.

Khairul sekali lagi ketawa. Penat juga hendak ketawa disebabkan telatah Hana ini.

“Dah dah, jangan nak merepek terleret-leret lagi. Awak taknak keluar rehat? Masa tinggal lagi 50 minit sahaja lagi.”

“Encik Khairul punya pasallah saya dah membazirkan masa saya nak berehat. Tambah 10 minit ekstra untuk saya.” Balas Hana dengan sengihan di bibirnya sambil bergerak ke pejabat kecil milik Khairul untuk meletakkan apron dan mengambil beg galasnya.

“Amboi, sedapnya dia minta minit ekstra. Lepas itu, katanya saya yang buat dia membazir masa pula.”

“Dah tu, Encik merengek sebab tak boleh tidur malam. Kalau tak dilayan, orang luar nampak nanti mereka kata Encik dah tak betul. Saya tak boleh biarkan nama kafe ini menjadi buruk.” Hana membalas dengan gurauan dan menuju ke pintu utama. Dia berpusing menghadap majikannya itu dengan senyuman ‘innocent’.

“Okay Encik Khairul, terima kasih dengan 10 minit ekstra. Pergi berehat dulu!”

“Hey!”

Hana ketawa dan tangannya laju membuka pintu. Dia keluar dengan langkah kiri dan bibirnya masih lagi membentuk senyuman gembira.

Siapa tidak gembira apabila mereka dapat bergurau senda dengan orang yang mereka suka?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syakira Fathihah