Home Novel Cinta Seadanya Aku
Seadanya Aku
Amir Lee Ndi
29/12/2016 12:51:57
3,866
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 2- Siapa dia?

“Adik…adik tak apa-apa ke? Sorry adik,abang mintak maaf sangat-sangat.Abang tak sengaja tadi,”nada Amir yang sedang kekalutan.

“Saya tak apa-apa bang,cuma rasa terkejut sikit.Nasib baik abang sempat break,”ujar remaja tersebut.

Keadaan hujan yang lebat sebentar tadi kelihatan semakin reda. Hujan yang lebat tadi menyebabkan keadaan jalan digenangi air. Sejak dari tadi lagi Amir seakan-akan mahu bertanyakan sesuatu kepada remaja tersebut. Kelihatan dia seperti dalam ketakutan. Entah siapa yang ditunggunya dari pagi tadi di bus stop tersebut. Tanpa berlengah, aku pun bertanya,

“Adik tunggu siapa ni?dari pagi tadi abang perhatikan adik berada di sini,” soalku.

“Adik tak tunggu sapa-sapa,adik tak tahu nak pergi mana bang. Adik buntu.Sebab tu lah adik duduk kat sini dari pagi tadi,” balas remaja tersebut.

“Adik dah makan?Kalau belum,jom ikut abang makan.Lapar pulak perut timehujan-hujan ni,”

Aku mengajak remaja tadi untuk menemani aku makan. Maklumlah,dalam keadaan sesejuk kalbu ni,perut memang cepat saja berkeroncong. Dia tanpa melengah lagi mengikuti aku ke kereta tanpa sepatah bicara. Aku merasakan mungkin dia takut,almaklumlah tibba-tiba orang yang tak dikenali mengajaknya untuk makan. Keadaan dalam kereta pada ketika itu sunyi sepi tanpa bicara. Lantas aku terpaksa memulakan perbualan,

“Siapa nama adik,asal mana?” soalan cliché dalam memulakan perbualan dengan stranger yang biasa aku guna.

“Nama saya Anas,dari Skudai”,jawabnya dalam nada sendu.

“Oh,anas.Nama abang Amir.Oh ya,sekali lagi abang nak minta maaf pasal tadi.Tetiba plak ngelamun.Nasib baik la adik tak apa-apa.Boleh tak abang panggil Anas je?”,soalku lagi.

Dia tidak mengiakan pertanyaan aku,namun anggukkannya menjawab persoalan. Anas kelihatan sama seperti remaja-remaja lain. Aku rasa mungkin dia masih lagi bersekolah. Seperti ku duga,mendiam seribu bahasa.

Kami tiba di Chawan,Bangsar.Tempat biasa tatkala setiap petang aku dan Zaquan akan makan di sini. Nak kata sedap itu adalah subjektif,tapi bagi aku memang layan habis. Lagipun aku dah berjanji dengan Zaquan pada pagi tadi. And Chawan is one of my favourite’s.Dan petang itu juga aku ke sana bersama-sama dengan Anas.Hurm…..

“Zack,aku dah sampai. Kau kat ne?”

“Aku dah otw ni mir. Kau order la dulu k…”,balas Zaquan.

Aku memilih port paling aku suka,iaitu menghadap dinding bertentangan dengan coffee bar. Bukan apa, aku suka melihat gelagat bartender menyediakan kopi yang dipesan oleh pelanggan. Bagi aku kopi di sini sangat istimewa,bahkan lebih sedap dari Starbucks. Sedang asyik melihat menu, tiba-tiba Anas bertanyakan sesuatu,

“Abang Amir,kenapa dekat dunia ni banyak sangat orang jahat?”,soal anas.

Aku tersentak. Entah mengapa tiba-tiba anak mataku ini terarah semula pada Anas. Soalannya sebentar tadi membuatkan aku semakin kebingungan tentang siapa anak muda ini sebenarnya.

“Kenapa anas tanya macam tu?Kalau sudi boleh ta kanas ceritakan pada abang tentang anas.Ye lah,abang pun nak tahu macam mana anas boleh sampai kat KL?,soalku dalam nada kehairanan.

“Sebenarnya abang,…”,Anas memulakan bicara. Belumpun sempat Anas memulakan bicara,kelihatan kelibat Zaquan yang baru sampai dengan sport car-nya,yang parking betul-betul depan restoran.

“Hei Mir,sorry la sebab lambat sampai.Jammed teruk tadi,”sapa zaquan yang baru sahaja sampai.

“Hoho,dude…who is he?”,soal Zaquan kehairanan melihat apabila melihat Anas ada bersama.

Aku memperkenalkan pada Zaquan akan Anas. Dan sejak itulah aku melihat Zaquan seakan-akan tidak selesa melihat kehadirannya bersama-sama kami pada petang itu. Dia kelihatan seperti janggal,dan dari raut wajahnya kelihatan seperti sedang marah.Aku menjadi kaget petangitu,melihat keadaan pertemuan antara kami bertiga. Aku dapat rasakan Zaquan ada menyembunyikan sesuatu dari aku selama ini.Tapi,aku tidak berani untuk menanyakan hal tersebut. Kopi 434 yang biasa aku minum itu pun terasa tidak sedap dan segar seperti biasa.

Usai sahaja pertemuan kami pada petang itu,tiba-tiba handphone ku berdering. Tertera nama MAMA di skrin. Aduh,kali ini apa pula mahu mamaku ini.Aku menunggu hingga deringan ketiga lalu,

“Adik,susahnya nak angkat telefon anak mama sorang ni. Ni mama nak beritahu, mama ada jemput Pak Cik Rahim sekeluarga datang rumah esok untuk makan malam. Mama nak Adik balik,bolehlah jumpa dengan Alyah. Dah lama dah adik tak jumpa dengan Alyah kan.Adik balik ye,mama tunggu,” penjelasan panjang berjela dari mama menyuruhku pulang ke rumah esok.

“Baiklah mama.Esok adik balik. Mama masaklah sedap-sedap.Adik nak bawa kawan sekali,” jelasku lagi.

Terlalu banyak soalan yang aku fikirkan ketika ini.Ketika memandu pulang ke rumah,aku ingin bertanya dengan lebih lanjut lagi dengan Anas mengenai dirinya.Tatkala aku memandang ke sebelah,kelihatan dia sedang nyenyak tidur.

“Letih sangat budak ni. Takpelah,esok masih ada masa”, bisikku dalam hati.

Dalam benak fikirannya,banyak persoalan yang dia masih kabur akan jawapannya. Dengan tingkahlaku Zaquan yang berubah apabila melihat kehadiran Anas,mama dan Lisa.

“Oh ya Lisa. Malam ni aku dah janji nak dating.Nasib baiklah aku ingat.Kalau tak,adeh,” bisikku lagi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.