Home Novel Alternatif LANGIT NEBULA
LANGIT NEBULA
Qilah Qarim
19/7/2016 02:06:08
1,697
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Senarai Bab
BAB 1

Langit malam melabuhkan tirai dihiasi bintang- bintang bertaburan berkedipan memantulkan cahaya menghiasan malam. Menjadi kebiasaan di waktu lapang encik farid mengisikan dengan menerap bintang di kala malam tapi berbeza kali ini bersama ahli keluarganya memandang esok cuti.

“Abah kita nak pergi mana malam ni? “tanya anissa yang teruja setiap dibawa keluar berjalan

“Abah nak bawa ibu,abang dan nisa,pergi usya bintang-bintang dekat atas bukit dekat padang berdekat dengan pekan sana tu. “Balas encik farid sambil mengawal streng kereta

“Kenape kena tengok bintang dekat sana, dekat rumah pun nisa nampak aje bintang malam-malam? “Soal anissa seperti kebinggungan.

Memang...nisa boleh tengok tapi tak sama, tengok dekat sana lagi cantik. balas fakrul yang teruja.

Lagi cantik?abah...kenapa lagi cantik daripada tengok dekat rumah kita? Soal anissa kepada encik farid yang masih belum puas hati dengan jawapan abang fakrulnya.

Banyak soal betul nisa ni, baru 5 tahun tapi kadang-kandang tanya soal sampai pening nak jawap. Mengomel encik farid dalam hati sambil melirik isterinya disebelah hanya tersenyum mendengar persoalan anaknya.

Eemmm...sebab dekat atas bukit tu gelap dan tak ada cahaya lampu yang mencemarkan langit. Jadinya nisa boleh tengok banyak bintang lebih jelas bila dekat tempat betul – betul gelap.

Oooo.....sebab tu abang fakrul cakap lagi cantik, tak sabar nisa nak tengok.

15 minit berlalu akhirnya mereka tiba didestinasi dituju, encik farid mengeluarkan barang daripada bonek yang dibantu oleh fakrul. Puan marina dan anissa hanya menunggu sambil memerhatikan mereka menggeluarkan barang . selepas mengeluarkan barang dari bonek,encik farid sekeluarga mengorak langkah ke tempat strategik untuk mencerap bintang.

Wah..banyaknya bintang, betul cakap abang fakrul lagi cantik tengok dekat sini. Suara nisa dengan keterujaan.

Nisa...suka? soal puan maria sambil mengukir senyuman di bibir.

Nisa...suka sangat-sangat. Balas anissa dengan nada yang ceria kepada ibunya puan maria.

Puan maria menghamparkan tikar yang bawa di bantu anissa untuk dijadikan alas tempat duduk. Sementara encik farid dan fakrul tengah memasang teleskop untuk dirikan untuk memulakan aktiviti menerap bintang.

Ibu..kalau nisa tak nak guna teleskop nak tengok bintang boleh tak? Soal anissa untuk mendapat kepastian.

Boleh aje sayang tapi lagi best tengok guna teleskop. Nanti nisa boleh tengok objek yang jauh dekat langit tu dengan lebih dekat. Kata ibu maria dengan nada ceria.

Ibu...bintang-bintang tu banyak mana dekat langit tu? Sambil menunding jari tulunjuknya ke langit. Nisa tengok bintang malam ni banyak sangat. Anissa menatap wajah ibunya menunggu jawapan.

Puan maria merenung wajah anissa sambil mengukir senyuman dan berkata dalam hati. Nisa..nisa..ibu tahu kalau nisa tengah excited benda baru mesti tak sabar tau jawapan bila soal.

Nisa bumi kita bentuk apa?

Bentuk bulat macam.. telur ayam, cikgu dekat tadika ada bagitau.

Apa yang ibu tahu dari pembacaan dan abah bagitau, dengan mengguna mata kasar manusia boleh melihat sekitar 3,000 bintang pada satu- satu masa dan 3,000 bintang lagi sedang berada di bawah bumi. Jadinya manusia boleh melihat sekitar 6,000 bintang.

Banyak...nya... ibu tak cukup jari nisa nak kira bintang. Kata anissa dengan suara yang comel.

Sayang....nisa...datang sini tengok planet marikh guna teleskop ni. Panggil encik farid yang tidak jauh dari mereka dan fakrul tengah fokus memerhati planet marikh mengguna teleskop.

Baik abang...sahut puan maria sambil memimpin tangan anissa.

Posisi fakrul diganti dengan puan maria untuk melihat planet marikh.

Subahanalah....cantiknya.hanya pujian kepada allah puan maria ucapkan menunjukan keterujaan.

Ibu..nisa nak tengok juga. Merengget anissa sambil menarik baju ibunya.

Mari diri dekat sini. Balas puan maria sambil menarik tangan anissa

Cantiknya..ibu nisa nak pergi planet marikh boleh tak?

Nak buat apa? Soal ibu melayan soalan pelik naknya

Pergi.. melancong.... Jawap anissa sambil membuat muka comel

Tergelak besar encik farid ,puan maria dan fakrul mendengar jawapan anissa,gelak tawa meraka memecahkan suasana sepi malam.

Adik nisa ooii...mana ada orang pergi melancong ke planet marikh. Ingat murah! Nisa tu Malaysia pun belum habis pusing. Kata fakrul yang menahan tersisa geli hati.

Nisa belajarlah pandai-pandai, kumpul duit banyak-banyak dan nisa pergilah sana. Jawap anissa dengan suara ceria.

Tak padan dengan kecil angan – angan sampai ke langit.

...........................................................................................

15 tahun berlalu menjadi kebiasaan anissa mengluangkan masanya dengan menonton dokumentari di dicovery channel di kala kelapangan tapi memandang hujan lebat sangat astro tak dapat signal. Anissa menampak ke ruang bacaan yang berada di tingkat atas.

Tu la kau anissa ibu dengan abah ajak pergi supermarket jual mahal, nak tengok tv konon sekarang kan dah rasa sunyi duduk sorang-sorang. Rungut anissa sambil jari telunjungnya berlari di deretan buku tersusun kemas di rak dan diekori mata mencari buku.

Buruj, bima sakti, komet, hujan meteor, gerhana bulan,Nebula.....dengan pantas anissa menarik album yang tertulis nebula yang terhimpit dengan album yang lain.

Nebula...sejak bila ada dekat sini tak pernah tengok? Omel anissa sambil tangan membuka album.

Suhanalah...cantiknya,damn amzing astofotografi nebula. Kata anissa yang teruja.

Nebula atau awan gas merupakan tempat lahirnya bintang. Nebula kebiasaanya terdiri daripada debu angkasa dan gas helium dan hidrogen yang merupakan komposisi utama bintang. Nebula mempunyai pelbagai warna dan menarik yang bergantung kepada jenis gas yang hadir.

Sejam berlalu anissa berada di bilik bacaan menghabiskan masanya melihat koleksi nebula matanya rasa kepenatan akhirnya anissa berbaring di sofa di bilik bacaan. Minda mula merawang ke masa lalu.

Nisa...kau pernah tengok ni dekat langit? Tanya amal sambil menunjuk

Wah..cantiknya macam pelangi. Kata anissa apabila amal menunjuk gambar.

Ni bukan pe-lan-gi tapi namanya ne-bu-la. Kata amal dengan nada serius

Aku tak pernah tengok nebulan tu.balas anissa sampai menuding jari telunjuk ke arah gambar

Bukan nebulan tapi nebula. Tegas amal

Hihi..nama dah macam biskut raya pun ada.

Cepat Ikut aku sebut ne..bu..la..,nebula. Amal Layak bergaya seperti cikgu megajar anak murid perkataan baru

Ne..bu..la...nebula. anissa mengikut apa disebut oleh amal lagak seperti murid tekun belajar

Pandai..pandai... nafisah anissa.puji amal kepada anissa sambil menepu bahu.

Nanti bila dah besar Aku nak jadi astronomi sebab boleh tengok langit dengan angkasa lepas hari-hari.Amal..bila kau dah besar nak jadi apa?

Aku nak jadi...

Ding dong...ding dong... .ding dong...bunyi loceng rumah encik farid menanda ada orang datang. Bunyi lonceng memati lamunan anissa.

Abah dengan ibu dah balik. Anissa tergesa – gesa meninggalkan bilik bacaan dan menurun tangga menunju ke pintu utama

Anissa..ni tengah buat abang tekan locengl tak dengar ke? Soal encik farid ke puan maria

kita tunggu kejap, kot anissa tengah sibuk dalam bilik bacaan. Kata puan maria

maaf ibu.. abah... nisa dekat bilik bacaan tadi. Anissa menapak ke bonek kereta

Maaf di terima. Kata puan maria sambil menghadiahkan senyum kepada anissa

Terima kasih ibu, banyak beli barang nak buat kenduri ke?

Bukan nak buat kenduri tapi ada tetamu nak datang tegahhari esok,jadi ibu nak masak laut banyak la sikit.

Ooo..,siapa tetamu kita and Ramai sangat ke yang datang tu ibu? Soal anissa

Kawan – kawan abah yang selalu pergi mencerap bintang sama- sama. Jawap puan maria sambil membawa menju ke dapur

Ooo...mesti ramai punya dan anissa tak kenal. Anissa mengekori ibu dari belakang

Jadi esok Anissa kena boleh tolong ibu memasak, boleh? Tanya puan maria kepada anissa sambil mengemas barang yang baru di beli tadi

Sudah mestinya boleh ibu. Jawap anissa membuat muka comel kepada puan maria.

Tengahari seperti yang dijanjikan kawan-kawan encik farid telah berkunjung tiba dalam 10 orang yang berusia dalam lingkungan 30 tahun ke atas. Suasana makan tengahari di rumah encik farid dengan penuh ceria.

Bu..mana abang fakrul cakap nak balik join perjumpaan dengan kawan-kawan abah? Soal sambil menyiapkan hidagan pencuci mulut

Entahlah nisa..kejap lagi sampai la tu. Jawap puan maria sebelum pergi ruang tamu.

Anissa mencapai telefon bimbitnya di kabinet dapur dan terus memghubungi fakrul.

Tut..tut..tut...Assamualaikom...abang fakrul dekat mana jadi balik tak?

Waalaikomusalam, dah dekat nak sampai pun, tadi hal nak kena uruskan

Ok la macam tu, nanti jumpa dekat rumah,abang fakrul bawa kereta elok-elok.

Ok thank nisa.

(Di ruang tamu)

abah anissa bagitau uncle anissa dapat sambung belajar, tahniah nisa.

terima kasih uncle...doakankejayaan nisa.

Sudah tentu uncle doa kerjayaan nisa.

Uncle...emm.. Amal apa khabar? dah lama tak dengar cerita amal buat apa sekarang?

Ooh amal sihat je, dia pun tengah sambung study tapi dekat jepun.

Ye..ke...uncle lama lagi ke dekat malaysia?

Seminggu je, uncle tengah rancang nak tinggal terus dekat malaysia. Kalau jadi tahun depan uncle pindah sini dan kerja dekat sini.

Anissa doakan semua yang uncle rancang berjalan lancar.

Terima kasih anissa. Kata dasuki sebelum berlalu.

Uncle dasuki kawan karib abah dan aku memang rapat sebab sudah terbiasa dari kecil dan merupakan papa kepada amal. aku dengan amal memang rapat sangat sampai umur 11 tahun tapi itu semua Cuma sebelum amal berhijrah ke jepun tinggal dekat sana terus dan hubungan persahabatan kami semakin renggang. Semoga berjaya amal aku tak tau lah kau ingat aku tak! Omel anissa dalam hati sambil menghantar tetamu abah dengan mata ke kereta masing-masing.

...........................................................................................

Tuk..tuk...pintu bilik anissa di ketuk dari luar

Masuklah pintu tak kunci. Duduk di kerusi meja belajar yang menghadap ke tingkap sambil melayari internet.

Nisa..sibuk ke? Tanya fakrul takut mengganngu anissa sambil menapak ke dalam bilik dan melabuh diri di birai katil

mana ada sibuk, ada benda penting ke?

Malam ni, on tak pergi cerap bintang.

Cerap bintang,always on my brother.

Barang nisa nak masuk universiti dah cukup ke?

Dah, abang fakrul album nebula dekat bilik bacaan tu sapa punya?

Nisa punya la.

Nisa punya, mana mungkinnisa sendiri pun pertama kali tengok.nisa mengaru kepala yang tidak gatal

Tak ingat la tu, best freinds sendiri bagi pun tak ingat. Kata fakrul dengan nada perli

Best friend nisa, siapa?

Kesian betul siapa jadi best friend nisa ni.fakrul melihat anissa sambil mengeluh

Abang fakrul tolong bagi klu, nisa tak ingat langsung ni?Nisa membuat muka kesian

Budak lelaki masa zaman kanak- kanak yang jatuh cinta dengan nisa. Fakrul cuba menguji perasaan anissa

Abang fakrul jangan la main-main,cakap la betul- betul. Kata anissa dengan nada yang sedikit kuat.

Abang tak main-main ni betul-betul.cakap dalam nada sedikit serius.

tapi, siapakah dia?

Nuri? Nisa ingat lagi tak?

Nuri...nuri...nuri....anissa memerah otak meningatinya

“Abang fakrul.... serius, nisa tak ingat lansung sapa gerangan bernama Nuri rasa baru pertama kali dengar nama ni”.

“ anissa...anissa....macam lah boleh lupa kawan main sama-sama , waktu kecik-kecik dulu pada hal rapat sangat-sangat,. Omel fakrul dalam hati.

Abang fakrul harap nuri boleh maafkan nisa, kalau dia tahu nisa tak ingat dia.

“Apa maksud abang fakrul”? Soal anissa kepada fakrul sudah mahu berlalu pergi.

“Sebab nisa tak ingat kawan baik sendiri”. Jawap fakrul sambil memandang anissa sebelum menghilang diri di balik pintu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.