Home Cerpen Umum Sayang Cikgu!
Sayang Cikgu!
7/7/2014 12:49:03
1,838
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

Raid tersedar dari tidurnya apabila dia terdengar pintu rumahnya diketuk kuat. Pemuda 29 tahun itu bingkas bangun dari sofanya dan menuju ke pintu rumah. Daun pintu dikuak dengan luas. Kelihatan Safuan, sepupunya yang 3 tahun lebih tua darinya berada di hadapan pintu rumahnya dengan seorang kanak-kanak dalam lingkungan 6-7 tahun. Terdapat sebuah bagasi berwarna hijau tua disebelah kanak-kanak tersebut.

Raid hanya memandang Safuan dengan kosong. ‘Apa yang dia ni nak? Tiba-tiba je datang rumah aku tak bagi tahu.’Fikir Raid. Keningnya sebelah kirinya terangkat tinggi. Dia terus membuka pintu pagar rumahnya dan mempelawa Safuan masuk.

“Kau mimpi apa sampai tiba-tiba datang rumah aku tak bagi tahu?” Tanya Raid sambil tangannya sibuk membancuh nescafe dan secawan air oren.

“Banyak sangat benda yang aku kena explain dekat kau. Tapi aku nak cepat sangat ni. Long story short , aku kena ke UK sekarang sebab aku nak buat PhD kat sana. Fareeda pulak aku dah lost contact dengan dia. Sekarang tak ada sesiapa yang boleh tolong jagakan Nurin. So, kau seorang je yang boleh tolong aku untuk jaga dia.” Ulas Safuan dengan satu nafas.

Raid amat mengenali Safuan. Safuan ialah sepupu yang paling rapat dengannya sejak kecil lagi. Jadi, semua perkara yang berlaku kepada Safuan dia tahu. Fareeda, bekas isteri Safuan dan ibu kepada Nurin pula telah menghilang ke mana tiada siapa yang tahu. Meninggalkan Safuan tiada pilihan tetapi untuk membesarkan Nurin keseorangan.

Raid hanya mengangguk perlahan.

“Baguslah kalau kau dah faham. Sebab sekarang aku kena pergi, aku kena check in dekat KLIA. Nanti kalau tak, aku tertinggal pula aku punya flight.

Safuan terus menuju ke pintu rumah Raid dengan tergesa-gesa. Nurin pula hanya duduk di sofa berwarna hitam dengan senyap. Mata Raid terbuntang luas. ‘What the-,’fikir Raid.

“Woi,” Raid mengejar Safuan. “Maksud kau, kau nak aku jaga Nurin lah? Apasal kau tak hantar kat mak aku je? Aku busylah wei. Aku pun ada kerja juga. Lagi satu, yang kau tak bagi tahu awal-awal kenapa?” Soal Raid bertubi-tubi.

Safuan yang sibuk mengikat tali kasut hanya mengangguk. “Yelah, kan aku dah cakap tadi. Aku memang nak minta mak kau jaga tapi mak kau duduk jauh sangat. Lagi pun sekolah Nurin dekat dengan rumah kau. Aku tak bagi tahu kau awal-awal sebab…” Safuan hanya tersengih macam kerang busuk. “Aku lupa.” Jawabnya ringkas.

Raid hanya mengeluh. ‘Apa punya bapaklah kau ni sampai sanggup tinggalkan anak kau macam tu je. Bongok.’

“Kau nak tahu apa-apa. Kau tanya je si Nurin tu.” Sambung Safuan lagi. “Rin, papa pergi dulu ya sayang. Jaga diri elok-elok. Jangan nakal. Nanti susah pula UncleRaid.” Nurin yang berada di dalam rumah terus berlari ke arah Safuan dan memeluknya. Safuan mengucup dahi Nurin dan melepaskan Nurin dari pelukannya.

“Papa pergi dulu. I love you, honey. Take care.”Nurin mengangguk sambil menyeka air matanya. Jelas kelihatan sedih apabila papa kesayanganya meninggalkan rumah Raid.

Raid hanya melihat bayangan Safuan menghilang disebalik pintu lif. Keluhan ringan dilepaskan. Raid memandang Nurin yang sedari tadi tidak berhenti menangis.

‘Apa aku nak buat dengan budak ni? Hmm… aku pernah jaga Adam dulu. So, it should be no problem for me to take care of her. Harap dia ni tak banyak ragamlah.’Fikirnya dengan penuh berharap.

Adam, iaitu sepupunya yang paling kecil pernah dijaganya. Masa tu Adam baru berusia 5 tahun, manakala dirinya pula berusia 16 tahun. Jadi mungkin menjaga Nurin lebih mudah kerana umur Nurin yang lebih tua dari umur Adam dahulu. Raid sedar bahawa dia masih lagi solo. Tapi apa salahnya kalau dia menjaga budak kecil, kan?

Nurin yang masih lagi menangis dilihatnya. Tangannya terus mengusap kepala Nurin dengan tujuan supaya tangisan Nurin lebih reda. Dan nampaknya, usahanya yang tidak seberapa itu berjaya. Nurin berhenti menangis dan mendongakkan kepalanya untuk melihat Raid.

Raid hanya tersengih. Senyuman comel pula terukir di wajah Nurin.

“Jom masuk. Rin mesti laparkan? Rin nak makan apa? Uncle masakkan.” Nurin mengangguk laju.

“Rin nak nasi goreng. Sebab papa cakap nasi goreng Unclelah yang paling sedap.” Sekali lagi senyuman Nurin yang sangat comel baginya terukir.

‘Comelnya! Ni lah salah satu sebab aku nak ada anak. Tapi calonlah pula tak ada. Tak apa, at least aku ni ada juga kawan untuk bersembang.’Tangan Nurin ditarik ke dalam rumah. Raid ke dapur, Nurin pula menonton televisyen.

Usai makan, suasana menjadi sunyi sepi. Nurin tertidur lena di atas sofa empuknya berbantalkan riba Raid. Raid pula hanya termenung kosong sambil memikirkan apa yang perlu dilakukannya selepas ini.

5 minit kemudian Nurin tersedar dari tidurnya. Matanya terkebil-kebil. Raid tersenyum kecil melihat gelagat Nurin menggosok-gosok matanya.

“Dah malam dah ni Rin. Esok Rin sekolah tak?” Tangan Raid mengelus rambut Nurin dengan lembut.

“Sekolah.” Jawab Rin sambil menguap.

“Ok. Kalau macam tu Rin pergi mandi dulu. Lepas tu, tidur. Uncletolong gosokkan baju.” Nurin mengangguk dan bergerak ke bilik air.

Uncle, nak tuala!” Jerit Nurin dari bilik air dengan kuat.

“Tuala Rin dekat mana? Papa tak bawa ke?” Soal Raid sambil mencari tuala baru di dalam almari. Tuala baru diberikan kepada Rin.

“Tak tahu.” Jawab Nurin ringkas.

Raid terus membuka bagasi hijau tua itu untuk mencari pakaian salinan untuk Nurin dan baju sekolahnya untuk digosok. Namun, apabila bagasi itu dibuka, lambakan baju Nurin yang tidak berlipat dan bercampur dengan seluar, baju dan lain-lain terburai keluar.

Raid mengeluh perlahan. Rasa marah bercampur geram pun ada. ‘Hei, jenis bapak apa kau ni, aku pun tak tahulah Safuan. Baju anak kau ni boleh je kau sumbatkan macam tu je. Kesian budak tu.’Fikirnya dengan geram.

Satu persatu baju Nurin diambilnya dan dilipat kemas. Nurin yang basah kuyup berdiri disebelah Raid.

Uncle, mana baju Rin?” Raid terus mengambil sepasang baju tidur dan memberikannya kepada Nurin. Selesai melipat baju, Raid menggosok pula baju kerjanya dan baju sekolah Nurin.

Nurin pula sudah pun tertidur lena di atas sofa. Raid tersenyum. Usai menggosok baju, tubuh Nurin diangkat dan diletakkan di atas katil.

“Nampaknya, malam ni kenalah aku tidur kat luar. Nanti, bilik tu kena kosongkan. Nak buat bilik untuk si Nurin.” Raid membetulkan kedudukan bantal di kepalanya. Tak sampai 5 minit, dia sudah pun dibuai mimpi indah.

Keesokan paginya Raid bangun untuk menunaikan solat subuh. Sejurus selepas dia menunaikan solat subuh, dia terus mengejutkan Nurin yang masih lagi tidur.

“Rin, bangun. Hari ni sekolahkan?” Badan Nurin digoncangkan dengan perlahan. Namun ia masih tidak menunjukkan tanda-tanda Rin untuk bangun dari tidurnya.

“Awal lagi, agaknya?” Raid berkata pada diri sendiri. Sekali lagi badan Nurin digoncang. Kali ini, Nurin tersedar dan terus bangun sambil menggosok-gosok matanya.

Uncleawal lagilah. Rin ngantuk ni.” Nurin menguap besar dan baring semula.

“Rin selalu pergi sekolah pukul berapa?”

“Tak tahu..” Jawab Nurin dan terus di buai lena.

Raid hanya menggaru kepalanya yang tak gatal. ‘Habis tu? Macam mana aku nak pergi kerja ni? Nampaknya kena day off lah hari ni.’

Raid menuju ke bilik sebelah. ‘Mungkin ada jadual sekolah dia ke?’ Raid mula mencari jadual sekolah dan surat sekolah Nurin. Sehelai kertas yang menunjukkan waktu persekolahan dijumpainya.

“Hah, ni dia! Hm…Masuk sekolah pukul 1 petang, balik pukul 5.50 petang. Aduh, macam mana aku nak manage semua benda ni? Aku masuk pagi balik petang. Tak ada masa nak hantar dia lah pula. Hmm…” Raid mati akal. Apa yang perlu dibuatnya dia langsung tak tahu. Punggungnya dilabuhkan di kerusi di dapur.

Tepat pukul 11 pagi, Nurin sudah pun siap dan lengkap dengan pakaian sekolah. Raid yang hanya bert-shirt dan berseluar paras betis pula sedang bertungkus lumus menyiapkan bekalan makanan untuk Nurin.

Selepas semuanya selesai, Raid menghantar Nurin ke sekolah. Tiba di sekolah, Nurin terus mencium tangan Raid sebelum masuk ke kawasan persekolahan.

Keluhan dilepaskan. Dia memegang steering kereta dan mengundurkan keretanya. Ada banyak lagi hal yang perlu diuruskannya.

Kereta Elentra kepunyaan diparkir. Raid menuju sebuah bangunan yang besar dan tersergam indah. Atau lebih tepat lagi bangunan itu ialah tempat kerjanya. Di tingkat bawah bangunan itu terdapat sebuah taska yang disediakan untuk para pekerja menghantar anak-anak mereka. Taska tersebut dimasukinya.

‘At least ada juga lah kemudahan dekat sini. Tak adalah aku susah-susah nak fikirkan macam mana keadaan si Nurin.Hantar Nurin separuh hari je, lepas tu masa lunch hour keluar hantar dia ke sekolah. Lagi pun bukannya jam pun. It should be no problem. Yup. No problem at all. ’

Selepas selesai mendaftarkan Nurin di taska tersebut, Raid pergi ke IKEA pula untuk membeli barang keperluan untuk menyediakan sebuah bilik untuk Nurin. 2 jam berlalu. Semua barang yang dibelinya disusunnya ke dalam kereta.

“Huh, banyak juga barang yang aku beli.” Ngomelnya sendirian dan beransur pulang ke rumahnya.

Masa berlalu dengan pantas. Selesai sahaja memasang dan menyiapkan bilik untuk Nurin, Raid ke sekolah Nurin. Jam menunjukkan 5.30 petang. Sudah tiba masanya untuk mengambil Nurin pulang dari sekolah.

Malam itu, Nurin dan Raid sibuk dengan hal masing-masing. Nurin menyiapkan kerja sekolah. Raid pula menggosok baju. Nampaknya Nurin amat menyukai biliknya yang baharu. Raid tersenyum. Hatinya menjadi seronok apabila melihat Nurin yang sangat gembira dengan bilik baharunya.

Selama dua setengah bulan, Raid mula selesa dengan rutin hariannya yang baharu. Raid hanya tersenyum apabila mengimbas semula kenangan dimana mula-mula sekali dia menjaga Nurin. Sekarang bukan sahaja dia seronok namun kehidupannya menjadi lebih berseri dengan kehadiran Nurin. Nurin dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Nurin bagaikan anaknya sendiri.

Selama dua setengah bulan jugalah, Safuan hanya sekali sekala sahaja menelefon Nurin. Setiap kali mendengar suara papanya, budak kecil itu mesti menangis. Apa yang Raid hanya tahu buat adalah mengusap kepalanya dengan lembut sehingga Nurin berhenti menangis.

Keluhan dilepaskan. Kedengaran loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Pandangan Raid ditala ke arah cermin sisi kereta. Kelihatan Nurin yang sedang berlari menuju ke keretanya. Senyuman Raid melebar ke telinga. Pintu kereta dibuka.

Muka Nurin menunjukkan riak wajah yang sangat gembira. ‘Apalah yang buatkan dia seronok sangat hari ni?’

Uncle, Uncle! Tadi kat sekolahkan ada cikgu baru. Cikgu baru tukan cantik sangat.” Belum sempat Nurin duduk di kerusi kereta, Nurin telah pun bercerita tentang cikgu barunya. Raid tersenyum kecil. Keretanya bergerak pulang ke rumah.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Nurin tidak berhenti bercakap mengenai cikgu barunya. Raid hanya mengiyakan apa sahaja yang dicakapkan Nurin.

“Lepas tukan Uncle, cikgu tu punya suara sedap macam penyanyi. Rin siap dapat hadiah lagi sebab Rin dapat jawab soalan yang cikgu tu tanya. Tapi cikgu tu kecik sangat. Rasanya kalau dia berdiri dekat sebelah Uncle,dia sampai dekat dahi Uncle je.”Celoteh Nurin sambil memegang dagunya. Raid ketawa kecil.

“Rin, itu dagu bukan dahi. Hahaha. Siapa nama cikgu tu?” Tanya Raid tetapi langsung tidak tertarik dengan cerita Nurin tentang cikgu itu.

“Nama cikgu tu Umairah. Hah, lagi satukan Uncle, nanti hari jumaat ni ada hari terbuka. Unclekena datang lepas pukul 2, lepas tu boleh balik rumah terus. Lepas tu Unclebolehlah jumpa cikgu nanti.” Ngomel Nurin tanpa berhenti.

“Yelah, yelah. Tapi Uncle datang lambat sikit sebab Unclenak solat jumaat dulu.”

Nurin mengangguk laju. “Tapi jangan lambat tau.” Giliran Raid pula mengangguk.

~

Hari Khamis. Jam di kereta menunjukkan waktu 7.30 malam. Dahi Raid dibasahi peluh. Fikiran yang bukan-bukan menyelubungi kepalanya.

“Astaghfirullahhalazim, macam manalah keadaan Rin agaknya. Aku tak tahulah pula meeting sampai pukul 7. Aduh, Rin…” muka Raid yang menunjukkan riak wajah yang risau dan sedih bercampur baur. Dia langsung tidak boleh duduk diam di kerusi keretanya.

Sejurus sahaja sampai di sekolah Nurin, Raid terus keluar dan berlari ke dalam kawasan persekolahan dengan harapan bahawa Nurin masih lagi berada di situ. Matanya mula mencari sekujur tubuh. Namun setelah dia mendapati tiada sebarang tanda, dia terus memanggil-manggil nama Nurin.

Alangkah leganya hati apabila jeritannya disahut dengan suara yang agak lembut dan… lunak? ‘Takkanlah suara Rin macam tu? Tu macam suara orang dewasa je.’Kepalanya dihala ke arah suara tersebut dengan laju.

‘Eh…?’ Namun apa yang dilihatnya adalah bayangan perempuan bertudung yang sedang melambai-lambai ke arahnya dari sebuah pondok. Raid mula berjalan dengan harapan Nurin berada di situ. Raid berhenti beberapa langkah dari tubuh tersebut.

Seorang gadis genit yang sedang duduk di kerusi panjang dengan seorang budak kecil yang sedang tidur berbantalkan riba gadis itu dipandangnya. Gadis itu tersenyum malu. Gadis itu mula mengejutkan budak kecil itu dengan perlahan. Perlakuan gadis itu hanya di lihat Raid dengan tertanya-tanya.

Budak kecil itu tersedar dari tidurnya. ‘Nurin!’jerit hati Raid. Tiada apa yang dapat menggambarkan tentang perasaannya sekarang apabila melihat Nurin masih lagi selamat. Kali ini barulah Raid dapat melepas bernafas dengan lebih lancar. Kalau tak, dia pun tak tahulah apa yang akan berlaku pada dirinya.

Nurin yang masih lagi terbaring bingkas bangun apabila melihat pak cik kesayangannya berada di depan mata.

Uncle! Kenapa Unclelambat? Nasib baik cikgu ada temankan Rin dekat sini.” Jerit Nurin seraya memeluk Raid. Nurin langsung tidak menangis, malahan dia masih boleh lagi tersenyum comel. Pelukan Nurin disambut.

I’m so sorry. Uncleada meeting tadi. Tak tahulah pula habis lambat.” Tubuh kecil Nurin dilepaskan.

“Tak apa. Rin tahu Uncle sibuk. Rin tak kisah pun. Lagi pun Cikgukan temankan Rin.” Kata Nurin dengan seronok.

Uncle,inilah Cikgu Umairah yang Rin ceritakan tu. Cantikkan?” soalan Nurin terus menghilangkan rasa gundah dalam hati Raid. Cikgu yang sedari tadi berada di belakang Nurin dipandang. Dalam samar-samar, Raid hanya mampu melihat cikgu itu sambil tersenyum. Raut wajah cikgu itu tidak dapat dilihatnya dengan jelas. Tetapi Raid tidak dapat menafikan apa yang dikatakan Nurin bahawa cikgu itu memang cantik.

Raid hanya mengangguk perlahan.

“Rin, jom balik. Pergi ambil beg sekolah. Rin mesti dah laparkan?”

“Kejap Rin ambil beg sekolah. Unclesembanglah dengan cikgu dulu.” Seloroh Nurin dan terus berlari untuk mengambil beg sekolahnya meninggalkan Raid dan cikgu Umairah dalam keadaan yang sangat janggal.

Raid mula menggosok-gosok tengkuknya kerana tidak selesa dengan situasi yang dialaminya sekarang. Bila berduaan dengan perempuan membuatkan Raid gementar dan lidahnya kelu. ‘Memang patutlah aku ni tak ada girlfriend.’Getus hatinya.

“Ermm…Cikgu. Thank you for taking care of her. Saya minta maaflah kalau saya ni menyusahkan cikgu.” Raid cuba berbual dengan cikgu itu walaupun perasaan gementar menguasai diri.

Senyuman manis terukir di bibirnya yang merah. Cikgu itu mengangguk perlahan.

“Tak ada masalah. Tak menyusahkan pun. Lagipun saya pun tengah tunggu bas ni. Dari petang sampai sekarang tak ada bas yang lalu.” Suara cikgu yang merdu itu menerpa masuk ke telinganya membuatkan Raid terpana. ‘Betullah cakap Rin, suara dia memang sedap.’

Uncle! Jom balik.” Jeritan Nurin memecahkan suasana janggal antara Raid dan cikgu tersebut. Tangan Raid dirangkul oleh Nurin. Raid hanya mengikut Nurin dari belakang kerana tangannya menarik Raid dengan kuat.

Tiba-tiba, Nurin berhenti dan memandang Raid.

Uncle,boleh tak kalau kita tumpangkan cikgu? Kesian cikgu seorang je tunggu bas. Nanti kalau dia kena culik macam mana?”

Apa yang dikatakan Nurin membuatnya tersenyum. “Ok. Pergi panggil cikgu.” Nurin terus meninggalkan Raid dan menarik tangan cikgu ke kereta.

“E-eh, tak apa ke ni?” Cikgu itu memandang Raid untuk meminta kepastian. Raid mengangguk laju. Umairah hanya tersenyum sumbing.

“Terima kasih.”

“Sama-sama.”

Sepanjang perjalanan menghantar Cikgu itu pulang menjadi sunyi apabila Nurin terlena semula. Raid pula langsung tidak memulakan perbualan kerana perasaan gemuruhnya. Umairah pula hanya memandang luar tingkap.

Selepas beberapa minit perjalanan, tibalah di rumah Umairah.

“Terima kasih ya Encik. Kita jumpa esok.” Kata Umairah dan terus menutup pintu kereta.

Keesokan harinya, Raid menghadiri hari terbuka di sekolah Nurin. Sekali lagi dia dapat bertemu dengan cikgu Umairah. Hatinya menjadi seronok apabila mendapat tahu bahawa cikgu Umairah ialah guru kelas Nurin. Dia hanya mampu menunggu gilirannya tiba dengan senyuman yang melebar hingga ke telinga.

~

“Yin, itu ke Pak Cik awak? Macam orang Cinalah.” Seorang kanak-kanak sebaya dengan Nurin memandang ke arah Raid.

“Yelah. Kan saya dah cakap dia tu ada darah Cina. Handsomekan?” Balas Nurin dengan bangga. Kawan-kawannya mengangguk laju. Hidungnya kembang kempis apabila kawannya memuji-muji Unclenya yang handsome itu.

“Ye ke dia ada darah cina? Kita tak percayalah.”

“Iye…tak percaya eh? Nanti saya tanya Unclesaya. Jom ikut.” Nurin menarik tangan kawan-kawannya kepada Raid.

“Hai Uncle!” suara kecil Nurin menghentikan lamunannya sebentar tadi. Raid memandang Nurin dan kawan-kawannya.

“Hai, Rin and friends!” Sebuah senyuman yang menawan dihadiahkan kepada Nurin dan kawan-kawannya.

Uncle,betulkan Uncleni Melayu Cina kan? Sebab kawan Rin semua tak percaya.” Seloroh Nurin. Raid tersengih.

“Taklah. UncleMelayu Jepun.” Jawapan Raid membuatkan mulut Rin dan kawan-kawannya terlopong. Belum sempat dia mengulas lebih panjang, gilirannya untuk berjumpa dengan cikgu telah pun tiba.

Jantung Raid terus berdegup kencang apabila dia melihat cikgu Umairah sedang menunggunya di meja dengan senyuman menawan. Tekaknya bagaikan berpasir. Lidahnya kelu. ‘Shoot, Red. I think you really need to calm down yourself.’

“Silakan duduk.” Pelawa cikgu Umairah dengan sopan. Punggungnya dilabuhkan di kerusi yang berada di hadapan meja guru. Nurin yang datang entah dari mana terus berdiri disebelah Raid.

Sepanjang cikgu itu memberitahu Raid tentang prestasi Nurin, Raid hanya mampu mengangguk macam burung belatuk dan mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh cikgu. Sebenarnya, dalam diam Raid cuba menghayati suara merdu cikgu Umairah.

“Jadi, ada apa-apa yang encik mahu tanya? Tentang Nurin ke?” Soal Umairah diakhir sesi perjumpaan itu. Kepalanya digelengkan.

“Baiklah. Terima kasih kerana sudi datang.” Senyuman disertakan sekali oleh Umairah kepada Raid dan Nurin. Senyuman Umairah dibalas.

Bagi Raid, sepanjang perjumpaan tersebut, Umairah bersikap sangat professional kerana caranya memang seperti seorang guru ketika memberitahu Raid tentang Nurin di sekolah. Apa-apa pun Umairah berjaya mendapat tabik hormat daripada Raid.

~

Selepas perjumpaan hari terbuka itu, bagaikan ada satu keajaiban berlaku apabila mereka kerap bertemu. Kadang-kadang ketika Raid mengambil Nurin pulang dari sekolah. Kadang-kadang di supermarket dan ada kalanya, mereka bertemu di taman permainan pada waktu cuti sekolah.

Raid hanya tersengih macam kerang busuk ketika memikirkan setiap kali mereka berjumpa. ‘Mungkin aku dengan dia ada jodoh. Hm…manalah tahu.’getus hatinya dengan gembira.

Tiba-tiba lengannya dicubit dengan kuat oleh Nurin.

“Kenapa Uncleasyik senyum je? Dari tadi Rin panggil, Unclebuat tak tahu je.” Nurin mula memuncung. Raid tertawa kecil.

Sorry, sorry. Uncle tak sengaja. Kenapa panggil Uncle tadi? Rin ada nak beli apa-apa ke?” Ketika ini, mereka berdua berada di supermarket untuk membeli barang keperluan.

“Tadi Rin nampak cikgu Umairah. Lepas tu dia dah hilang. Rin baru nak cakap dengan dia. Tapi Unclepula sikit-sikit tersenyum.”

‘Speak of the devil.’ Fikir Raid. ‘Tapi boleh pula aku terkantoi tersenyum seorang-seorang dengan Rin ni. Heh.’

“Yelah. Uncleminta maaf. Jom, kita bayar barang ni dulu lepas tu kita cari cikgu, ok?” cadangan Raid diterima dengan senyuman yang besar.

Usai membayar, mereka terus mencari dimana cikgu Umairah berada. Baju Raid ditarik dengan kasar.

Uncle,tu. Cikgu tengah makan. Jom kita join. Cikgukan seorang je tu.” Raid melihat dimana jari telunjuk Nurin menunjuk. Disitu terdapat seorang gadis yang hanya berbaju lengan panjang dengan seluar track suitnya lengkap dengan tudung hitam sedang duduk berseorangan sambil menikmati secawan teh.

Raid yang ditarik Nurin hanya mengikut sampai mereka berada di hadapan cikgu. Umairah pula mengangkat mukanya dan melihat mereka berdua. Senyuman terukir di bibirnya.

“Hai, cikgu!” Sapa Nurin dengan ceria. Sapaan disambut dengan gembira. Kemudian, Raid dan Nurin di pelawa duduk semeja dengannya.

Kini, perasaan gementarnya telah pun hilang. Raid berasa lebih selesa apabila berada dengan Umairah. Siapa sangka sejak pertembungan mereka di sekolah membuahkan hasil yang positif. Siapa tahu? Apa-apa pun apa yang perlu dilakukan Raid sekarang ialah cuba merapatkan hubungannya dengan Umairah. Dan nampaknya, Umairah langsung tidak kisah, malahan dia memberikan Raid peluang untuk mengenalinya lebih rapat.

Raid menguntumkan senyuman yang paling macho kepada Umairah pada malam di mana acara kemuncak akan berlaku. Ditemani Nurin, Cupidkecil disisanya, Raid berdehem untuk membetulkan vokal suaranya. Umairah dihadapannya pula hanya tersipu malu. ‘Now or never, Red. Here we go. Bismillahirahmanirrahim.’

Suara Raid yang serak basah yang mampu mencairkan mana-mana wanita yang mendengar suaranya,tidak terkecuali Umairah mula berbicara.

Namun apabila hendak bersuara, lidahnya menjadi kelu dan serta-merta menjadi gagap. Nurin yang berada di sebelahnya hanya ketawa terkekek-kekek.

“Se-sebenarnya, saya ni bukan jenis yang banyak cakap. Tapi. . . apa yang saya nak awak dengar ni penting. I like you very much since. . .ah. . .I don’t know. But before we proceed to the next level, um. . . will you marry me?” Selesai sahaja mmenyebut perkataan itu, Raid menjadi lebih lega.

Tapi apa yang lebih mendebarkan ialah menunggu jawapan daripada tuan punya badan. Umairah tertunduk malu. Mukanya dah serupa macam tomato akibat menahan malu yang amat sangat. Nurin pula terpinga-pinga apabila tidak memahami satu perkara pun yang dicakapkan Raid.

Raid hanya memandang Umairah, menunggu jawapan. Untuk beberapa minit, suasana menjadi sunyi sepi. Rasa hampa menyelubungi diri.

It’s okay if you don’t want to answer it no-” belum sempat Raid menghabiskan ayatnya, Umairah memotong percakapannya.

Yes, I will. Dan terima kasih.” Jawab Umairah dengan malu-malu.

Akhirnya!!!’getus hati Raid dengan gembira. Senyuma ikhlas dan paling menawan dihadiahkan kepada Umairah.

Thanks to you too, little cupid.” Sambung Raid sambil mencubit pipi Nurin. Nurin hanya tersengih walaupun dia tidak mengerti satu pun yang sedang berlaku.

2 bulan kemudian, pernikahan antara Raid dah Umairah dilangsungkan. Tapi apa yang mengejutkan ialah Safuan telah pulang ke tanah air untuk menghadiri majlis perkahwinan Raid. Dan selang beberapa hari kemudian, Nurin mengikut papanya ke UK. Raid dan Umairah pula bersyukur kerana dengan bantuan Nurin, mereka berdua dapat disatukan.

~tamat~

Kepada pembaca sekalian, saya berharap agar anda dapat memberikan pendapat dan ulasan mengenai cerpen ini supaya saya dapat meningkatkan lagi kemahiran saya. Sekian terima kasih.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.