Home Cerpen Islamik Sayang Saya
Sayang Saya
nureel imanina
11/6/2016 10:41:35
1,745
Kategori: Cerpen
Genre: Islamik

SAYANG SAYA

“You ni yang perempuan muslim, tak payah la pakai tudung atas kepala. You should free your hair, colour your hair. Biar nampak bergaya sikit, ikut trend sekarang. Ada orang yang I jumpa tu bila lalu saja, smelly tau kepala dia. Sebab bertudung lah! Lagipun nanti rambut rosak tahu? Asyik bertutup saja!”

Gulp! Sentap sungguh.

“Tapi diaorang ni bersih, tak berbau lah uncle. Diaorang pakai tudung sebab itu apa yang diaorang percaya. We should respect their belief’ Ying terus back up kami.

“Mana ada rambut rosak uncle, kitaorang jaga baik-baiklah. Mana ada berbau pun” Fika tak kurang juga membela diri.

Aku cuba maniskan muka sebab aku hormat uncle tu tapi aku mampu tunduk saja. Tak mampu nak pandang dia.

Allah!

“Adik ipar I dia kahwin dengan orang Islam tau. Tapi perempuan tu Islam moden, dia tak pakai tutup kepala ni. Dia cakap dekat adik I, ‘you boleh nak makan pork ke, nak minum ke, asalkan jangan bawa balik rumah’. Kan senang macam tu, tak payah susah-susah nak pantang itu ini” tambah uncle itu lagi.

Aku sangat yakin pantang itu ini yang dia maksudkan adalah perkara tak boleh sentuh anjing, tak boleh makan ‘daging’ dan yang utama soal perempuan pakai tutup kepala.

Okay, kenapa kau tak ‘sembur’ je uncle tu?!

Pertama, aku sangat pasti yang uncle ni dah salah faham pasal Islam. Sebab tu dengan selamba saja dia boleh cakap macam tu pada kitaorang. Bagi aku uncle tu dah capai tahap biadap, tapi mungkin tak bagi orang lain. Mungkin itulah cara yang dia rasa paling lembut untuk beri nasihat.

Kedua, aku tetamu uncle ni yang sedang berada dalam rumah dia. Jadi kalau aku nak buka tazkirah dengan kata lain nak ‘tembak’ uncle ni, nampak aku pula yang biadap. Nanti lagi bertambah benci dia pada orang Islam.

Ketiga, aku tengah marah ni! Jadi lebih baik aku diam daripada aku cakap yang bukan-bukan. Aku bukannya baik sangat, sebab tu aku berusaha jadi lebih baik.

Dari sudut psikologi, aku rasa uncle ni ada dendam pada orang Islam. Tapi bila fikir balik, mungkin dendam dia lebih kepada orang Melayu. Lebih kepada masalah ras. Uncle ni mungkin ada memori hitam berkaitan orang Melayu atau ada perkara yang dia tak puas hati pada orang Melayu. Jadi alang-alang dah jumpa freshie macam kami, dia luahkan lah apa yang dia simpan selama ni.

Aku kesian sebenarnya pada uncle tu. Sebab umat Melayu Islam sekarang, dia dan mungkin ada beberapa orang lagi kat Malaysia ni dah salah anggap pada Islam itu sendiri. Contohnya, adik ipar uncle tu yang muslim tapi tunjuk contoh yang kurang baik pada orang lain terutamanya pada yang bukan Islam. Islam itu mudah, tapi jangan lah semua benda awak nak mudahkan. Ada protokolnya, ada syaratnya. Aku bukan marah pada uncle tu, aku marah pada diri aku sendiri sebab tak berupaya untuk pamerkan nilai Islam itu pada orang lain terutamanya pada yang bukan Islam.

Aku terfikir satu perkara. Kalau adik ipar uncle tu dah macam tu, apa sebenarnya status adik kandung uncle tu? Islam kah?

Sedihnya aku. Selama ni aku dalam zon selesa. Aku hormat orang lain jadi aku anggap orang lain akan hormat aku juga. Aku anggap semua orang baik sebab aku pun anggap diri aku baik juga.

Aku tak cakap uncle tu jahat. Tidak! Malah kehadiran dia sedarkan aku bahawa banyak lagi tanggungjawab aku yang belum terlaksana. Mungkin aku simpan je pengetahuan aku selama ni, tak sebarkan pada orang lain. Mungkin Allah nak tegur aku yang kedekut ilmu, sombong nak masuk syurga sorang-sorang. Itu pun kalau boleh masuk syurga.

Uncle tu ada cakap lagi, tapi aku dah tak mampu dengar. Aku tunduk je, biar kawan-kawan aku yang layan uncle tu bercakap.

Pengecut ke aku? Sebab tak mampu balas apa yang uncle tu cakap? Mungkin. Mungkin sebenarnya aku ni tergolong dalam orang-orang yang tak mampu tegakkan Islam. Na’uzubillah. Aku harap bukan aku.

Dalam hati aku, teringat kata-kata tokoh yang berkata dia mampu berhujah dengan sepuluh orang alim tapi kalah dengan satu orang jahil. Apa sebabnya?

Di sudut hati aku, aku rasa lucu, kenapa? Sebab uncle tu punyalah semangat bagi nasihat pada kami. Siap bercerita pasal keluarga dia segala. Tapi kami; khasnya aku, tak ambil serius pun apa yang dia cakap. Seolah-olah lebih baik dia bercakap dengan tunggul kayu. Aduhai... Mungkin sebab tu aku boleh senyum.

Tok! Tok! Tok!

“Haura! Oh Haura!” bunyi ketukan di cermin kereta membuatkan aku berpaling. Terpinga-pinga aku sekejap.

Aku kat mana ni?! Baru tadi aku kat rumah uncle Baba, ni aku terbang ke rumah siapa pula?

Lelaki di sebelah luar kereta memberi isyarat menyuruh aku menurunkan cermin tingkap kereta. Segera aku menurut.

“Kita dah sampai ke rumah I, you tak mahu turun ke?”

Okay... aku dah hilang arah. Apa aku buat di sini? Di hadapan banglo sederhana besar ni?

Dan siapa pula lelaki mata sepet ni?!

Tangan masih belum melepaskan stereng kereta. Kalau aku nak pecut balik, boleh je ni!

“Sayang, you kan nak jumpa parents I?”

Satu saat masa yang diambil untuk fikiran aku dinavigasi semula agar aku kembali berada di jalan yang betul.

Pintu kereta di sebelah aku dibuka oleh lelaki tadi; Alan, bakal pengantin aku. Tangannya mempersilakan aku ke dalam banglo yang tersergam. Lagaknya seperti penyambut tetamu.

“You mengelamun ke tadi? I panggil banyak kali you tak respon pun” Alan bertanya dengan nada ingin tahu yang kurang membuak-buak.

Erk!

Aku mampu tayang gigi saja.

Agaknya kerana terlalu gementar berjumpa bakal ibu bapa mertua, fikiran aku terlayang kepada memori bertemu uncle Baba. Harap-harap ibu bapa Alan tidaklah ‘sepedas’ uncle Baba.

Aku tengah cuak ni!

“Evening uncle, aunty. Saya Haura” aku salam tangan Aunty Pei Xin. Aku tunduk hormat pada Uncle Khor.

“Amboi sejuknya tangan!” ramah aunty tegur pasal tangan aku. Dah aku cuak, nak buat macam mana?!

“Sejuk sebab air cond aunty” aku tayang gigi lagi.

Aunty peluk aku, cium pipi kanan aku, cium pipi kiri aku. Kemudian dia senyum. Manisnya!

“Duduklah. Biar aunty tuangkan teh”

“Eh tak apa aunty, saya boleh buat sendiri”

Cepat-cepat aku sambar teko, kemudian tuangkan teh dalam cawan kosong. Satu untuk aku, satu untuk Alan. Piring cawan beserta isinya disuakan kepada Alan. Sambil-sambil tu aku pandang Alan yang sedang tundukkan kepala. Eh, kenapa dia senyum-senyum?

Aunty pun sedang pandang aku. Macam terbeku.

Gulp! Aku ada buat salah ke?

Aku tak tahu apa salah aku jadi aku terus senyap saja dengan menyisisip teh panas tu.

Aunty Pei Xin cakap sesuatu. Tapi aku tak faham sebab dia cakap dalam mandarin. Alan pun balas sesuatu tapi aku faham.

“Sure she is, ma”

Entah apa lah yang Aunty Pei Xin cakap pasal aku...

Bila lihat aku senyap saja, Uncle Khor cuba ajak aku berbual.

“Kalau dah kahwin dengan Alan, nak belajar mandarin tak?”

“Nak Uncle!” bersemangat aku jawab.

Aunty dengan Alan terus pandang aku. Tercengang agaknya dengan semangat aku yang menjulang sampai ke mata.

Dah lama aku berminat untuk belajar mandarin. Sejak zaman budak sekolah lagi tapi belum berkesempatan.

“Nak belajar mandarin ke nak kahwin dengan Alan?”

“Errr... Uhmmm...” aku tunduk malu.

Alan dah gelak besar. Ish uncle ni, sempat dia usik aku!

“Aunty nak tanya ni, serius ke you nak kahwin dengan Alan?”

Mood dah bertukar sedikit tegang. Ni yang aku cuak ni.

Aku angguk sambil senyum. Harap-harap dapat tutuplah wajah aku yang semakin pucat ni.

“You tau, ini first time keluarga kami akan dapat menantu pakai tudung” Mungkin aunty lebih maksudkan ini kali pertama dia akan dapat menantu orang Islam. Sebab setahu aku adik beradik Alan semua penganut Buddha. Begitu juga pasangan mereka.

Aku baru tahu sesuatu, rupa-rupanya orang Cina sangat menghormati nenek moyang mereka. Sebab itu dalam kebanyakan rumah masyarakat Cina ada tergantung gambar orang terdahulu dan disediakan meja besar untuk diletakkan makanan bagi menjamu roh nenek moyang. Mereka cukup menjaga susur galur keluarga mereka. Apa yang aku boleh belajar, nilai kekeluargaan itu sangat signifikan.

Tamadun Cina sendiri menceritakan, fahaman-fahaman seperti Confusianisme dan Taoisme tidaklah berkisar mengenai agama yakni kepercayaan itu sendiri tapi pembentukan nilai budi itu yang utama. Bagaimana berbudi kepada orang lain, menghormati ahli keluarga, itu yang diajarkan. Tidakkah ia merupakan contoh yang baik untuk dijadikan teladan?

“Uncle dapat rasa kehadiran you akan bawa tuah kepada keluarga kami” Aunty yang mendengar pun mengangguk setuju.

“In shaa Allah, uncle. Saya pun harap uncle dan aunty serta keluarga dapat terima saya”

Aku usap lembut tangan aunty, benar-benar berharap.

Daripada laman rumah, aunty bawa aku masuk ke dalam banglonya. Besar la bagi aku. Tapi aku sedar kalau setakat duit aku sahaja, aku tak mampu nak beli banglo macam ni. Walaupun aku guna seluruh duit simpanan aku.

Huh...

Dalam tak sedar, aku dah mengeluh panjang. Nak hidup zaman sekarang bukan senang. Bukan macam dulu-dulu. Sekarang tak kira perempuan ke lelaki ke, semua wajib kerja.

Bab jaga anak pun dah tak sama. Lain tau parenting sekarang dengan dulu. Dulu anak-anak main apa yang ada saja. Dengan getah yang ikat nasi lemak tu pun dah boleh diinovasikan jadi macam-macam. Anak-anak dibiarkan bebas ke luar rumah pun tak jadi masalah. Ibu bapa tak risau sangat. Sebab apa? Sebab kerukunan masyarakat tu tinggi. Sekarang, zaman teknologi. Anak-anak kecil hatta bayi pun dibiasakan dengan gadget canggih. Mereka dah tahu swipe sana, sentuh sini.

Eh, bagus lah begitu! Apa yang masalahnya?

Masalahnya, bila semua benda di hujung jari, dapat ke ibu bapa nak tapis mana yang baik, mana yang buruk? Ibu bapa bukannya sentiasa berkepit dengan anak-anak.

Bila anak menangis saja, diberi smartphone supaya diam. Jadi apa yang mereka dapat? Adakah itu cara ibu menunjukkan kasihnya? Kasih sayang antara ibu dan anak itu sudah berkurangan. Bagaikan smartphone itulah ibu dan bapa kerana hanya gadget itulah yang menemani anak-anak saban hari.

Satu lagi Haura yang tak puas hati, bab ibu bapa hadiahkan smartphone pada anak-anak yang masih bersekolah rendah. Haura cukup mendidih kepala bila memikirkannya. Itu bukan hadiah, itu musibah namanya!

Anak-anak yang layak digelar budak kecil, kalau mereka sudah mukallaf dan mantap rohaninya, baguslah. Tapi kalau baik buruk pun tak tahu nak bezakan lagi, solat pun kena suruh, layak ke mereka dilepaskan tanpa pengawasan untuk menggunakan telefon pintar? Itu belum cerita pasal ibu bapa yang cukup ‘bijak’ membenarkan anak-anak mengakses internet dengan bebas.

Kanak-kanak dibiarkan sendirian meneroka alam maya?

Allah! Dahsyatnya zaman sekarang.

Mungkin mereka kurang cakna akan implikasi yang bakal berlaku akibat tindakan ‘cerdik’ mereka. Bahan pornografi, keganasan dan banyak lagi anasir-anasir buruk yang mungkin diserap oleh minda suci anak-anak. Secara tidak langsung membantutkan perkembangan minda mereka.

Justeru, wajarkah ibu bapa dipersalahkan akibat kelalaian mereka yang menjadi punca kebejatan sosial yang berlaku dalam kalangan anak remaja, hatta kanak-kanak sekalipun?

Huh...

Aku dah mengeluh lagi. Walaupun aku tahu tahu mengeluh tu tak baik sebenarnya. Berat betul beban fikiran dalam kepala aku. Dari sekecil-kecil perkara, semua benda aku kena fikir.

“Haura” Alan lambai tangan dia depan muka aku.

“You ni asyik mengelamun saja sejak sampai sini. You fikirkan siapa?” dia dah tunjuk riak pelik.

“I fikir... Hurmmm... Tak ada apa-apa lah” aku senyum saja.

Kalau betul Alan ni pengantin aku, dia akan tahu juga nanti. Kalau tak berkongsi fikrah dengan suami, dengan siapa lagi kan?

***

“Nampak tak paramecium tu? Cantik tak?” mata aku cukup menggambarkan yang aku sangat teruja untuk memerhati fresh specimen yang diambil daripada air kolam.

“Tak nampak pun lagi...” suara Aisya meleret. Mungkin dia dah lelah mencari paramecium yang sangat laju itu. Matanya dibesarkan kemudian dikecilkan memerhati slide melalui eyepieces mikroskop. Ibu jari dan jari telunjuknya bergerak-gerak memusing coarse knob dan fine knob bagi mendapatkan imej yang lebih jelas.

“Tadi dengan dissecting microscope nampak tak?”

“Nampak la Haura. Dah saya yang kejar paramecium tu tadi. Punyalah payah nak cari tadi. Boleh pula dia main hide and seek dengan kita” nampak benar Aisya tengah geram. Jari pula lincah menggerakkan slide di atas stage.

“Yes! Alhamdulillah dah nampak! Cantiknya dia. Lincah betul!” mood teruja aku dah terjangkit pada dia.

“Cepat! Pergi ambil solution tu. Kita nak observe structure dia pula” tangan Aisya menolak tubuh aku memaksa aku segera menurut arahannya. Matanya masih terlekat pada eyepieces.

“Cepatlah Haura, nanti dia lari lagi!”

“Yalah, datanglah ni” aku datang dengan bawa solution yang Aisya minta.

Selepas solution dititiskan, pergerakan paramecium tu akan menjadi perlahan. Dengan kata mudahnya solution tu akan buat paramecium yakni specimen kami ni berhenti untuk berehat. Jadi dapatlah kami perhatikan strukturnya dengan lebih jelas.

Aisya tarik aku supaya dekat dengan eyepieces mikroskop.

“Apa yang awak nampak? Struktur mana yang jelas?”

“Hurmmm... nampak cilia yang bulat-bulat tu...”

“Hah?! Cilia bulat? Awak tengok apa ni Haura?” Aisya terkejut sungguh dengar aku beri description.

“Eh tak, tak... Bukan... bukan... Saya nampak cilia. Lepas tu nampak vakuol mengecut yang bulat-bulat tu”

Aku tersalah cakap tadi. Otak tak sempat nak tapis, terus meluncur saja perkataan dari mulut. Leka sangat memerhatikan paramecium yang comel ni.

“Hmmm, lagi?” baru dia puas hati.

“Nampak vakuol makanan, kot?” saja aku biar Aisya ragu-ragu.

“Macam mana nak tentukan bahagian depan dengan bahagian belakang paramecium?” Aisya terus terjah aku dengan soalan.

“Bahagian depan ada vakuol makanan, bahagian belakang ada vakuol mengecut”

“Kenapa kena ada vakuol mengecut?”

“Sebab... bahagian dalam paramecium tu hipertonik terhadap kawasan luar di sekelilingnya. Paramecium kan tinggal dalam air, jadi molekul air masuk lah dalam badan dia dengan banyak. Kan kita belajar molekul air bergerak menuruni cerun dari hipertonik kepada hipotonik sampailah dua-dua solution tu sama kepekatannya. Jadi, molekul air masuk dalam badan paramecium, bila dah banyak sangat dia gunakan vakuol mengecut untuk lepaskan air keluar. Sebab tu vakuol mengecut penting, kalau tidak mati lah dia sebab tak mampu tampung tekanan hidrostatik. Nanti pecah badan dia”

“Okay, soalan last. Boleh tak makanan masuk dalam vakuol mengecut?”

“Hurmmm... mana boleh. Vakuol mengecut khas untuk keluarkan air saja. Ia tak dicipta untuk simpan makanan”

Aisya senyum sambil tayang gigi.

“Pass!” Aisya tepuk-tepuk belakang aku.

“Baguslah awak Haura. Terima kasih ya bagi jawapan pada saya. Tak perlulah saya susah-susah cari jawapan dalam buku. Hoho!”

“Awak tanya sebab nak tahu atau apa?” musykil pula aku.

“Sebahagian lah. Selebihnya sebab soalan-soalan tu ada dalam lab manual. Sepatutnya jawapan kepada soalan-soalan tu dimasukkan dalam discussion lab report. Tapi terima kasih pada awak, kerja saya dah senang! Yeehaa!”

“Ish, nakal lah awak! Pemalas betul!” tak sempat aku nak cubit Aisya sebab dia lari dulu.

Senang-senang saja Aisya dapat jawapan dari mulut aku. Malas lah tu nak buka buku menghadap baris-baris perkataan mencari jawapan. Tahu-tahu sahaja lah buku rujukan Biologi tebal mana. Berat pula tu. Mujur jawapan-jawapan tu aku dah hafal.

Satu jam kemudian, baru aku sedar dari terleka memerhatikan specimen aku. Dah pukul 5 petang. Aku sorang-sorang je? Aduhai...

Cepat-cepat aku bersihkan bench tempat aku buat kerja. Mikroskop aku simpan dengan berhati-hati. Barang mahal ni! Kalau rosak, gulp! Tak sanggup aku bayangkan.

Slide untuk fresh specimen aku cuci dan prepared slide aku susun elok-elok dalam bekas yang sepatutnya. Segala solution, dropper termasuk beaker dan petri dish aku uruskan molek-molek.

Sebelum keluar makmal, kena cuci tangan dulu untuk elakkan jangkitan. Disinfectant dilumurkan pada tangan. Gosok sana sikit, gosok sini sikit. Okay, dah siap!

Lab coat putih aku tanggalkan, lipat comel-comel dan masukkan dalam beg. Betulkan tudung mana yang sempat, kemudian bersedia untuk meninggalkan makmal.

Dalam perjalanan ke kereta, sempat fikiran aku melayang. Aku ni lab demonstrator, tapi aku tak benarkan pelajar-pelajar aku panggil aku ‘kakak’. Nampak sangat tua. Eh, aku muda lagi tau! Baru umur 22 tahun ya! Walaupun baru first year Master dalam mikologi.

Aisya tu salah seorang daripada pelajar-pelajar aku dari Jabatan Biologi. Rapat kan kami? Dari cara dia cakap pun dah dapat tahu hubungan kami ni lebih kepada kawan, bukan antara demonstrator dengan pelajar. Aku cuba rendahkan benteng antara aku dengan pelajar aku. Jadi, asalkan mereka hormat aku, I will be fine.

***

“Mummy! Daddy! Haura datang ni!” lagak manja aku dan lontaran suara aku mampu membuatkan rumah banglo itu bergema memanggil ibu dan bapa mertua aku yang tersayang.

“Ouch! Ada tetamu rupanya” bisik aku sendiri apabila menyedari bukan mummy dan daddy sahaja yang berada di ruang tamu.

Erk! Malunya!

Sungguh tidak sopan!

“Mummy, daddy...” aku menyapa mummy dan daddy dengan gaya dan nada paling halus dan sopan.

“Uncle...” aku tunduk hormat kepada tetamu mummy dan daddy yang berkopiah dan berjanggut itu.

Tapi...

Macam biasa tengok lah uncle ni!

Aku renung uncle tu agak lama.

Terus ingatan aku terlayang kepada seseorang.

Gulp!

“Uncle Baba?!” suara aku hampir terjerit.

“Eh! You yang datang rumah I tu kan? Ya Allah!” uncle tu pun nampak terkejut sangat bila pandang aku.

Okay, situasi yang tidak diduga!

“Errr... uncle kawan mummy dan daddy ke?” aku cuba beramah mesra. Meskipun kata-katanya yang ‘lembut’ beberapa tahun lepas masih terngiang-ngiang menjadi ‘halwa’ telinga.

“Uncle dah lama hendak berjumpa kamu. Alhamdulillah! Akhirnya Allah perkenankan doa uncle” riak uncle tu macam bersyukur sangat.

Okay, aku dah pelik ni!

Dan dia tak jawab pun soalan mesra aku.

Aku perasan mummy dan daddy terpegun kehairanan sejak dari tadi memandang aku dan uncle.

Eh, aku dah abaikan kewujudan mereka ke?

Aduhai Haura!

“Haura kenal Mr. Edward?” daddy mula bersoal.

“Errr... kenal daddy” aku cuba senyum tapi rasa pelik pula senyuman aku.

“You tau Khor, ini budak perempuan sangat special. Sebab dia lah I rasa tertarik dengan Islam. Inilah budak yang I cerita kat you tu!” terus meluncur perkataan dari bibir uncle tu berkisah kepada daddy.

Aku diam mendengar.

Apa yang ada pada aku yang buatkan uncle tu berminat kepada Islam?

Hurmmm... Haura is thinking...

Okay. Nothing in my mind!

“She never made me stunned with her words, as she was very quite at that time. But she managed to astound me with her act” Mr Edward pandang aku lama.

Aku dah gelisah dengan pandangan uncle tu. Dalam masa yang sama, aku tertanya-tanya juga.

“At that moment, before she was going back home from my house, after I ‘lectured’ her...” uncle tu ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“She met my wife. She stood before her, grabbed her shoulders and give her a warm hug. She kissed her cheeks and her forehead. Then she whispered to my wife in a very soft tone,

‘Saya doakan aunty dan uncle akan kenal dan sayang kepada Islam. Semoga kita boleh bersaudara. Saya sayang aunty dan uncle kerana Allah’.

My wife froze after hearing that. She was even trembling like a leaf!”

Bersungguh-sungguh Mr Edward bercerita.

“Saya tak bermaksud...” aku cuba mencelah.

Terus Mr Edward mengangkat lima jarinya memberi isyarat yang dia belum habis bercakap.

“Waktu isteri I beritahu tentang hal itu, muka dia pucat. Dia macam ketakutan”

“Saya minta maaf uncle! Huhu...” aku dah rasa kesian pada aunty.

“Then I thought, if she as an Islamic believer can show her love to others even to a non-muslim, isn’t Islam a religion of love? I thought deeply. I went to ‘ustaz’ to ask about it. I clarified everything that I had misunderstood about Islam, and here I am. I am a muslim now, alhamdulillah”

Alhamdulillah! Aku bersyukur sangat dengan keislaman Mr Edward.

Mummy menggosok-gosok lengan aku sambil tersenyum.

“Thank to you girl, you had opened my world view” Mr Edward senyum ikhlas.

“Syukur pada Allah, uncle. DIA yang beri uncle hidayah” aku senyum juga. Senyum kesyukuran.

Kami bersembang agak lama sebelum soalan uncle buat semua orang terdiam.

“Eh, you single lagi kan? I berkenan you jadi menantu I” uncle pandang aku.

Gulp!

Mummy tercengang.

Daddy berdehem kuat.

“Edward, she is my daughter-in-law. Alan’s wife”

“Really?!” terkejut uncle tu. Sungguh dia tak percaya agaknya. Nampak riak kecewa pada wajahnya.

Mungkin dia tak sedar yang aku bahasakan mummy dan daddy tadi. Dia ingat aku anak angkat agaknya.

Huhu...

Sedihnya.

“I should propose you earlier on my son’s behalf, unlucky me. Khor, you’re lucky to have her in your family” Mr Edward tunduk sambil senyum hambar.

“Alhamdulillah” Daddy hanya pamer senyuman.

“Yeah, we’re lucky to have her in our family. Dia sudah bawa kebahagiaan dan keceriaan kepada keluarga kami. As you said earlier, she is the special one” mummy sempat paut bahu aku dan cium dahi aku.

“We became muslim thank to her too” Daddy menambah.

“Her warmth convinced us to Islam” mummy peluk aku erat. “Thanks dear. Thank you so much. I’m grateful to have you as my daughter”

***

“Sayang saya dah balik” aku sambut Farhan di muka pintu. Senyuman manis aku pamerkan.

Lepas sahaja aku tutup pintu, tubuh Farhan aku peluk erat.

“Saya rindu sayang saya” halus suara aku menuturkan.

“Sayang abang ni manja sungguh” tangannya mengusap-usap ubun-ubun aku.

Lagi lah aku mengada-ngada bila Farhan cakap macam tu. Wajah aku dengan sengaja digeselkan pada bahunya lagak seperti seekor kucing bermanja dengan tuannya.

Bila aku pandang wajahnya, riak keletihan seorang doktor terpamer. Baru malam ini Farhan pulang setelah dua hari bermalam di hospital.

Aku tahu doktor perubatan memang sibuk. Sebab tu aku tak sanggup jadi doktor. Jadi biologist pun sudah cukup baik. Cuma mungkin bidang tugas aku di bahagian selain merawat manusia. Tugas aku bukan merawat, tapi mengkaji punca penyakit. Mencabar bukan?

Selepas mandi, Farhan bersiap-siap untuk tidur. Bila nampak aku bersila di atas katil, terus dia baring atas paha aku. Tabiat Farhan memang macam tu. Selesa agaknya. Ataupun itu mungkin cara dia nak bermanja.

Dan selalunya aku akan usap rambut dia sampai dia tertidur. Macam itulah cara aku dodoikan dia.

Macam tak percaya, Alan yang dahulunya satu kuliah dengan aku waktu Asasi Sains Pertanian boleh jadi kesayangan aku sekarang. Aku kenal dia dulu cuma sebagai rakan kuliah. Pemuda Cina yang sangat hebat pada pandangan aku. Tapi kalau difikirkan, semua orang dalam kuliah tu sangat hebat. Termasuk aku ke? Ahaks!

Bila aku masuk ke Jabatan Biologi sebagai pelajar ijazah pertama, dia pilih untuk jadi doktor di universiti yang sama. Selepas graduasi, tiba-tiba aku dirisik oleh seorang pemuda. Farhan namanya.

Bila Farhan bertandang ke rumah aku, baru aku tahu Farhan dan Alan adalah orang yang sama. Alan dah jadi saudara seislam.

Sungguh aku cuak. Memang aku fikir pasal keluarga dahulu sebelum terima pinangan. Keluarga aku dan keluarga Alan. Keluarga aku dan keluarga Alan dari etnik yang berbeza. Tidaklah aku cakap yang aku ni racist atau prejudis, aku pun belajar subjek Hubungan Etnik. Aku tahulah serba sedikit pasal budaya masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Aku boleh terima variasi agama dan kepercayaan di sekeliling aku, cuma...

Aku hanya mengukur baju di badan sendiri. Aku kurang yakin dengan kemampuan aku. Boleh ke aku jadi menantu yang baik dalam keluarga Alan? Yang paling utama, boleh ke aku jadi isteri yang baik untuk Alan a.k.a. Farhan sendiri?

Nak yakinkan keluarga aku tidaklah sepayah nak buat aku terima pinangan Alan. Jujur aku tak yakin terutamanya dengan diri aku sendiri. Memang banyak benda sungguh aku fikir waktu tu. Sampai demam jugalah aku.

Isk... Isk...

“Sayang abang ni fikir apa?” tanya Farhan bila aku mengelamun sendiri.

“Saya masih tertanya-tanya, kenapa abang pilih saya? Saya minta maaf, tapi saya betul ingin tahu”

Farhan senyum. Sempat dia geselkan kepala dia pada paha aku.

Eeeiii! Gelilah!

Tangan aku hampir menolak kuat kepala dia. Mujur sempat berhenti.

“Bukan abang dah cerita ke?”

“Belum. Sayang saya ni belum cerita pada saya...” aku tarik lembut hidung dia.

Farhan ketawa geli.

“Sebab... awak kesayangan saya?”

TAMAT

16/11/15

8.34 PM

‘There are still rooms for improvements’

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nureel imanina