Home Cerpen Cinta What Is Love?
What Is Love?
ikakama
3/2/2015 13:39:11
1,516
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Alyssa Miasara mengeluh buat kali keberapa, dia sendiri pun tidak tahu. Telefon di tangannya digenggam erat tanpa henti. Ketika itu, dia sedang duduk di padang berhampiran rumahnya berseorangan diri sambil menunggu mesej dari seseorang yang dia amat sayangi.

‘Bzzt’

“Oh mak kau,” Latah Alyssa. Telefon yang dipegangnya tadi hampir terjatuh akibat terkejut yang amat. Iyalah, orang berangan, mana perasan apa-apa. Cepat-cepat mesej itu dibuka dengan riang setelah melihat nama yang terpapar di skrin telefonnya. Namun, isi kandungannya menyebabkan air muka Alyssa Miasara berubah 360° sama sekali.

‘Awak ni, kita kan kawan je. Jangan buat lawak antarabangsa lah. Hahaha, comel betullah awak ni.’

Luruh terus jantungnya sambil air matanya menitis ke tanah. Guruh dan hujan juga turun membasahi bumi seolah-olah langit juga menangisi nasib si gadis itu. Mindanya melayang mengingati kali pertama dia meluahkan perasaannya kepada lelaki yang sungguh disayangi dan lelaki itu juga yang telah merobek hatinya.

“Oh hey, Alyssa. Apa yang kau buat di kafe ni?”

Soalan Arvin Ryqal mengejutkan Alyssa Miasara dari lamunan panjangnya yang berkemungkinan sudah berlayar sehingga ke Laut Baltik. Merah padam muka Alyssa Miasara apabila Arvin Ryqal merenung mukanya, masih menunggu akan jawapan si gadis berambut perang keemasan itu.

“Saya ke kafe nak minum kopi lah. Dan makan kek. Takkan orang pergi ke kafe mahu makan nasi pula,” kelam-kabut Alyssa Miasara menjawab menyebabkan Arvin Ryqal tergelak kerana muka Alyssa dah seperti udang dibakar. Arvin melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Alyssa membuatkan dia lagi kelam-kabut. Siapa yang tak jadi begitu bila berhadapan dengan crush yang tercinta.

“Pandai awak menjawab ye. Saya cubit pipi awak nanti, baru tahu!”

Ujar Arvin Ryqal membuat Alyssa Miasara menjelir lidahnya kearahnya. Sekali lagi lelaki itu terketawa melihat perangai Alyssa Miasara yang tidak berubah seperti seorang kanak-kanak yang tidak diberikan apa yang diminta.

“Biarlah, awak dah tanya kan? Saya jawablah. Eh, kenapa awak duduk? Kan awak tengah kerja, nanti bos marahlah!”

Arvin Ryqal mengangkat bahunya sambil melambai kearah Jin , pemilik kafe tersebut. Jin atau lebih dikenali sebagai Pink Princess memuncungkan mulutnya sebelum kembali melayan pelanggan mereka dengan senyuman lebarnya.

“Tsk, Jinnie ni merajuk pula. Hm, tak apa, saya dah minta rehat kejap.”

Alyssa Miasara mengangguk faham sambil mengerling kearah Jin yang masih panjang muncungnya itu. Amboi, merajuk. Soalan yang pada asalnya hendak ditanya kepada Arvin Ryqal tersekat di kerongkong. Namun akibat terlalu ingin tahu, Alyssa menebalkan mukanya untuk bertanya.

“Kenapa awak duduk di sini?”

“Kenapa? Tak bolehkah?”

“Bukan begitu tapi…”

“Tapi apa? Dan satu, kenapa muka awak merah sangat? Demam ya?”

Arvin Ryqal meregangkan tangannya untuk melekapkannya di dahi Alyssa tetapi sempat gadis itu mengelak.

“Ish, saya tanya awak, awak balik tanya saya.”

“Yelah, yelah. Saya ambil rehat kejap sebab saya nak bersembang dengan awak.”

“Kenapa saya?”

“Sebab saya bosan dan saya tengok awak keseorangan…”

Alyssa Miasara mengeluh, nampaknya Arvin Ryqal mahu bercakap dengannya hanya kerana didorongi oleh rasa bosan. Arvin mengangkat mukanya untuk merenung Alyssa yang sedang menggigit bibirnya.

‘Patutkah aku beritahu pada dia yang aku sukakannya sejak Tingkatan Dua lagi? Perlukah aku beritahu sebab aku sendiri dah tak tahan menanggung perasaan ini seorang diri…’

“Lyssa?”

‘Ah, tapi kalau aku beritahu pun dia bukan mahu terima aku jadi teman wanitanya, kan?’

“Alyssa­­— ?”

‘Aish, Alyssa Miasara! Belum cuba belum tahu kan?’

“ALYSSA MIASARA!”

“Sayasukaawak!” Alamak.

“Apa dia? Saya tak dengar..”

“Tak ada apa-apalah. Saya balik dulu.”

Arvin Ryqal merentap tangannya, hatta lembut sekalipun namun Alyssa Miasara tetap merasai genggaman Arvin Ryqal yang kuat itu membuatkan dia terkedu.

“Awak suka saya?”

Alyssa hanya mampu mengangguk. Arvin Ryqal mengelus jari-jemarinya perlahan sebelum membawa tangan itu ke mulutnya sebelum mengucup lembut. Alyssa menarik nafas deras apabila belakang tangannya menyentuh bibir Arvin.

“Saya pun..”

“Lyssa, mari balik..”

Lembut suara Nadya memujuknya untuk pulang ke rumah. Alyssa mendongakkan kepalanya untuk merenung kearah Nadya dan payung yang memayungi mereka dari hujan. Barulah dia sedar yang dia sudah basah kuyup ditimpa hujan lebat dan sedang menggigil. Nadya membuka jaketnya dengan susah payah sebelum dihulurkan kearah Alyssa yang mengambil jaket itu tanpa suara.

“Kak Sya! Mana akak pergi? Kami risau tahu?”

Sebaik sahaja pintu rumah ditutup, Choi Jinri, gadis kacukan Korea-Cina yang lebih manja dipanggil Jinah berlari mendapatkan Alyssa Miasara yang masih basah lenjun itu sambil membawa tuala untuk dibalutkan disekeliling tubuh Alyssa. Vicky menjengulkan kepalanya dari arah dapur sebelum dia juga berjalan kearah Alyssa. Nadya menggosok tuala di kepala Alyssa Miasara dengan lembut, cuba untuk mengeringkan rambut gadis itu sebelum dia mendapat demam selesema.

“Maafkan akak, dik. Akak pergi padang tadi. Maaf tak beritahu,” Alyssa Miasara tersenyum kearah Jinah yang masih menunjukkan riak muka yang risau. Vicky yang kembali ke dapur sebentar tadi membawa secawan hot chocolate dan beberapa helai tuala lagi serta sepersalinan pakaian untuk dipakai oleh Alyssa.

“Nads, mana awak jumpa dia? Kenapa dia basah sampai begitu sekali? Dia tengah buat apa masa tu?”

Berdas-das soalan ditujukan kearah Nadya sebaik sahaja Alyssa Miasara berlalu untuk menukar pakaiannya di bilik air. Nadya mengeluh perlahan sebelum mengeluarkan telefon Alyssa yang dia sempat ambil sebelum ditinggalkan begitu sahaja oleh Alyssa Miasara di bangku padang tadi. Vicky mencapai telefon tersebut sebelum membaca pesanan ringkas terakhir dari Arvin Ryqal sebelum mengamuk.

“KENAPA DENGAN LELAKI TU? DIA INGAT ALYSSA TU PATUNG BONEKA KE UNTUK DIA PERMAINKAN BEGITU. AKAK DAH TAK TAHAN, AKAK NAK CARI LELAKI TU!”

Nadya dan Jinah terkedu apabila suara Vicky mencecah tahap maksimum. Dia bukanlah ketua sorak tanpa sebab. Suaranya yang mampu membuatkan satu dewan terdiam itu membuatkan semua gerun dengannya. Jinah cepat-cepat memeluk Vicky sebelum dia sempat berlari keluar rumah sewa mereka untuk mencari Arvin Ryqal. Nadya juga ingin bangun untuk menghalang, namun suara kecil Alyssa Miasara membuatkan mereka terhenti.

“Kak Vic, Lyssa okay la. Biarkan je Arvin tu,” Alyssa masih dengan senyuman lembutnya walaupun matanya kelihatan berkaca-kaca. Vicky meluru memeluk Alyssa Miasara diikuti oleh Nadya dan Jinah. Mereka berpelukan dengan Alyssa di tengah-tengah seperti sandwich membuatkan mereka terketawa apabila Alyssa terjerit kerana tidak boleh bernafas walaupun matanya masih berkaca.

“Lyssa, hari ni kita date dekat theme park nak?”

Hari Isnin, hari persekolahan. Bermaksud Alyssa Miasara harus berhadapan dengan Arvin Ryqal dan rakan-rakannya yang lain. Dan sekarang Arvin berada di depannya dalam kelas yang lengang kerana masa itu ialah waktu rehat sambil tersenyum seolah-olah dia tidak menyebabkan Alyssa menangis semalam.

Alyssa Miasara menggelengkan kepalanya lemah sambil memandang sahabat Arvin iaitu Izad Hakimi untuk memintanya membawa lelaki itu pergi. Hakimi cuba untuk menarik Arvin tetapi dia tidak mahu berganjak.

“Lyssa, jomlah. Teman saya. Saya tak mahu la pergi sorang-sorang. Apa guna ada girlfriend tapi pergi theme park sendirian,” Hakimi mengetap bibirnya apabila dia melihat mata Alyssa Miasara yang sudah berkaca, menunggu masa untuk luruh seperti hujan rintik yang tidak tahu bila akan berhentinya. Ya, dia tahu akan hubungan Arvin Ryqal dan Alyssa Miasara yang pelik ini. Bagaikan retak menanti belah. Hakimi sendiri sudah berkali-kali menasihati Arvin Ryqal agar tidak mempermainkan perasaan gadis kecil itu namun Arvin hanya membalas dengan kenyitan mata.

“Sudah lah tu Vin. Kau tak nampakkah yang dia tak mahu? Kenapa dengan kau ni?”

Arvin Ryqal merentap lengannya dari genggaman Hakimi sambil berdengus kuat.

“Kau jangan masuk campur hal hubungan aku dengan Lyssa. Dia kan girlfriend aku. Kenapa kau menyemak ni?” selar Arvin Ryqal sebelum cuba untuk menumbuk pipi Hakimi namun ditahan dengan lengannya. Hakimi melayangkan penumbuknya dan ia tepat mengenai perut Arvin sebelum lelaki itu terjatuh ke lantai.

“Arvin, Lyssa tak faham, apa relationship kita sebenarnya?”

Suara Alyssa yang samar-samar kedengaran itu membuatkan Arvin dan Hakimi memandangnya.

“Kita kawan je..”

“Habis tu kenapa panggil Alyssa ni girlfriend Arvin?” Setitis air mata Alyssa Miasara tumpah ke lantai.

“Sebab Vin sayangkan Lyssa..”

“Kalau Vin sayang Lyssa, kenapa buat Lyssa begini?”

“Vin pun tak tahu..”

Empangan air mata yang dari tadi ditahan oleh Alyssa pecah, menyebabkan tangisannya tidak berhenti. Alyssa meletakkan tangannya di mulut untuk mengekang sedunya dari didengari namun gagal. Suara seseorang menjerit nama Arvin Ryqal membuatkan mereka bertiga menoleh kearah suara tersebut.

“Vinnie, kenapa ni?”

Rika bersuara sambil berlari mendapatkan Arvin yang masih terduduk di atas lantai kelas dan menarik Arvin supaya dia boleh berdiri. Kemudian, gadis yang mempunyai senyuman yang comel itu berpusing ke arah Hakimi dan Alyssa sebelum menunduk.

“Hai, saya Rika Lee dari kelas 4B. Saya girlfriend Vin..” kata Rika sambil tersenyum sinis bagaikan ingin memberitahu bahawa Arvin Ryqal adalah hak milik mutlaknya.

Hampir gelap dunia Alyssa Miasara sebelum dia berlari keluar kelas, melarikan diri dari Arvin Ryqal si penipu, Rika si gadis sinis dan Izad Hakimi yang manis. Derap tapak kaki menunjukkan yang dia bukanlah berseorangan seperti yang difikirkan. Langkah Alyssa semakin perlahan sehinggalah dia sampai ke atap sekolah.


Setahun kemudian…

“Alyssa, ingat tak apa saya pernah cakap dekat awak?”

Alyssa Miasara menggelengkan kepalanya. Mereka sedang berada di atas atap sekolah, Hakimi bersandar di penghadang besi atap dan Alyssa pula sedang berbaring di atas paha Hakimi. Hakimi mengelus lembut rambut Alyssa Miasara yang lebat sambil tersenyum.

“I’ll always be here for you, forever and always…”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh ikakama