Home Alternatif Alternatif Cerita Aku dan Bas: Lelaki yang dipayungi rimbunan buluh
Cerita Aku dan Bas: Lelaki yang dipayungi rimbunan buluh
25/8/2015 01:06:20
751
Kategori: Alternatif
Genre: Alternatif
Senarai Bab

Saya cumalah lelaki bertubuh kecil. Tapi saya tahu jiwa saya besar. Bukan mahu riyak ataupun mendabik dada. Saya rasa andai jiwa itu adalah organ, ambillah pisau dan robekkan dada saya. Keluarkan jiwa saya dan kalian pasti tahu jiwa saya itu besar. Jika tidak, tidak mungkin saya masih lelaki yang dipayungi rimbunan buluh yang meredupkan. Ya meredupkan walaupun pagi tanpa matahari panas mencahayakan. Saya masih menunggu penuh pengharapan. Walaupun saya tahu, jika dari pukul 6.30 hingga pukul 7.30 kenderaan yang bernama bas itu tidak lagi muncul. Ia memang tidak akan muncul. Dan, hari itu saya terpaksa ponteng kelas lagi. Tapi saya masih berharap. Buat lelaki kecil dari desa ini, mengharap adalah impian indah yang ada dalam jiwa. Mengharap semacam cita-cita, yang kalian tidak tahu apa yang kalian mahu jadi apabila besar nanti. Itulah juga mengharap. Menjadi realiti adalah perkara paling manis.

Lelaki kecil bernama saya itu masih dipayungi rimbunan buluh. Saya masih tercegat di situ. Di fikir saya, saya terbayangkan kawan-kawan sedang belajar dengan tekun. Hari ini saya ketinggalan lagi. Ketinggalan pelajaran.

Ada air menitik. Air mata saya.

Tapi saya tahu, saya perlu tabah untuk setitik ilmu. Ini perjuangan saya.

Sekolah saya jauh. Perlu naik bas awam yang kadang-kadang tidak menjenguk kampung saya. Bas itu meninggalkan saya tanpa memberi peluang saya naik. Akhirnya saya tercegat di situ menunggu bas yang tidak kunjung tiba.

Itu cerita saya.

Tapi saya lihat, hari ini ada mereka yang tidak dapat motosikal, mengertak ibu bapa untuk tidak mahu ke sekolah. Merajuk.

Aduh, kalian. Untuk berjaya kalian kena susah. Lepas susah kalian akan jadi senang dan kenangan itu sangat manis rasanya.

Saya coretkan kisah bas yang sering meninggalkan lelaki yang menetap di pedalaman ini, yang sekolahnya jauh,yang hanya dia sahaja terus gagah untuk mengambil STPM, untuk kalian fikir-fikirkan bahawa momen pahit yang kalian lalui akan jadi indah sangat.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.