Home Novelet Komedi/Romantik Komedi NAUGHTY GIRL MEET CLASSY BOY
NAUGHTY GIRL MEET CLASSY BOY
Aliah Eleyas
19/3/2017 11:54:16
9,058
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab Bab 6: DIA!!!

Khairil mula mengimbau peristiwa hari itu. Sungguh dia marah apabila terimbau peristiwa yang baru 2 minggu lepas. Gara-gara seorang perempuan, demam dibuatnya.

“Eh, yang kau buka tingkap kereta tu dah kenapa?” marah Khairil terhadap gadis disebelahnya. Bukannya reti duduk diam. Naik kereta tanggan pun turut menjalar sama. Macam budak kecil. Khairil terus memandu memasuki kawasan yang agak kecil, jalan shortcut katanya. Di sepanjang jalan shortcut itu, ada terusan kecil yang airnya keruh dan cetek.

“Saya nak tengok pemandangan di luar je. Saya tak pernah lalu jalan ini. Takkan tak boleh?” balas Auji. Sambil tangannya melambung-lambung pursenya yang berwarna cream chocolate. Macam budak budak, tangan tak boleh duduk diam. Bisik Afiq di dalam hati apabila melihat perlakuan anak jiran rakan karibnya itu.

“Kalau nak tengok pemandangan luar pun, tak payahlah sampai buka cermin kereta. Tengok je la depan. Faham?” sabar Ril, budak hingusan ini, memang mencabar kesabaran aku nampaknya. Belum sempat Khairil menaikkan cermin tingkap automaticnya, gadis disebelahnya menjerit.

“ HOI, yang kau menjerit kenapa?” marah Khairil.

“Berhenti kereta cepat. Stop the car.” Beritahu Auji kalut. Khairil yang memandu cepat cepat berhentikan kereta di bahu jalan.

“Now what?”kata Khairil mencerlung tajam kearah gadis yang gelabah disebelahnya.

“Purse saya. Purse saya terjatuh dalam air tue.” Kata gadis itu tergagap-gagap sambil menunjukkan di mana pursenya jatuh. Terbeliak biji mata Khairil melihat arah yang ditunjukkan gadis tersebut. Terasa darahnya naik sampai ke tahap maksimum. Ya Allah kau tingkatkanlah kesabaran terhadapku. Apalah dosa yang aku buat hingga betemu budak seperti ini. Ampunkanlah segala dosaku. Khairil berdoa di dalam hati.

“ So, macam mana, kau nak purse kau atau kau nak biarkan ja purse kau?”, ujar Khairil tenang.

“Nak, saya nak purse saya, macam-macam ada dalam tu, ic la, tapi takkan saya nak turun ambik. Bahaya untuk gadis macam saya turun ke tempat yang macam tu. Awak turun ambikkan boleh tak?”pelahan dan lembut suara Auji meluahkan pendapatnya.

“Dah kenapa aku pula nak turun ambikkan. Bukan purse aku. Purse kau. Lagipun berapa sangat purse kau yang lusuh tu, beli baru je la.” Balas Khairil tenang. Seronok. Itulah padahnya tangan tak reti duduk diam. Melambung-lambung sangat purse.

Kalau boleh diputarkan masa, aku harap sangat yang bukan aku yang pergi menjemput perempuan itu. Nada keluhan keluar daripada mulut Khairil Amin. Menyesal aku. Bukannya sakit hati sahaja yang dapat malah demam sekali. Serabut kepala otak aku. Dengan due line date, kerja yang tertangguh, wuhh, serabut kepala aku seminggu lepas.

“So, macam mana kau boleh demam kalau kau suruh anak jiran aku yang turun dalam terusan kecil itu?” soal Afiq yang semenjak tadi mendengar keluhan rakan karibnya itu.

“The end of story aku yang turun, sebab apa kau tahu tak? Bila aku suruh dia yang turun, muka dia dah nak menangis sudah. Air mata tu sikit lagi ja nak jatuh ke pipi. Bro, bab- bab itu aku lemah weh. Itu pasallah aku yang basah kuyup balik rumah kau. Sudah. Malas nak cerita pasal minah tu. Jom kita pekena nasi khandaq dulu sebelum masuk kerja.” Ujar Ril lalu membelok keretanya masuk ke ruang parking Nasi Khandaq Kayu yang terkenal dengan keenakkannya.

                                                      ************************

Hujan. Hujan mula menimpa bumi di petang hari. Selalunya petang-petang begini memang akan hujan tetapi bagi manusia seperti diriku tidak pernah ingin belajar daripada pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan, bila sudah hujan bergini, barulah menyesal. Aku mula menggorak langkah kearah kereta Myvi miliku. Aku perlu sampai ke Mango Paradise sebelum pukul 5.00 petang. Nasib baiklah jalan ke Mango Paradise tidak sesak, bolehlah aku singgah sebentar di rojak Pak Samad di tepi Kime Hotel. Memang teringin benar aku dengan rojak Pak Samad. Mengidamnyaa.Tapi kena jumpa client dulu nampak gayanya. Aku terus mencari parking di Mango Paradise. Nampaknya hujan masih tidak berhenti. Jam ditangan aku belek, sudah menunjukkan pukul 4.55 minit petang. Aku mula melangkah keluar daripada kereta Myvi aku, dan terus berlari kearah pintu masuk Mango Paradise. Aku mencari gerangan pemilik nama Khairil. Tangan aku mula membetulkan hood sweater yang aku sarung bagi mengelak daripada hujan yang sememangnya basah akibat daripada hujan. Aku terlihat seorang lelaki yang duduk di penjuru sudut ruang ini, sepertinya dia menanti seseorang. , Pasti itu orang yang aku cari lalu aku menghampirinya.

“Assalamualaikum, Encik Khairil?” soalku apabila berada di meja lelaki tersebut. Tapi bukan jawapan yang aku dapat, malah terkejut aku melihat lelaki itu.

“Awak?” serentak kami bersuara, apabila sedar yang kami mengenali satu sama lain.

“Ya saya, Khairil, dan awak adalah Nurul Auji dari Unique Plannet?” balasnya tenang dan tepat matanya merenung kearah mataku. Aku hanya mengangguk perlahan-lahan. Aku lihat tangannya mengisyaratkan aku supaya duduk didepannya. Fail biru aku letakkan di atas meja yang beralaskan kain berwarna cream caramel itu.

Aku cuba bersikap professional. Dia boleh bersikap professional takkan aku tidak boleh. Ketepikan dahulu soal lain. Yang penting, dia client kau yang pertama yang banyak songeh. Ingat Auji, kau baru dua bulan bekerja, jangan cari bala. Nasihat aku untuk diri sendiri. Aku mengukir senyuman yang entah ikhlas atau tidak.

“Maafkan saya Encik Khairil,..”

“Saya rasa cukup sekali saya menegur, just call me Khairil,” tegas suaranya sambil matanya tidak lepas memandang kearahku.

“Baiklah. Saya sebenarnya baru dalam bidang ini, if im wrong, correct me, so just to save our time, im straight to the point, im just wanna to ask the concept of the event that you want to celebrate your parents anniversery.”jelasku, sebenarnya, aku tidak lagi gugup kerana orang yang berada dihadapanku, adalah orang yang aku kenal. Mungkin itulah salah satunya, aku dapat bercakap dengan lancarnya.

“Boleh tak kita order makanan dahulu?”soalnya. Lalu memanggil waiter.

“ Fruit Paradise and give me one Cocktail Manggo” pesannya lalu menutup buku menu tersebut, dan serahkan kepada waiter tersebut. Dia terus memandang aku. Aku mula gelabah, kenapa dengan dia ni hari ni.

“One Fruit Paradise, but I don’t wan dragon fruit, replace with mango.” Beritahuku. Lalu waiter tersebut berlalu. Aku mula memandang orang dihadapanku. Dia hanya melihatku. Santai. Sambil tangannya bersilang kemas memeluk diri, aku brtambah kekok apabila mata kami bertembung. Hati mula tidak sedap.

“ Dunia nyata tak luas. So, kau dah boleh soal aku apa yang kau nak tanyakan perihal anniversary tu.” Sambil membetulkan kedudukan, aku terus memandangnya, mengambil fail lalu membukakannya.

“Terlalu formal. Semak” katanya dengan nada yang perlahan tetapi masih dapat aku dengari dan dia mengukir sedikit senyuman sinis ke arahku. “ Kalau kau nak kerja lama di UP better kau practice dari sekarang jangan terlalu formal sangat. Kita sekarang dah canggih, alaf 21, takkan masih nak catit pakai pen kertas.” sambungnya lagi. Sabar Auji. Aku cuba menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya perlahan-lahan. Tangan aku mula menutupkan kembali fail, lalu kuletakan di ribaku.

“Sorry. I just want to know about the exactly what do you want for your parent anniversy? Like theme or suggestion to make it special and so on..”

“As you know my parents both of them are doctors. So, aku nak kau relate kerjaya my mom and my dad dan yang paling penting aku tak nak cek. Cliché. Something yang fresh, santai tapi tetap grand. Sebab tu aku pilih UP. Sebab aku SANGAT yakin UP akan beri apa yang aku mahukan.” jelasnya sambil menekanan SANGAT.

“Noted. Perlu ke anniversary tu diadakan di Hotel Palma? To me, if nak buat something different and fresh, better we set up dekat tempat yang lebih informal. Trend sekaramg more like garden, or tempah restorant and we can decorate it.” jelasku sambil memandang kearah anak matanya yang sememangnya pekat hitam tu. For sure, dia ni tak dak darah campuran. 200% melayu tulen. Dia hanya memandang sahaja kearahku. Mungkin sedang memikirkan idea tersebut. Lengan baju kemejanya mula dilipatkannya ke paras siku. Melonggarkan sedikit tali lehernya.

“ Jom makan dulu. Saya lapar sangat.” katanya pelahan. Entah kenapa aku tak dapat nak predict karakternya yang sebenar. Tadi macam singa sekarang, macam kucing betina lagaknya suaranya. Pelik. Aku melihatnya yang mula menyuapkan buah buahan ke dalam mulutnya. Aku turut melakukan hal yang sama. Hanya sepi menemani kami menyantap buah- buahan yang segar ini. Memang tidak menghampakan Mango Paradise.

“Kau bagi plan kau dekat aku esok jam 3.00 ptg, then aku decide sama ada nak buat dekat hotel ke tidak.” Katanya sambil menyuapkan dragon fruit yang terakhir ke dalam mulutnya. Dia mula berdiri tanpa menunggu jawapan daripadaku. “Jangan call aku untuk benda yang remeh temeh. Faham?” katanya lagi sebelum berlalu pergi.

Kalau 10 client aku macam ni, tak ke gila aku nanti. Nasib kau la Auji.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aliah Eleyas