Home Novelet Cinta ASSALAMUALAIKUM, USTAZAH!
ASSALAMUALAIKUM, USTAZAH!
harapan nurani
22/8/2017 13:18:25
4,539
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 2

“Sabar, Mak Cik Azizah.Kami semua yakin yang Shaz Anaqi seorang anak yang kuat. In sha Allah, ShazAnaqi pasti akan sedar juga tidak lama lagi” ujar Azri memberi kata- katasemangat kepada Puan Azizah agar dia terus tabah menghadapi ujian Allah ini.Suasana di situ menjadi suram dengan kesemua rakan Shaz Anaqi turut merasaikesedihan yang menimpa Puan Azizah.

Bacaan Surah Yasin tidakhenti berkumandang di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail yangmenempatkan Shaz Anaqi. Seorang demi seorang bergilir-gilir masuk ke ruang ICUbagi menjenguk keadaan Shaz Anaqi. Puan Azizah masih tetap setia berada di sisianak tunggalnya itu.

Sesaat pun Puan Azizahtidak berganjak dari sisi anaknya itu. Dia hanya meninggalkan Shaz Anaqiseketika sahaja. Itupun sekiranya dia mahu menunaikan solat dan makan. Seleramakannya juga berkurangan sejak peristiwa yang menimpa anak kesayangannya itu.Kata-kata semangat juga tidak putus-putus diberikan kepada Puan Azizah sama adaianya daripada kaum keluarga, saudara mara, jiran-jiran mahupun pihak sekolahserta kawan-kawan Shaz Anaqi di sekolah. Hambar.

Peperiksaan SijilPelajaran Malaysia masih tetap berjalan dengan lancar walaupun semua rakan ShazAnaqi masih dalam keadaan sedih apabila memikirkan nasib yang menimpa Shaz Anaqi.“Sepatutnya Shaz Anaqi ada bersama-sama kita ambil exam SPM, tapi nasib tak menyebelahi dia” kata Azri yang amatmerindui sahabat dunia akhiratnya itu.

Mana tidaknya, kemanasahaja dia pergi, Shaz Anaqi mesti bersamanya. Makan bersama. Ulangkaji pelajaranbersama. Pergi kelas tambahan di sekolah bersama. Bahkan, ada ketikanya merekatidur dalam satu bilik yang sama jika ada mereka mengulangkaji bersama-sama dirumah Shaz Anaqi mahupun di rumahnya. Hari demi hari ditempuhi tanpa Shaz Anaqidi sisi pastinya membuatkan hidup Azri tidak berseri-seri lagi seperti sediakala.Teringat Azri pada janji sahabat sejatinya itu, “Azri, kita janji yangkita akan sama-sama belajar bersungguh-sungguh, buat sehabis baik untukpeperiksaan SPM ni dan belajar di universiti yang sama nanti ya? Mana tahukalau ada rezeki mungkin kita akan bekerja di hospital yang sama suatu harinanti. In sha Allah”.

 

Setelah hampir sebulan,Shaz Anaqi tidak sedarkan diri, akhirnya penantian Puan Azizah dan semua rakansekelas Shaz Anaqi berakhir. “Puan Azizah, anak puan telah sedarkan diri pagiini” ujar seorang nurse yangkebetulan sedang lalu lalang di perkarangan Unit Rawatan Rapi di hospital. PuanAzizah dan kawan-kawan Shaz Anaqi seterusnya melulu masuk ke dalam ICU yangmenempatkan Shaz Anaqi dan Puan Azizah menghampiri tubuh anaknya yang masihdalam keadaan lemah.

“Ibu…ibu…”rintih ShazAnaqi dalam keadaan lemah yang mahu melihat wajah Puan Azizah berkali-kali”.

“Ya, sayang. Ibu di sininak” balas Puan Azizah. Secara tidak langsung berlinangan air mata seorang ibutanda kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana telahmemulihkan anaknya.

Selepas memandang wajahibunya dalam keadaan yang samar-samar, dia turut memandang wajah seorang remajalelaki dan seorang budak perempuan dalam lingkungan sama baya seusia dia denganpenuh kehairanan. Lantas dia bertanya, “Kalian berdua ni siapa, kenapa kalianberada di sini?”Semua disitu berpandangan antara satu dengan yang lain. Timbulperasaan hairan di benak fikiran mereka semua. Apakah yang sebenarnya terjadikepada Shaz Anaqi? Mengapa dia bertindak seakan-akan tidak mengenalirakan-rakan seperjuangannya?

Doktor yang merawat ShazAnaqi masuk untuk membuat pemeriksaan lanjut terhadapnya, lalu doktor tersebutmenyampaikan sesuatu berita yang kurang baik kepada Puan Azizah, Fazila, Azriserta semua rakan Shaz Anaqi, “Puan Azizah, maafkan saya. Ada berita yangkurang baik perlu saya sampaikan kepada Puan Azizah mengenai keadaan anaklelaki Puan Azizah, Shaz Anaqi.

“Kenapa dengan ShazAnaqi, doktor?” tanya Puan Azizah dengan nada kegelisahan bergelumang dihati. 

“Maafkan saya, PuanAzizah. Setelah kami pemeriksaan lanjut terhadap Shaz Anaqi, kami dapati yangShaz Anaqi telah disahkan mengalami amnesia” jelas doktor itu.

“Amnesia, doc? Macam mana ianya boleh berlaku?”tanya Azri yang mahu pencerahan lanjut daripada doktor mengenai keadaan sebenaryang menimpa sahabat sejatinya itu. Mereka semua blur

“Amnesia merupakansejenis penyakit yang menimpa sesetengah manusia disebabkan oleh trauma dengankejadian sesuatu perkara, misalnya kemalangan. Bagi kes yang menimpa Shaz Anaqiini pula, dia mengalami amnesia trauma yang menyebabkan dirinya hanya mampumengingati beberapa perkara sahaja. Akan tetapi kalian semua tidak perlubimbang kerana penyakit amnesia yang menimpa Shaz Anaqi ini adalah bersifatsementara. In sha Allah, dalam jangka masa beberapa bulan lagi, ingatannya akanpulih seperti sedia kala”.

“Apa yang Puan Azizah danrakan-rakannya perlu lakukan sekarang adalah beri sokongan kepada dia. Janganpaksa dia untuk terus menerus mengingat semua perkara dalam satu-satu masa.Beri dia masa” doktor yang merawat Shaz Anaqi memberi pencerahan yangselebar-lebarnya kepada Puan Azizah, Azri, Fazila dan semua rakan sekelas ShazAnaqi mengenai keadaan yang menimpa Shaz Anaqi.

“Ibu, Anaqi perlu keluardaripada hospital ni. Ada urusan yang perlu Anaqi selesaikan”. Shaz Anaqimeronta-ronta mahu ibunya membantu. Dia mencabut picagari yang berada di tangankanannya. Tindakannya itu menyebabkan semua orang yang berada di dalam wad itumenjadi kelam-kabut.

“Shaz, sabar ya”-Azri

“Nak, kamu nak pergimana, sayang? Kamu masih dalam keadaan lemah lagi”-Puan Azizah

Sementara itu, beberapaorang jururawat yang dipanggil masuk untuk melihat keadaan Shaz Anaqi yangsedang meronta-ronta mahu mencabut picagari itu. Shaz Anaqi mencabut picagariitu dengan rakus sekali. Tindakannya itu menyebabkan tangan kanannya mengalamiluka. Darah mengalir dengan banyaknya. Fazila yang mempunyai fobia dengan darahhampir pengsan dan terpaksa dipapah oleh beberapa budak perempuan yang lainuntuk keluar daripada wad tersebut.

Ubat penenang telahdisuntik oleh nurse yang bertugasseraya berkata “Adik, bertenang ya? Tangan awak luka. Awak kena dudukdiam-diam. Kalau awak meronta-ronta macam ni, macam mana kami nak rawat lukaawak tu. Kami perlu rawat luka pada tangan kanan awak secepat yang mungkin.Kalau kita biarkan luka awak tidak dirawat, kemungkinan besar jangkitan kumanakan berlaku” pujuk salah seorang jururawat yang ingin merawat luka yangterdapat di tangan kanan Shaz Anaqi.

Satu per satu langkahmerawat dilakukan dengan penuh rapi dan cermat oleh jururawat yang bertugas.Setelah 30 minit merawat Shaz Anaqi, keadaan Shaz Anaqi sudah kembali tenang. Drip yang dicabutnya telah berjayadipasang semula. Luka yang dialami pada tangan kanan Shaz Anaqi telahdibersihkan. Suasana yang tadinya kelam-kabut, sudah kembali tenang. Azri yangmasuk semula ke dalam wad bersama-sama rakan-rakan yang lain cuba menghampiritubuh Shaz Anaqi. “Kau siapa? Kenapa kau dekat-dekat dengan aku ni?” tanya ShazAnaqi yang kehairanan.

“Sayang, Shaz Anaqi anakibu, tak baik la cakap macam tu kat kawan-kawan. Mereka datang nak lawat anakibu la” Puan Azizah cuba menenangkan anak tunggalnya itu. Semua rakan ShazAnaqi sudah mengerti akan keadaan Shaz Anaqi hanya tersenyum dan cubaberkomunikasi dengan Shaz Anaqi secara baik dan lembut.

“Ibu, Anaqi nak balik…”rintih Shaz Anaqi kepada Puan Azizah, ibunda tercintanya itu.

“Kenapa ni? Kenapa anakibu nak balik? Kan anak ibu masih tak sihat. Nanti Anaqi dah sihat, dah boleh discharge, kita balik ya..” Puan Azizahmemujuk.

“Tapi Anaqi nak.. ”bicara Shaz Anaqi terhenti seketika apabila doktor masuk ke wad unutk melakukanpemeriksaan lanjut. Bicara Shaz Anaqi diteruskan setelah doktor beredar keluar.Dia mahu meneruskan niatnya untuk menduduki peperiksaan Sijil PelajaranMalaysia yang tertangguh akinat kemalangan yang menimpa dirinya pada haripertama peperiksaan besar itu dijalankan. Hasratnya itu diusulkan kepada PuanAzizah.

“Ibu, Anaqi mahu ambilpeperiksaan SPM, Anaqi mahu capai impian Anaqi”.

“Tapi nak, peperiksaanSPM baru je habis dua hari lepas. Bicara Puan Azizah itu menyebabkan Shaz Anaqiberasa amat kecewa. Puan Azizah yang sedia maklum akan kekecewaan yang dialamioleh Shaz Anaqi menyentuh lembut bahu anak kesayangan itu lalu cuba memujukShaz Anaqi, “Tak pe lah, nak. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku ni. Shaz Anaqi perlu banyakberdoa agar Allah bukakan jalan yan lain buat anak ibu ni”

Sebenarnya jauh di lubukhati si ibu, Puan Azizah amat kaget dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.‘SubhanaAllah, semangat Shaz Anaqi kuat sehingga dia mampu mengingati tentangpeperiksaan SPMnya sedangkan semua rakannya dia tidak ingat langsung’ fikirnya.Fikirannya tentang hasrat putera tunggalnya itu menyebabkan dia termenungpanjang. Puan Fatma yang memasuki wad itu telah mengusik jirannya itu.

“Hai...banyak sangatbenda yang difikirkan ya, Azizah. Aku masuk pun kau tak perasan. Apa yangdimenungkan tu? Kongsi la dengan aku, itupun kalau kau tak kisah lah”

“Tak apa sangat, Cuma akuterfikir pasal hasrat anak aku ni. Pening aku dibuatnya” balas Puan Azizah.

“Hasrat apa tu? Besarsangat ke hajat si Shaz Anaqi tu? Cer cerita kat aku. Mana la tau, kot kot akuboleh tolong apa yang patut” Puan Fatma mahu membantu meredakan kekusutan PuanAzizah.

“Shaz Anaqi mahu ambilpeperiksaan SPM. Dia mahu capai cita-citanya sebagai doktor. Kau tahu tak macammana nak settle problem anak aku ni?Aku tahu banyak prosedurnya yang kena hadap, tapi kalau aku tak cuba usahakankesianlah pula pada Anaqi tu. Dia mengharap sangat cita-citanya yang ingibergelar doktor tercapai” jelas Puan Azizah kepada Puan Fatma.

Puan Fatma cuba menyelesaikanproblem yang dihadapi oleh PuanAzizah dan Shaz Anaqi dengan mengusulkannya kepada pengetua Sekolah MenengahKebangsaan Kota Tinggi yang juga suaminya. 

Atas persetujuan semuasatu perbincangan khas perlu diadakan.

“Muhammad Shaz Anaqi niadalah seorang pelaj yang pintar dan selalu menjadi mentor dalam kalanganrakan-rakannya di tingkatan lima”- Cikgu Hasbullah.

“Saya rasa kita perlumemberi pelajar ini peluang untuk menduduki pepriksaan SPM”- Cikgu Farishah

“Tapi, peperiksaan SPMpada tahun 2017 baru sahaja berakhir”- Cikgu Fiza

“Mustahil Muhammad ShazAnaqi boleh menduduki peperiksaan SPM ni tanpa melakukan sebarang persediaan”-Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

“Saya dah buat keputusan.Saya akan meminta anak saya yang baru menamatkan pengajiannya di UniversitiPerguruan Sultan Idris bagi membantu Shaz Anaqi. Saya yakin anak saya mampumemberi tunjuk ajar kepada Shaz Anaqi sebagai persediaan dalam menghadapipeperiksaan SPM ni”- Encik Hasbullah.

 

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.