Home Novel Cinta Tidak Kuduga Cintamu
Tidak Kuduga Cintamu
Nazsuha Faizila
8/5/2017 01:18:09
3,424
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

KAKINYAyang lemah dan terasa kebas itu perlahan-lahan melangkah. Menuju ke satu tempatyang dia sendiri tidak pasti. Hujan masih lebat turun membasahi bumi bersamakilat yang kadangkala sabung-menyabung. Bajunya yang sudah basah lencun itumembuatkannya menggigil kesejukan.

Kakinya berhenti melangkah dihadapan sebuah kedai yang kelihatan sudah lama tutup. Sekurang-kurangnya diaada tempat untuk berteduh. Dia laju melangkah mendekati kedai tersebut. Diamencangkung di koridor kedai tersebut sambil seluruh badannya menggigilkesejukan.

Dia tiada apa-apa. Yang diapunya hanyalah sehelai baju nipis dan sebuah bagasi besar yang tiada nilai. Diatidak pasti bagaimana dia harus meneruskan hidup di bumi yang sungguh asingbaginya.

Dalam kesejukan yang mencengkamtulang, dia dapat melelapkan mata kerana telah seharian penat merantau di bumiasing ini. Tidak sampai lima saat dia melelapkan mata, telinganya tajammendengar bunyi derap kaki menuju ke arahnya. Dia diamkan sahaja. Takut diamahu bersuara.

Bunyi derap kaki tersebutperlahan tetapi semakin lama semakin dekat. Jantungnya semakin lama semakinberdegup kencang. Dia takut jika empunya derap kaki itu mengapa-apakannya.Dalam dia berpeluk tubuh akibat kesejukan yang melampau, air liurnya yangditelan terasa pahit.

Kemudian, bunyi derap kakitersebut tiada. Sepertinya, empunya derap kaki tersebut telah menghentikanlangkahnya. Dia hanya mampu menutup mata. Tidak mahu dia melihat empunya derapkaki tersebut. Dalam hati dia hanya berdoa supaya dirinya selamat daripada sebarangmalapetaka.

“Awak siapa?”

“Syafiella Farhani!!!” Suaratersebut pantas sahaja menyedarkan Syafiella daripada lenanya. Dia pantasterbangun sambil jantungnya berdegup laju. Dadanya dipegang. Matanya terbuka luas.Dia memandang sekeliling.

Kosong. Tiada pun empunya suarayang nyaring dan begitu lantang tadi.

“Fiella! Bila kau nak bangun?!”Sekali lagi suara tersebut memekik. Sepertinya suara tersebut datang dari arahdapur.

Syafiella bingkas bangundaripada katil. Dia melangkah mendekati pintu lalu daun pintu dikuak. Kepalanyadijengukkan ke luar. “Dee kau nak apa? Aku dah bangun ni?” Rambutnya yang kusutmasai itu dibetulkan sedikit sambil dia menahan kuapan.

Dyana, rakan serumah Syafiellayang sedang sibuk mengemas dapur pantas menoleh. “Ha bangun pun manusia sorang ni. Kalau tak aku memekik macam tarzan tak adanyabangun. Bangunan runtuh pun kau tak sedar.” Dia, hobinya memang suka membebel.Kalah Mak Cik Jemah yang jual nasi lemak dengan karipap dekat depan pejabat tu.

Syafiella tebalkan telingasahaja mendengar bebelan Dyana itu. Dia memang sudah sebati dengan perangai makcik-mak cik Dyana ini. Dia hanya tersengih sambil mengelap sedikit air liurbasi yang melekat di pipinya.

“Kau kata kau ada date dengan boyfriend kau tu, Fiella? Dah tu, kenapatak siap lagi?” Dyana sudah berdiri sambil bercekak pinggang menghadapSyafiella.

Date?” soal Syafiella kembali sambilmengerutkan dahinya. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru. “Hah?! Aku ada date dengan Hudson!” Terbeliak matanya tatkala dia tersedaryang dia sebenarnya ada janji temu dengan buah hati pengarang jantungnya.

Dyana yang melihat hanyamenggelengkan kepalanya sahaja. “Itulah kau, Fiella. Malam tadi tidur lambatsangat.”

Syafiella pantas menutup pintukamar tidurnya. Berdesup dia bersiap bagaikan lipas kudung sahaja. Mandi alakadar, berus gigi pun ala kadar. Baju pun pakai baju yang sangat-sangat simple. Make up pun hanya sekadar bedak asasdan lipstick sahaja. Itupun rembat Dyanapunya sebab Dyana punya make up yang simple tetapi nampak cantik.

Syafiella kelihatanterkocoh-kocoh keluar dari rumah. Terhincut-hincut dia memakai boot coklat tersebut. Snowcap yang berwarna ungun pantassahaja disarungkan di kepalanya manakala beg kecil hanya disilangkan dibahunya.

“Fiella, take care.” Sempat lagi Dyana berpesan kepada rakannya itu.

Syafiella laju menuruni anaktangga rumah kedai tersebut sambil tangannya ligat menyarungkan sarung tanganyang berwarna hijau muda itu. Dia berlari-lari anak merentasi beberapa buah café dan kedai yang terletak di situ. Apa sahaja yangmenghalang laluannya akan dirempuh sahaja. Dia sudah tidak peduli. Yang pentingdia perlu sampai ke tempat yang hendak dituju.

Dari kejauhan kelihatan seorangjejaka yang berbadan tegap dan memakai jaket kulit berwarna hitam sedangtermenung menghadap Sungai Seine. Dahinya berkerut. Tangannya disulamkan.

Syafiella memperlahankanlangkahnya tatkala dia dapat melihat buah hati pengarang jantungnya sedangsetia menunggu kehadirannya. Bibirnya diketap atas dan bawah. Rasa bersalahmula menyelubungi dirinya. Air liurnya ditelan. “Macam mana ni? Aku dahlahlambat satu jam. Ish, ini semua sebab overslept.” Dia mula menyalahkan dirisendiri. Kepalanya ditepuk.

Syafiella perlahan-lahanmelangkah mendekati jejaka tersebut. Dalam takut-takut dia berlagak berani. Snowcap yang sedikit senget itu dibetulkan. Jantungnya mulaberdebar-debar. ‘Fiella, tenang. Dia bukannya makan orang pun. Dia makan nasimacam kau. Eh, silap! Dia bukannya makan nasi. Dia makan spaghetti. Lupa! Boyfriend kau kan Mat Salih!’ Dia cuba berlagak tenang.

Hey, dear!” sapa Syafiella dengan nadayang segembira mungkin tatkala dia mendekati jejaka berbadan tegap dan berjaketkulit itu. “Sorry, I’mlate,”beritahunya sambil tersengih seperti kerang busuk. Lengan jejaka tersebutdipegangnya.

Hudson tidak mengalihkanpandangannya. Dia diam membisu. Tiada sebarang respon pun daripadanya.

Syafiella mula mengerutkandahinya. ‘Sah! Memang dia ni merajuk.’ Nampaknya dia harus memujuk jejaka yangsatu ini. Lengan Hudson dipeluk. “Mon che`ri (Sayang)…” panggilnya dalambahasa Perancis sambil suaranya sengaja dilunakkan. Wajahnya diangkat memandangwajah Hudson yang tidak beriak itu.

“Kenapa sayang merajuk ni? Kansaya dah minta maaf. Tak mahu merajuk-merajuk macam ni. Nanti buruk.” Diatersenyum sambil dagu Hudson disentuhnya. Semenjak dia tinggal di bumi Parisini, dia sudah fasih berbahasa Perancis.

Hudson tidak mempedulikanSyafiella. Kaca mata hitamnya dipakai. Dia mula berpaling dan bergerakmeninggalkan Syafiella.

Syafiella mula mengerutkandahinya. ‘Aduh! Susah pulak nak pujuk boyfriend aku sorang ni!’ Pening dia dengan rajukanHudson itu. Silent Killer. Rajukan ini lebih membunuhdaripada rajukan perempuan.

Hudson mula mendekati motosikalberkuasa tinggi miliknya. “I’m not in agood mood today.”Serius sahaja kedengaran nada suaranya. Dia melangkah menaiki motosikalsuperbike yang berwarna hitam itu. “So, Iwant to ride.”

Whatabout me? Our date?” Pantas Syafiella menjawab. Sudahlah dia bagaikanmanusia yang tak cukup tanah berlari tadi takkanlah nak batalkan janji temuini. Dahinya berkerut sambil dia berpeluk tubuh memerhati tingkah laku ‘pelik’kekasih hatinya itu.

Hudson memakai topi keledar. “Fie, aku nak kau ikut aku.” Enjinmotosikal sudah dihidupkan. “Kita naikmoto ni sama-sama.”

What?!” Membulat terus mataSyafiella tatkala mendengarkan kata-kata yang keluar daripada mulut Hudson. “No, no.” Pantas sahaja diamenggelengkan kepalanya. “Takkan kau naksuruh aku naik moto ni? Takkanlah. Aku tak nak!” Matanya dijelingkansedikit sambil dia mula mengatur langkah pergi dari situ.

Aku nak balik!” Laju dia melangkah pulang ke rumahnya.

Hudson yang menyedari tingkahlaku Syafiella itu, segera mengejarnya dengan menaiki motosikal. Sengaja diamemperlahankan motosikalnya untuk membolehkan dia senada dengan langkahSyafiella.

Syafiella yang menyedarikehadiran Hudson, hanya menjelingkan matanya sahaja. “Kalau nak date buatlah cara nak date,” omelnya sambil mulutnyasengaja dimuncungkan.

Whatyou just say?”Hudson menyoal tatkala gegendang telinganya mendengar suara halus keluardaripada mulut Syafiella. “Boleh kauulang? Aku… tak dengar.” Sengajadia mendekatkan telinganya dengan Syafiella. Mungkin dia mahu Syafiellamengulang semula percakapannya tadi kerana dia tidak mendengar.

Syafiella yang mendengar hanyatersenyum sinis. “Nothing.” Bersahaja dia menjawab.

“Fie, can you just hop on?” Hudson bersuara lembut. Seakanmemujuk. “Teman aku ride untuk hari ini sahaja. S`il vous plait(Please)…” Dia cuba merayu. Ternyatapelat Perancisnya jelas kedengaran.

Syafiella hanya mendiamkandirinya sahaja. Jika diikutkan hati malas dia mahu menunggang motosikaltersebut bersama Hudson.

“Fie, if you love me just hop on.” Nampaknya Hudson tidakmengalah. Dia mematikan enjin motosikalnya. “PleaseI’mbegging you.”Dia merayu. Matanya dikelip-kelipkan seperti anak kecil yang memujuk ibunyauntuk membeli permainan.

Syafiella memberhentikanlangkahnya. Dia mula berpeluk tubuh sambil matanya dijelingkan ke atasseketika. Malas dia mahu melayan perangai kekasih hatinya yang sepertikanak-kanak itu. “Okay, thistime…” Diamemandang wajah Hudson yang sudah mencebik itu. “…aku ikut kau ride.”

Kelihatan Hudson yang macho itu sudah menguntum segaris senyuman gembira. Namun,pantas sahaja dia mengawal riak wajahnya agar tidak terlalu teruja. Control macho katakan.

Syafiella memusingkan badannyamenghadap Hudson. “Tapi… jangan bawamotosikal tu laju sangat.” Jari telunjuknya menunjuk lurus ke arah wajahHudson. Nampaknya dia sudah terlebih dahulu memberi amaran.

Hudson hanya tersengih sambilmenampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun elok itu. “Just hop on. Aku terimasyarat kau tu, Fie.” Topi keledar untuk pembonceng sudah diambil dandisuakan ke arah Syafiella.

Syafiella hanya diam seketika.Dia merenung tajam wajah kekasihnya itu. ‘Bukan boleh dipercayai sangat diani.’ Sempat dia mengumpat kekasihnya dalam hati.

Fasterplease, dear.” Hudson memberikan senyuman manis buat Syafiella.Sebenarnya senyuman tersebut lebih kepada memberikan isyarat agar kekasihnyaitu cepat.

Okay.” Syafiella pantas menyambuthuluran topi keledar tersebut. Sempat dia membuat mimik muka dan menjelingkanmatanya sebelum memakai topi keledar itu.

Hudson sudah menghidupkan enjinmotosikalnya. Kaca mata hitam dibetulkan seketika. “Fie, hold me tight,” pesannya tatkala Syafiella sudah memboncengmotosikalnya. Sempat juga dia berpesan kepada kekasih hatinya agar keselamatankekasihnya terjamin. Risau juga dia akan keselamatan buah hati pengarangjantungnya.

Syafiella hanya mengikut sahajapesanan Hudson itu. Dia tahu Hudson pasti akan mengingkari pesannya tadi. Diamemeluk tubuh kekasihnya sekuat hati. Dia yakin pasti motosikal ini akanmembuatnya terbang jika dia tidak memeluk tubuh Hudson sekuat hati.

Hudson terasa pelukan Syafiellayang luar biasa kuatnya itu. Dia tahu pasti kekasihnya itu takut. Dia hanyatersenyum sinis sebelum memulas minyak hingga meter menunjukkan angka 160 km/j. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.