Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Cinta Isteriku Romantik
kehidupan yang teruji

Aisyah bangun seperti biasa. Dia mengejut Halimah untuk solat subuh. Kebiasaan ibunya itu akan bangun sendiri tetapi kini jam di dinding sudah menunjukkan angka tujuh. Perlahan-lahan Aisyah membuka pintu. Dia tersenyum melihat Halimah terlelap atas tikar sejadah.

“Ibu oh ibu...” Aisyah masih tersenyum.

Dia menggoncang tubuh Halimah agar tersedar. Halimah tidak memberi respon.

“Ibu bangunlah...” lagi sekali Aisyah berkata.

Aisyah tidak percaya apa yang hatinya rasa. Dia menggoncang tubuh Halimah lebih kuat dari tadi. Ibunya tetap tidak sedar.

“Abang!” jerit Aisyah. “Abang!!”

Peluh Aisyah sudah mengalir deras. Ibu baru sahaja pulang dari Mekah. Dia ingin menemani Halimah tetapi wanita tua itu tidak mahu dia menemani kerana Aisyah baru sahaja berkahwin. Dia pergi bersama teman barunya yang turut serta menunaikan haji.

Baru semalam Halimah pulang tetapi jadi seperti ini pula.

“Kenapa ni sayang?” Adi tersentap melihat air mata Aisyah mengalir.

“Ibu tak nak bangun...” air mata Aisyah mengalir makin deras.

Perlahan-lahan Adi memeriksa nadi Halimah. Pantas dia melepaskan sentuhan di tangan ibu mertuanya.

“Innalillahwainnailaihirajiun.... Ibu dah tak ada.”

“Ibu!” Aisyah bagaikan tidak dapat mengawal diri. Dia menggoncangkan tubuh Halimah lagi. Dia tidak mahu percaya. Baru semalam dia melihat senyuman manis ibunya. Baru semalam dia berbual mesra bersama Halimah. Semuanya baru semalam dia bersama emak sehingga empat pagi. Berbual tanpa rasa jemu. Emak tidak pula mengantuk. Rupanya ada sesuatu yang akan berlaku.

Pantas Adi baringkan Halimah dengan perlahan. Dia menutup wajah itu dengan kain lantas dia memeluk Aisyah. Ingin tenangkan isterinya.

“Abang, ibu abang...” Aisyah trauma.

“Sabar sayang. Abang ada ni.”

“Tapi ibu...” Aisyah tidak dapat menerima kenyataan. Dia benar-benar kecewa.

“Ini suratan Allah. Janganlah kita terlalu sedih, Aisyah. Kuatkan hati.” Pujuk Adi.

“Abang...” Aisyah menangis semahunya di bahu Adi. Dia benar-benar sedih. Ibu pergi tanpa dia sempat berkata apa. Ibu pergi tanpa sempat dia memohon maaf sebagai seorang anak. Ibu pergi tanpa bercerita apa-apa tentang ayah. Ibu pergi begitu sahaja. Bagaimana dia harus menerima ini semua? Bagaimana?!


IKUTI KISAH AISYAH NASUHA(nama sebelum ni HANNA) DALAM ISTERIKU ROMANTIK....hidup yang penuh suka dan suka... antara suami dan cinta pertamanya. antara kehidupan dan kematian.....cepat2 dapatkan novel ini sementara masih ada!!! sekian terima kasih...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.