Home Novel Cinta Isteriku Romantik
Bab 26

Kini, sudah dua bulan usia perkahwinan Hanna dan Adi. Hanna tidak menyangka yang Adi adalah seorang yang sangat romantik. Dia benar-benar bahagia di samping suaminya itu. Tetapi ada sesuatu yang mengganggu fikiran Hanna. Dia dapat melihat perubahan sikap Adi yang amat ketara.

Sejak Adi pulang dari hospital dua minggu lalu akibat demam panas, dia sudah banyak berubah. Adi selalu ada di rumah seperti tidak bekerja. Apabila ditanya, segala kerjanya sudah selesai. Dia di beri cuti sebulan.

Kalau difikirkan logik akal. Ada ke majikan yang beri cuti selama sebulan kalau tidak diberhentikan. Hanna masih berfikir.

“Sayang, kenapa muka berkerut macam tu sekali.” Tegur Adi sambil dia mencuit pipi Hanna yang agak tembam. Nampak sangat comel. Dia suka melihat wajah Hanna.

“Tak ada apa-apa. abang, bulan depan hari lahir abang kan?” Hanna ingin kepastian. Dia tidak pernah menyambut hari lahir sesiapa tetapi Adi sangat istimewa baginya. Pasti akan disambutnya.

Adi terperanjat. Wajahnya jelas sekali terkejut.

“Kenapa ni abang?” Hanna rasa bimbang.

Adi benar-benar tidak ingat bulan depan adalah hari kelahirannya. Dia mula bimbang. Dia tidak pernah bimbang seperti ini.

“Tak ada apa-apa. Abang hampir lupa hari lahir abang sendiri. Betullah tu.” Wajah Adi mendung. “Abang ke bilik air sekejap.” Adi meminta diri.

Dahi Hanna berkerut. Tetapi dia tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan.

“Abang, teman Hanna beli barang dapur, boleh tak?” pinta Hanna. Dia duduk sebelah Adi yang baru sahaja menamatkan panggilan. Wajah lelaki itu serius sahaja apabila menjawab.

“Abang ada temujanji dengan pelanggan la sayang. Maaf. Hari ni je tak dapat teman.” Jelas Adi. Dia memeluk bahu Hanna lantas Hanna melentokkan kepalanya di bahu Adi.

“Tak apalah. Hanna minta Maya temankan, boleh tak?” Hanna memandang Adi. Dia merenung lama mata Adi. Entah mengapa dia suka melihat sinar mata Adi. Sangat mendamaikan hatinya. Adi seorang lelaki yang baik dan selalu membahagiakannya.

Hanna tersenyum.

“Awat senyum tiba-tiba ni?” Adi menarik pipi Hanna.

“Sebab abang ni comel sangat.” Hanna pula yang menarik kedua belah pipi Adi. Serentak!

Terperanjat Adi tetapi akhirnya dia memeluk Hanna. “Pergilah sayang. Abang melepaskan sayang pergi dari hidup abang dengan rela hati.” Bisik Adi di telinga Hanna.

Hana terkejut. Ayat tersebut bagaikan Adi mahu berpisah dengannya sahaja.

“Abang...” Hanna meleraikan pelukan dan ingin melihat muka Adi tetapi Adi menghalangnya. Dia mengeratkan lagi pelukkannya.

“Abang gurau je. Sayang pergilah dengan Maya ya? Bagus isteri abang, kalau keluar je minta izin dengan abang.” Adi masih berbisik.

“Semestinya bagus.” Hanna tersenyum. Dia teringat satu hadis.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila seorang isteri keluar rumah, sedangkan suami membencinya (tidak mengizinkannya), dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya (di bumi) selain daripada jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula (kepada rumah suaminya).” (Hadis riwayat Thabari)

“Takut-takut!” tiba-tiba Hanna bersuara.

“Eh, takut apa ni?”

“Tak ada apa-apa. Hanna pergi call Maya kejap ya?” Hanna meleraikan pelukan suaminya.

Adi memerhati raut wajah isterinya yang sedang bercakap di telefon. Wajah dan senyuman ini yang di rindu saban hari. ‘Dapatkah aku melihat senyuman ini pada hari esok?’ Adi tertanya-tanya.
Previous: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.