Home Novel Cinta cinta jangan pergi
cinta jangan pergi
Izzatul Nadira
22/8/2017 13:44:20
3,905
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4

       Azam  duduk  di  bangku di  hadapan  rumahnya  sambil  menikmati  kek  coklat  yang  di  sediakan  oleh  uminya, Puan Kalsom.  Masakan  dari  air  tangan  uminya  tidak  pernah  mengecewakan.  Sedang  dia  enak  menikmati  kek  coklat,  Azam  terbayangkan  wajah  manis  gadis  yang  bernama  Nur  Alisya.  Entah  apa  yang  membuatkan  gadis  itu  tampak  menarik  di  matanya.  

         “Amboi,  apa  yang  kamu  tersenyum-senyum  ni?”  Tegur  Puan  Kalsom.  Puan  Kalsom  yang  sedari  tadi  menyedari tingkah anaknya, memandang pelik.

           “Eh, umi ni.  Terkejut Azam, bila  masa  pulak  umi  ada  kat  sini  ni.  Bukan  umi  ada  dekat  dapur  ke  tadi?”  Soal  Azam  cuba  mengalih  topik.  

          Puan  Kalsom  mengambil  tempat  di  sebelah  Azam.  “Azam  fikir  apa  tu?  Dari  tadi  umi  perhati  gelagat  kamu,  tersengih sorang-sorang.  Ada  apa-apa  yang  umi  perlu  tahu  ke?” Soal Puan Kalsom.

          Azam cuma tersengih. Tidak ada apa yang penting perlu dikongsikan. Dia cuma tertarik dengan seorang gadis manis yang bernama Nur Alisya. Wajah garang gadis itu sungguh membuatkan hati lelakinya tercabar. Gadis yang tampak sombong dari luarannya, sebenarnya seorang gadis yang sangat manja dan baik budi bahasanya. Semalam ketika di majlis kesyukuran keluarga Alisya, dia asyik memerhati gelagat gadis itu dari jauh.

          Nampak mesra dan mudah diajak berbual. Senang cerita gadis itu seorang yang sangat peramah. Tetapi bila berhadapan dengannya, gadis itu terus berubah watak. Jika dengan dia, jangan harap untuk diajak berbual, senyum pun dia tidak mahu. Apa yang susah sangatlah untuk senyum, berat agaknya bibirnya itu untuk menghadiahkan sebuah senyuman kepada jejaka bernama Muhammad Azammuddin.

          ‘Jangan beranganlah wahai Azammuddin, orang dah tak suka kita tak akan nak paksa,’ bisiknya di hati. Azam tersenyum kecil.

 

 

             

          

 “Angah, bolehlah…..” pujuk Nur Alisya. Matanya sedikit pun tidak lepas dari memandang wajah Hazriq. Hazriq yang duduk menonton rancangan kegemarannya langsung tidak tenang. Mana tidaknya, ada yang sibuk menganggu ketenangannya.

           “Angah, dengar tak apa yang Sya kata tadi?” suaranya ditinggikan sedikit. Geram. Hazriq langsung tidak mempedulikan dia. Dia sengaja buat tidak dengar.

             Hazriq masih lagi membatu di sofa. Buat tidak dengar dengan apa yang si adik sampaikan. Malas mahu melayan. Apa sajalah yang dimahukan oleh Nur Alisya. Tidak habis-habis buat dia tidak tenteram. Mentang-mentanglah ibunya sudah mengarahkan dia untuk menjadi ‘bodyguard tidak berbayar’ kepada si adik, terpaksa pula dia untuk menurutkan semua kehendak si ‘Puteri Alisya’.

            “Angah jomlah teman Sya pergi kedai buku dekat pekan sana. Lepas tu, kita pergi makan-makan dekat KFC. Sya lama sangat dah tak makan ayam KFC ‘hot and spicy’ dan ‘cheezy wedges’. Boleh tak angah?” pujuk Nur Alisya.

             “Sya ni macam tak ada kawan pulak. Ajak jelah Aini pergi teman Sya, angah malas lah nak keluar pergi mana-mana. Angah nak duduk rumah sambil tengok tv je harini,” Hazriq cuba memberi alasan yang munasabah. Dia malas betul mahu menemani Alisya. Bukannya apa, dia penat sungguh hari ini. Semalaman dia mengemas khemah dan pinggan mangkuk bersama abang sulungnya, Amsyar. Alisya? Jangan haraplah dia nak membantu. Apa yang dia tahu, makan dan makan. Mujurlah dia punya abang-abang yang baik dan setampan mereka.

         

               “Alah angah ni, minta teman pun susah. Bukannya minta dia belanja pun, Sya dah minta duit dekat ibu. Nanti kita makanlah sama-sama,” Alisya tidak putus asa. Dia tetap juga ingin angahnya menemani dia ke pekan.

               “Ajaklah along, angah malas. Angah tak nak pergi, full-stop,” Hazriq tetap berkeras tidak mahu pergi. Alisya menjeling. Geram.

               “Masalahnya, along pun tak nak teman Sya. Dia kata dia ada janji dengan Kak Nadia nak keluar petang nanti. Alah, angah ni. Sikit pun tak kesian dengan Sya ni,” Bibir gadis itu memuncung.

                Hazriq memandangnya sekilas. Kesian pun ada, tapi badannya benar-benar perlukan rehat. “Kalau angah taknak teman Sya tak apalah, Sya pergi sorang je,” Alisya akhirnya mengalah. Melihat wajah angahnya yang tampak kelihatan letih dan tidak bermaya, dia akur.

                “Sya nak pergi naik apa?” soal Hazriq risau.

              “Grab kan ada,” ujar Alisya. “Angah tak payah risaukan Sya lah, Sya okay je. Sya boleh pergi sendiri,” tambah gadis itu lagi.

               Hazriq diam. Serba salah pula dia ingin melepaskan adik bongsunya itu pergi sendiri. Kalau berlaku apa-apa pada Nur Alisya, dia pasti akan menyesalinya seumur hidup. Hazriq memandang wajah Alisya dengan pandangan yang membimbangkan.

               “Dahlah, Sya pergi siap sana. Angah hantarkan Sya, tak payah naik grab. Membazir je,”

                 Alisya terpinga. “Angah cakap apa tadi?” soalnya lagi. Hazriq menjeling. Alisya ini sengaja buat-buat tidak dengar atau suaranya perlahan sangat sehingga Alisya tidak jelas dengan apa yang dia katakan tadi.

                “Angah kira sampai 10, kalau Sya tak masuk bilik dan bersiap. Angah tarik balik kata-kata angah tadi,” ugut Hazriq.

                 Tergopoh-gapah Alisya berlari ke biliknya apabila mendengar kata-kata Hazriq tadi. Di mindanya tadi dia sudah merencana untuk menaiki grab untuk ke pekan, dia sendiri mengeluh. Banyak duit yang bakal dia habiskan hari ini jika dia terpaksa menaiki grab. Mujur Hazriq bersetuju untuk menghantarnya ke pekan. Kalau tidak habislah duitnya dengan membayar tambang grab.

 

                 Alisya membelek novel-novel yang dibelinya tadi bersama abangnya Hazriq. Pada mulanya, dia cuma mahu membeli dua buah novel sahaja. Namun, setelah kakinya memijak masuk ke dalam kedai tersebut. Hatinya berbolak-balik.

                Apabila sampai sahaja di sudut novel, dia terpukau. Matanya langsung tidak mampu dialihkan ke arah lain. Tumpuannya hanya pada novel-novel yang berada di rak. Lepas satu-satu novel dicapainya dari rak tersebut. Dalam banyak-banyak novel yang ada, dia tertarik dengan novel dari penulis kegemarannya iaitu Aisya Sofea. Semua karya yang ditulis oleh Aisya Sofea benar-benar menarik dan menambat hatinya. Setiap bait ayat yang digunakan memberi gambaran tentang suasana sebenar dalam setiap cerita yang disampaikan.

                 Nur Alisya duduk di meja belajarnya. Dia termenung seketika. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian siang tadi. Ketika dia sedang sibuk memilih novel yang dia inginkan, mata dia teralih pada seorang lelaki yang turut berada di kedai buku tersebut. Dia seperti dapat mengagak siapa gelaran empunya diri.

                Kemudian mata dia teralih pula pada seorang gadis yang turut bersama dengan lelaki itu. Dia hanya memerhati sahaja gelagat kedua-dua lelaki dan gadis itu. Nampak sungguh mesra kedua-duanya. Mungkin mereka berdua merupakan pasangan kekasih. Mungkin sekadar kawan? Mungkin juga mereka hanya sekadar saudara-mara. Macam-macam jangkaan dan bayangan yang berada di fikirannya.

              Entah mengapa hatinya tiba-tiba sakit bila terbayangkan mereka. ‘Apa yang tak kena ni Nur Alisya’

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Izzatul Nadira