Home Cerpen Umum Tin Kosong Dari Kedah
Tin Kosong Dari Kedah
Siti_Channel
31/8/2017 23:39:00
1,347
Kategori: Cerpen
Genre: Umum
Medeka dari persepsi kejayaan.


Namaku Siti. Masuk minggu ini, sudah 2 minggu aku berada di kedah, atau lebih tepat lagi di kawasan Naka daerah Padang Terap, Kedah. Apa yang perlu korang tahu ialah aku tidak suka berada disini dan aku berharap sesuatu yang ajaib akan berlaku walaupun ia mustahil. Kenapa mustahil? Sebab aku sekarang berada di dalam hutan getah. Ya ini rumah ku sekarang. Sebuah rumah di dalam kebun getah. 


Semua ni bermula kira-kira sebulan yang lepas.


"Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu. Biru-biru hujung Kinabalu tengok dari jauh hati saya ri..". Aku menoleh ke arah abah, kelihatan abah gembira membaca surat yang telah diterimanya. Surat berkaitan permohonan petukaran mengajar. Malamnya abah memberitahu kami sekeluarga bahawa kami akan berpindah dan harus mula mengemas barang kerana kami hanya ada 3 minggu sebelum sekolah bermula. 


Selama 2 minggu persekolahan di Kedah aku masih belum punya seorang kawan. Mungkin sebab aku ni anak cikgu atau bahasa dan pertuturan aku lain dari mereka? Entah apa silap aku, kawan-kawan sekelas mula gelar aku "Budak Skema". Pada mulanya rasa terbeban berada disini disebabkan perbezaan bahasa juga keadaan disini yang serba serbi kekurangan. Untuk makluman korang, tempat aku sukar untuk dapat talian telefone bimbit apatah lagi internet. 


Aku mengadu kepada abah untuk membenarkan menetap di Sabah sebab utama aku tidak yakin boleh dapat 5A dalam UPSR kalau terus disini. Mak datang menasihati aku. Sambil memandang keluar kearah selonggok tin susu yang dikumpul untuk dijual. "Siti, kejayaan seseorang bukan diukur dimana dia berada tetapi bagaimana dia menggunakan apa yang dia ada untuk capai kejayaan" mak sambung lagi dengan memberi perumpamaan "cuba lihat tin kosong tu, kalu dijual kita akan dapat rm1.00 sekilo. Tetapi, jika tin tersebut dibersihkan dan diberi sedikit hiasan mungkin harga tin tersebut boleh menjangkau ke Rm5.00 sebiji." "Begitu juga dengan Siti, jangan disebabkan kita ni berada di kampung, kita tidak boleh berjaya. Tingkatkan usaha, insyallah kejayaan milik kita." Kata-kata mak membuat aku bersemangat. 


Aku kembali ke kampung hari ini semperna cuti hari kemerdekaan Malaysia yang ke-60 tahun. Melihat mak yang sedang mengumpul tin kosong di halaman rumah mengimbau kembali kenangan lalu. Kampung aku kini juga telah banyak perubahan, yang paling penting capaian internet sudah ada sekarang, mudah untuk aku berurusan dengan pelanggan bila berada di kampung. Berkat nasihat mak, Alhamdulillah aku kini telah berjaya menjadi usahawan di dunia teknologi digital. 


Tin kosong dari Kedah mengubah persepsi aku, untuk berjaya bukan tempat yang dilihat tetapi usaha yang dibuat untuk berjaya. Terima kasih perjuang kemerdekaan terdahulu. Tanpa mereka, mungkin sukar untuk aku mencapai kejayaan seperti hari ini. Salam kemerdekaan yang ke-60 tahun.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Siti_Channel