Home Cerpen Keluarga Cara datuk
Cara datuk
Husna Azman
30/8/2017 01:21:46
813
Kategori: Cerpen
Genre: Keluarga

Datuk duduk duduk di anjung rumah yang saban hari semakin menua sama seperti usianya.Tangannya lincah mengasah buluh buluh yang aku sendiri tak tahu apa fungsinya namun aku tak peduli semua itu!Aku seakan tidak boleh bernafas,aku memberontak disaat Mama dan Papa hantar aku kemari kerana terlalu sibuk dengan kerjaya mereka."Huhh!buat apa lahirkan aku kalau tak reti jaga aku!"Aku meronta ronta didalam hati sekuat kuatnya.Sudahlah rumah bobrok ini hampir roboh dengan sekali jalan sudah terdengar pelbagai desas desis kayu melaga.


Datuk lihat muka kecut aku dengan wajah tuanya yang buat aku makin tambah meluat.

"Anak muda zaman sekarang tak sama seperti zaman dahulu"Datuk mengungkap manifestonya.

"Bagaimana tidak,pemuda bahari tiada kemajuan,hidup sawah,estat yang orang barat telah tempatkan.Namun mereka tetap akur dan tidak pula mempertahankan.Hanya sebutir peluru sudah cukup untuk terduduk?Bukan begitukah Datuk?"

Datuk angguk dan senyum sinis barangkali kaget dengan lagak hedonisme aku.Maka petang itu aku merasakan geruh si tua itu datang dan datang.Benar kata Mama,aku penyalur ilmu.Aku bangga untuk setiap pujian itu!


Usai solat maghrib nenek masuk ke dapur dan aku baring di sofa lama.

"Cu,ngaji sini"

Telingaku cuba menepis segala arahan dan merapatkan mata serapat rapatnya.

"Anak muda zaman sekarang terlalu mudah tewas dengan suruhan agama sedangkan anak muda zaman dahulu..."

Aku bangkit dan mencebik.Tak sanggup rasanya mahu mendengar.Meluat!

"Sebut huruf ini"Arahnya sambil mengayunkan rotan buluh usang.

Aku mengaru kepala yang tidak gatal.Huruf apa ini?Mama dan Papa tidak pernah mengajar aku pun?

"Mengapa diam?Tidak kurangka anak cucuku sendiri buta huruf.Buta agama."


Aku diam tertunduk beku.Kata kata si tua saat  itu amat menjengkelkan dan membuat atma ku makin membengkak laju.Sentap aku dengan amarahnya.

"Benarlah jika kau kata kami tunduk kerana sebutir peluru.Tapi kami tak bebal untuk terus dibutakan.Kami memperjuangkan nasib bangsa,sebelum kau lahir di tanah merdeka,kami telah bermain dengan peluru,bermandikan darah dan berkawan kematian.Tidakkan kau melihat semua itu?Malangnya tiada siapa mahu peduli,warga engkau sibuk mengejar kemewahan,menghantar beban kepada orang tua di kampung apabila sibuk!"


Pupil mataku semakin lembab mendengar alasannya.

"Aku bukan beban!"Aku menjerit lantang.

"Kau terlalu mendabik dada cu,dan ini sahaja modus operandi aku untuk memansuhkan sifat narsisistik kau"Ujar si tua itu.

"Heh?bukan kau tetapi aku!kau itu yang kolot.Asyik asyik membandingkan aku dengan sejarah lama.Sudah lah,yang telah berlalu adalah sejarah dan biarkan sejarah itu pergi!Buka matamu dan lihat lah dunia ini makin berkembang dan bukan makin mundur!"Atma ku hilang kawalan.Jika kau melihat aku sebagai pelajar darjah tiga,engkau salah!Aku lebih bijak 4 tahun dari umurku!



"Kau salah sekali lagi"Kali ini aku melihat si tua itu mendung.

"Aku tak akan pernah salah.Lihat bagaimana kata kata aku begitu konklusif.Kau sudah mendung hanya dengan lagakku,belum lagi sebutir peluru.Jelaslah falah yang kononnya hasil perjuangan kau itu benar benar palsu"Aku terus memperlekehkan si tua namun malangnya dia hanya membalas dengan senyum sinis.Darahku mendesak laju.

"Ini yang kau katakan maju?Maka benar kata aku  pemuda bahari lebih baik dari warga kamu"Nada si tua itu sedikit meninggi.

"Hehh,maksudmu?"Aku berpeluk tubuh dengan gahnya.


Nenek datang mencubit perutku lama sehingga merah.Amarahku naik lagi.

"Bukan begini cara seorang pemuda berbicara,tiada adab dan kesopanan"Lalu dia berlalu begitu sahaja meninggalkan aku terpingga pingga.

"Antara perbezaan pemuda bahari dan warga engkau.Bukalah matamu seluasnya cu,hanya berapa rukun negara yang kau ulang ulang di alma meter telah tersemat didada kau?Satu?Kosong?"Ujarnya menyambung apa yang tersirat pada perbuatan Nenek.

Aku terdiam lagi sekali.Kini aku faham betapa bezanya taraf dahulu dan sekarang.

"Pertama,kepercayaan pada Tuhan...tetapi malangnya dimana kau letakkan agama didalam hidup mu?Sekadar di atas kad pengenalan diri atau disini?"Lalu jarinya menunjuk kearah dadaku,mengetuk untuk beberapa kali.

Kemudian dia menambah lagi,"Agama dan bahasa,Jawi dan Arab.Tetapi tidakkah kau lihat semua itu?"Nadanya tenang namun menyakinkan.

"Sudah Cu,mari makan.Nenek kau sudah siap memasak hidangan kesukaan kau.Sekurang kurangnya kau tak perlu menelan kerasnya kayu kayu hutan,tetapi tak bermakna kau boleh lupakan apa yang pernah dipertahankan"


Aku termenung sejenak.Pen yang bermain ditanganku terlepas.Suasana menjadi tenang.Itulah antara memorabilia yang masih segar dalam ingatan aku.Dunia dahulu telah banyak memberikan banyak pengajaran pada aku.Kini telah 100 tahun aku hidup dibawah kebebasan...segala galanya atas usaha pejuang lama...Hmm...cukup lama namun segar nama dan darah mereka.Suci.


Aku akhirnya menjadi tua sama seperti si tua yang pernah aku olokkan dulu.Namun aku tua bukan sebarang tua.Aku hidup untuk mempertahankan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Husna Azman