5,184
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
ANDAI DIA TAKDIRKU

Kring…………..kring……..


Bunyi jam loceng yang amat membingitkan telinga telah memecah kesunyian dan ketenangan tidurnya pagi itu. Dia menggeliat perlahan, masih terasa beban kepenatan setelah seharian memerah otak untuk menyiapkan assignment. Dikerlingnya pada jam di sebelah katilnya, emm..sudah hampir pukul lima pagi. Dia mengucapkan kalimah syahadah perlahan..aku masih dipanjangkan umur..syukur Alhamdulillah!

Dia bergerak perlahan ke bilik air dan mengambil wudhuk..dicapainya telekung sembahyang yang diletakkan bersebelahan dengan meja studynya… dia tersenyum memandang pada satu wajah yang sedang lena diulit mimpi. Izzati, teman sebiliknya itu kelihatan letih sekali tetapi hatinya tenang apabila melihat wajah yang tidak pernah jemu mengukir senyuman kepada sesiapa sahaja. Andai temanya itu tidak mengalami keuzuran, dia pasti pagi yang hening ini akan diisi dengan alunan suaranya membacaal-quran…izzati, terima kasih..kerana persahabatan yang kau hulurkan..

Dia bersembahyang sunat dua rakaat..seusai solat, dia kembali membuka laptop dan menyambung kembali assignment yang masih belum siap sejak tiga hari yang lepas. Dia memandang pada diari yang menyimpan segala hal yang penting tentang dirinya.Emm…lagi dua hari assignment ini akan dihantar kepada Encik Muslimin. Sempatkah? Dia mencongak sendiri..insya-allah..andai aku berusaha lebih, pasti akan disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan. Dia memberi motivasi kepada diri sendiri.


Namun, entah mengapa hatinya terasa untuk menyambung kembali novel yang sejak tiga bulan lepas masih belum sempat disiapkan. Dia terasa idea untuk menulis kembali membuak-buak…


Ish..time aku nak siapkan assignment, banyak la pulak idea nak keluar..dia akhirnya mengalah dengan desakan perasaan. Apa yang terbuku dalam kepalanya harus diluahkan pada skrin laptop..dia menutup folder assignment dan kembali membuka folder ‘cerpen dan novel’ yang terkandung berpuluh-puluh cerpen karyanya.


Tanganya berhenti menulis tatkala azan subuh berkumandang memecah kesunyian kolej kediaman Kemboja pagi itu. Suara itu! Dia tersenyum sendirian…laungan azan yang dialunkan cukup menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Dia pernah mendengar ceramah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dan air matanya hampir menitik saat pemuda tersebut menceritakan detik-detik kewafatan Nabi Muhammad. Selama ini bukan dia tidak pernah membaca buku tentang kisah sedih tersebut tetapi airmatanya tidak pernah tumpah. Mungkin juga disebabkan oleh lunak suara dan kesungguhan dalam menyampaikan ceramah, pemuda tersebut berjaya membuatkan ceramah yang disampaikan begitu terkesan di hatinya sehingga kini.


Ashraf…itulah nama pemuda yang seringkali berjaya menambat hati mahasisiwi di kolej kediamanya. Orangnya agak pendiam dan terlalu berhati-hati dalam pergaulan. Dia bersifat sederhana dan yang pastinya kehadiranya di mana-mana sudut kolej pasti mengundang mata-mata perempuan ke arahnya! 


Dia? Dia juga merupakan salah seorang daripada mahasiswi yang mengagumi pemuda yang penuh dengan sifat-sifat yang di dambakan oleh seorang wanita dia tersenyum keseorangan dan matanya seakan terpaku tatkala melihat jam yang berada di sebelahnya…

Ya allah..dah hampir enam setengah! Dia cepat-cepat berlari kearah bilik air untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat subuh… pasti syaitan bersorak riang pagi ini..berjaya melalaikan seorang lagi anak adam.. lewatkan solat!


*****************

” apa? Aku kena menemuramah Ashraf?”


Zaiful hanya mengangguk. Dia memandang pelik wajah Humaira di hadapanya. Aku suruh temuramah Ashraf, bukannya temuramah hantu..pelik apabila melihatkan wajah Humaira yang nampak terkejut teramat sangat. Serasanya ramai mahasiswi akan tersenyum kesukaan apabila dapat berdekatan dengan pemuda sebaik Ashraf..tetapi, kenapa Humaira tidak mahu?


” tak nak la Epol…aku takut..kenapa tak suruh Hamdan?”

“eh..kenapa dengan kau? Kenapa takut dengan Ashraf? Dia ok la..ini memang tugas kau sebagai wartawan majalah kolej..aku dah bagitahu dia yang kau akan  temuramah dia hari isnin ni..take note..aku tak nak kau lupa. Ashraf tu terlalu  busy..susah nak ambik masa dia..”


Dia hanya mengangguk.Risaunya hati aku! Selama lima sem dia kat sini, sekalipun Ashraf tidak pernah tersenyum padanya walaupun dia selalu mensedekahkan senyuman manisnya pada pemuda tersebut…tetapi dia tidak pernah berkecil hati, dia tahu orang seperti Ashraf tidak akan senang-senang bermain mata dengan perempuan…

Humaira…bukankah itu impian kau selama ini? Mahu Ashraf tahu tentang  kewujudannya dimatanmu…sekatika, dia kembali tersenyum. Allah sudah makbulkan  doanya sejak dua tahun lepas!
Isnin?haa..esok?
*******************


‘Wahai Manusia\’Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu
dari seorang manusia (iaitu Nabi Adam A.S) dan daripadanya Allah memperkembang
biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Bertaqwalah kepada Allah yang dengan
mempergunakan namanya\’ kamu saling meminta antara satu sama lain, dan
peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan
mengawasi kamu.’
(Surah An-Nissa\’: 1)


Dia tunduk. Mahu memahami secara dalam ayat yang disampaikan oleh Asyraf  sebagai pengakhiran ceramahnya. Malam ini Ashraf bercakap tentang pandangan islam terhadap wanita, hak-hak wanita dan kedudukan wanita dalam islam. Hatinya  tersentuh saat pemuda tersebut melaungkan azan…isyarat waktu untuk solat isyak telah tiba. Ya allah…pemuda itukah yang aku perlu jumpa esok?

Bagaimana Ya Allah…apakah tanggapanya kepadaku esok…layakkah aku bercakap dengannya?

Hatinya secara tiba-tiba dipagut rasa gundah yang bukan sedikit. Hatinya juga terasa sebak, entah mengapa dia terasa bagaikan ada ikatan yang terlalu kuat dan kehadiran Ashraf dirasakan terlalu bermakna. Akukah yang terlalu hanyut dalam cinta sesama manusia? Berdosakah aku, Ya Allah?


” Umairah…”


Dia terdengar namanya dipanggil seseorang saat dia menyarungkan selipar di kaki. Mahu bergerak pulang ke bilik. Dia menoleh, jantungnya seakan mahu berhenti berdengup. Ashraf!
Derap tapak kaki Ashraf semakin menghampiri. Disebelahnya ada seorang pemuda yang dia tidak dikenali nama tetapi selalu dilihat bersama-sama Ashraf. Dengan hanya berkain pelikat dan T-shirt lengan panjang berwarna putih..ashraf dilihat terlalu kacak! Wahai mata..janganlah kau terlalu mengagumi kurniaan duniawi…seperti ada suara halus yang menyedarkanya..dia beristigfar perlahan.


” Assalamualikum  Humaira”


Bibir itu menguntum senyum saat salam dihulurkan. Dia berasa sedikit lega. Sekurang-kurangnya senyuman itu bisa membuahkan jalinan ukhwah antaranya dan Ashraf. Namun,hatinya terasa sedikit pelik..Ashraf tahu nama aku? Emm..mungkin Zaiful telah memperkenalkan dia pada Ashraf. Humaira..jangan fikir yang bukan-bukan! Hatinya  mengingatkan…


” Waalaikumussalam..”

Dia menjawab perlahan. Izzati disebelahnya juga diam membatu. Mungkin terkejut kerana pemuda yang sentiasa menjadi bualan mereka sedang berada di depan mata.Izzati, jangan hatimu jua gundah…


“saya nak mintak maaf ngan Humaira kerana tak dapat memenuhi janji saya. Saya perlu balik kampung esok, ada hal penting. Boleh saya tukarkan temujanji kita?”


Agak berhati-hati ayat yang diluahkan itu dituturkan oleh pemuda tersebut. Dia hanya mengangguk dan tersenyum. Pandanganya dihalakan kepada beberapa orang student perempuan yang sudah berbisik sesama mereka. Aduh..jangan aku digosipkan dengan pemuda sebaik ini…kesian Ashraf, dia tidak mahu nama baik Ashraf akan tercemar hanya kerana dilihat Ashraf berbual denganya.


” It’s ok..nanti,bila Ashraf ada kelapangan, Ashraf boleh bagitahu saya ataupun Zaiful..kita akan aturkan temujanji yang lain. Emm..kalau dah tak ada apa-apa lagi, saya balik ke bilik dulu..”

Dia membalas ihklas. Dipandangnya wajah pemuda tersebut yang tidak lekang dengan senyuman. Lesung pipit yang berada di sebelah pipi kirinya menjadikan wajah Ashraf semakin kacak..aduh..ibu, anakmu ini sudah tertawan!


” Ok..terima kasih dengan kerjasama awak..hati-hati”


Dia berlalu dengan senyuman yang tidak lepas dari bibir. Siapa yang tidak gembira? Dapat ucapan‘hati-hati’ daripada lelaki idaman seperti Ashraf…aduh..ibu, anakmu ini sedang angau! Pingangnya dicuit mesra oleh Izzati yang sudah senyum mengusik kearahnya.


” Umai..aku rasa  Ashraf tu sukakan kau la…”

“kenapa kau cakap macam tu Izzati?”

Hatinya berdebar.Kenapa aku berperasaan macam ni? Seperti ada yang menganggu perasaan.


” Entah..hati kecilaku dapat rasakan dalam mata Ashraf ada tersembunyi satu perasaan yang sukar untuk diterjemahkan..”

Nah..pendebat Universiti telah memberi jawapan yang amat sukar untuk ditafsirkan. Nasib kau la Umairah..dapat kawan yang sentiasa berpuitis dalam kata-kata.


” Perasaan cinta?”


Dia sengaja mahu mengusik Izzati tetapi sahabatnya itu hanya mengangguk…
Betulkah?
*************************


Dia meletakkan perlahan talefon yang sejak dari tadi masih berada di gemgamanya. Airmatanya mengalir perlahan. Dia sedang bersedih! Dia tahu perasaanya bagai ditikam belati yang tajam…ibu telah mempunyai seseorang yang akan dijadikan bakal suaminya. Dan dia tahu, lelaki itu pastinya bukan Ashraf!


” Muslim lelaki yang baik. Ibu percaya dia pasti dapat membahagiakan Humaira. Ibu mahu Humaira mendapat lelaki sebaik dia untuk dijadikan seorang suami…abah mahu Humaira balik minggu depan untuk pertunangan kamu..”


Dia sudah teresak dipenjuru bilik. Lemahnya aku..Ya Allah..kurniakan aku segunung kekuatan. Aku mahu jadi anak yang solehah..yang memenuhi setiap kata-kata ibu dan abah..tetapi, kenapa hati aku sungguh sedih dengan permintaan ibu dan abah kali ini?

Adakah kerana perasaan sayang dan harapan telah diberikan kepada orang lain?

” kenapa ni Umai?”


Bahunya disentuh lembut. Dia tidak sedar kehadiran Izzati di bilik mereka. Setahunya, Izzati telah ke kafe sejak tadi. Emm..mungkin aku tidak sedar.


” Ibu…..”

Hanya itu yang mampu dia luahkan. Sungguh..aku lemah dalam percaturan ini..


” Kenapa dengan ibu?Kenapa Umai…”


Bahunya telah digoncang dengan kuat. Dia semakin tersesak. Dipeluknya tubuh Izzati dengan kuat.


” ibu mahu aku bertunang minggu depan..dengan lelaki pilihanya. Aku terlalu sedih..”


Saat ayat itu dituturkan, dia melihat ada deraian air mata di pipi sahabatnya itu. Izzati mengemgam erat kedua tanganya, mahu memberi kekuatan kepadanya. Walaupun air mata Izzati tidak henti mengalir tetapi tangan lembut itu tidak pernah berhenti untuk menyapu titisan air mata yang mengalir di pipinya…indahnya sifatmu Izzati…


” Umai..jangan terlalu bersedih. Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kekuatan hambanya. Kau perlu rehda dan terima semua ni. Aku yakin, semua yang berlaku ada hikmahnya..kau bersabarlah..”


” Izzati…aku dah letakkan perasaan aku kepada Ashraf. Kau pun tahu kan? bagaimana aku tidak pernah jemu untuk berdoa..agar pintu hati Ashraf terbuka untuk aku. Dan sekarang? Bila Ashraf sudah mula dekat dengan aku..aku perlu lepaskanya..”

Dia memandang tepat pada wajah yang penuh dengan ketenangan tersebut. Izzati seperti cuba untuk mengukir senyuman padanya walaupun amat jelas kelihatan begitu hambar sekali. Tangannya semakin digemgam erat.


” Umai..jangan jadikan cinta sesama manusia sebagai ukuran kekuatan dan kelemahan kau…aku yakin, kau mampu mengusir perasaan sayang di hati kau untuk Ashraf secara perlahan-lahan. Jadilah anak yang solehah..anak yang sentiasa membahagiakan kedua orang tuanya. Kau beruntung Umai..masih mempunyai ibu bapa untuk kau terus berbakti kepada mereka, bahagiakan mereka..aku? aku hanya ada al-quran yang dapat mendekatkan aku dengan mak dan ayah aku…kadang-kadang aku alpa untuk sedekahkan al-fatihah…”


Ayat Izzati mati disitu. Dia sudah tenggelam dalam tangisan yang ditahanya sejak tadi. Umairah memeluk perlahan tubuh Izzati. Andai menangis dapat melegakanmu…teruslah menagis Izzati…Ya Allah, semoga Izzati menjadi sebahagian daripada wanita-wanita hebat yang tidak lekang di ujimu…


Andai benar, tiadajodoh antara aku dan Ashraf…demimu Ya Allah..aku redha…

************************


” Humaira..kau ada masalah ke?”


Dia tersentak saat ayat itu diturkan oleh Zaiful. Dia hanya menggeleng.


” Abis tu kenapa ayat kau banyak tak kena? Ejaan banyak salah! Soalan yang ditanya entah apa-apa..kau aturkan temujanji dengan Encik Rosman sekali lagi. Aku betul-betul tak puashati dengan kerja kau kali ni. Aku tahu kau ada masalah tapi kemana hilangnya sifat professional kau selama ni?”


Zaiful terasa seperti mahu ditelan hidup-hidup wajah di hadapanya itu. Dahlah mahu dapatkan temujanji dengan Encik Rosman, salah seorang kaunselor di Universitinya itu amat sukar.Tetapi, bila dah dapat..Humaira dah hancurkan segalanya! Hampir tiga tahun bekerja dengan Humaira, serasanya gadis itu tidak pernah mengundang masalah kepadanya. Tetapi, pagi ini gadis itu telah membuatkan dia merasakan mahu  melempar semua kertas-kertas yang berada di hadapanya


Dia terasa betul-betul hampa. Humaira hanya tunduk memandang kasut yang dipakainya. Dia  tahu dia yang bersalah dalam hal tersebut, dia tidak seharusnya mengundang kemarahan Zaiful. Sudah tiga tahun dia bekerja di bawah Zaiful, dan hari ini adalah pertama kali kemarahan Zaiful padanya tidak dapat dibendung. Dia hanya mengangkat kepala saat pintu bilik mesyuarat dihempas kuat.


” Humaira, kau jangan tertekan sangat. Sebenarnya Zaiful dah berusaha keras untuk aturkan temujanji kau dan Encik Rosman, katanya majalah kita pada bulan ni akan jadi gempaq..iyala..kau pun tahu kan, reputasi Encik Rosman amat tinggi sekarang. Kalah pakar motivasi kesanyangan kau..Dato’ Fadilah Kamsah!”


Bibirnya terukir senyuman tatkala Mimie menyebut nama Dato’ Fadilah Kamsah. Baginya,kesalahn yang dilakukannya itu memang tidak seharusnya berlaku kerana dia telah memegang peranan sebagai wartawan majalah kolej sejak di semester satu.Seharusnya, dia lebih professional dalam melaksanakan tugas. Aduh..sukarnya mahu menjalani kehidupan ciptaanmu tuhan! Bagilah aku kekuatan…


” Aku tahu silap aku Mimie. Ada masa nanti, aku akan minta maaf ngan Zaiful. Insya-allah aku akan jumpa Encik Roman secepat mungkin..aku janji..”


Mimie tersenyum kelegaan…dia memandang tepat pada wajah yang banyak menyimpan rahsia. Tidak banyak yang dia tahu tentang gadis tersebut. Humaira lebih senang bersifat low profile walaupun mempunyai saham yang agak tinggi di Kolej tersebut. Setiap semester gadis tersebut pasti tidak terlepas untuk mengambil anugerah dekan.Sifatnya terlalu bersederhana dalam apa jua hal. Dan, yang paling penting gadis itu mampu menjalinkan ukhwah tanpa mengira batasan..semua orang di mata Humaira adalah sama. Katanya, setiap umat islam adalah bersaudara….


” Ya Allah..aku lupa Humaira…semalam Ashraf titipkan salam buat kau”


Humaira tersentak.Terasa mukanya merona kemerahan. Dia tersenyum perlahan untuk menutup rasa malu yang sudah menguasai diri.


” Bila dia jumpa kau?”

Dalam debar dan malu,dia masih mahu bertanya.

” Semalam..lepas habis menyuarat jawatankuasa surau..emm…Humaira, kau ada dengar gossip pasal Ashraf tak?”

Suara Mimie agak perlahan saat ayat itu dituturkan. Dia mengerutkan dahi. Pemuda sebaik Ashraf ada gossip? Agak menarik…


” Ramai budak kolej cakap yang Ashraf akan berkahwin…”


Demi tuhan..jantungnya terasa seperti ditikam saat perkhabaran itu diterima. Namun,dia cuba berlagak seperti biasa.

“Al-Hamdulillah…Ashraf mahu mendirikan masjid. Kita patut mendoakan kebahagiaan dia..”


Hanya itu yang mampu dia tuturkan. Dadanya terasa sebak. Betul apa yang kau cakapkan Izzati..aku tidak ada jodoh dengan Ashraf..


” Tapi. aku pelik.Aku tengok dia macam baik dengan kau..tapi kenapa mahu berkahwin dengan orang lain..”

Mimie menyoal tanda kehairanan. Dia menyabarkan dirinya sendiri…


” Mimie, jodoh pertemuan di tangan Allah..mungkin aku ada pertemuan dengan Ashraf tetapi aku tidak ada jodoh dengan dia. Mungkin juga, aku ada jodoh dengan bakal suami aku tetapi tidak ada pertemuan dengannya. Mimie, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..dan sebagai hambanya, kita perlu terima dan rehda..”


*************************

Dia bergerak  perlahan, melalui meja makan yang diduduki oleh Ashraf dan teman-temanya. Tidak ramai yang berada di kafe pada hari ini. Maklumlah, cuti pertengahan semester telah bermula. Dia terasa agak berat untuk pulang ke kampung. Untuk itu dia tidak terus balik ke kampung, mahu tinggal di kolej untuk sehari dua lagi.  Biarlah segala persiapan pertunanganya dibuat oleh ibu dan adik-beradiknya.  Hatinya terasa amat sedih apabila matanya bertembung dengan panahan mesra mata Ashraf…aku bakal milik orang lain Ashraf..hatinya dipagut rasa menyesal yang teramat. Kenapa aku tidak membantah? Dan kau juga bakal menjadi pemimpin kepada gadis lain..jika benar apa yang diperkatakan oleh teman sekolej.

Ya allah..apa yang aku fikirkan ni? Dia cepat-cepat beristigfar dalam hati. Berdosakah aku Ya Allah..kerana mahu melawan ketentuanmu…


” Humaira…”


Suara itu!
Dia mempercepatkan langkah. Tidak mahu hatinya gundah sekali lagi…biarkan aku Ashraf…biarkan rasa cinta di hati ini pergi perlahan-lahan..


” Nur Humaira Aisya binti Zainuddin!”

Kali ini kakinya tidak dapat lagi melangkah. Nada suara itu terlalu kuat, masakan dia boleh berlagak tidak dengar?

Dia menoleh. Ashraf hanya tersenyum ke arahnya. Dia tidak berupaya untuk membalas. Ya Allah..padamkan rasa sayang ini terhadapnya..aku sayang kepadanya keranamu Ya Allah..dan aku perlu hilangkan rasa sayang ini jua keranamu…

” Kenapa masih adakat sini? Tak balik kampung?”
” Balik…lagi tiga hari..”

Dia lihat ada riak terkejut pada wajah Ashraf. Senyuman yang terukir pada wajah itu padam serta merta. Mengapa?

” Kenapa balik lambat?”


Soalan daripada Ashraf semakin menyesakkan perasaan. Ketahuilah olehmu Ashraf..kepulanganku ke kampung akan membuang semua rasa sayang di hati ini kepadamu…

” Ada beberapa artikel yang perlu saya siapkan..saya pergi dulu Ashraf..selamat tinggal..”

Airmatanya seakan mahu menitik. Ashraf hanya tersenyum mamandangnya.

” Tak perlu ucapkan selamat tinggal…Insya-allah, kita akan jumpa lagi. Hati-hati..”

‘hati-hati’…ungkapan itu selalu dititipkan buatnya dalam nota atau messege..dia tidak tahu apa perasaan Ashraf terhadapnya tetapi dia amat faham tentang perasaanya sendiri..

Sesungguhnya , dia menyintai lelaki itu. Lelaki itu yang selalu dia doakan dalam solatnya. Lelaki itu yang selalu dia mimpikan selepas solat istikarah…Ya Allah..tidak cukup kuatkah doanya selama ini? Terlalu kerdilkah aku untuk berdampingan dengan insan sebaik Ashraf? Akukah insan yang tidak pandai bersyukur dengan takdirmu?


****************************

Dia menyarungkan jubah putih ke tubuhnya. Cantik jubah ini..kata ibu, jubah ini pemberian Muslim, bakal tunangnya itu mahu dia berpakaian seperti ini selepas mereka dinikahkan. Dia menangis keharuan..sesungguhnya Allah telah menetapkan yang terbaik buatnya..betul kata Izzati, Muslim seorang yang soleh dan baik…jika tidak, pemuda tersebut tidak akan mengambil keputusan untuk melamarnya sebelum mengenalnya. Izzati, terima kasih kerana sentiasa mendoakan kebahagiaanku….semoga dirimu jua akan dipertemukan dengan insan yang dapat membahagiankanmu…Insya-allah..


Bukankah itu doanya?Agar dipermudahkan jodoh dengan seseorang yang dapat membimbingnya menemui jalan ke syurga akhirat….syurga dunia ini hanyalah pinjaman sementara, dan dia?Antara insan yang selalu leka dan taksub dengan keindahan dunia. Aku perlukan perubahan..aku perlukan bimbingan..untuk kutemui jalan pulang ke pangkuanmu Ya Allah…

Brep…brep…

Talefon yang berada di atas meja tulisnya bergetar. Isyarat ada messege masuk.Dia membuka perlahan..

Ashraf?

Jantungnya berdengup kencang…
‘ selamat bertunang..semoga bahagia untuk memulakan episod kehidupan yang baru..terima kasih’

Terima kasih? Untukapa?


Macammana Ahsraf tahu aku akan bertunang hari ni?


*******************************

Cincin sudah disarung pada jari manisnya. Pipinya dikucup lembut dan tubuhnya dirangkul erat oleh bakal ibu mertuanya. Dia terasa damai, dipandangnya wajah ibu dan abah yang sejak dari tadi asyik tersenyum. Aku sudah membahagiakan kedua wajah itu…saat melihat cahaya bahagia di wajah ibu dan abah, dia terasa seisi alam ini akanmenjadi miliknya. Tiba-tiba pandangan terhenti pada satu wajah. Ashraf?

Apa yang dia buat di tengah-tengah rumah aku? Pulak tu pada hari pertunangan aku dan Muslim…

” Abah mahu Muslim membacakan doa untuk keberkatan majlis ni”

Suara abah menghentikan segala macam pertanyaan di kepalanya. Dia menjadi bertambah kaget saat Ashraf mengangkat kedua tanganya untuk membacakan doa.

Ya allah..itu pemuda kesayanganya…

Saat doa selesai dibaca, Ashraf bergerak kearahnya..dia mencium pipi bakal ibu mertuanya yang juga ibu Ashraf dengan perlahan. Selepas itu, dia bergerak menghampiri abah..diciumnya tangan abah lembut.

” Hari ini, seperti yang saya janjikan, untuk tetamu semua, bakal menantu saya..Ashraf Muslim..akan menyampaikan ceramah untuk kita. Saya mengharapkan semua tetamu dapat mengambil  sedikit sebanyak ilmu daripada apa yang disampaikan nanti..”


Serentak dengan itu..airmatanya jatuh berderai…indahnya kurniaanmu tuhan!


**************************

Dia senyum bahagia melihat segala persiapan yang dibuat oleh seluruh kaum keluarganya. Di tanganya digemgam erat talefon sejak dari pagi tadi. Hatinya dipagut rasa berdebar dan gembira. Segalanya bercampur menjadi satu. Hatinya juga gundah..mampukah dipikul tanggungjawab yang agak berat sebagai isteri? Setahun menjadi tunanganAshraf, sememangnya dia amat menantikan saat mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah. Siapa yang tidak gembira? Memiliki seorang lelaki yang sekian lama dia nantikan..lelaki yang seringkali mengamit rasa rindu dan perasaan yang dia sendiri sukar untuk mentafsirkanya.


” Kak Humaira…Abang Ashraf call…”


Terdengar laungan daripada Amina. Adik sepupunya yang sedang sibuk mengubah hantaran untuk perkahwinanya. Dia bergerak perlahan menuju kearah meja kecil yang berada disatu sudut yang agak tersorok di penjuru rumah.

” cepatlah akak..Abang Ashraf dah lama tunggu..”


Amina mengeyitkan mata, mahu mengusiknya. Dia hanya tersenyum.

” Assalamualaikum…”

” Waalaikumussalamwahai bidadari hati…”

Dia tersenyum. Senang mendengar ungkapan yang keluar daripada mulut bakal suaminya itu.


” Humaira tengah buatapa?”

” Tolong tengok orang buat kerja…”


Dia berterus terang.Bukan tidak mahu tolong tetapi ramai yang menegahnya untuk berbuat demikian.Kata mereka, bakal pengantin harus merehatkan diri…ada-ada sahaja.

” Macam letih je tugas Humaira tu…”

Dia dan Ashraf sama-sama tergelak. Begitulah Ashraf, lansung tidak sama dengan tingkahlaku sewaktu dia kenal pemuda tersebut di kampus. Ashraf..seorang yang agak kelakar dan suka mengusiknya..kadang-kadang dia terasa mahu menangis kerana diusik keterlaluan.

” Humaira…”

Dia terasa pelik. Agak perlahan namanya dipanggil Ashraf..

” walauapapun yang berlaku Ashraf nak Humaira terus berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik daripada semalam. Ashraf mahu Humaira menjadi bidadari Ashraf..bukan hanya di dunia tapi akhirat juga..”


Hatinya tersentuh dengan ungkapan yang Ashraf berikan. Begitu tinggikah rasa sayang Ashraf padanya?


” sebenarnya, Ashraf sudah tahu yang kita telah dijodohkan sejak kecil lagi. Untuk itu, Ashraf sanggup menyambung master di Universiti yang sama dengan Humaira..Ashraf mahu dekat dengan Humaira walaupun Ashraf tahu Ashraf tidak boleh melampaui batas. Hanya tuhan yang tahu perasaan Ashraf bila Ashraf hanya mampu memandang Humaira daripada jauh…Humaira, cinta Ashraf untuk Humaira adalah kerana Allah..”


Demi tuhan..dia terkejut mendengar apa yang diluahkan oleh Ashraf. Kenapa ibu dan abah tidak pernah memberitahunya tentang perkara tersebut? Andailah Ashraf tahu..aku jua telah lama menyimpan rasa sayang padanya sejak pertama kali dia mendengar pemuda tersebut melaungkan azan subuh di hari pertama dia memulakan kuliah pada semester pertama….

” Terima kasih Humaira..kerana menerima Ashraf dan menerima apa yang telah ditetapkan oleh keluarga..”

Terdengar ada esak pada akhir kata-kata tersebut. Humaira tergaman. Ashraf menangis?

” Ashraf..kenapa ni? Humaira terima Ashraf juga kerana Allah..dan, demi Allah..Humaira sayang pada Ashraf…”


Klik! Talian telah dimatikan. Dia kebingungan. Akukah yang salah?
*************************

Perlahan dia menyiram air mawar di kuburan Ashraf..tenanglah dikau di alam sana sayang…disapunya perlahan air mata yang mengalir di pipi. Masih terbayang di mata saat wajah itu memberikan senyuman ikhlas…aku akan merindui laungan azan dan ceramah yang kau sampaikan…

Ashraf..terima kasih..walaupun, impian kita untuk menjadi suami isteri tidak kesampaian…tetapi aku tetap bersyukur..sebab aku tahu aku pernah menjadi pilihan hatimu untuk dijadikan permaisuri…


Rasa cinta dan sayang ini akan aku simpan…semoga impian kita akan kesampaian…menjadi permaisuri hatimu di alam sana….

Sudah seminggu Ashraf pergi dan setiap hari dia akan ke sini..untuk mengubat kerinduan yang bertandang di hatinya. Ashraf ditikam saat mahu menyelamatkan seorang makcik yang diragut. Ashraf menghembuskan nafasnya di saat jarinya dipakaikan  inai..lagi empat belas jam mereka akan dinikahkan!

Ashraf..Humaira balik dulu ya..Insya-Allah..esok Humaira datang lagi ke sini. Humaira sayangkan Ashraf…tetapi Humaira tahu, Allah lebih sayangkan Ashraf…airmata yang mengalir disapu perlahan. Ashraf..kita ada pertemuan tetapi jodoh kita tidak kesampaian…

Dia bergerak perlahan meninggalkan insan kesayanganya..biarlah kau bersemadi dengan tenang…dia mendakap erat surah Yassin di dadanya..dipandangnya langit yang membiru..
Kuatkan semangatku Ya Allah!

Gang…! Sebuah kereta dari arah yang bertentangan tetiba melanggarnya, dia terpelanting ketengah-tengah jalan raya….

Pandangan Humaira tiba-tiba kelam…..perlahan-lahan matanya layu dan tertutup rapat…
**********************

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.