Home Novelet Komedi/Romantik Komedi MADU FIRST CLASS
MADU FIRST CLASS
Yin Areesa
5/2/2018 16:41:08
13,420
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 3

Diamtak diam sudah sebulan Kak Umi meninggalkan kami semua. Rasa macam baru sekejapaje aku menjadi saksi Kak Umi menghembuskan nafasnya yang terakhir. Segalaamanat yang disampaikan kepada aku masih lagi terngiang-ngiang. Berat sangatapa yang ditinggalkan untuk aku sempurnakan.

            Untuk menjaga Datuk Haris, masalahbesar bagi aku!

            Dia lelaki yang sempurna di matasesiapa sahaja. Memiliki pesona sebagai seorang lelaki yang mampu membuatkanhati mana-mana wanita bergetar dengan hanya sekali kerlipan mata. Termasuklahaku? Ahaks. Mana ada. Setakat ni aku setakat acah-acah puji aje. Nak caripahala lebih. Pesan Kak Umi, kena rajin puji suami. Ada pahala di situ.

            Dia lelaki yang telah kehilanganseorang isteri.

            Luaran mungkin dia kelihatan tabah.Tapi, jauh di dasar hati aku tahu, dia sangat menderita dan terlalu merinduiarwah Kak Umi. Sesekali dia tertangkap juga dengan aku, mengenangkan kenanganbersama arwah sampai mengalir air mata. Namun, cepat sahaja dia kesat dan buatseolah-olah aku tidak wujud.

            Macam semalam, sempat aku menyisipmasuk ke dalam bilik Datuk Haris. Kata Kak Aminah, suara Datuk Haris sedikitserak. Kemudian dia terbatuk-batuk sedikit. Aku ni buat-buat juga kepohbertanya tentang kesihatan dia. Tapi dia, memang begitulah.

            Nak tak nak aje layan aku.

            Jadi, malam aje aku curi masuk kebilik dia. Sekadar mahu memastikan tahap kesihatan Datuk Haris. Sungguh, kalaujadi apa-apa dekat dia, aku akan rasa bersalah yang bukan sedikit pada arwahKak Umi. Okey, masa aku masuk ke dalam bilik langkah kaki aku terus terhentibetul-betul di depan katil. Nampak Datuk Haris sedang terlena denganberselimutkan kain batik yang dipakai arwah kak Umi pada hari akhir hidupnya.

            Kain batik itu aku yang minta KakAminah simpan elok-elok dalam almari pakaian. Pesan Kak Umi, simpanlah kainbatiknya untuk dijadikan ubat guna-guna, katanya sambil tersenyum tawar.Rupanya betullah seperti kata Kak Umi, itulah ubat guna-guna untuk suaminyayang sedang kesepian itu.

            Lama aku telek wajah Datuk Haris.Sedikit kumis dan jambang nipis mula tumbuh. Dulu, Kak Umi memang anti dengansegala jambang. Jadi, kemas aje wajah lelaki ini. Sekarang? Hmm…

            Aku mendekatinya. Kemudian akusentuh dahinya dengan telapak tangan. Panas!

            Sempat aku jenguk ke meja kecil. Adasegelas air putih dengan ubat Panadol yang tidak dimakan. Degilnya ya ampun.Padahal makan Panadol aje kut. Itupun culas.

            Perlahan aku rebahkan tubuh.Mengadap Datuk Haris. Masih berkira-kira mahu mengejutkan dia atau tidak. Tapi,kalau tak kejut dibuatnya suhu naik sampai tinggi, aku juga yang susah. Jadi?Apa pilihan yang aku ada. Semua pilihan yang menjanjikan risiko kena makidengan lelaki ini.

            Bahunya aku goyang perlahan. Sekalisahaja, mata Datuk Haris sudah membuntang bila melihat wajah aku. Terkejutsangat pulak tu. Aku ni ada rupa hantukah? Hello, ini klon Janna Nick tau.Hesy…

            Terus sahaja dia betulkan posisitubuh dengan duduk bersila. Muka tu jangan tanyalah. Ketat seketatnya.

            “Buat apa kat sini?”

            Aku Tarik senyum nakal, “Tumpang tidurboleh?”

            Lagilah bulat mata lelaki ini.Luculah Datuk, gaya nak makan orang. Berani ke nak makan saya?

            “You demam. Tu ubat kenapa takmakan?” Aku menanya. Terdengar keluhan terlepas dari bibirnya. Kemudian diameraup muka dengan rambut yang sedikit kusut tu.

            “I bawa air suam. Makan ubat.”

            “Pergi tidur. Aku…”

            Eh eh, melawan pulak ya.

            Terus aku jatuhkan tubuh ke ataskatil, tepatnya betul-betul di sebelah Datuk Haris. Sikit lagi, aku bolehterduduk atas peha dia. Mau dia tolak aku jatuh terlentang kalau itu yang jadi,kan? Ngee…

            Dia terkejut dan terus mengesotsedikit. “You nak makan ubat atau you nak I tolong you bagi kebah. I okey aje.I pakai lingerie hitam tu. You mesti suka, kan?” Siap dengan muka nakalmenggoda lagi aku buat. Geram sangat. Payah nak faham betul. Orang suruh makanubat untuk kebaikan diri sendiri pun tak nak.

            “Kau jangan nak…”

            Aku mendekat. “Nak apa? I bukan nakgoda you, I Cuma nak tolong kebahkan demam you aje.”

            Punyalah aku mengesot kea rah dia,dia mengesot ke kepala katil. Sampai dia akhirnya tak boleh nak mengesot lagi.Aku hanya mampu tersenyum simpul sahaja sambil menahan ketawa sakan dalamperut. Aduh, kejang perut aku tau dengan perangai laki aku yang sorang ni.

            “Nak ubat putih tu atau nak ubatdepan mata you.” Aku buat tawar menawar lagi.

            Dia mendengus marah. Ada aku kisah?Ada aku takut?

            Kak Umi dah latih tubi aku tau.Cara-cara menjadi isteri bukan pilihan Datuk Haris!

            Terus sahaja dia mencapai ubatPanadol dan masukkan ke dalam mulut. Air dalam gelak diteguk sampai separuh.Aku dah nak ketawa sungguh-sungguh. Macam perangai budak-budak.

            “Good boy. I tak sangka you tolakpilihan ubat demam… “ Aku tuding jari ke tubuh sendiri. Kemudian baru sambungayat, “… yang bagus ni. Dah, tidurlah. I tak kacau you dah.” Dulang berisigelas dan ubat yang masih ada aku capai kemudian aku bangun berdiri. PandangDatuk Haris yang masih lagi memegun matanya kea rah aku. Muka marah!

            “Ambillah wuduk dulu. Mungkin wudukyou terbatal tadi bila I sentuh you.” Amalan Datuk Haris yang Kak Umi selalubagitau aku, dia kalau tidur mesti dalam keadaan berwuduk. Aku? Selalu sangatculas. Pantang Nampak katil dengan tilam, terus terjun tiruk! Buruk betulperangai. Bini siapalah ni, kan?

            Begitulah kisahnya malam tadi. Penuhdengan drama betul!

            Pagi ni, Datuk Haris memanggil akuke Bilik Bacaan. Dup dap juga dada aku. Memanglah ada rasa kurang best yangbertamu. Tapi, yang sebenarnya sepanjang aku jadi isteri Datuk Haris, tak pernahpunada rasa yang best dekat hati ini. Dibuatnya aku serupa musuh.

            Namapun, kahwin paksakan?

            “Rumah ini hibah daripada isteri akuuntuk kau. Sekarang aku nak kau jual rumah ini dekat aku.” Senang betul diacakap. Senafas aje. Datuk Haris duduk bersilang kaki. Gaya orang senang hati.Cerita macam aku ni akan tunduk dengan apa yang dia cakap ya.

            Silap orang ni Datuk!

            Aku membetulkan duduk. Kaki kanandibawa letak atas lutut kaki kiri. Gaya duduk seorang perempuan yang penuhdengan keyakinan. Gitu. Aku memandang tepat wajah Datuk Haris. Betullah kataKak Umi, perkara ini memang akan terjadi.

            Bibir aku senget dengan senyum.“Serius you nak beli rumah ini? You mampu ke nak bayar?”

            Mencerlung mata Datuk Haris. Nakmarah akulah tu. Yelah, selama ini dapat bini jenis gred A, aku ni agaknyamesti dia cakap Gred C++ kut. Kuat melawan betul Aiisya Nadine ni. Eh, aku buatikut hak aku sebagai seorang isteri yang takkan membenarkan suami menindas.Faham? Bukan derhaka namanya ni.

            “Cakap saja.”

            Sombongnya laki aku ni!

            “I akan jual rumah ini dekat you.Harganya adalah… you.”

            Matanya mengecil. Kemudian, diamenggumam entah apa. Tersandar dia ke sofa empuk.

            “Kau jangan nak main-main. Just bagitau berapa nilainya. Rumah ini rumah aku dengan isteri aku.” Dia dengan nadakerasnya berpisah tiada. Sumpah kang jadi sopan santun baru padan muka.

            “I tak pernah bergurau. You yangtanyakan I harganya. So… itulah harganya. You.”

            Membulat lagi mata cantik DatukHaris. Ya, lelaki ini memiliki mata yang sangat cantic. Warna hazel!

            “I Cuma nak jual pada you denganharga… diri you. Yang lain, jangan nak offer.”

            Datuk Haris meraup kasar wajahnya.Kasihan tu memanglah aku kasihan tapi aku juga kena jaga hak aku sebagaiseorang isteri. Aku nak suami aku kembali waras. Dia ada amanah untuk dijagaiaitu aku. Sama seperti aku yang ada amanah untuk dijaga iaitu dia.

            “Kau gila!”

            “Ini belum cukup gila lagi.” Lajusahaja aku membidas kata-kata dia. Terdiam terus.

            Ingat aku suka-suka buat begitu.Sebenarnya aku sudah tahu ke mana hala tuju hidup aku yang dirancang lelaki inisebenarnya. Dia mahu berpisah dengan aku. Kemudian dia meneruskan hidup sendiridi rumah ini. Segala asset dan saham syarikat sudah ad aura-ura mahu dijualkepada adik iparnya. Datuk Haris akan menjadi lelaki yang besar kemungkinangila. Aku tahu sampai sekarang dia masih belum mampu untuk menerima lagikehilangan Kak Umi.

            Eh, aku takkan biarkan semua ituberlaku. Mana boleh!

            Aku tidak kejar cinta dia. Aku tahucintanya hanya pada Kak Umi dan aku memang tak kisah langsung. Cintalah sampaihujung nyawa sekalipun. Itu hak dia. Dan aku takkan sesekali mencampurinya.

            Aku Cuma akan memastikan Datuk Hariskembali menjalani hidup yang normal.

            Hilang isteri bukan bermaknahidupnya juga harus berakhir dengan tragis!

            Dia perlu juga berbahagia. Manatahu, ada lagi kebahagiaan bersama wanita lain di masa hadapan. It’s okey. Akuboleh terima. Cumanya sekarang… Datuk Haris perlu kembali menjadi lelaki yangbetul-betul lelaki untuk menerima kenyataan ini.

            “Pilihan di tangan you. Jangan buatpilihan yang salah.”

            Aku meninggalkan Datuk Haris denganhati yang sedikit lapang. Strategi mewaraskan Datuk Haris memerlukan sedikitkekebalan hati. Siapa sangka, aku adalah insan terpilih itu.

            Dear Kak Umi,

            Doakan Aii kuat sabar tau!

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Yin Areesa