Kegigihan,ketekunan seorang remaja
yang ingin mengejar cita-citanya sebagai seorang arkitek yang professional.
Pelbagai liku-liku yang ditempohi sepanjang kehidupan, bermula dari alam
persekolahan sekolah rendah sehinggalah ke pendidikan tinggi. Namun cabaran dan
dugaan yang dilaluai, tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjaya.
Disebalik mengejar cita-cita beliau, pelbagai konflik keluarga yang
timbul. Konfilik yang melanda, telah
menyebabkan beliau ingin mengambil seseorang sebagai keluarga angkat yang boleh memberinya semangat, menumpang kasih dan sayang..Hati
dan perasaan mulai berputik.Pelbagai pengorbanan yang dilakukan oleh beliau
demi seseorang yang di anggap sebahagian dalam hidupnya. Konfilik keluarga yang
dialami hanyalah salah faham diantara
keluarganya dengan beliau.
Namun, ada segelintir individu yang tidak menyukainya. Pelbagai tomahan,
cacian yang dilemparkan di laman sosial
sehingga beliau mengalami tekanan yang agak melampau. Beliau mengalami tekanan
sehingga menyebabkan beliau terpaksa dihantar ke wad psiktiri (Sakit Jiwa).
Pelbagai perseptif masyarakat terhadap beliau. Tetapi, ada insan tersayang yang
memberi semangat kepada beliau, agar beliau terus bangkit daripada kegagalan.
Beliau tidak mengambil alasan daripada apa yang berlaku ini, untuk terus
berjaya. Beliau terus memandangkan ke hadapan, demi seseorang yang disayangi
dan mengejar cita-citanya. Berkat kesabaran, usaha yang dilaluai membuahkan
hasil,sehinggalah dia bergelar seorang arkitek yang professional di salah
sebuah syarikat yang terkemuka di dunia.