Home Novel Seram/Misteri LINTAH
LINTAH
Illya Abdullah
21/1/2017 21:20:31
40,240
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
BAB 5

JULIA menelefonnya? Mona tidak perasan. Monaberhenti di bahu jalan untuk memeriksa telefon bimbitnya. Dia menyemak mesejyang Julia tinggalkan dalam telefon. Mona segera menghubungi Julia semula.Tidak berjawab. Panggilannya hanya masuk ke peti suara. Kebimbangan jelas padariak wajah Mona.

            Monatiada jalan lain. Rasa tidak sedap hatinya semakin dirasai. Masakan dia akanmembiarkan Julia sendirian. Mona melekapkan semula telefon bimbitnyapada corong telinga.  Dia segera menghubungi rakan sekerjanya.

            “HeloFariz, aku tak masuk kerja hari ni.”

            “Apahal? Nanti Abang Bob bising pulak. Orang tak cukup ni?”     

“Kawan serumah akusakit. Aku nak hantar dia ke klinik. Nanti aku sms Abang Bob.”

“Okay-okaylah.” suaralelaki di dalam talian itu seperti tidak berpuas hati.

“Terima kasih.”

Panggilan tamat. Sebaikmeninggalkan pesanan ringkas pada lelaki bernama Abang Bob itu, Mona segeraberpatah balik. Dia tidak peduli jika gajinya dipotong. Keadaan Julia yangperlu diutamakan. Takut apa-apa berlaku pada teman serumahnya itu. Dia bukansuka-suka mahu ponteng bekerja.

Mona memandu semulakereta menuju ke rumah sewa semula. Hati berdoa moga tiada apa-apa yang burukberlaku pada Julia.

           

 

PINTU rumah sewa itu ditolak. Tidakberkunci. Mona mengertap bibir melangkah masuk. Julia Tidak kelihatan di ruangtamu. Mungkin Julia masih berada di bilik tidur.

            “Julia!Julia!” Mona memekik nama Julia. Dia mengetuk pintu bilik Julia bertalu-talu.

            Tiadasahutan.

            “Julia!”Mona memulas tombol pintu bilik. Tiada Julia di dalam.

            Kemana pula Julia pergi? Mona menjadi hairan. Suara erangan di bilik airmengejutkan Mona. Bergegas dia mengatur langkah.

            “Julia!”Pintu bilik air di tolak keras.

            MataMona terbuntang luas melihat Julia yang kaku di dalam tab mandi berlumuran darahdengan mata terbelalak. Mulut Julia yang terganga luas itu seperti ada sesuatu‘benda’ yang meliuk-liuk keluar.

            Monamenekup mulut. Dia berlari keluar dari rumah dengan tubuh yang mengeletar. Apayang dilihat depan matanya mengejutkan sekali.

            TanganMona menggigil menekan nombor telefon Sephia. Mona melekapkan telefon bimbitpada telinga.

            “Assalamualaikum,helo….”

            “Phia…aku takut. Da... datang sini cepat!”

            “Kaukenapa? Apa dah berlaku?” Berlapis-lapis dahi Sephia mendengar suara Mona,teman serumah Julia.

            “Ju...Julia…”

            “Kenapadengan Julia?”

            “Lin…lintah…”

            “Lintah?”Apa kena mengena lintah dengan Julia? Sephia mula berasa tidak sedap hati bilaMona sebut perkataan lintah itu. “Mona… cuba cakap satu-persatu. Aku takfaham.” Sephia menyambung kata.

            “Ju…Julia… Julia dah mati. Mulut dia keluar lintah. Ba... banyak!” suara Monamenggeletar.

            “Akudatang sekarang!”

            Sephiasegera mengemaskan buku masuk ke dalam beg.

            “KenapaPhia?” Soal Zila.

            “Akunak ke rumah Julia. Korang ikut aku.”

            Sephiaturut mengalih pandangan pada Zarin yang masih menelaah buku di dada meja.Zarin seakan tidak mahu mengambil tahu.

            “Zarin...”

            “Korang pergilah.”

            “Monacall aku. Dia cakap Julia dah mati.”

            Zarinmengangkat kepala. Tersentak.

 

 

ZARIN terpacak di muka pintu bilik airitu. Sephia hampir termuntah melihatnya. Lintah yang berada atas lantai itu masih bergerak-gerak. Bau yang kurangmenyenangkan turut menusuk ke dalam lubang hidung mereka. Bau yang amat busukbercampur dengan bau hanyir darah.

            Apasudah jadi? Zila memapah tubuh longlai Sephia. Lemah segala anggota tubuhbadannya melihat keadaan Julia yang tragis. Jika dia tidak kuat semangatmungkin dia akan terus jatuh pengsan. Dia tidak sanggup lagi melihat jasadJulia.

            Zarinbertindak pantas menghubungi pihak polis. Sekelip mata kawasan rumah itudipenuhi dengan jiran-jiran dan pihak polis.

            Salahseorang anggota polis mengambil keterangan dari Mona. Menangis-nangis Monabercerita. Tidak di duga kematian yang menimpa Julia.

            Zarindiam tidak berkutik. Dia tidaklah rapat sangat dengan Julia tetapi apa berlakupada Julia itu cukup kejam.

            Mula-mulaHani, kemudian Julia. Selepas ini giliran siapa pula? Sephia dan Zila salingberpandangan. Perkara ini sudah menjadi serius. Rasa takut mula mencengkam hatimasing-masing. Otak mula mencerna. Hati siapa yang mereka pernah sakiti?

            “Korang ada buat sesiapa sakit hati?”Zarin yang lama membisu itu bersuara. Zarin seakan dapat membaca apa yangbermain di fikiran mereka.

            Sephiadan Zila menggeleng.

            “Cubaingat betul-betul. Korang tak rasapelik ke?” Zarin tajam merenung kedua-dua

teman sekampusnya itu.

            “Akutahu benda ni bukan perkara main-main. Aku tak tahulah kalau ada orang yangsakit hati dengan kami.” Sephia menjawab.

            “Baikkorang cari pelindung sebelum ‘benda’ ni terkena pada korang.”

            Betuljuga apa yang dikatakan oleh Zarin itu.

            “Tapikita bukannya tahu bila ‘dia’ nak menyerang. Sihir atau santau ni permulaannyatak boleh dikesan. Tahu-tahu kita dah kena.” desis Sephia.

            Zarinmemaut hujung dagu.

           

 

JASAD Julia sudah litupi dengan kainputih. Bedah siasat telah dilakukan. Punca kematian kerana makhluk yang dipanggillintah. Keadaan yang berbeza dengan kematian sebelum ini tetapi disebabkan olehmakhluk yang sama. Dia sendiri rasa mual melihat makhluk itu meliuk-liuk didalam bekas aluminium itu. Berpuluh-puluh ekor lintah dikeluarkan dalam tubuhmangsa.

            “Inikerja orang-orang yang amalkan ilmu hitam. Kerja orang syirik. Sebahagianlintah tu berada dalam tubuh mangsa.” suara lelaki di belakangnya.

            “Orang-orangyang buar kerja terkutuk begini selalunya kerana dendam atau sakit hati.” Diamenambah.

            “Keberangkalianitu hampir 100% .” Lelaki itu sudah berdiri di sisinya.

            Diamelepaskan keluhan berat.

            “Kalauia melibatkan dendam dan sakit hati pembunuh ada di kalangan pelajar-pelajarkolej berkenaan. Tapi mungkin juga orang luar yang bukan pelajar di situ. Siapatahu?”

            “Kaukena berkerja keras kali ini.” Bahunya ditepuk perlahan.

            Diasudah menerima fail kes tersebut.

            “Aaaa…tak dapat aku nak ber ‘holiday’sekejap.” Dia mengurut-gurut pangkal lehernya.

Previous: BAB 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.