Home Novel Cinta Cinta Bertaut Di Hujung Rindu
Bab 47

“Nanti abang kat Bangkok tu jangan merayap tak tentu arah.Jangan intai gadis Thai yang cantik-cantik tu,”kata Syafika sambil menyusun pakaian Haikal ke dalam beg yang akan dibawanya ke Bangkok.

Haikal mendapat tahu dia diarahkan bertugas di Bangkok pada saat-saat akhir.Ada projek yang perlu diselianya.Walaupun berat hati untuk meninggalkan Syafika dan Aqil namun demi tugas dia terpaksa meninggalkan dua insan yang amat dia sayangi.

“Nanti abang kat sana mesti Aqil rindukan papanya.Mesti sayang rindukan abang,” kata Syafika sambil mendakap Haikal dengan kemas.

“Abang pergi bukannya lama.Seminggu aja,” jawab Haikal sambil bergerak ke arah cermin, melihat wajahnya di depan cermin. Aqil yang sedang duduk di sisi Haikal memandang ke arah Haikal seolah-olah meminta untuk dIdakap sepertimana mamanya mendakap papanya.

Haikal mendokong Aqil dan menggesel-gesel  pipi Aqil dengan pipinya.Aqil ketawa terkekeh –kekeh , tanda gembira diperlakukan begitu.

“Papa nak gi kerja jauh.Aqil jaga mama ye,” kata Haikal sambil mencium pipi anak kesayangannya bertubi-tubi.

“Abang, nanti sampai sana jangan lupa selalu hubungi sayang dan Aqil ye,” kata Syafika sambil membetulkan ikatan talileher Haikal.

“Mestilah tak lupa.Sayang ni risau berlebih-lebih sangatlah.Kan abang dah cakap tadi abang pergi seminggu aja.Sayang janganlah sedih sangat,” kata Haikal cuba menenangkan Syafika.

Selama hampir lima tahun mendirikan rumahtangga teramat jarang Haikal tidak bermalam di rumah.Kalau ada kerja di luar kawasan pun dia cuba sedaya upaya untuk balik bermalam di rumah.Kali ini dia meninggalkan Syafika agak lama.

Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang Haikal yang memandu tidak banyak bercakap.Dia hanya berpesan kepada Syafika agar menjaga Aqil dengan baik.

Sesekali Haikal menjeling ke arah isteri kesayangannya.Terdetik juga di hatinya dia lelaki yang amat-amat beruntung mempunyai isteri secantik Syafika.

“Sayang tu bukan main lagi pesan pada abang.Jangan merayaplah. Jangan tengok perempuan cantiklah.Abang pun nak pesan pada sayang, semasa ketiadaan abang sayang jangan pulak cari lelaki lain,” kata Haikal.

“Ish abang ni. Jangan nak merepek ya.Sayang ni bukan anak dara.Dah tua.Dah ada anak lagi.Tak ada lelaki yang nakkan sayang lagilah,”kata Syafika sambil tangannya erat mengenggam tangan kiri Haikal.Tangan kanan Haikal kukuh mengenggam stereng kereta.

“Manalah tahu kan.Orang zaman sekarang ni lebih berminat dengan isteri orang,” kata Haikal mengusik.

“Dah, dah. Jangan cerita pasal benda macam tu.Sayang tak nak abang fikir yang bukan-bukan tentang sayang.Sayang kat sini pandailah sayang jaga diri sayang dan Aqil,” kata Syafika.

Aqil duduk di pangkuan Yanti,pembantu rumah yang baru  seminggu bekerja dengan mereka.Memang sifat semulajadi Aqil yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja.Walaupun sekarang mereka telah mempunyai pembantu rumah tapi Puan Salmah ibu Haikal masih mendesak supaya Aqil dan Yanti dihantar ke rumahnya pada setiap pagi sebelum Syafika dan Haikal pergi kerja.Kejadian kanak-kanak  didera pembantu rumah menyebabkan Salmah tidak senang hati membiarkan Aqil dibawah jagaan pembantu rumah sahaja.Tambahan pula Aqil telah lama di bawah jagaannya dan dia tentu merasa kesunyian tanpa Aqil  di rumahnya.

Sebaik sahaja sampai ke balai berlepas antarabangsa Haikal sekali lagi mendakap Syafika dan mencium kedua-dua pipi Syafika.Dia kemudiannya membawa Aqil ke dakapannya dan mencium kedua-dua pipi anak sulunnya.

Aqil yang agak kehairanan bertanya dengan pelat ,” Papa nak pergi mana?” .

“Papa nak pergi kerja. Nanti balik kerja papa belikan Aqil permainan ye,” kata Haikal sambil mengusap-ngusap rambut Aqil.

Aqil cuma mengangguk-anggukan kepalanya sahaja.

Sebaik sahaja melepasi pemeriksaan imigresen Haikal sekali lagi berpaling kepada Syafika, Aqil dan Yanti sambil melambai-lambaikan tangannya.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

‘Fika tengah buat apa?’ mesej wassapp dari Amri masuk ke telefon Syafika.

‘Saja, tengah berbaring nak lelapkan mata’ jawab Syafika.

‘Tak rasa sunyi ke ditinggal suami?’ tanya Amri. Amri telah dimaklumkan lebih awal oleh Syafika yang Haikal akan bertugas di Bangkok selama seminggu.

‘Seminggu saja.Bukannya ditinggal seumur hidup,Hihi’ jawab Syafika.

‘Jangan cakap perkara yang kita tak ingin berlaku.Orang tua-tua kan selalu cakap, kata-kata kita adalah doa’ Balas Amri.

‘Dah tu awak tu orang muda ke?,”tanya Syafika.

“Taulah saya ni dah tua.Sebab tu awak pilih suami awak yang jauh lebih muda dari saya,” kata Amri.

‘Hihi, Janganlah terasa hati pula prof ku sayang,” jawab Syafika.

Di sebelahnya Aqil telah lama terlelap .Jam di dinding pun telah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.

“ Nak buat panggilan video boleh tak? ‘ Amri bertanya.

Betapa perubahan teknologi memudahkan lagi perhubungan.Kalau dulu ketika dia mula-mula mengenali Syafika  Amri dan Syafika berhubung melalui Yahoo messenger. Melalui kamera web.Sekarang dengan telefon tangan pun dah boleh membuat panggilan video.

“Mana boleh.Saya dah pakai baju tidur ni.Tengah seksi ni.Hihi,” jawab Syafika seakan menggoda Amri.Pada ketika itu ingatannya terhadap Haikal yang berada lebih 1400 kilometer darinya begitu jauh dari sudut hati Syafika.Sama jauh dengan jarak perjalanan Kuala Lumpur ke Bangkok.

“Yelah, orang dah tak sudi takkan saya nak paksa pulak,” balas Amri seakan merajuk.

Syafika membaca mesej Amri sambil tersenyum. Nampaknya Amri dari dulu sampai sekarang memang pandai memujuk.Patutlah dia terpikat pada masa itu.Tambahan pula dia masih muda dan cetek pengalaman berbanding Amri yang jauh lebih berusia darinya.

“Ok. Janji ye sekejap aja,” kataSyafika terasa lembut hati melihat Amri yang seolah-olah merajuk.

Sebaik sahaja melihat wajah Syafika di skrin telefonnya   Amri terpegun.Syafika tidak banyak berubah berbanding dengan Syafika yang dia pernah kenali  hampir 10 tahun yang lepas.

Walaupun baru minggu lepas Amri berjumpa dengan Syafika dan berhadapan dengannya tetapi wajah Syafika tanpa bertudung sememang nya meruntun jiwa lelaki Amri.Pada ketika itu Amri merasa cemburu terhadap Haikal.Haikal lelaki bertuah yang berjaya memiliki Syafika.

“Dah, jangan tenung lama-lama.Nanti cair skrin telefon tu,” kata Syafika sambil ketawa.

Syafika melihat Amri turut tersenyum mendengar gurauan Syafika.

“Boleh saya panggil awak sayang ?Macam dulu-dulu,” Amri bertanya kepada Syafika.

“Hmm.”Jawab Syafika ringkas

Syafika merenung wajah Amri di skrin telefonnya.Jika bersemuka Syafika amat malu bertentang mata.Semenjak dari dulu lagi dia memang tidak sanggup melihat ke dalam anak mata Amri.Tapi apabila melihat Amri melalui skrin telefon Syafika boleh melihat terus ke dalam anak mata Amri.

“Boleh saya panggil awak sayang juga? “ tanya Syafika.

Amri hanya tersenyum dan tidak menjawab.

Sejenak kemudian Syafika melihat seolah-olah mata Amri bermanik dengan air mata.Dia merasa kehairanan sebab setahunya Amri seorang lelaki yang tegas.Seorang lelaki yang amat sukar menitiskan air mata.

“Sayang menangis? “ Syafika bertanya.

Amri cuma mendiamkan diri sambil mengesat air matanya.

“Maaf kalau ada kata-kata saya yang buat Prof merasa sedih,” Syafika menukar panggilan dari sayang kepada Prof.Mungkin ada sesuatu yang membuatkan Amri merasa sedih.

“Saya menangis bukan sebab sayang tapi mungkin bila dah tua ini jiwa jadi lebih sensitif.Terus terang saya katakan kadang kala saya menyalahkan takdir yang mempertemukan kita berdua,”kata Amri.

“Terus terang saya katakan sebelum berjumpa Syafika saya adalah suami yang amat baik.Semua kawan-kawan isteri memuji saya. Semua orang kata akak seorang perempuan yang beruntung mendapat suami seperti saya.Bila saya kenal dengan Syafika saya bukan lagi lelaki yang baik.Saya tipu isteri.Saya berlakon di depan isteri dan anak-anak.Kesetiaan saya dah dicemari.Dan yang paling saya kesali saya telah mengubah Fika menjadi curang seperti saya.Saya tak boleh nak ampunkan diri saya sendiri terhadap dosa yang saya telah lakukan,” kata Amri lagi.Syafika tidak sanggup melihat wajah lelaki yang pernah dia sayangi sepenuh hati menjadi suram dan dia terus mematikan panggilan video.

Serentak itu juga dia mendail nombor Amri dan Amri pantas menjawab dengan deringan pertama.

“Sayang, janganlah cakap macam tu.Kita sama-sama bersalah.Abang bersalah, Fika juga bersalah.Kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan,” kata Syafika memujuk.

“Masih belum terlambat lagi untuk kita perbetulkan segala kesilapan kita.Syukur kepada Allah kerana memberikan peluang kepada kita untuk bertaubat” kata Syafika.

“Terus terang saya cakap pada Fika.Bukannya saya tak pernah cuba lupakan Fika tapi gagal.Bukannya saya tidak cuba jalinkan hubungan dengan perempuan lain tapi perasaanya tak sama .Dulu empat tahun kita terputus hubungan sebelum kawan Fika masukkan saya ke dalam wassapp kumpulan Fika.Tiap kali saya rindu saya akan baca semula mesej Syafika semasa kita bercinta dulu.Saya tengok gambar Fika. Saya ingatkan semula segala detik kita bersama.Kalau nak suruh saya ceritakan semula semuanya satu persatu pun saya boleh cerita pada Fika segala apa yang kita pernah lalui’ kata Amri panjang lebar.

Syafika sendiri pun mengalami perkara yang sama tetapi semenjak dia melahirkan Aqil ingatannya terhadap Amri kian pudar.Mungkin kesibukan kerja dan keletihan menjaga Aqil tidak memberikan kesempatan untuk Syafika memikirkan hal lain.

“Sayang, jom tidur,” kata Syafika.Syafika tidak ingin jiwanya menjadi tak keharuan mendengar rinthan dari Amri

“Jom,” jawab Amri ringkas.

Love you forever,” kata Amri kepada Syafika.

Love you too,” jawab Syafika dan terus menutup telefon.

Wassapp dari Haikal tidak berbalas.

Previous: Bab 46
Next: Bab 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.