Home Novel Cinta Jodoh Untukku
Jodoh Untukku
Nur Syazwani Ismail
18/7/2015 21:59:43
190,294
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6-7

JODOH UNTUKKU

BAB 6

Hari ini memang sangat memenatkan bagi Ain. Dia baru sahaja selesai sesi klinik untuk petang ini. Selepas ini dia perlu bergegas pergi ke lab kerana ada kerja yang perlu disiapkan. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 5 petang. Teringat akan kenduri tahlil di rumah ummi malam ini, Ain tahu dia perlu cepat-cepat menyiapkan kerja dia.

Sementara menyiapkan kerja di lab, Ain mengambil keputusan untuk menunaikan solat Asar di surau bersebelahan dahulu. Telefon bimbit yang dimatikan semasa dalam klinik tadi kembali di on kan. Berderau darah Ain bila melihat ada 3 miscall dari suaminya pada pukul 5 tadi. Terus di dail nombor suaminya. Takut kalau-kalau ada perkara penting yang hendak Fuadi bagitahu.

Where have you been, Ain?” Soalan pertama dari suaminya bila saja dia menjawab panggilan Ain. Kedengaran sedikit marah dari suara suaminya.

“Ain dekat lab. Ada kerja nak siapkan kejap.”

“Ain ingat kan pasal majlis malam ni? I’ve finished my work. Do you want to come along with me orAin nak pegi sendiri. I can wait kalau Ain nak ikut abang.”

“Oh. Kalau Ain pergi sendiri boleh? Sebab Ain ingat nak balik bilik dulu lepas ni.” Ain tidak selesa untuk terus pergi ke rumah mentua dia dalam keadaan melekit macam ni.

Are you sure? Tak takut sesat ke?” Sedikit runsing Fuadi sebab Ain memang tidak pernah lagi sampai ke rumah dia.

“InsyaAllah tak. Nanti abang bagi alamat rumah dekat Ain.” Ain rasa dia boleh agak area rumah Fuadi berdasarkan cerita dari ummi selama ini.

Okay. You better don’t be late. Solat maghrib berjemaah dekat rumah ummi! I’ll text you the address.”

Selesai sahaja menamatkan panggilan, Ain bergegas untuk menunaikan solat Asar.

Ain sampai di bilik tika jarum jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Keletihan yang begitu terasa membuatkan Ain mengambil keputusan untuk baring sekejap di atas katil. Sekadar untuk meregangkan badan yang terasa agak tegang kerana kepenatan. Ain berkira-kira untuk bertolak dari rumah dia pukul 7 petang. Perjalanan ke rumah ummi hanya lebih kurang 15 minit sahaja. Jadi, Ain yakin dia akan dapat sampai sebelum maghrib atau paling lambat pun ketika orang sudah bersiap-siap untuk solat magrib.

Ain tersedar dari lena. Tidak sangka yang dia boleh terbabas tidur. Ain pandang sekeliling. Suasana biliknya sangat sunyi dan suram, tambah lagi dengan lampu bilik yang masih tidak dibuka. Adah memang tak ada sekarang sebab dia mengikuti program khidmat masyarakat di Pahang.

Terus dilihat jam di handphone. Ya Allah sudah pukul 7.30 petang. Tambah terkejut Ain bila melihat ada miscall dari suaminya. Mesti Fuadi sudah mula risau atau mungkin sudah mula bengang.

Ain berkeputusan untuk hanya menghantar mesej pada suaminya. Rasa tidak sesuai pulak untuk callwaktu-waktu macam ni sebab takut suami dia tengah ready untuk solat.

“Salam, abang. Sorry sangat-sangat. Ain sampai lambat sikit. Ain solat dekat bilik dulu.”

Tidak tahu macam mana hendak menyusun ayat yang sesuai, hanya itu yang mampu Ain taip.

“Noted”. Terus sampai reply dari Fuadi. Ringkas. Memang Ain tak dapat nak agak apa reaksi suaminya sekarang ini.

Tidak mahu melengahkan masa, Ain terus bergegas ke bilik air untuk bersihkan diri.

Kalau mengikut alamat yang diberikan Fuadi, Ain yakin yang dia sudah jumpa rumah mentuanya. Rumah banglo di hadapannya ini kelihatan agak meriah, tambah lagi dengan terpacaknya 2 buah khemah di perkarangan rumah. Kelihatan satu pentas kecil di sudut kiri khemah. Tidak pasti pula untuk tujuan apa pentas itu di situ sementalah dia memang tidak tahu atur cara majlis malam ini.Nampaknya bukan majlis biasa-biasa yang ummi buat malam ini. Ain ingatkan hanya majlis ringkas, dengan jemputan pun hanya beberapa orang ahli masjid.

Menapak sahaja ke dalam rumah,kelihatan ramai tetamu sudah hadir yang kebanyakannya terdiri daripada budak-budak lelaki dalam lingkungan umur sekolah rendah. Semuanya memakai jubah putih. Mungkin diaorang jemputan dari rumah anak yatim. Ain canggung. Tidak tahu arah mana patut dia tuju.

“Eh, Kak Ain. Dah sampai ye.” Nasib baik tiba-tiba adik bongsu suaminya, Zara datang menegur. Ain pernah jumpa Zara semasa majlis akad nikah dia dulu.

“Jom lah Kak Ain. Ummi tengah tunggu Kak Ain. Dekat depan ni tempat tetamu lelaki. Tu abang dan ayah ada dekat sana. Tempat perempuan dekat belakang.” Zara mengarahkan tangannya ke tempat Fuadi dan ayahnya.

Tidak tertelan rasanya air liur Air bila terpandang arah yang ditunjukkan Zara. Fuadi sedang memandangnya tajam. Mungkin dari saat Ain mula menjejakkan kaki ke ruang itu, dia sudah menjadi tumpuan suaminya.

Nasib baik Zara menyelamatkan keadaan. Dia membawa Ain ke tempat tetamu perempuan, bersebelahan ummi.

“Hah, Zara. Sampai pun. Ummi dah risau tadi kalau-kalau Zara sesat. Ummi dah suruh Adi pergi ambil kamu, tapi dia cakap Ain datang sendiri.”

“Maaf ma. Ain tertidur tadi. Sedar-sedar dah magrib. Tu yang terus sembahyang dekat bilik tadi.”

“Tak apa. Ain dah selamat sampai pun ummi dah syukur sangat.Lagipun tak ada kerja sangat nak buat. Ummi amik catering je.” Terasa lega Ain mendengar bicara Ummi. Perbualan mereka terhenti bila ustaz sudah memulakan bacaan tahlil dan yaasin.

Ain terleka mendengar qasidah persembahan pelajar-pelajar dari rumah anak yatim. Selesai saja tahlil dan solat isyak berjemaah, tetamu dijemput ke bawah khemah untuk jamuan. Sambil-sambil itu anak-anak yatim ini berqasidah di atas pentas. Sebab itu rupanya kenapa ada pentas dekat sini. Selesai sahaja bersalam dengan saudara dan tetamu, Ain yang sememangnya penggemar qasidah terus menuju ke bawah khemah.

Suara salam dari belakang mengganggu konsentrasi Ain. Terasa tertahan nafas mendengar suara yang menegurnya. Ya Allah. Ain terlupa terus pada suaminya. Dia begitu bersemangat menyelinap ke bawah khemah tadi semata-mata untuk mendengar qasidah.

“Waalaikummussalam.” Perlahan suara Ain menjawab salam. Fuadi tarik kerusi didepan Ain untuk duduk.

So, you are here! Minat sangat dengan qasidah ye.”

“Er, abang cari Ain ke tadi?”

Why should I? Tak payah nak perasan. Dari tadi abang dah nampak Ain. Cuma malas nak tegur tadi sebab tengah layan kawan abang tadi.”

“Oh ye ke. Ain tak perasan pula abang ada kat situ tadi. Actually bukan abang je. Ain tak sempat nak pandang sape-sape pun. Mata ni terus fokus kat pentas sana.”

“I can see that. So…” Tergantung ayat Fuadi. Dia melemparkan tajam pada Ain sambil menaikkan kening beberapa kali.

“Er..So?” Ain tidak faham apa yang Fuadi nak sampaikan.

“Bagusnya isteri abang sorang ni kan. Dah buat salah bukan nak minta maaf. Boleh buat tak tahu je. I need your explaination! Kenapa datang lambat tadi? I’ve remind you kan. Datang before magrib. Can you give me at least one good reason for it?” Sedikit tegas suara Fuadi. Dia duduk bersandar di kerusi sambil meyilangkan tangan ke dada.

Tersentak Ain. Dia ingatkan Fuadi sudah tidak kisah pasal itu. Lagipun majlis tadi sudah berjalan dengan lancar. Kedatangan Ain yang agak lambat memang tidak bagi apa-apa effect pun untuk majlis tadi.

“Pasal tu….Sorry. Actually Ain terbabas tidur. Sedar– sedar dah 7.30. Tu yang Ain terus mesejabang cakap Ain sampai lambat.

“Ok. Accepted.” Fuadi menjatuhkan tangan dan diletakkan atas meja. Kelihatan lebih relax. Terukir senyuman di mukanya yang tadi hanya menunjukkan riak serius. Senang nya. Biar betul. Ain pulak rasa tidak percaya. Bukan main dia cuak nak bagi tahu hal sebenar.

At least abang tahu yang Ain bukan sengaja nak langgar arahan abang. Actually abang tak suka Ain drive malam-malam. That’s why I asked you to come before magribtadi.OK. Dah habis pun qasidah tu. Jom makan.”

Ain baru perasan yang pentas di hadapannya sudah kosong. Memang sangat kuat aura Fuadi. Sampaikan apa yang terjadi dekat sekeliling pun Ain tak perasan bila Fuadi datang dengan mood serius tadi.

“Eh, abang tak makan lagi ke? Saje tunggu Ain eh.” Berbunga hati Ain bila ingatkan yang Fuadi sanggup tunggu untuk makan sekali dengan dia.

“Yup, I’m waiting for you. Jom.” Fuadi bangun dahulu, diikuti oleh Ain. Mereka beriringan menuju ke meja hidangan. Fuadi tiba-tiba merapatkan mukanya ke telingan Ain.

Don’t be too happy. It just that I really do caredengan pandangan saudara kita. What would they think if they saw me eating alone?.” Fuadi pandang Ain sambil tersenyum sinis.

Bunga-bunga yang Ain rasakan baru sahaja hendak mekar tadi, kini semua terus mati dan terbang ditiup angin. Ain rasa dia memang tersilap percaturan tadi.. Dia sepatutnya sedar yang Fuadi memang tidak akan senang-senang merendahkan ego untuk perkara remeh seperti ini.

Meja makan sudah lengang sebab kebanyakan tetamu sudah siap menjamah hidangan. Kebanyakan mereka tengah berborak santai. Jadi mudah untuk Ain dan Fuadi mengambil makanan.

“Eh, ada seri muka la. Ain nak ke?” Tanya Fuadi sambil memasukkan beberapa potong seri muka ke dalam pinggan yang memang meraka khas kan untuk kuih.

Teringatkan kejadian di café hospital tempoh hari, Ain rasakan yang Fuadi sengaja hendak memerlinya sekarang.

“Tak pe lah. Ain tak nak. Lagipun tu bukan kuih favourite Ain.” Ain sedikit menekankan suaranya.

“ Of course it’s not yours because it’s actually my favourite. But, anything yang jadi favourite abang ,it should be your favourite too. Ok, my dear.”

Betul cakap Adah. Fuadi memang unpredictable. Ok. Kalau setakat kuih Ain memang boleh tolerate. Lagipun Ain makan je seri muka. Cuma bukan sampai tahap minat sangat-sangat la. Kalau ada dia makan. Kalau tak ada dia tak kisah.

Bila Fuadi menyendukkan lauk gulai tempoyak ke dalam pinggan dia Ain sudah mula cuak.

“Gulai tempoyak! The most tempting food ever. Do you want some? Fuadi menawarkan untuk mengisi lauk gulai tempoyak ke dalam pinggan Ain.

Ain melarikan pinggannya sebelum sempat Fuadi mengisi lauk tersebut ke dalam pinggan Ain. Dia pandang Ain dengan riak terkejut.

“Err. Abang, Ain tak makan ikan.” Sekarang, giliran Fuadi pula melemparkan pandangan terkejut pada Ain.

“Ain tak makan ikan darat?”

Actually, Ain memang tak berapa suka makan ikan sangat.”

Wow, really? Allergy?”

“Tak. It just that , Ain tak terasa nak makan.”

So weird. Ok lah. Abang pun tak nak paksa Ain makan. Kan jadi benda lain pulak. Kalau macam tu just have anything that you like. Make sure makan sampai kenyang. We really need energy for our first night tonight.”

Sempat Fuadi bisikkan ayat terakhir di telinga Ain supaya orang lain tak dengar. Berona merah muka Ain menahan pijar di muka.

Actually, better jangan makan sampai bloated. Nanti tak selesa pula. Makan sedang-sedang je . Ok Ain.” Sempat lagi Fuadi mengusik Ain.

___________________________________________________________________________

Terjaga sahaja pagi itu, Ain lihat tangan Fuadi kemas melingkar di pinggang dia. Lena nampaknya Fuadi tidur dengan berbaju melayu dan berkain pelikat. Selesai sahaja solat subuh pagi tadi, Fuadi minta Ain temankan dia baring . Tak sangka mereka berdua boleh terlajak tidur sebab Ain memang tidak biasa menyambung tidur selepas solat subuh. Selalunya selepas solat, Ain akan terus bersiap untuk ke kelas kerana kelasnya memang sentiasa bermula pukul 8.

Teringatkan kenangan manis yang dia dan suaminya lalui semalam, Ain tersenyum sendiri. Di sebalik sifatnya yang memang sentiasa sinikal, Ain tak sangka Fuadi boleh melayan dia dengan penuh kelembutan semalam.

Tidak mahu terus melayan perasaan, Ain perlahan-lahan mengalihkan tangan Fuadi dari pinggangnya. Pagi ini dia bercadang untuk pergi ke lab. Jadi dia perlu bersiap sekarang.

Masuk sahaja ke ruang makan, Ain lihat sarapan sudah siap tersedia di atas meja. Terasa bersalah Ain, sebab sepatutnya dia menolog ummi menyediakan sarapan.

“Hah, Ain. Ngam-ngam je Ain turun ni. Sarapan semua dah siap. Mana Adi. Jom sarapan sekali.”

“Kejap lagi dia turun. Ummi sorry. Sepatutnya Ain tolong ummi sediakan sarapan.”

“Alah tak payah susah-susah Ain. Selalu pun memang ummi dengan bibik je sediakan sarapan. Tak ada yang susahnya lah. Lagipun Ain kan pengantin baru. Mana boleh kacau.” Sempat lagi ummi mengusik Ain.

Berona merah muka Ain. Dah lah tadi dia dah teruk kena sakat dengan suaminya. Bangun je tidur, perangai sinis suaminya terus datang balik. Ingatkan lepas malam tadi, dah tak ada lah perangai sinis dia tu. Teringat Ain kejadian dalam bilik tadi.

“Ain siap-siap ni nak pergi mana?” Sedikit pelik Fuadi bila melihat Ain yang tengah bersiap-siap.

“Er. Sory lupa nak bagitahu. Ain nak pegi lab pagi ni. Ada kerja nak buat sikit.” Ain memalingkan muka dari memandang suaminya. Terasa segan melihat Fuadi yang tengah menukar baju.

“Pergi lab? Tak bagitahu pun semalam?”

“Oh. Ain memang selalu pergi lab hujung minggu macam ni. Sorry. Ain ingat abang tak kisah. Abang ada rancang nak buat apa-apa ke pagi ni?”

Fuadi tiba-tiba menapak ke arah Ain dengan senyuman nakal di bibir.

“Rancangan untuk pagi ni? Hmm… macam ada something fishy je dari your question tu. Abang tak ada pulak rancang nak buat apa-apa pagi ini. Or Ain memang harapkan abang ada rancang something. Make love like last night, maybe?” Fuadi mengangkat kening beberapa kali sambil tersenyum nakal memandang Ain.

“Eh. Mana ada. I’m just asking. Sebab gaya abang tadi macam abang tak suka je Ain bagitahu last minute nak pegi lab.” Teragak-agak Ain menjawab. Dia tak tahu macam mana nak bereaksi sebab dia memang tengah menahan malu yang amat sekarang ni.

Sure? Sebab kalau Ain nak abang memang on je. Abang memang tak suka Ain bagitahu last minute.Sebab kalau abang tahu awal, I’ll be more gentle last night. Now, I’m sureAin mesti ada sakit-sakit badan kan. So, don’t blame me.” Fuadi menyambung ayat sambil berlalu untuk mengambil baju baru dari almari.

Ain sudah tidak betah untuk terus berada dalam bilik itu. Degup jantung dia sekarang memang sudah tidak keruan. Kenapa lah suami dia ni outspoken sangat.

“Err.. Ain keluar dulu. Jumpa dekat bawah nanti. Tidak mahu terus menyeksa diri, Ain berkeputusan untuk terus keluar dari bilik itu.

JODOH UNTUKKU

Bab 7

Untuk ward round kali ini, group Ain dipecahkan kepada 3 kumpulan kecil kerana hari ini ada 3 orang patient maxillofacial trauma yang mereka perlu clerk. Ain hari ini berpasangan dengan Atiff. Patient yang mereka perlu clerk sekarang ini ditempatkan di ward perubatan kerana patient itu menghidapi kencing manis yang tidak terkawal. Jadi, pesakit itu berada di bawah pemerhatian doktor perubatan dan juga maxillofacial surgeon.

Melangkah saja ke dalam ward perubatan, Ain terdengar suara yang sedang bising marah-marah. Ain cam suara itu. Ya Allah! Tak akan Fuadi? Tapi ada kemungkinannya kerana sekarang ini Ain berada di ward perubatan.

Hubungan Ain dan suaminya kebelakangan ini semakin baik walaupun mereka masih tinggal berasingan. Kadang-kadang Fuadi akan datang jemput dia dari hostel untuk makan sekali. Hujung minggu, kalau berkesempatan, Ain akan bermalam di rumah ummi ataupun balik ke rumah mama. Walaupun hubungan mereka semakin baik, perangai sinis Fuadi memang masih sama. Mungkin memang sudah tidak boleh diubah.

Semakin jauh Ain menapak ke dalam ward, semakin jelas susuk Fuadi yang kelihatan seperti sedang marahkan seseorang. Memang sangat menakutkan wajah Fuadi ketika ini. Dengan tangan yang kedua-duanya bercekak di pinggan. Ain memang tidak pernah berhadapan dengan Fuadi yang versi seperti sekarang ini. Kalau dengan Ain, Fuadi selalunya hanya berperangai sinis, tidak lah sampai marah-marah macam sekarang. Kasihan Ain lihat perempuan yang dimarahi oleh suaminya itu. Maybe perempuan itu salah seorang doktor pelatih dekat situ.

What have you done? Patient tu dah la tengah uncontrolled diabetic. Dia punya healing process very slow. You pulak membuta tuli pergi induced trauma dekat skin dia. Memang saja la kan nak kena maki.” Suara Fuadi kedengaran agak tertahan. Mungkin dia tak mahu menjatuhkan maruah intern tu di depan pesakit. Sebab itulah dia mencari port yang Ain rasa agak terselindung iaitu di tepi kaunter jururawat. Kebetulan Ain perlu melalui kaunter itu untuk masuk kedalam ward. Jadi dia dapat dengar dengan jelas setiap perkataan dari mulut Fuadi.

“ Ridiculous!” Terperanjat Ain mendengar jerkahan kuat Fuadi. Terus terhenti langkah dia, betul-betul di depan kaunter tempat Fuadi sedang melepaskan amarah. Ain pandang diaorang berdua. Muka doktor perempuan itu kelihatan merah, menahan malu atau mungkin tengah menahan tangis. Perasan dia diperhatikan seseorang, Fuadi yang tadi membelakangkan Ain memusingkan sedikit badannya ke arah Ain.

Berdebar Ain apabila tahu Fuadi sudah perasan akan kehadiran dia di situ. Tajam pandangan Fuadi pada Ain. Tidak mahu mencampuri urusan Fuadi, Ain dan kawannya terus laju menapak ke dalam wad.

Setelah sampai di katil pesakit, Ain lihat pesakit itu hanya berseorangan tanpa ditemani ahli keluarga. Ain meminta kebenaran dari pesakit untuk melakukan sedikit pemeriksaan bertujuan untuk pembelajaran.Sebelum mereka mula memeriksa pesakit, tirai ditarik untuk menutup ruangan katil pesakit daripada pandangan orang lain.

Ketika Ain dan Atiff tengah memeriksa pesakit, tirai yang menutupi katil pesakit tiba-tiba diselak. Terkejut Ain bila melihat Fuadi melangkah masuk ke ruangan di tepi sebelah kiri katil pesakit. Berhadapan dengan Ain yang duduk di sebelah kanan katil pesakit. Riak muka Fuadi masih serius. Sama seperti yang Ain lihat semasa dia sedang memarahi doktor pelatih tadi.

Dental student?” Tanya dia pada Ain dan Atiff.

Yes. Final year.” Jawab Atiff bagi pihak Ain.

“Ok. You ! Present this case to me.” Tegas arahan Fuadi sambil tangan menunjuk ke arah Atiff. Memang biasa berlaku semasa ward round, bila MO ataupun specialist sendiri yang tiba-tiba ‘baik hati’, on the spot melakukan ‘clinical teaching’ pada mereka. Selalunya, lecturer Ain akan biarkan sahaja bila tahu ada medical doctor yang tiba-tiba ambil alih mengajar mereka. At least mereka akan dapat knowledge dan experience yang baru bila diajar oleh medical doctor ini.

Tergagap-gagap Atiff memberi briefing tentang keadaan pesakit tersebut. Ya lah. Siapa tidak cuak bila tiba-tiba je kena present pasal patient tanpa sempat nak ready. Lebih-lebih, lagi diaorang baru lepas tengok Fuadi mengamuk. Memang lagi cuak la jadinya.

Tajam pandangan Fuadi pada Atiff. Seperti tidak berpuas hati. Tiba-tiba dia kalih pandangan pada Ain.

You! I’m sure both of you did the clerking together. Is there anything you would like to add from the history of this patient?” Begitu tajam pandangan Fuadi pada Ain.

“Err.. This patient is a heavy smoker. All other important informations, I think had been covered by my friend just now.”

That’s all? Are you sure?” Tanya Fuadi tiba-tiba.

Both of you have been clerking this patient about what? 30 minutes? Itu je korang dapat? And both of you think that it’s enough?” Jerkah Fuadi . Depan-depan patient dia jerkah Ain dan Atiff. Muka mereka memang sudah kemerahan menahan malu dan gentar di hati.

What about his past medical history? This patient, has been admitted here instead of dekat wad maxillofacial because of his uncontrolled diabetic. And both of you did not concern about that. Why does he has uncontrolled diabetic? Is it always uncontrolled or before this it’s controlled, but after the accident it become uncontrolled. Is that important?”

Ain dan Atiff baru sedar yang mereka memang telah melakukan kesilapan. Hanya anggukan lemah yang mampu diaorang berikan untuk menjawab fuadi.

“Yes. Of course it’s important. Sekarang baru sedar? Macam ni ke gaya final year dental student? Memang kena maki la you allhari-hari bila kerja nanti. Jangan ingat mentang-mentang bila keluar nanti you all akan deal dengan gigi je, you all senang-senang nak tolak tepi info pasal medical ni semua. It’s really important. Kalau tak kenapa you all need to have your basic medical sains punya subject.”

Sudah bergenang air mata Ain. Sedaya upaya ditahan supaya tidak menitik di depan Fuadi. Ya. Dia sedar. Memang dia dan Atiff ter ’misspart yang penting itu. Tapi perlu ke mereka di marahi dengan begitu teruk. Fuadi seperti melepaskan geram pada mereka. Tambah memalukan, mereka dimarahi betul-betul di hadapan patient.

Fuadi sudah memalingkan badan untuk meninggalkan tempat itu. Sebelum pergi sempat lagi dia berpaling pada Ain dan melemparkan kata-kata yang tambah menyakitkan hati Ain.

“Title doktor bukannya untuk berlagak je. Tak ada guna jadi doktor kalau otak kosong.” Habis berkata-kata, terus dia berlalu meninggalkan Ain dan Atiff yang semestinya tengah menahan perasaan. Malu, marah, sedih, semuanya bercampur baur dalam hati mereka sekarang.

Kejadian di ward itu memberi kesan kepada mood Ain untuk sepanjang hari. Ain tidak rasa yang dia over sensitive sebab Atiff pun terkesan sama. Kalau Atiff yang tiada hubungan apa-apa dengan Fuadi boleh jadi bad mood untuk sepanjang hari, inikan pula Ain. Lagipun Ain rasa marah Fuadi tadi memang keterlaluan untuk satu kesalahan yang bagi Ain tersangatlah kecil.

Malam itu, seusai sahaja solat magrib, Ain terima panggilan dari suaminya. Tapi dia tiada hati untuk menjawab. Jadi dibiarkan sahaja panggilan itu tidak berjawab. Lagipun Ain tidak rasa panggilan itu kerana Fuadi ingin memujuknya. Sebabnya memujuk rayu perempuan memang tak ada dalam kamus hidup Fuadi.

Setelah beberapa kali dia biarkan panggilan Fuadi tidak berjawab, perasaan bersalah tiba-tiba hadir dalam diri Ain. Ain tidak pernah menunjuk rajuk kepada Fuadi. Walau apa pun yang terjadi, Fuadi itu tetap suaminya dan Ain akui dia sudah mula sayangkan suaminya itu.

Tapi untuk terus mengalah, rasa sakit di hati masih terasa. Jadi Ain mengambil keputusan untuk mesej sahaja kepada Fuadi.

“Kenapa? Ain sibuk.” Ringkas mesej Ain kepada Fuadi.

Abang dah dekat bawah ni. Jom pegi makan.” Betul agakan Ain. Memang tak akan pernah adanya pujuk rayu dari Fuadi. Yang selalu keluar dari mulut dia, kalau bukan arahan, mesti ayat-ayat sinis yang memang tajam.

Ain tak lapar. Malas nak keluar.”

Deringan telefon yang tiba-tiba mengejutkan Ain. Dari suaminya. Nak tak nak Ain terpaksa menjawab panggilan tersebut.

“Please la Ain. Jangan nak buat perangai. I’m really tired right now. Haven’t get any proper rest after postcall tadi. So, memang tak larat sangat nak layan kalau Ain nak buat perangai sekarang ni.” Belum sempat Ain cakap apa-apa, terus kedengaran suara Fuadi. Memang kedengaran letih nada suara suaminya. Bimbang pula Ain nak biarkan suaminya drive sorang-sorang dalam keadaan penat macam ini. Lagipun esok weekend. Kalau Fuadi nak terus balik rumah ummi pun tak apa.

5 minutes” Ringkas Ain menghantar mesej. Sakit hati macam mana pun, Ain tak nak mahu terjadi apa-apa kepada suaminya. Jadi, Ain ambil keputusan untuk ikut sahaja rentak suaminya. Tapi, untuk berlagak macam tidak ada apa-apa yang terjadi pada mereka tengah hari tadi , Ain rasakan agak mustahil. Dia perlukan sedikit masa untuk menyejukkan hati dia kembali.

Next: Bab 8-9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.