KASARAku berdiri di tepi balkoni menghirup udara kesegaran waktu malam.
Disebelah kiri terlihat warga kota sibuk dengan kehidupan masing-masing di ibu kota dilengkapi dengan cahaya warna-warni dari kawasan Damansara. Di sebelah kanan pula terlihat kenderaan yang melalui jalan raya dari Utara ke Selatan.
Tiba-tiba aku terimbau kenangan sewaktu kecil. Aku jenis yang kasar dengan kaum bernama lelaki. Rakan semejaku ketika darjah 6 pernah berkata.
"Bila kau besar nanti, tak ada lelaki suka kau.. Haa padan muka.." Ujar Fashriq.
"Blueekk.. Aku tak kesah pon.." Ejekku.
Dan kini ternyata telaahnya benar. Sumpahannya benar. Kenangan itu membuatkan aku menjadi lali apabila mendengar perkataan SUMPAHAN.
Tapi tiada siapa tahu kenapa dan mengapa aku berkelakuan sedemikian rupa.
Aku lakukannya karena aku tidak gemar meninggalkan kenangan manis mahupun positif pada setiap kenalanku apabila aku pergi suatu hari nanti.
Dan karena itu aku gemar berkasar dengan setiap kenalanku di dunia ini walau dimana jua ku berada.