Part2
Usaimengerjakan solat Subuh, aku bersiap dengan mengenakan blouse warna hijau pucukpisang dan seluar palazzo warna kelabu. Rambut ala Janna Nick aku keringkan.Lama aku terdiam sendiri di depan cermin. Bilalah mahu berubah? Mati itu tidakpernah terlewat sesaat mahupun tercepat sesaat.
Aku sentuh rambut yang tidak pernahpanjang dek kerana aku selesa dengan gaya rambut ala Janna Nick itu. Sampaikanada mulut-mulut yang mengatakan aku lesbianlah, pengkidlah. Aku buat tak kisahsaja. Lagipun cara aku berpakaian masih lagi tutup anggota tubuh badan. Takpernahlah nak pakai yang seksi-seksi ni. Cuma tang kepala sahaja. Bogel dantogel.
Aku kalih mata pada almari pakaian.Tanpa sedar, langkah menghampiri almari. Aku tunduk ke bawah. Sebuah kotakcantic aku ambil dan letak di atas katil. Kotak itu aku buka. Aku pejamkan matasambil tangan memegang sehelai selendang yang cantic sangat warna dan coraknyayang abstrak.
‘Aiisya Nadine tersayang… Ini hadiahkasih sayang dari Kak Umi.’
Dia tidak pernah memaksa.Langsung tidak pernah!
Mungkin sudah sampai masanyauntuk aku kembali kepada fitrah. Menutup aurat sepertimana yang Allahperintahkan. Takkan nak tunggu kejung terbaring atas katil baru nak insaf.Benda yang wajib tapi aku yang pandai-pandai nak ringankan.
Sekali aku pakai, biar sampai kehujung nyawa!
Biarlah aku tutup aurat yang satuini semasa masih lagi bernyawa sebelum ditutup dengan kain kafan auratkusetelah roh berpisah dari jasad. Masa itu, menangis airmata darahpun takkanmengembalikan nyawa yang diambil Tuhan.
Sudah-sudahlah dengan perangaigangster ala minah Korea. Aku tergelak. Perangai tetap sama. Yang itu susahsikit nak ubah. Ambil masa, taka pa… Yang wajib kita paksa untuk dulukan ya.
Aku acu-acukan selendang ini kekepala yang telah aku sarungkan inner hitam. Pakej salendang dengan inner.Pandai kak Umi.
Tapi...
Alamak, tak pandai nak lilitmelilit ni. Salah lilit, ada juga aku yang terputus nafas. Karang, ada pulaorang jadi duda kali kedua! Patutnya aku pakai tudung sarung macam semalam tu,senang sikit kerja. Cumanya, hati sudah terjatuh Kenan pada selendang ini.Gedik sendiri, nak juga pakai. Sudahnya, terkebil-kebillah aku di depan cerminsekarang.
Nak minta tolong siapa ni?
Cari Kak Aminah!
Aku pusing belakang. Angkat mukadan terus tergamam!
Sejak bila Datuk Haris ada dalambilik aku? Betul-betul di depan muka pintu. Salah sendirikah yang terlupa mahumengunci kunci bilik. Sudah jadi kebiasaanpun sebab masa arwah ada, aku takuttidak dengar bila Kak Umi memanggil.
Aku jadi segan sekarang. Macamburuk saja penampilan aku di depan suami yang tak mengiktiraf aku. Tetap, suamijuga. Kata Kak Umi, depan suami kenalah berhias cantik. Pakai apa yang suamisuka walaupun kita tidak berapa suka. Selagi tidak melanggar syariatlah.
Aku tak jadi nak melangkah.Bibirpun tak reti nak bertanya khabar jiran serumah ini. Tapi bila Datuk Harismelangkah mendekati aku dengan wajah tanpa senyuman, terus rasa longgar lututaku. Dia nak buat apa?
Dup dap dup dap. Tak biasa berdua dalam kamar ya. Sungguh!
Datuk Haris berdiri betul-betuldi depan aku. Menelek entah apa yang ada dekat muka aku yang tidak akuangkat-angkat. Suasana sunyi sepi. Hanya kipas angin yang berputar sahajaberbunyi bilah membelah angin.
Tiba-tiba… Hujung selendang ini, diaambil.
Zap, zap, zap!
Datuk Haris meninggalkan akutanpa suara. Rasanya macam tak sampai lima minit. Apa yang dia buat tadi ya?Aku serupa macam kena pukau sahaja kaedahnya. Atau tadi Datuk Haris ada bagitau aku sesuatu tapi aku yang pekak dan tuli. Isk, mana ada. Betullah, diakansentuh selendang aku.
Aku pusing mengadap cerminsemula. Angkat muka. Terkejut macam mahu melompat pun ada. Tadaaaa... siaplilitan kemas selendang ni!
Err… tadi, Datuk Haris tolonglilitkan selendang aku?
Seriously?
Aku tepuk pipi sendiri. Eh,sakitlah. Betul, aku tak mimpi. Dia yang…
Telefon aku berbunyi dengannyaring sekali. Aku garu kepala yang tidak gatal tapi rasa macam orang bodohpula. Kepandaian yang tidak seberapa macam kena sedut dengan kehadiran dantingkah pelik Datuk Haris.
Hesy… percayalah, laki awak yangtolong lilitkan selendang tu.
Malunya… nama aje perempuan,pakai selendangpun tak reti.
Telefon berbunyi lagi. Terus akutersentak. Hesy, telefon ni pun… Aku capai telefon, tengok nama yang terpapar.Bibir menarik senyum bila membaca kiriman WhatApps yang memasuki kantungtelefon.
Aku membalas dengan jawapan okeysahaja.
Nak kena bagitau Datuk Harisperkara ini. Maknanya kena jumpalah dia, kan? Okey, aku telan liur lagi. Alah,jumpa aje. Buat macam biasa. Nanti dia mengamuk, aku juga yang susah.
Pintu bilik sedikit merenggang.Aku tolak perlahan. Aku masuk ke dalam bilik Datuk Haris dengan arwah Kak Umi.Kemas. Sama seperti selalu. Kain selimut Kak Umi terlipat kemas pada atasbantal yang digunakan arwah.
Aku hela nafas dalam. Aku nijarang masuk bilik ni. Segan sebenarnya. Bilik peribadi Datuk Haris dan KakUmi. Segala urusan dalam bilik ini adalah di bawah tanggungjawab Datuk Haris.Kami tidak dibenarkan waima untuk mengemas sekalipun.
Dia yang buat semuanya. Sendiri.
Di sebelah kiri ada beberapa beglampin pakai buang dewasa. Sejak Kak Umi tidak mampu untuk menguruskan dirinya,Datuk Haris yang menjadi tangan gantian Kak Umi. Membersihkan Kak Umi, menyalinkanlampin pakai buang malah memastikan Kak Umi memakai pakaian yang cantik juga ditangan Datuk Haris. Lelaki ini sanggup bekerja dari rumah dan hanya sesekalisahaja pergi ke pejabat.
Satu dalam sejuta, kata Kak Umi.
Edisi terhad, ayat tambah dari aku!
"Buat apa kat sini?"Erk, aku tergamam. Disapa dengan suara garau yang baru sahaja keluar dari bilikair. Perlahan aku angkat muka.
Terkerlip-kerlip mata aku.
Gaya tepi pantai betul ni. Hanyatuala tersangkut pada bahu menutup suku badan dia. Mujur pakai seluar paraslutut. Sejenis boxer, kah itu? Atas lutut tau! Kemudian mata aku naik kebahagian abdomen pula. Uish, ada juga petak-petak dekat situ. Itukah six packs,nya?
Err, jujur… Tak pernah akupandang Datuk Haris tanpa baju dan seluar yang lengkap! Ini kali pertama danaku mula rasa seram sejuk sendiri. Bahayalah! Bahaya! Bahaya!
"Ehem!" Aku telan liur.Jantung mahu melantun-lantun seperti irama dehemannya itu.
Isk, gatalnya mata. Aku pejamcelik pejam celik mata. Cuba untuk buang imej yang terpeta dalam ingatan aku.Datuk Haris-boxer-petak abdomen1
Laju tangan mencapai entah apa-apaatas katil sebelum memusingkan badan. Mahu cepat keluar dari bilik ini. Peluhsatu badan. Terus lupa hal yang membawa aku ke sini.
"Nak bawa ke mana seluarkecik tu?"
Streeeeet! Aku brek mengejutdepan pintu. Pandang benda di tangan. Warna merah hati. Lain macam fabrik dia.Aku angkat dan tayang depan mata. Terus retina mata aku membesar.
Erk!
Seluar keciklah! Perlahan akukalihkan badan. Fuh, mujur tak tercium dada orang ni. Dia berdiri betul-betuldi belakang aku. Dengan muka malu alah, aku hulurkan seluar kecik dia. MataDatuk Haris mencerlung pada wajah aku.
“Sorry…” Perlahan sahaja suaraaku. Huwaaa, rasa nak balik bilik kemudian buat terjun tiruk atas katil. Sebabmalu!
Aku undur langkah. Depan pintu,aku berhenti. “Ada orang office nak datang.” Barulah aku ingat hal yangsebenarnya. Baru dapat ingatan semula. Isk, apa hal yang gabra sangat entah.
Aku menuruni tangga denganjantung yang masih lagi bekerja laju. Dada aku sentuh, kemudian fikir yangtenang-tenang. Nak normalkan semula kadar dengupan jantung bukan senang.Nak-nak bila apa yang aku ternampak tadi tak mahu keluar-keluar dari kotakfikiran.
"Aii..."
Mujur… mujur… tak terelincir darianak tangga. Aku panjangkan leher. Nik Ismael lempar senyum pada aku. Inilahorang kanan Datuk Haris. Dan satu-satunya orang dekat pejabat yang tahu statusaku sebagai isteri kedua Datuk Haris. Dan, dia yang jadi saksi masa akad nikah.
"Jap lagi Datuk turun."Aku memberitahu. Cuba untuk memberikan senyuman kepada dia.
Dia senyum dan membetulkan dudukatas sofa. "Aii sihat?"
Aku angguk. "Kalau adaapa-apa yang Abang Mael boleh bantu, bagi tau ye."
Nik Ismael ni memang baik. Sebayadengan Datuk Haris dan belum berkahwin lagi. Nak kata aku rapat sangat dengandia tu, taklah sangat. Tapi antara Nik Ismael dengan Datuk Haris, Nik Ismaelakan menang kategori bercakap dengan aku!
"Yer... Aii tahu. Abang Maeldah sarapan? Aii baru belajar masak. Nanti rasa tau."
"Pandai ke Aii masak?"Dia suka mengusik aku.
"Tak pandai kena belajarlah.Kalau tak belajar celah mana nak pandainya, kan?"
Nik Ismael gelak. "Mamak,kan banyak." Tengok tu, dia pulangkan ayat-ayat aku dulu.
"Tak lalulah mamak."
"Tahu pun. Datuk tu manasuka mamak. Aii kena belajar masak. Paling penting buat sambal belacan letakbuah kuinin. Confirm, Datuk angau dengan Aii."
Aku kemut hidung. Tak sudah-sudahbagi petua pikat hati bos dia.
Ehem!
Suara deheman itu mematikan gelakNik Ismael. Aku telan liur. Terbayang 'seluar kecik merah hati' tadi. Isk! Cepat-cepataku bangun. Pusing badan dan terus atur langkah menuju ke ruangan dapur.
"Datuk." Nik Ismaelmenyapa mesra.
Semasa aku melintasi Datuk Harisyang tegak di tepi laluan, aku terperasan renungan tajamnya. Lengkap diaberpakaian kasual seperti biasa. Baju tee dan seluar. Tak berani aku nak angkatmuka. Tiba-tiba rasa sesuatu tak enak dalam hati. Kenapa ya? Serupa tertangkapsedang curang pula lagaknya. Eh, apa nak kisah. Bukannya Datuk Haris tak kenalNik Ismael ni. Lebih dari kenal. Curangnya dekat celah mana pula?
Elok sahaja aku siap menghidang,Datuk Haris dan Nik Ismael masuk ke ruangan dapur. Masing-masing mengambiltempat di meja makan. Kak Aminah tersenyum memandang aku dan senyum hormat jugapada kedua lelaki ini.
"Hmmm sedap. Adaimprovement." Nik Ismael menarik senyum kat hujung bibir. Aku? Rasalahkembang semangkuk sebab ada yang sudi puji masakan aku. Nak harapkan suamipuji? Adeh...
"Sedapkan Datuk?"Soalan ditala pada Datuk Haris yang mengunyah sebanyak 44 1/2 kali agaknya. Lamabetul nak habiskan kunyahan. Aku perasan. Ker memang masakan aku tak kenadengan tekak dia. Terpaksalah dia makan juga sebab ada tetamu, kan? Keciknya hatiaku.
"Hmmm..." Terus kuncuprasa kembang tadi. Dia hmmm kan aje masakan aku? Dasar lelaki payah memuji. Akubangun pukul lima tau. Pulun google resepi waima mee goreng semata. Kau ingatsenang? Kan aku dah kata. Sentap 49 kali. Mogok, tak nak masak lepas ni!
"Tea o ni pun sedap juga.Tak manis sangat tak tawar sangat. Dah boleh jadi ibu rumah berjaya ni."Kembang lagi sekali. Nik Ismael ni lobi aku sakan. Betul nak jaga hati aku.Tapi tadi Kak Aminah angkat ibu jari masa aku suruh rasa. Takkan orang nak jagahati aku aje kut.
"Hmmm..." Huh, air akupun dia hmmm kan juga.
Fine... Fine... Aku tarik muka15!
“Orang kata diam tu tanda setuju.Kan Datuk?” Terus Datuk Haris angkat muka. Tarik nafas panjang. Kemudianpandang pinggan depan dia yang luak baru suku.
“Hmmm…”
Arghhhh, mak stress dengan lakimak!