Home Novelet Keluarga POLIGAMI KERANA ZURIAT?
POLIGAMI KERANA ZURIAT?
senjakalamalam
2/9/2017 20:49:24
8,567
Kategori: Novelet
Genre: Keluarga
Senarai Bab
03

 

Semalaman serta keesokan harinya Syakir langsung tidak bercakap dengan mamanya.Dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri seketika.Risau jikalau kata-kata yang keluar dari mulutnya itu merupakan bisa yang boleh meracunkan hati mama terhadap dirinya.

“Sampai bila abang tak nak bercakap dengan mama?”Soal Farah lembut sambil menggenggam tangan suaminya yang berada di paha.Sudah menjadi kebiasaan Syakir untuk memandu sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi akan dibiarkan bebas.Sudah terbiasa dengan membawa kereta automatik barangkali.Syakir mengeluh perlahan.

“Entahlah sayang.Sampai marah abang reda mungkin”

Farah melepaskan lelah.Inilah yang dirisaunya selama ini.Jikalau diberitahu dari awal,semestinya ia lebih teruk dari ini.Adakah aku merupakan punca kes ini?Ya Tuhan,Kau tabahkanlah hati ini dan kau selamatkanlah keluarga kami.Bisiknya di dalam hati.

Di kediaman Syakir,Puan Mastura serta Syazana sudah menunggu di ruang tamu.Puan Mastura kini merasa bersalah serta berbelah bagi.Bersalah kerana selama ini telah menuduh menantunya itu mandul serta berbelah bagi kerana memaksa anak tunggalnya itu untuk berpoligami.Namun,bolehkah aku menamatkan perkahwinan Syazana dan Syakir yang baru diijab ini dengan begitu sahaja?Mana dirinya hendak letak muka nanti?Puan Mastura mengeluh berat.

“Mama duduk lah dulu.Mesti letih tu memasak dari tadi”

 Puan Mastura hanya tersenyum nipis.Kasihan kau nak.Menjadi mangsa di dalam hal ini.Mama bukannya apa.Mama malu dengan jiran,kawan serta ahli keluarga yang lain yang asyik bertanyakan bila ingin menimang cucu.Mama juga iri hati melihat kawan kawan lain yang sudah mempunyai dua tiga orang cucu.Sejak pemergian arwah papa,mama banyak habiskan diri dengan aktiviti kelab dan saban hari mendengar tomahan yang diterima,sebab itulah mama tekad untuk kahwinkan kamu dengan Syakir.Tambahan pula kamu hanya menolong Pak Asnaf serta sudah berusia 27 tahun.Malahan satu sekolah dengan Syakir dahulu,sebab itulah mama harapkan kamu yang mampu memberikan zuriat kepada mama.Namun,siapa sangka yang Farah akhirnya mengandung juga setelah dua tahun mencuba.Semuanya atas kuasa Tuhan dan kini mama kesal.

“Maafkan mama,Ana”

 Syazana hanya tersenyum nipis.”Tak apa lah ma.Benda dah terjadi pun”Bagaikan mengerti maksud disebalik pohonan itu,Syazana sudah redha dan hanya berserah kepada Tuhan atas segalanya.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikummussalam...”Farah mendapatkan tangan mamanya lalu dikucup.Begitu juga dilakukan kepada Syazana.Syakir tersenyum nipis namun masih membisu.Bagasi dibawa ke tingkat atas ke bilik Farah Aida.

“Ana naik atas tengokkan abang Syakir”

 Farah Aida hanya mengangguk sambil tersenyum nipis.

“Farah...Maafkan mama ya.Maafkan mama sebab tuduh Farah bukan-bukan.Mama sudah berdosa dengan Farah.Maafkan mama ya nak.”Kedua tangan Farah dinggenggamnya erat.Beberapa butir mutiara jatuh di tubik mata.

“Mama...Farah tak pernah berdendam pun dengan mama.Dan Farah sudah lupakan pun semua kisah tu.Lagipun semuanya baik baik sahaja kan sekarang”Jawab Farah lembut.

“Tapi mama sudah memaksa Syakir untuk berpoligami”

“Atas sebab yang muhasabah.Lagipun kalau menurut islam,hukumnya boleh disebabkan untuk mendapat zuriat.Jadi,mama tak bersalah pun”

 Puan Mastura mengetap bibirnya lemah.Sungguh tabah kau nak.

“Maafkan mama,Fiqa”Sudahnya,tubuh kecil itu dipeluknya kejap.

 

“Syakir…”

Syakir yang sedang mengeluarkan baju isterinya dari bagasi menoleh.Syazana menguak lembut daun pintu.Mendekati suaminya lalu menolong melipatkan baju.Suasana menjadi sepi seketika.

“U tidak cintakan I,betulkan?U dipaksa berkahwin sebab ingin mendapatkan zuriat dan I dipaksa berkahwin untuk elakkan gelaran anak dara tua”Ucapnya lembut sambil memasukkan baju ke dalam almari.

Syakir tersentak.Tangannya terhenti.Wajah Syazana dipandang lama.

“Maksud u?”

“Kita dua berkahwin atas dasar paksaan dan kalau u tak boleh accept I,apa boleh I buat.I pun tak nak jadi punca rumah tangga u berpecah belah.”

“Maafkan I,Syazana.U gadis yang baik dan I sudah cuba untuk terima u.Tapi…”

Syakir mengeluh panjang.”…Tapi hati I masih setia dengan isteri I”

 Syazana tersenyum nipis.”I tahu.Dan I minta maaf jikalau kedatangan I meretakkan rumah tangga you.Kalau u mahu,u boleh lepaskan I.U boleh ceraikan I.”

Syakir tersentak.Betulkah apa yang didengarnya ini?Walaupun semalam dirinya ada berfikir untuk menceraikan Syazana,namun diri ini tidaklah sanggup dan sekejam untuk membuat sedemikian.

“You sudah fikir masak-masak ke?”Soal Syakir lagi minta kepastian.

Syazana mengangguk.”Sebenarnya,impian I dari kecil adalah untuk travel satu dunia.Jadi after diploma,I terus kerja dengan pak asnaf untuk save for travel satu dunia dan jumpa cinta di antara mana mana benua yang ada.Tapi u tahu kan bapa I macam mana.”Syazana tersenyum nipis.”Jadi apabila I sudah berkahwin,sekurangnya I bukan lagi di bawah tanggungjawab dia dan kalau u lepaskan I,I akan pergi.Pergi mengembara dunia.Itulah impian I dari kecil…”

“Habis,parents u?”

 Syazana bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh.”I akan tulis sepucuk surat mengatakan I pun inginkan penceraian dan I harap u akan hantar surat tu dekat my parents.Kalau boleh,I nak end this dengan cara elok.I tak mahu perpisahan kita jadi sesuatu yang keruh”

“You sudah fikir habisan ke ni Ana?Are you sure?”Soal Syakir lagi minta kepastian.Cerai ini bukanlah satu benda yang boleh dibawa main.

“Kalau ada jodoh,kita akan jumpa juga Syakir.”

 Syakir mengeluh perlahan.”Terima kasih Syazana”.Tangan Syazana dicapainya lembut lalu dikucup lembut.”Terima kasih dan I minta maaf atas kekurangan I melayan you.Maafkan I…”

Tangan Syazana mengusap lembut rambut Syakir.

“Janganlah risau.I maafkan dan I juga minta maaf jika I jadi punca rumah tangga you bergolak”

Syakir mengangguk perlahan.Tangan Syazana dilepasnya.

“Dengan ini,I ceraikan u Nur Syazana bt Asnaf dengan talak satu”Perlahan sahaja suara Syakir melafazan talak tersebut.

Syazana menutup mata lalu menarik nafas sedalam mungkin sebelum dilepas perlahan.

“Terima kasih Syakir,semoga kita jumpa lagi di satu masa akan datang”Ujarnya dengan senyuman sebelum beredar meninggalkan bilik.

Ya Tuhan,maafkan aku kerana telah melafazkan talak.Namun,apa guna bertahan jika dua dua pihak berasa terseksa.Maafkan aku…

 

 

Previous: 02
Next: EPILOG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.