2,706
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Prolog

Ampang, Kuala Lumpur - November 2017


SUARA hilai tawa bergema menghiasi atmosfera yang tadinya sunyi. Gudang itu gelap dan kusam. Cahaya dipancarkan saat suis dipetik. Sumber cahaya dari mentol yang tergantung dengan wayar di siling hanya memfokuskan cahaya kepada sebuah meja. Maka terhasillah sebuah situasi ala-ala suspek disoal siasat dalam filem detektif hitam putih. Suara yang kedengaran seperti dibuat-buat sebagai satu penghinaan terus melantun di setiap penjuru gudang.


Keindahan malam tidak dapat diamati oleh Dato Mohammad Dani bin Hisyamuddin. Sudah seharian beliau dikurung di dalam gudang yang menjadi persoalan di benak. Dengan kemeja putih masih membaluti tubuhnya yang kekar walau umurnya menjangkau 60-an. Terikat. Lelaki tua itu terikat pada sebuah kerusi kayu. Tiada apa yang mampu dia lakukan selain meraung dan meronta.


"Puas?" satu soalan berbunyi setelah Dato Mohammad Dani berhenti bergelut.


Sunyi memamah masa setelah lama soalan itu tidak dijawab. Derapan tapak kaki mengambil alih suasan yang sepi. Langkah dami langkah mendapatkan lelaki tua yang masih terikat. Akhirnya, lelaki yang dari tadi berselindung di sebalik kegelapan muncul di dalam pandangan stereoskopik Dato Mohammad Dani. Seoarang lelaki yang tinggi lampai dan berbadan tegap. Rambutnya pendek dan disikat rapi. Nampak segak dengan kot hitam dan tali leher merah.


Wajah lelaki ituberselindung di sebalik topeng Phantom of the Opera bagi menyembunyikan identitinya. Topeng yang hanya menampakkan bahagian hidung, mulut dan pipi kiri itu menyerlahkan kulitnya yang berwarna kuning langsat dan berona cerah. Sarung tangan putih berpaut di tangannya bagi memastikan cap jari menjadi ghaib. Persis pelakon opera lagaknya.


DIA berdeham kasar setelah puas penampilannya menjadi santapan mata Dato Mohammad Dani untuk mengenal pasti empunya tubuh itu.


"Apa... apa kau nak?" setelah sekian lama sepi menemani diri, akhirnya Dato Mohammad Dani berani bersuara bagi mendapatkan jawapan yang tidak mampu dikerahkan di benaknya sendiri.


"Dato rasa?" persoalannya hanya dijawab lembut serta diikuti dengan hilai tawa yang kedengaran garau seperti dibuat-buat sebagai satu penghinaan.


"Apa salah aku?" suara parau itu menusuk ke dalam telinga DIA.


"Dato Mohammad Dani bin Boustan. Seorang tokoh korporat yang berjaya. Am I correct? Tapi aku tak pandang semua tu." fasih DIA bertutur.


Dato Mohammad Dani, tokoh korporat yang berjaya atas syarikat pelaburan emas yang digelar MD Diamond. Beliau tidak dinafikan sebagai seorang yang berstatus tinggi dan berjaya membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. Namanya sering disebut-sebut dari kedai kopi hingga ke ambang parlimen sekalipun. Bukan cercaan atau umpatan tetapi semuanya memuji-muji dan mengangkat namanya.


"Jadi kenapa saya disini?" tambah DIA dengan suara yang dibuat-buat untuk meniru cara percakapan Dato Mohammad Dani.


DIA berlegar di sekeliling Dato Mohammad Dani. Sesekali dia menepuk-nepuk bahu tokoh korporat itu. Ada juga dia mengusap-usap rambutnya yang beransur kelabu.


"Dato agak-agakkan, apa kesalahan Dato?" masih tidak berterus-terang.


Dato Mohammad Dani mengetap bibir. Otaknya ligat berfikir tentang perkara yang lepas. Satu per satu memori menusuk ke dalam benaknya. Namu, tidak terkerah kesalahan yang layak disabitkan.


"Aku berusaha sendiri. Rezeki Allah bagi. Tiada duit yang aku songlap. Tiada rasuah yang aku terima. Semuanya atas keberkatan tuhan. Jadi, apa salah aku? Siapa yang bayar kau?" puas Dato Mohammad Dani berhujah.


Hujah itu hanya dibalas dengan bunyi cebikan perlahan. Jenayah berkolar putih dari segi kata lain membawa maksud jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam suatu perkerjaan. Jenayah korporat seperti penipuan, rasuah, perdagangan orang dalam, penggelapan wang, jenayah komputer, pencurian identiti, dan pemalsuan merupakan jenayah yang mudah dilaksanakan oleh mereka kerana pangkat yang berjaya mengaburi mata orang lain.


Walaupun begitu, kata-katanya benar. Dia berkerja mengikut acuan agama Islam. Tidak pernah wangnya disumbangkan ke perkara-perkara haram. Pelbagai tawaran yang tidak berasas ditolak. Sejak kecil lagi dia telah dididik untuk memangkin generasi usahawan Islam. Tidak mahu mencemarkan proses muamalat yang suci dengan wang gelap dan rasuah.


"Ya, kau memang tidak buat." setelah lama sunyi memamah keadaan, akhirnya satu suara menerpa ke dalam telinga Dato Mohammad Dani.


Suara itu diiringi dengan bunyi tepuk tangan perlahan sebagai satu sorakan untuk hujah yang disampaikan. Perlahan-lahan tangannya diselukkan ke dalam kot yang membaluti dirinya lalu dicapai sepucuk pistol yang tersimpan di balik rusuk kirinya. Lantas DIA membidik tepat ke dahi Dato Mohammad Dani. Sig Sauer P226 dengan peluru 9mm mampu memecahkan tengkorak Dato Mohammad Dani dengan keadaan jarak mereka sekarang. Terbuntang mata lelaki itu saat lara pistol betul-betul berada di hadapan matanya.


Tiada senyuman sinis, tiada gelakan senda, tiada perasaan simpati. DIA nampak tenang, tetapi muka DIA agak kemrahan seperti menahan amarah. Nafas ditarik dalam-dalam.


"Tapi kau tak bersyukur!" suara itu kembali dengan nada marah.


Picu ditekan. Satu das tembakan dilepaskan. Peluru 9mm dimuntahkan. Tepat mengenai bahu kanan mangsa. Dalam keadaan tangannya terikat ke belakang, Dato Mohammad Dani tidak mampu melakukan apa-apa selain meraung kesakitam. Sementara darah merah pekat meruak keluar membasahi baju putihnya yang kini berganti warna merah. Dia mula menitiskan air mata atas kesakitan yang diamatinya.


"Kalimah syukur pada tuhan, Alhamdulillah. Kalimah syukur pada manusia, terima kasih." DIA mula berkias dengan nada lembut seolah-olah semua perkara sebelum ini tidak pernah berlaku.


Kaki DIA laju menapak kembali ke dalam kegelapan. Hanya bunyi nafas berat memenuhi ruang. Mata Dato Mohammad Dani meliar laju di sekeliling, mencari gerangan yang menyakitinya tadi. Lagur tapak kaki kembali menghiasi suasana, semakin dekat menghampiri Dato Mohammad Dani.

 

"A... apa maksud kau?" dalam keperitan, Dato Mhammad Dani masih mampu bersoal sebaik sahaja DIA tampil kembali.


Sunyi, tidak berbalas. DIA mendekati tubuh Dato Mohammad Dani yang semakin pucat. Baju lelaki itu dikoyakkan sedikit. Dengan penyepit di tangan, perlahan-lahan dia menarik keluar peluru yang terbenam di dalam daging lelaki tua itu. Sekali lagi, Dato Mohammad Dani meraung dan menumpahkan air matanya.


Terukir sebuah senyuman di wajah yang tersorok itu. Dia menyapu antiseptik di bahagian berlubang dan membalutnya dengan kain anduh. Tidak tumpah seperti seoranganak yang kasih akan ayahnya. Dato Mohammad Dani melongo melihat tingkah lakunya yang berubah secara drastik.


"Aku ni bukanlah doktor. Adalah ilmu sikit-sikit waktu jadi PBSM sekolah rendah." DIA berseloroh.


Usai merawat, DIA terus duduk di atas kerusi yang tersedia bertentangan dengan tokoh korporat itu. Segaris senyuman dilemparkan namun Dato Muhammad Dani masih kekok berhadapan dengan lelaki misteri itu.


"Biar aku bercerita." DIA bermukaddimah. "Ini sebuah kisah tentang, aku."


"Siapa kau?" Dato Mohammad DAni memberanikan diri.


"Aku, Izzamuddin,"

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh