Home Novel Thriller/Aksi PEMBURU MALAM
PEMBURU MALAM
Pemburu Malam
6/11/2017 14:47:37
27,288
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 7

ANNA POV 


      SEDANG aku menaip , tiba- tiba telinga aku menangkap satu bunyi seakan perbualan .Aku cuba picingkan lagi .


       " Anna !" Shila terkejut dengan kehadiran Anna di lorong gelap , sunyi , kotor dan menyeramkan pula tu ." Apa kau buat kat sini ? " Aku pula menyoal .Terkejut juga aku . Shila terus mengambil tempat duduk di sebelah ku , atas simen bangunan tersebut .


       " Aku dari kedai 24 jam lah ! Lapar pula tengahmalam ni " Shila sempat membaca perenggan demi perenggan karya aku . Aku sambil menaikkan semula kacamata yang melorot , tersenyum melihat mimik muka Shila yang kengerian .


      " Makin sadis ya ? Aku yang baca sedikit- sedikit ini pun seriau ! Dah berapa words dah ni ..." Shila membuka paket kacang lalu di suanya pada ku .Aku mengambil satu sambil melihat laptop .


      " Baru berapa sahaja , tak silap baru nak masuk ke mukasurat 600 ." 


      Shila tersedak . Matanya membulat ." Banyak lah tu wei , tebal kot ! Still tak sampai klimaks ke ? " Soal Shila yang juga merupakan pembaca tegar novel aku .


      " Entahlah , aku rasa belum lagi . Writers block melanda lah ." 


      " Oh , patutlah mencari ilham ke sini .Apa kau tak takut ke ? Bukan kau tak tahu kes apa yang semakin tular sekarang ini ! " Shila sempat  memandang sekeliling .Cuak pula wajahnya kini .


       Aku habisi dahulu taip  kerana waktu itu idea datang lagi . Shila mengerti lalu ikut menyepi sama sambil mulutnya tak habis menyuap keropok udang Popo .


      " Pasal pembunuh misteri itu ya ? " Soalku kembali .Shila pula terangguk.- angguk sambil matanya pada laptop ." Wei , aku rasa jalan cerita kau kan sebijik lah macam realiti sekarang ini " 


      " Sayangkan bang , muka lawa tapi ..." Ujar si kekasih sambil menggerakkan jari telunjuknya ke dahi dalam gerakan bulatan . " Ish , sayang ni tak baik tahu . Biasalah karyawan macam dia tu mungkin sedang menghayati watak " ujar si lelaki pula . Dia yang tahu serba- sedikit tentang roda hidup seorang karyawan menbangkang .


      Si kekasih menarik muka, lantas menarik lengan si lelaki supaya laju bergerak . Anna sememangnya tidak perasan ulahnya itu sedang di perhatikan . Dia tetap ralit bersoal jawab dengan Shila ! 


      ' Tak silap aku itu novelist terkenal  Anna ...Tapi takkanlah ....Macam split pun ada ...' monolog lelaki itu kembali apabila sempat berpaling ke arah Anna yang sedang beralih tempat lalu berbual seorang diri .


      ' Atau dia menghayati watak rekaannya itu ? ' monolog dia lagi ." Sayang kenapa ? " soal si gadis sambil menarik lengan lelaki itu . " Tak , tak ada apa- apa " jawab si lelaki . Lalu mereka kembali beriringan pergi dari situ .


       " Kau rasalah kan kenapa until now pihak polis tak dapat trace dia lagi ? " Aku sengaja menyoal Shila . Shila yang kini sedang gigit coklat bar Cadbury terlopong seketika . Aku tersenyum melihat beberapa batang giginya melekat coklat tersebut .


      " Tolong ! " 


      " Hah ?" 


      " Ada orang menjeritlah ! " 


      " Jom cepat ! " Gesa aku seraya memasukkan laptop kembali ke dalam beg sebelum aku menyandangnya kembali . Helmet aku pakaikan semula .


     " Kau sure ke ni ? Aku ....Aku takutlah  ....Entah- entah pembunuh psiko tu kot ....Eeeee tak naklah aku  ..Anna jomlah balik ....Aku ....Aku tak sedap hati ni ...." Shila seakan berat hati . Aku memandangnya tajam . Shila serba - salah .


     " Kau ni ...Tak adventure langsung lah ! Nak takut apa ? Bukannya kau sorang ! Aku pun ada ! Jomlah cepat ! " Aku bersuara agak tegas kini .Entah kenapa aku ter emo ! 


     " Ha....Yelah , yelah ! Kalau iyapun janganlah menengking ! " Shila berkeluh- kesah sambil menaiki motor tersebut .Aku tersenyum senget .


      Enjin telah panas .Aku tekan press dan motor aku berdesup laju membelah keheningan malam .


PEMBURU MALAM POV 


     SETELAH lelaki itu terkulai .Sepantas kilat kepalanya aku cantas menggunakan pisau kesayangan ku ini . Terpercik darah ke topeng putih ku . Rambutnya aku cekak , aku injakkan punggungku untuk bangun dari melutut . Kini kepala lelaki itu terayun - ayun pabila aku menapak menuju ke arah perempuan yang terjelepuk tepi tong sampah itu pula .


        Titisan darah yang turun dari kepala itu mengiringi langkah panjangku . Aku kian melebarkan senyuman di balik topeng apabila melihat gadis itu tergeleng - geleng pada aku . Mana taknya, aku sengaja tayangkan kepala lelaki yang mata terbelalak itu ke arahnya .


      " Kau mahu aku robekkan hatinya ? Aku tahu dia telah banyak robekkan hati kau ! " 


      " Kau ...Kau siapa ? Kenapa kau sampai membunuh ? Aku  ...Aku dengan dia kami hanya bertengkar " Ujar gadis tadi mengigil. Aku bertinggung tepinya . Kepala itu aku letakkan hadapannya membuatkan dia mengengsot ke tepi .


      " Aku nampak apa yang berlaku ! Aku juga nampak dia berkasar pada kau ! Perempuan bukan untuk di kasari ! Kau faham tak ! " Tengkinganku membuatkan dia bertambah kecut lagi . Aku tersenyum lagi seraya mencampakkan daging yang masih berdenyut itu pada nya. Dia semakin menggeletar , di campakkan ke bawah sambil memeluk lututnya rapat- rapat . Airmatanya tidak sedikit merisaukan ku , malah membuakkan lagi nafsu gila ku ini .


      " Tolong ! Tolong pergi dari sini ..." Rayuannya aku jawab dengan kekekan halus . " kau seharusnya berterima kasih pada aku ! Jantan ini memang bukan untuk kau ! " Kataku diiringi tusukan pisau atas rambut kepala itu  .Terpercik lagi darah ke topeng  .


       " Pergiiii ! Kau memang gila ! Psiko ! Aku kata pergi ! Aku tak perlukan bantuan kau ! Pergiiiiiiii....! " Herdiknya . " Hei , perempuan  ! Kau tak usah cabar aku ! Aku boleh pergi! Kau tak perlu halau aku begitu ! Tapi sebelum tu !" Aku hayunkan tanganku ke arah lehernya yang terdedah setelah rambutnya kian erat aku cekak dan tarikkan ke atas , wajahnya terdongak airmata pula makin laju mengalir .


        Tergolek- golek kepalanya ke longkang . Lalu ia ditenggelami dan di  basahi segala air kotor dari longkang besar tersebut .Apakah nanti kepalanya akan ditemui ataupun kian hanyut ke sungai kelang !  Pisau yang berdarah itu aku lalukan pada longkang, aku kocakkan ia .Warna kelabu air itu kini semakin menjadi merah kegelapan . Di mana tempat aku pegang aku pastikan ia bersih dari noda darah juga cop jariku .Aku harus lari sekarang ! 


       Ya, aku cukup bangga jika aku di perkatakan sebagai pembunuh profesional ! 


         Namun, aku  tak sedari rupa- rupanya ada  cctv telah terpasang  di atas .....


SOMEONE ' POV 


      AKU merenung lama akan berita tersebut . Tayangan cctv aku perhatikan dengan sebaik mungkin . Aku ulangtayangkan kembali . Tak aku sangka usaha aku memasang cctv di lorong belakang membuahkan hasil .Tak ada sesiapa pun yang tahu .


       Ini rakaman aku yang pertama . Aku harus semaknya dengan teliti sebelum aku hantar pada pihak berkuasa . Aku berpaling , aku nampak dia sedang berdiri di balkoni . Binokular yang aku baru beli , aku ambil .Kali ini , aku yakin dia tidak akan perasan aku .


       Di atas meja dipenuhi koleksi karya novelist thriller Malaysia terhebat iaitu Anna Patricia Amin . Gaya garapan dalam setiap karyanya seakan realistic . Cara dia ulas tentang cara pembunuhan seakan ia benar- benar . Segala barang yang digunakan juga dia list kan penuh teliti,  seteliti plan pembunuhannya . Cukup lengkap dengan cooling period dan modus operandinya.


         Semakin lama aku renung menerusi '  bino ' semakin aku yakin bahawa si dia juga sedang  merenung ke arah jendela balkoni ku . Aku letak semula ' bino'  lalu aku hadap semula laptop.


        " Eh , sekejap ! " Aku putar semula tayangan tersebut dan dengan pantas aku tekan butang pause . Aku cuba zoomkan rambut panjang itu . Memang kepalanya dilitupi hoodie yang bersambung dengan jaketnya, namun mungkin pembunuh itu tak perasan bahawa hudnya melorot habis semasa dia bergelut dengan si mangsa lelaki .


         " Rambut panjang ? Lelaki berambut panjang ? Berkemungkinan juga ! Tapi , kejap ...." 


          Tubuhnya kenapa tak seperti tubuh seorang lelaki ? Tapi , tak mustahil juga dia lelaki .Bukannya tiada lelaki bertubuh begini kan ?. 

        

       Atau dia seorang perempuan ?  Mungkin modus nya lebih kepada perasaan dendam , cinta terkulai layu ! Atau psiko ? Tapi yelah ! Tubuh badannya seperti aku pernah nampak ! Tetapi siapa ya ? 


          Aku berdialog dengan laptop aku sendiri nampak gayanya .


           A.P.A ? Macam kod nama ? Jarang pula aku nampak brand sebegini ? Selalunya NIKE , ADIDAS ETC .


            Dahi aku pula sedari tadi tidak lepas dari berkerutnya . Aku berpaling semula ke arah jendela .Gelap ! Mungkin dia sudah tidur . Aku lihat jam di laptop , tepat pukul 4 pagi .


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.