Bab 1

📲 |12/16, 10:32|

'Assalamualaikum Suri' - Kak Rina

'Waalaikumsalam kak' - Suri

'Ni, akak nak bagitau.  Mulai bulan depan rumah sewa yang awak duduk sekarang ni akan dinaikkan.  Dari Rm600 kepada Rm750' - Kak Rina

'Tapi, kenapa tiba-tiba je kak?  Sebelum ni ok je.  Sewa pun saya bayar elok je tiap-tiap bulan.  Takde tertunggak' - Suri

'Ye, akak tahu.  Kalau awak perasan, tuan rumah lain semua dah naikkan harga sewa baru.  Akak ni kira tolak ansur dah dengan kamu sebab baru sekarang ni naikkan harga' - Kak Rina

'Maaf kalau apa yang saya cakapkan ni akan menyinggung perasaan akak.  Rumah lain yang dinaikkan sewa tu lengkap dengan segala kemudahan.  Ada kabinet dapur.  Ada mozek semua.  Rumah akak ni kosong tau.  Macamana akak sewakan pada saya masa mula-mula dulu, macam ni la jugak keadaanya sekarang.  Takde beza.  Saya tak nampak mana relevannya akak nak naikkan harga sewa tu.  Melainkan akak tambah kemudahan lain macam saya cakapkan tadi' - Suri

'Eh, rumah akak suka hati akak la nak naikkan ke tak sewa tu.  Kalau kamu tak puas hati dipersilakan keluar!  Ramai lagi yang nakkan rumah tu' - Kak Rina

'Baiklah la kak.  Saya dengan rela hati akan keluar dari rumah akak ni.  Sebab saya rasa sangat-sangatlah tak adil tindakan akak ni' - Suri

'Hah, baguslah!  Akak bagi tempoh  sepuluh hari untuk kamu kosongkan rumah akak tu.  Deposit tu akak akan bagi selepas kamu pindah.  Manalah tau, kamu sakit hati dengan akak sampai rosakkan rumah tu - Kak Rina

'Astaghfirullahaldzim.  Saya tak sejahat tu kak.  Tapi saya mintak jasa baik akak bagi tempoh lama sikit kepada saya.  Bukan senang nak cari rumah baru dalam masa terdekat - Suri

'No!  Akak dapat bagi tempoh sepuluh hari je untuk kamu cari rumah baru.  Lebih dari tu barang-barang awak akan dicampak keluar.  Pandai-pandai kamulah ye - Kak Rina

Tutttt...tuuuttt..tuttt..

Perbualan mereka berdua tamat selepas Kak Rina memutuskan talian tanpa sempat memberi salam.

"Fuuhhhh.  Mana aku nak cari rumah baru ni.  Takde hati perut langsung.  Kot ye pun bagi la tempoh sebulan ke.  Suka-suka hati dia je mentang-mentanglah ni rumah dia" Suri merenung skrin telefonnya yang telahpun gelap.

"Nora,  Amy.  Akak ada satu benda nak cakap ni," Suri memulakan bicara ketika mereka bertiga menikmati makan malam bersama-sama.

Nora dan Amy merupakan rakan serumah Suri.  Didalam rumah tersebut Suri dianggap seperti kakak kerana umurnya yang lebih berusia manakala mereka berdua pula masih menuntut di Universiti Malaya.

"Apa dia kak?  Macam serius je bunyinya" soal Amy dengan dahi dikerutkan.

"Serius la jugak.  Ni pasal rumah sewa ni"

"Rumah sewa?  Kami dah bagi kan duit sewa rumah untuk bulan ni?" soal Nora.

"Hishh...bukan pasal tu la.  Tapi memang ada kena mengena dengan duit la.  Untuk pengetahuan kamu berdua, Kak Rina nak naikkan harga sewa rumah ni mulai bulan depan.  Dari RM600 kepada RM750" jelas Suri.

"Apa??  Banyak tu!  Rumah orang lain bayar mahal pun takpe sebab rumah cantik.  Ada mozek, kabinet dapur.  Kemas je.  Ni kosong macam ni nak jugak naikkan harga sewa?." 

Marah benar nampaknya si Nora kepada Kak Rina.  Sehingga nasinya didalam pinggan tidak lagi terjamah.  Dia menepis seekor dua lalat yang cuba menghurung pinggan nasinya.

"Hmm...apa yang Nora cakap tu akak dah cakap kat dia.  Tapi tu la.  Rumah dia kan.  Suka hati dia la nak naikkan sewa ke tidak" ajuk Suri dengan suara Kak Rina tadi.

"Jadi, macamana kak?  Kami ni student je.  Tak mampu rasanya nak bayar lebih."  Amy bersuara.

"Akak dah buat keputusan nak pindah.  Cari rumah lain.  Bila akak cakap macam tu Kak Rina bagi tempoh selama sepuluh hari je pada akak.  Mana nak sempat.  Deposit pulak lepas pindah baru dia nak bagi.  Apa la nasib" Suri mengeluh sedih.

"Takpe la kak.  Bukan rezeki kita nampaknya.  Saya akan cuba tanya rakan-rakan yang lain kalau boleh selit kami berdua dirumah mereka."

"Kamu tak nak duduk sekali dengan akak?  Akak ok je dengan kamu berdua," pelawa Suri.

"Tak kot kak.  Sebab kalau lokasi rumah baru tu jauh sangat susah pulak kami nak ke kuliah," balas Amy.

"Oo..Kalau macam tu ok la.  Akak pun tak tau la bila nak survey rumah baru ni.  Tau la kerja akak macam mana kan"

"Insya Allah ada tu kak.  Tak pun akak cuba cari iklan rumah sewa melalui online" cadang Nora.

"Ye tak ye jugak.  Tak terfikir pulak.  Hehehe."

***********************************

"Oii, Suri.  Menung je.  Apa hal?  Ada masalah?" Aku menepuk bahu Suri yang sedang termenung sambil menongkat dagunya dimeja.

"Kau ni kan.  Nasib aku tak mencarut.  Bagi la salam dulu ke."

Aku mengekek-ngekek ketawa melihat aksi Suri yang jelas sekali terkejut.

"Alaaa...gurau je.  Dah order makan belum?  Duk termenung macam ni makanan tak sampai dengan sendiri"

"Belum lagi Ruby.  Aku tunggu kau la and the gang. Lama dah aku cup meja ni."

"Sorry, ada kerja last minit.  Tak sempat nak elak.  Yang lain-lain akan sampai sekejap lagi.  Semua dah bagitahu menu kat aku.  Kita order dulu la.  Lapar ni.  Masa rehat pun tinggal sikit je ni" aku memberi cadangan.

Seorang pelayan datang ke meja mengambil pesanan.  Gadis yang berlagak tomboy yang dikenali sebagai Along begitu ramah melayan kami.  Makanan yang dipesan tiba serentak dengan rakan-rakan kami yang lain iaitu Noly dan Aini.

"Sorry weh kami lambat.  Lif nombor dua tu rosak.  Kena la tunggu turn nak turun" jelas Noly.

"Ala...takpe.  Jom la makan dulu," kata aku.

Suri berdiam diri sejak tadi tidak seperti selalu.  Jika tidak, Suri lah yang paling kuat sekali berceloteh.  Ada saja topik yamg hendak dibualkan.

"Suri, kau ok tak ni?" aku menyiku lengan Suri.

"Uhukkk..!  Uhukk..!."  Suri menyedut minuman sambil menjeling ke arah aku.

"Sorry, aku tak sengaja.  Hehehe."

"Aku tengah fikir ni.  Tuan rumah sewa aku ni nak naikkan harga sewa.  Tapi melampau sangat la.  Aku ingat nak cari rumah sewa baru.  Tapi dia bagi tempoh sepuluh hari je.  Mana nak sempat.  Balik kerja pun dah lewat," cerita Suri panjang lebar.

"Macam tu.  Patut la kau asyik termenung je.  Jangan risau, hari minggu ni aku temankan kau cari rumah.  Ada tu nanti rezeki kau."

"Thanks Ruby.  Aku dah buntu dah.  Kemungkinan aku akan duduk sorang-sorang je nanti.  Housemates aku yang lain tak nak duk jauh"

"Aku rasa baik kau pindah je dulu.  Tentang housemate tu nanti kau boleh buat iklan," cadang aku lagi.

Suri mengangguk tanda setuju.

"Kau dah cari iklan melalui online" Aini mencelah.

"Ada jugak aku cari.  Tapi takde yang berkenan lagi.  Ada tu jauh sangat nak datang office.  Ada pulak yang harga sewanya tak masuk dek akal," jelasnya.

"Apa kata kau cari kat applikasi ni.  Senang nak pilih ikut kategori."  Aini menunjukkan aplikasi tersebut kepada Suri.

"Hmm..menarik.  Aku akan cari nanti.  Terima kasih Aini."

"Sama-sama," jawab Aini.

Beberapa minit lagi masa rehat akan tamat.  Kami bergerak ke pejabat dan meneruskan tugasan seperti biasa. 

***********************************

Usai makan malam dan solat, Suri berehat di atas katil.  Dia mencapai telefon bimbit dan memuat turun aplikasi yang dimaksudkan oleh Aini petang tadi.  Terpapar senarai beberapa pilihan rumah untuk disewa sebaik saja kriteria yang diperlukan dimasukkan ke ruang yang disediakan.

Nombor telefon pengiklan dicatit dan akan dihubunginya kemudian untuk bertanyakan beberapa soalan berkenaan rumah yang diiklankan.  Satu jam berlalu dan Suri mulai mengantuk.  Akhirnya dia tertidur dengan telefon bimbit ditangan.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh