Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,940
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 11

Aliya hanya membuntuti langkah budak perempuan kecil yang menarik tangannya itu. Rupa - rupanya Aliya di tarik ke dalam ruang permainan kanak - kanak di hospital itu. Ada jugak lah dua tiga orang budak duk main kat situ. Ada yang ada penjaga dan ada yang tak ada penjaga.Alahai aku ingat kan aku kena culik 😂 dah kenapa budak ni tarik tangan aku ? Dah la comel gila. Dengan tocang warna pinknya. Dia ingat aku mak dia ke apa ? Seketika si kecil tu melepaskan tangan Aliya.

" Kenapa kakak nangis tadi ? " soalan itu terpancul dari mulut budak kecil itu. Petah dia bercakap.

Erk ? Dia nampak aku menangis ?

" Eh tak ada apa - apa lah. Mata akak masuk habuk. Ni adik nama apa ? Umur brapa ? " tanya Aliya.

" Oh macam tu. Nama saya Aliya Safiyah . Umur Aliya 5 tahun. " jelas budak yang bernama Aliya Safiyah.

Hahahahhaa nak dekat sama pulak dengan nama aku en ?

" Kakak nama apa ? " tanya Aliya Safiyah lagi.

" Nama kakak Aliya Sofrina . Hahaha nak dekat sama kan nama kita ? " kata Aliya.

" Haah lah kakak. Kakak jangan sedih tau . Aliya tahu kakak nangis tadi. Bila kakak sedih kakak kena ingat pasti ada orang yang lebih sedih dari kakak. So kakak tak boleh mengalah ya ? " comel Aliya Safiyah bersuara memberi nasihat.

Alahai budak ni memahami betul. Teringin pulak nak ada adik perempuan.

" Okay Aliya Safiyah. Ni mana mama adik ? " tanya Aliya.

" Mama ? Hmmm Aliya tak ada mama tak dak papa . Aliya cuma ada daddy Fie aje . "

Aliya tercengang tidak memahami maksud anak kecil itu. Seketika Aliya Safiyah memandang ke cermin lut sinar dan dia ternampak daddy Fie nya sedang tunggu di luar.

" Kakak Aliya balik dulu ea ? Daddy Fie dah tunggu Aliya . Bye kakak ! " kata Aliya Safiyah lalu berlari ke luar.

Aliya menoleh ke arah orang yang dipanggil " daddy Fie " itu. Sayangnya orang itu membelakangi cermin ruang permainan tu. Tidak kelihatan lah mukanya. Seketika kelibat anak kecil itu dan daddynya hilang.  

Aliya melihat beberapa anak kecil yang leka bermain dengan permainan masing - masing . Kan best kalau aku masih budak - budak. Hmm tak ada masalah. Tak ada rasa sakit hati. Tak kena tengking sesuka hati. Seketika Aliya melihat telefonnya. Hmm nak call Kuzaimie kata aku sesat tapi bateri aku lupa cas so sekarang dah 0% ! 😭 macam mana aku nak balik ni. Ibu !!

" Aku nak buat apa dalam bilik permainan ni ? Hmm lebih baik aku cari jalan keluar. " monolog Aliya di dalam hati.

Baru sahaja beberapa langkah Aliya keluar dari ruang permainan itu tiba - tiba tangannya ditarik seseorang lagi. Sekelip mata Aliya di dalam pelukan seseorang itu.

" Kau pergi mana hah ? " ucap Huzairie mendatar.

Dub..Dap .. Dup .. Dap ..

Kedengaran jantung Huzairie berdengup kencang. Mimik mukanya juga kelihatan risau. Tiba - tiba baju Huzairie basah  dek kerana Aliya yang tiba - tiba menangis.

" Sa..ya..sesat ... " kata Aliya bersama sedu sedannya.

Huzairie mengeratkan pelukannya lagi tapi tiba - tiba dia sedar yang dia sudah melampaui batas.

Astagfiruallahalazim .  Dia meleraikan pelukan .

" Dah tak payah nangis. Aku dah jumpa kau kan ?  Errr aku minta maaf sebab tengking kau tadi. Aku tak sengaja.
Maafkan aku ok ? " kata Huzairie ikhlas sambil tepat memandang ke arah mata Aliya yang berair itu.

Ingin sekali dia menghapus air mata Aliya itu tapi apakan daya Aliya masih bukan mahram nya.

" Hm yalah saya maafkan tapi lain kali jangan lah tengking saya sesuka hati . Saya ada hati dan perasaan tau . " sempat lagi Aliya membebel.

Dalam diam Huzairie tersenyum kecil sebelum berlalu meninggalkan Aliya. Aliya baru lah nak terkedek - kedek kejar Huzairie semula. Aliya takut tersesat lagi.

********
Keesokan harinya Huzairie sudah diberi izin oleh doktor untuk pulang ke rumahnya. Dia juga sudah sembuh sepenuhnya.

2 minggu lagi adalah hari perkahwinan Huzairie dan Aliya. Semua ahli kerabat di raja sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan Putera raja sulung dan satu - satunya putera tunggal Tengku Yahya Alam Shah.

" Ya Allah , betul ke keputusan aku untuk kahwin dengan Aliya demi tunaikan wasiat atoknda ? " keluh Huzairie di dalam hati.

Pada malam itu Huzairie membuat solat istikarah. Dia inginkan petunjuk dari Allah.

Aliya memandang ke syiling biliknya. Dia tiba - tiba mengeluh panjang.

" Betul ke aku nak kahwin dengan anak raja tu ? " monolog Aliya seorang diri.

Aliya termenung seorang diri , lama kelamaan dia terlena dibuai mimpi.

Setiba nya hari perkahwinan di antara Tengku Ilham Huzairie dan Aliya Sofrina. Pihak pengantin lelaki telah mengirimkan beberapa pembantu untuk menyiapakan Aliya serta juru mekap jugak telah ditempah khas untuk Aliya. Aliya di dandan oleh Madam Lee iaitu juru mekap profesional yang ditempah khas kaum kerabat diraja.

" Wah kamu ni natural beauty ya ? Tak susah untuk waa mekap sama kamu maa .. " kata Madam Lee pelat cina sambil tangannya giat mentouch up muka Aliya.

Aliya hanya tersenyum kecil.

" Kamu manyak untung maa kahwin dengan anak laja. Boleh hidup senang maa. " kata Madam Lee lagi.

" Hahaha tak ada lah Madam , buat apa hidup senang kalau tak betul - betul bahagia kan ? Hidup biasa - biasa pun bahagia apa Madam ? " kata Aliya jujur.

" Waaa kamu ni manyak rendah diri maa. Untung maa anak laja itu dapat kamu. Tadaa pandang sama itu harta. Bagus - bagus . " puji Madam Lee.

Setelah Aliya sudah siap sepenuhnya , Aliya dan ahli keluarganya telah dijemput oleh sebuah kereta khas yang disediakan oleh Tengku Yahya Alam Shah. Mereka bergerak menuju ke kediaman Tengku Yahya.

Dup...dap..Dup.. dap...

Aliya memegang dadanya seketika.

" Kuatnya jantung aku berdengup. Ya Allah permudahkan lah semua urusan ku hari ini. " desis hati kecil Aliya.

Tiba - tiba tangan Aliya dipaut oleh ibu.

" Aliya jangan nervous ya. Tetap dengan senyuman tu. " pesan ibu.

Aliya mengangguk seraya tersenyum kecil.

" Aku terima nikahnya Aliya Sofrina Binti Muhammad Ruzain dengan mas kahwinnya 3000 ringgit tunai .. " ucap Huzairie dengan sekali nafas.

" Sah ? "

" Sah ! "

" Sah ! "

Seraya itu semua menadah tangan untuk membaca doa. Setelah selesai semuanya , Huzairie bergerak ke arah Aliya yang sedang menantikan dirinya untuk membuat acara pembatalan air sembahyang. Huzairie terpegun melihat kecantikan Aliya hari ini. Betul- betul cantik seperti bidadari. Huzairie menahan rasa debaran di hati apabila mendekati Aliya.

" Aliya hulur tangan kamu tu .." bisik ibu setelah Aliya tidak memberi respon.

Aliya menghulurkan tangannya. Sedikit pun dia tidak memandang ke anak mata Huzairie. Nervous !

Huzairie menyambut huluran tersebut . Sejuk ! Sejuknya tangan Huzairie ? Dia pun nervous ? Aliya ketawa di dalam hati.

Seraya cincin selamat tersarung di jari manis Aliya , mulalah para photographer dan wartawan membuat kerja mereka. Naik berpinar mata Aliya sebab menerima flash camera yang hampir sepuluh camera. Ni lah padahnya kahwin dengan anak raja errr 😫

Seketika pengacara majlis membuat arahan menyuruh pengantin lelaki untuk mencium dahi Aliya. Mata Aliya sedikit membulat . Aduh ! Kena jugak cium dahi ke ? Tak buat tak boleh ke ? 😅

Seketika Huzairie hanya menurut perintah. Dia pun mencium lembut dahi Aliya . Semua photographer tidak henti - henti menangkap gambar.

Aliya terasa tenang apabila menerima kucupan dari Huzairie di dahinya. Tiba - tiba hilang nervousnya hahahaa 😂

Setelah selesai acara pembatalan air sembahyang. Mereka meneruskan acara selanjutnya.

*********

Penatnya ! Hmmm serious cakap majlis perkahwinan rakyat biasa tak sama langsung dengan majlis perkahwinan kerabat diraja ni. Kerabat diraja terlalu banyak pantang larang dan istiadat mereka. Nasib kau lah Aliya kahwin dengan anak raja . Ni semua wasiat atok punya pasal. Hmmm tapi sebab wasiat atok lah aku sayangggggg sangat dekat Huzairie sekarang hehe 😄

" Aliya .. kau okay ? " tanya Huzairie di sisi apabila melihat Aliya yang sedikit pucat.

Aliya tak biasa lagi dengan majlis yang lama - lama macam ni. Tubuhnya terlalu penat.

" Hmm okay aje . Penat sikit lah . " balas Aliya.

" Kau sabar ea ? Kejap lagi dah nak habis . Pastu kita rehat lah . " kata Huzairie sedikit kasihan dengan isterinya itu.

" Hmm awak tak penat ke Huzairie ? " tanya Aliya pulak.

" Hmm boleh lah tapi aku dah biasa hadir majlis macam ni so tak lah penat sangat. Tu la aku dah penah cakap , dunia kita berbeza . Cara hidup aku takkan sama dengan cara hidup kau . " balas Huzairie.

Aliya hanya mencebik. Hmmm lepas ni satu sekolah lah tahu aku dah kahwin dengan anak raja sebelah ni ! Apa reaksi diaorang ea ? Puji ke ? Kecam ke ? Buli aku ke ? Arghhhh lantak lah ! Yang penting aku ada Mr. Sweet Aku ni hah ! 😍

Setelah selesai semua majlis ,  ketua pembantu bahagian bilik mengiringi  Aliya ke bilik  pengantin. Huzairie masih perlu melayan kerabat - kerabat di raja yang lain.

" Puan Aliya berehat lah dulu ya ? Sekejap lagi Tengku akan datang . " kata ketua pembantu bilik yang dikenali sebagai Fifi.

" Oh okay - okay . Terima kaseh ea ? " kata Aliya lemah.

Seketika Fifi pun keluar dari bilik tersebut untuk memberi ruang privasi Aliya berehat.

Aliya mengamati setiap hiasan bilik itu. Wah cantik gila 😍 Aliya memandang ke arah katil. Hmm penat gila. Aliya menghempas lembut tubuhnya di atas katil.

" Hmmm leganya kalau dapat tidur ni.. " kata Aliya.

Lama kelamaan matanya kian memberat. Dengan baju penganti tak bukak dan tudung juga tidak ditanggalkan Aliya terus tertidur lesu.

Pintu bilik dikuak dari luar perlahan - lahan. Sepasang mata Huzairie hanya tertumpu kepada figura yang sedang tidur di atas katil bersaiz king . Huzairie hanya menggeleng kepala kecil.

Alahai isteri siapa lah ni ? Tidur pun tak ganti baju , tudung pun tak bukak 😂

Huzairie mendekati Aliya . Seketika dia meneliti muka Aliya . Huish penat betul isteri aku ni. Huzairie membuka tudung Aliya perlahan - lahan , takut - takut Aliya terjaga. Huzairie juga meleraikan ikatan rambut Aliya supaya dia lebih selesa untuk tidur.

Glurp ! Huzairie telan liur. Ya Allah cantiknya dia bila buka tudung ni. Rambut panjang ikal mayang  tetapi warna keperang - perangan 😍 Seketika Huzairie  mengelus lembut rambut Aliya sambil matanya mengamati setiap inci muka Aliya.

Tiba - tiba perbuatannya terhenti. Apa kau buat ni Huzairie ? Kau dah gila ke ?  Huzairie menjauhkan dirinya dari Aliya. Dia meraup wajahnya kasar lalu mencapai tuala dan masuk ke bilik persalinan .

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi