Bab 11
“Kenapa tiba-tiba mengeluh pulak ni? Tak habis lagi
susah hati fikirkan soal pelajar?” suara Izraf lembut menerpa gegendang telinga
pantas mengembalikan Aina ke dunia realiti.
Aina tersipu malu. Tanpa
disedari sudah begitu panjang rupanya dia merenung sejarahnya dan Izraf.
Sehinggakan keluhan yang disangka hanya dalam hati rupanya betul-betul
terkeluar dari mulutnya tadi.
“Tak ada apa, Aina cuma
penat. Hmm, pinggan pun dah siap basuh, Aina nak pergi tidur dululah. Nak
kumpul tenaga, esok kena masuk kelas budak-budak nakal tu lagi. Abang tak
mengantuk lagi?”
“I see. Aina tidurlah dulu ya?Abang
nak siapkan bahan presentation sikit. Esok ada meeting dengan
Lembaga Pengarah pulak.” Izraf beralih ke meja dapur dan membuka komputernya.
Aina mengangguk menurut kata Izraf. Aina mula
beransur namun berhenti sebentar di kaki tangga lalu memalingkan kepalanya
memandang Izraf.
“Selamat malam, abang...” Aina bersuara
perlahan, agak kecewa bunyinya. Hmm, nampaknya seorang diri lagi dia masuk
tidur, sama seperti malam-malam sebelumnya terkebil-kebil sendirian dalam gelap
dengan fikiran yang makin pintar mereka bermacam-macam tekaan.
“Good night princess, sleep well.Esok kena tough
sikit berhadapan dengan pelajar Aina yang nakal-nakal tu.” Izraf berpesan
ringkas sebelum kembali memerhatikan komputer riba di hadapannya. Aina hanya
tersenyum kecil.
Apabila Aina sudah berpaling semula dan
meneruskan langkahnya, Izraf kembali memerhatikan lenggok Aina sebelum
bayangnya menghilang di puncak tangga. Biarlah Aina tidur dahulu, imannya belum
cukup kukuh untuk masuk tidur bersama-sama dengan Aina. Akhirnya kerja yang
dijadikan alasan. Walhal Izraf cuma membuka laman Youtube menonton cerita Tom
& Jerry sebenarnya.
Mendengar Izraf menyebut tentang pelajarnya
tadi menyebabkan Aina tiba-tiba terkenangkan jejaka itu, Danial Iskandar. Entah
mengapa dia yang angkuh dan kelihatan devilish itu yang terlintas di
hati Aina, bukan orang lain. Bukan Haqym yang periang, bukan Kak Leha yang menjengkelkan, bukan karenah pelajarnya yang
hanya satu kelas itu. Fikiran itu cuma sempat singgah sekejap sebelum Aina
terlena. Namun di luar sedarnya, wajah jejaka itulah yang terakhir bermain di mindanya
sebelum Aina hanyut dibuai mimpi.
Bersambung...
*Novel AKU JATUH CINTA akan berada di
pasaran pada Febuari ini! Boleh tempah dengan penulis sendiri untuk dapatkan
autograf & cenderamata. Penulis boleh dihubungi di:
FB:
https://www.facebook.com/anna.nabila.90
Terima
kasih atas sokongan semua, moga tulisan ini dapat menghibur! xoxo.