Home Novel Komedi/Romantik Komedi CEBISAN HATI
CEBISAN HATI
Maya Myra
17/8/2017 14:25:38
5,987
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
BAB 1

               PRANG!

            “Aduh! Macam mana boleh jatuh ni!?” getus hatinya.

            Elyana cepat-cepat mengutip serpihan pinggan yang pecah itu diatas lantai. Matanya melilau memandang kearah luar dapur, takuti ibunya mendengar pinggan yang jatuh atas lantai ini. Elyana mengambil serpihan pinggan tadi dimasukkan kedalam tong sampah berdekatan.

            “Elyana!! Apa yang kau dah…” Matanya terarah kearah serpihan pinggan yang berteraburan atas lantai.

            “ Kau inikan! Kalau satu hari, tak boleh pecahkan barang-barang dalam rumah ini tak boleh ke!?” menarik telinga Elyana.

            Elyana terundur setapak kebelakang sambil memegang telinganya yang terasa sakit akibat ditarik oleh Puan Normi. Elyana tertunduk membisu, dia tidak berani mengangkat wajahnya memandang ibunya yang seakan-akan mahu menelannya hidup-hidup.

          “ Kau dengar tak ni!? Apa yang aku kata?” menunjal kepala Elyana.

          “ Maaf bu, Yana  tidak sengaja pecahkan pinggan ini…” katanya perlahan.

          “ Apa!? Tak sengaja kau kata? Kau inikan, aku kena ajar kau cukup-cukup supaya kau tahu nak nilaikan barang-barang dalam rumah ni!” matanya melilau mencari sesuatu disekeliling dapur.

          Matanya terpandang sebatang penyapu yang tersandar di sudut kabinet, lalu dia mencapai batang penyapu tersebut dan dihayunnya kebelakang Elyana. Dia merentap lengan Elyana, memukul lengan Elyana sekuat hatinya.

          “ Puan, tolong jangan pukul Yana lagi… kasihan budak ini,” Mak Jah memegang penyapu yang dipegang oleh Puan Normi.

          “ Hei!? Kau jangan masuk campur urusan aku? Ini antara aku dan budak ni!” Matanya menyingga memandang Mak Jah.

          “ Maaf puan, bukan niat saya nak masuk campur. Tapi puan dah menyakiti Elyana, kasihan budak ini…” memandang majikannya.

          “ Hei Jah! Kau tu orang gaji dalam rumah ini tahu? Bila-bila masa je aku boleh pecatkan kau tahu!?” menunjal kepala Mak Jah.

          Mak Jah tertunduk diam, dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu Elyana. Dia sedar, dirinya hanyalah orang gaji didalam rumah ini sahaja. Tetapi dia tidak sanggup melihat Elyana dipukul oleh Puan Normi. Mak Jah mengesat air matanya tatkala Puan Normi mencubit tubuh si kecil dihadapannya.

         “ Ibu, jangan bu… sakit bu!” Elyana menepis batang penyapu yang hinggap dibetisnya.

         “ Kau ingat sikit!? Kalau kau pecahkan lagi barang-barang dalam rumah ni, kepala kau aku pecahkan faham!?” menampar muka Elyana.

         Elyana terdorong ke belakang, mujur Mak Jah menahan Elyana dari terjatuh. Elyana teresak-esak didalam dakapan Mak Jah.

          Puan Normi melempar batang penyapu dihadapan mereka berdua. Dia memandang Mak Jah, geram kerana selalu membela Elyana setiap kali dia memukul Elyana.

          “ Kau Jah? Tengokkan sikit budak tak guna ni!” Memandang Mak Jah.

          Ingin menunjal kepala Elyana namun sempat Mak Jah menahan muka Elyana dari ditunjal oleh majikannya.

          Puan Normi melangkah keluar meninggal mereka berdua didalam dapur. Elyana menunduk mengutip semula serpihan pecahan pinggan tadi atas lantai.

          “ Eh, Yana biar Mak Jah bersihkan…” menarik perlahan tangan Elyana.

          “ Tak mengapa Mak Jah, biar Yana bersihkan. Nanti ibu marah Mak Jah pula, Yana tak nak ibu pecat Mak Jah… nanti Yana nak nangis dengan siapa?” memandang Mak Jah.

           Mak Jah tersentak dengan kata-kata Elyana kepadanya, sungguh suci hatimu nak… kamu masih kecil lagi tapi tabah menerima dugaan ini. Sebak hatinya berkata-kata.

           “ Ermm, dah pun bersih! Kan Yana kata, Yana boleh buat semua ni… “ memandang Mak Jah sambil tersenyum.

           Mak Jah menarik perlahan Elyana ke dalam dakapannya. Dia mengesat air matanya, tidak sanggup melihat anak kecil seperti Elyana menerima dugaan sebegini.

          “ Mak Jah, kenapa ibu benci sangat dengan Yana?” memanggung kepalanya memandang Mak Jah.

         Mak Jah tersenyum, sambil mengesat sisa-sisa air mata Elyana dipipi mulus anak itu. Mak Jah menarik nafasnya dalam-dalam, menelan pahit yang dia rasakan. Anak sekecil ini tidak mengerti lagi apa yang berlaku kepadanya.

          “ Yana, ibu tak benci kamu nak…” memandang wajah Elyana.

          “ Tapi, ibu selalu pukul Yana Mak Jah… sakit sangat. Ibu benci Yana kan?” berkaca-kaca didalam matanya

          “ Tidak sayang, ibu tak benci Yana… mungkin ibu penat bekerja. Itu sebab ibu marah-marah Yana, Yana pula selalu buat ibu marah juga kan?” mengelus pipi Elyana.

          Elyana mengangguk, lalu dia memeluk Mak Jah erat-erat. ‘Mak Jah, Yana ada Mak Jah je tempat hendak mengadu’. Sebak hatinya.


LAPAN TAHUN kemudian.  Elyana kini membesar menjadi gadis remaja yang cerdas dan pintar dalam pelajarannya. Elyana merupakan pelajar tingkatan 6 atas di sekolah menengah di Ibu Kota. Namun, kepintarannya sedikit pun tidak dipandang oleh ibunya Puan Normi. Hanya Mak Jah, Encik Johari dan abangnya sahaja sentiasa bangga akan kejayaannya diperolehi baik dalam pelajaran mahupun bersukan. Ohya! Elyana juga merupakan atlit sukan disekolahnya.

         Encik Johari merupakan papa tiri Elyana, suami kepada ibunya Puan Normi yang dinikahi semasa Elyana berusia satu tahun lagi. Papa tirinya itu adalah sepupu ibunya, mereka disatukan atas persetujuan kedua ibu bapa masing-masing. Memandangkan papa tiri Elyana juga duda seperti ibunya yang janda, mereka bersetuju untuk berkahwin.

         Puan Normi disahkan tidak boleh mengandung lagi selepas melahirkan Elyana dahulu. Rahimnya dibuang atas sebab keselamatan Puan Normi. Encik Johari mempunyai anak lelaki tunggal yang kini berusia 25 tahun. Haziq Irfan sangat menyayangi Elyana, kerana Elyana adalah satu-satunya adik yang dia sayangi walaupun Elyana adik tirinya. Haziq selalu membela dan melindungi Elyana ketika Puan Normi selalu menyalahi Elyana walaupun bukan kesalahan Elyana. Dia turut simpati dengan adiknya itu yang dibenci oleh ibu kandung sendiri. 

          Haziq Irfan merupakan mahasiswa di sebuah Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Undang-undang. Setiap hujung minggu atau cuti semester dia akan pulang ke rumahnya untuk sentiasa bersama-sama Elyana. Dia tidak mahu Elyana terpinggir dengan ibu kandung sendiri, dia akan memastikan Elyana bergembira. Dia mengerti sikap Elyana yang pendiam, selalu pendamkan perasaan. Sebab itulah sebolehnya dia ingin bahagiakan adik kesayangannya walau apa sekalipun.

          KRING!!

          Semua pelajar tingkatan 6 sains memberi ucap selamat setelah guru matapelajaran Pengajian Am tamat sesi pembelajaran. Aku kalut menyusun buku-bukuku diatas meja terus dimasukkan ke dalam beg. Aku mencapai file dan bekas pensil disebelahku lalu diletakkan didalam laci meja.

           “ Yana, kau keluar tak rehat?” Wirda menegur.

            “ Kejap lagi aku keluar, kau orang pergilah dulu nanti aku menyusul,” Aku mengeyit mataku kepada Wirda dan Noni.

            “ Okay! Kita orang tunggu kau di kantin, kau ada nak order minum apa tak?” Noni mencuit bahuku

            “ Erm, kau beli air sirap untuk aku… makan, macam biasalah bihun goreng kesukaan aku!” Aku membuat mimik muka keterujaan kepada kedua kawan baik aku.

            “ Arahan diterima!” Wirda menabik tersenyum.

            Aku memandang langkahan Wirda dan Noni keluar dari kelas, aku tersenyum menggeleng kepala dengan perangai mereka berdua. Aku mengerling jam ditanganku, ‘Erm, sempat lagi ni… serahkan borang ini pada Cikgu Emma dulu baru aku pergi ke kantin. Karang lambat ke kantin membebel pulak dua orang minah tu.’ Aku mempercepatkan langkahanku menuruni anak tangga sambil aku mengerling lagi jam ditanganku.

            Tiba-tiba…

            Kepalaku bagaikan dihentak dengan benda yang keras, sangat kuat menerpa dikepalaku sehingga membuatkan aku terawang-awang. Aku berhenti menuruni tangga sambil tangan kiriku memegang kukuh besi tangga sementara tangan kanan aku memicit dahiku yang berdenyut denyut. Fail yang aku pegangnya tadi turut terjatuh ke bawah, ‘Arghh! Kenapa sakit sangat ni? Migrain lagi ke ni…’ Rasa sesak nafasku seketika.

            Aku terduduk diatas anak tangga, menahan kesakitan dikepala aku secara tiba-tiba. Aku menarik nafas dalam-dalam bagi menstabilkan penafasanku. Peluh mula merinik didahiku, aku menyeluk poket baju kurung sekolahku mengambil sapu tangan kecil menyeka peluh didahiku.

            Aku cuba menggagahi memaut sisi pemegang tangga untuk membolehkan aku berdiri, denyutan dikepalaku kian berkurangan. Aku cuba menapak perlahan menuruni tangga satu persatu, ‘naya aku jatuh macam buah nangka nanti, kalau tidak berhati-hati dengan keadaan aku macam ni’ sempat lagi aku mengomel huhu.

            Aku tunduk mengambil fail diatas lantai, aku membetul tudungku kembali. Denyutan dikepalaku sudah tidak terasa lagi. ‘Alhamdulillah, migraine aku dah berkurang!’ getus hatiku. Aku mempercepatkan langkahanku menuju ke bilik guru untuk aku serahkan borang kepada Cikgu Emma.

           Mataku melilau mencari susuk tubuh Cikgu Emma, ‘Haish! Mana cikgu ni? Dekat meja dia pun tak ada?’ aku menggaru garu kepalaku.

           Pap!

           Borang yang aku pegang tadi terlepas dari tanganku, terkejut dek sergahan seseorang dibelakangku. ‘Mahu kena heart attack ni!’ Rungut aku. Aku berpaling  ke belakang ingin melihat gerangan yang sergah aku. Bola mataku berputar keatas, aku mendengus kecil. ‘Harap-harap dengusan aku tadi ni, Cikgu Emma tak dengar kot? Heheh’

           “Erk! Cikgu Emma, kus semangat saya tau? Nasib saya tak ada lemah jantung.” Aku buat mimik muka tidak puas hati.

            “ Hahah! Sorry Yana, saya terlebih sergah kamu ke? Hehe” Cikgu Emma mengekek gelakkan aku.

            “ Lebih kuranglah cikgu,” aku memegang dadaku.

            ‘Eh mana pulak borang aku ni? Hah! Kan sudah hilang…’ Mataku melilau mencari borang tadi. Aku mengerling melihat Cikgu Emma yang masih tersengeh memandang aku.

            “Awak cari ni ke?” Cikgu Emma menayang borang  yang aku cari itu dihadapan mataku. Dia masih tergelakkan aku lagi.

            “ Mana cikgu jumpa?” Aku mengangkat keningku kepada Cikgu Emma.

            “ Sempat tadi saya lihat borang ni melayang kat bawah meja, masa saya sergah kamu tadi. Haha” Cikgu Emma masih ketawakan aku.

            ‘Apalah cikgu Emma ni? Ketawakan aku lagi, tahulah aku terkejut style macam kena renjat elektrik.’ Aku merungut dalam hatiku.

           “ Erm, so! Kiranya, awak akan join perkhemahan  nanti?” Cikgu Emma memandangku.

          ‘Eh! Mestilah aku nak pergi, apalah cikgu aku ni?’ getus hatiku.

          “ Kenapa?” Aku cuba bertanya Cikgu Emma.

          “ Yelah, your parent bagi tak ni? I Mean, ibu awak…” Cikgu Emma menekan nama ibu aku.

          Aku terdiam seketika, aku menarik nafasku dalam-dalam. Ya! Cikgu Emma boleh dikatakan mengetahui masalah dalamanku sejak aku dari tingkatan 4 lagi. Secara tidak sengaja dia terlihat aku dipukul teruk  oleh ibuku diperkarangan halaman rumahku dulu. Cikgu Emma merupakan jiran satu deret perumahan aku duduk. Cuma jarak rumahku dan Cikgu Emma hanya langkah 5 buah rumah sahaja. Kebetulan Cikgu Emma ingin berjumpa aku atas urusan sekolah. Segala masalahku Cikgu Emma tahu. Tapi, aku bukanlah jenis yang suka ceritakan semua masalah aku hadapi ini. Biarlah aku simpan dalam hati je. Cikgu Emma hanya tahu aku sering dimarahi ibu, dan pelajar yang jarang datang sekolah. Itu dululah, sekarang aku rajin ke sekolah tau? Semuanya atas sokongan dan dorongan Cikgu Emma, Wirda, Noni, Mak Jah, Papa dan Abang Ziq.

          “ Hey! Melamun je kerja awak inikan Yana?” Cikgu Emma mencuit daguku.

          Aku terkejut seketika, lantas aku tersenyum mengukir memandang Cikgu Emma. Cikgu Emma mengangkat keningnya kepadaku.

        “ Aaah, Papa, abang Ziq, Mak Jah benarkan saya pergi perkhemahan nanti.” Terasa kepalaku kembali pening. ‘Tahan El…’ Getus hatiku.

        “ Your mum?” Cikgu Emma bartanya lagi tentang ibuku.

        “ Erm, izinkan atau tidak izikan sama sahaja cikgu bagi ibu saya. Mana ibu pernah ambil peduli hal pelajaran saya, inikan pulak hidup saya ni!” Aku perlahan menuturkan kata-kataku. 

       “ Erm, tak mengapalah… suatu masa nanti Insya-Allah ibu awak pasti barbaik semula dengan awak.” Cikgu Emma memujukku.

        Aku hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata Cikgu Emma, ‘Entahlah, boleh ke ibu nak berbaik semula dengan aku? Sedangkan aku pun dia anggap anak tak berguna, bencikan aku lagi… nasib kaulah El.’ Aku bermonolog sendirian.

         Aku lihat mata Cikgu Emma sudah bergenang air matanya. ‘Haish! Ini aku lemah ni, orang buat touching depan aku’ Aku menyentuh bahu Cikgu Emma.

       “ Isk! Cikgu Emma ni, janganlah touching sangat. Saya okay lah cikgu, tengok ni…” Aku cuba mengangkat tanganku seakan-akan menunjuk musle dilenganku. ‘Hahaha! Padahal lengan kurus je! Huhuhu.’

         Cikgu Emma menolak perlahan bahuku, dia mengesat air matanya dengan hujung jarinya. ‘Ha! Kan dah okay! Karang cikgu-cikgu lain kata aku yang buat Cikgu Emma ni menangis pulak.’

         “ Dah. Dah, karang cikgu-cikgu dalam bilik ni kata saya buat cikgu menangis pulak.” Aku berseloroh sambil mengerling jam tanganku.

           Cikgu Emma sudah aku anggap dia macam kakak aku, dia baik sangat dengan aku. Aku ada problem sikit confirm dia yang risau sangat-sangat dengan aku, hehe.

           Mataku terbeliak memandang jarum jam ditanganku, terus aku menepuk dahiku. ‘Mampus karang ni aku dengan budak berdua tu!’

          “ Ha! Kenapa pulak tu?” Cikgu Emma mencuit lenganku.

          “ Marah minah berdua tu nanti dengan saya, dah lambat turun ke kantin ni.” Aku menggaru kepalaku.

          “ Dah, pergi cepat ke kantin. Nanti bom meletup pulak dalam kantin tu.” Cikgu Emma berseloroh, faham sangat dengan perangai dua orang kawanku itu.

          Sejurus aku melangkah keluar dari bilik guru, sempat aku memandang Cikgu Emma yang masih tersengeh memandang telatah aku. Huhu!

           ‘Haish! Datang semula migraine ni.’ Rungut hatiku. Aku memicit dahiku agar peningku ini berkurang. Dengan cahaya matahari terik memancar terpacak dikepalaku, menambah lagi denyutan dikepalaku. Mataku terasa macam berbintang-bintang rasanya. Aku mempercepatkan langkahanku masuk ke dalam kantin. ‘Kalau aku nak pengsan tiba-tiba je boleh landing atas kerusi panjang dalam kantin. Atas tar ni sakit!’ Sempat lagi aku mengomel.

             Kelihatan Wirda dan Noni sudah buat muka masam kelat, lama sangat menungguku. Aku dengan muka tidak bersalah terus melabuh punggungku disebelah Noni, terus aku capai air sirapku yang sudah aisnya cair. Aku membasahkan anak tekakku yang terasa perit pulak. Aku mengerling mereka berdua, sudah memandangku dengan penuh masam mencuka! 

            “ Sorry beb! Aku haus sangat ni, tak perasan korang muka dah macam cuka masam aku tengok.” Sempat aku berseloroh jenaka entah lawak ke tidak bagi mereka berdua, ‘karang muka aku pulak kena cepuk nanti dengan minah berdua ni!’

            “ Ha, tahu pun kau! Dah lama tau kami tunggu kau turun, kau buat apa lama sangat ha?” Wirda memandangku tidak puas hati ler tu!

            “ Erk! Lama ke?” Aku buat-buat tahu tapi tanya soalan macam tu pulak. ‘Takkan aku nak cakap dengan korang aku hampir-hampir pengsan tadi?’ Getus hatiku.

            “ Aku cari Cikgu Emma tadi, tiba-tiba dia tak ada dalam bilik guru pulak. Itu aku tunggu sekejap, mana tahu dia pergi tandas ke.” Aku merangka ayat, ‘harap dua minah ni faham kot ayat aku ni?’

           “ Erm, okaylah! Dah makan bihun goreng kau ni, kita orang dah lapar tahu?” Wirda menggosok perutnya.

           ‘Erghh! Kepala ni buat lagi ke? Aku nak makan ni, bagilah change sikit kat aku nak makan! Lapar dah ni… nanti-nantilah kau nak pengsankan aku.’ Rungut hatiku.                                       

           “ Kau okay tak ni Yana?” Tegur Noni kepadaku, mungkin dia perasan aku tengah sibuk-sibuk memicit dahiku.

           “ Aku okay je! Dahlah, makan cepat…” Aku cuba mengelak dari Noni perasan lagi kesakitan aku ni. Arghh! Bencinya aku… 

            Aku menyuap bihun gorengku ke dalam mulut, ‘Wahh! Nikmatnya dapat makan.’ Mataku terpejam menikmati rasa bihun goreng ini.

            Aku, Noni dan Wirda beriringan berjalan menuju ke kelas. Tiba-tiba aku rasa perutku sedang bergelodak hebat. Aku menekup mulutku, terasa ingin muntah. Wirda dan Noni memandangku dengan wajah yang pelik memandangku. Arghh! Aku tidak pedulikan pandangan pelik mereka itu padaku. Rasa ditekakku macam mual sudah aku rasakan. Aku mempercepatkan langakahanku menuju ke toilet.

            Sampai sahaja dalam toilet aku memuntahkan segala isi makanan dalam perutku termasuklah bihun goreng yang aku makan tadi. Terasa badanku lemah, menggigil-gigil tubuhku. Mataku mula terasa berpinar-pinar, aku memulas kepala paip disingki sambil membasuhkan wajahku. ‘Ya Allah! Pucatnya wajah aku?’ Aku membelek wajahku yang pucat didalam cermin, bibirku turut pucat. Aku membasuh lagi wajahku. Aku mengelap wajahku dengan sapu tanganku, aku membetulkan tudungku yang sedikit sengit. Aku menutup kepala paip, terus aku melangkah keluar dari toilet.

            “ Warghh!” Aku terjerit kecil seraya terlompat ke belakang.

            ‘Haru biru betullah mereka ini! Boleh mati aku kalau macam ni, tiba-tiba terpacak depan pintu toilet.’

            “ Kau okay ke Yana?” Tanya Wirda dengan muka yang cemas aku lihat.

            “ Yalah, kau okay tak ni?” Noni pulak mencelah.

            “ Err…aku, okaylah!” Aku menelan air liurku, terasa tersekat-sekat pula.

            “ Muka kau tu? Pucat sangat tadi kita orang tengok.” Kata Wirda kepadaku.

            Aku meraba wajahku, ‘Alamak! Minah dua ini perasan ke? Ambil sebijik kau El! Apa pulak kau nak reka ayat kali ini, dah terang  depan-depan mereka yang wajah kau tu sememangnya nampak pucat.

            “ Erk, cuaca kot? Atau bihun goreng tadi tak sedap, maybe…”

            ‘Apa pulak aku salahkan bihun goreng sebabkan aku jadi macam ni?’ Aku tempelak diriku semula. Aku memandang wajah rakan baikku satu persatu, wajah seakan-akan tidak berpuas hati dengan jawapanku tadi.

            “ Dahlah, loceng dah berbunyi tu.” Aku menepuk perlahan bahu Wirda dan Noni.

            Aku melangkah laju menuju ke kelas, aku memusing badanku memandang mereka masih terpacak memandangku. Aku mengukirkan senyumanku melambai tanganku kepada mereka berdua. Aku tahu mereka risau dengan keadaanku, tapi aku tak mahulah menyusahkan orang disekelilingku. ‘Maaf sahabat…'

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.