Home Novel Keluarga Misi 10 Tahun
Misi 10 Tahun
June Jaynee
30/9/2017 11:52:26
1,412
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Hutang

      ''Nah Kak,surat Kak." Kata Syimah Sambil meletakkan di meja.

Aku terduduk.. Surat yang ke 10 ku terima. Semuanya surat dari pihak bank menagih hutang.

Kring kring kring..

'Bank lagi. Keluhku.. Penat.

"Hello ,ya saya Sofiya. Ok baik. Saya akan usahakan bayar secepat mungkin. Terima Kasih "

Ku letak gagang telefon sambil merenung muka adik ku Syimah.

"Dik,nanti dah besar,jangan loan bank. " Ucapku sambil tangan ku sibuk mengemas bil-bil yang memenuhi meja makan.

"Kakak ni ada ja.. Sabarlah.. Nanti adik buatkan kak Rancangan Perniagaan yang  terbaik punya". Syimah cuba menenangkan Sofiya.

Sofiya mengambil kunci dan mula melangkah keluar .Berharap jualan hari ini lebih dari semalam untuk menampung perbelanjaan harian dan bayaran pinjamannya..

30 minit perjalanan dengan kelajuan 80km/jam membuatkan Sofiya sempat mengimbau kenangan-kenangannya bersama arwah ayahnya.

'Kalau Didi ada mesti kami  tidak susah macam sekarang.' Ah.. Menitis lagi air mata ku untuk kesekian kali. Sudah 4 tahun Didi tiada. Aku masih tidak boleh move on. Aku gagal lagi.

Kenapa Didi pergi dulu? Mungkin Didi tidak mahu tengok aku dalam kegagalan ?

Aku rindu Didi..


"Pooooon!!.."  Kereta belakang sudah membunyikan hon..

Sofiya masih berkhayal di depan lampu Trafik. Di tekan  pedal minyak semula sambil memandu laju kereta Viva nya.

------------------


"Selamat pagi Kak Sofy.." Sapa Aira ,pekerja Kedai Buku Jaynee Station milik Sofiya.

"Selamat pagi Aira.. Dah breakfast? " jawabku berbasa basi.

"Sudah Kak. Oya Kak, tadi ada call dari Pemborong Jaya. Emm minta payment.''

Kata Aira sambil menunduk. Aira cukup faham situasi majikannya di awal bulan ni. Ada saja panggilan dari bank dan juga kawan-kawan minta bayaran. Syukur juga,bayaran gajinya sentiasa tepat masa walaupun perniagaan kedai buku yang dijaganya ini merosot sedikit jualannya.

"Baik Aira. Terima kasih. Awak jaga kedai macam biasa ya

 Kalau urgent ,call. Kalau biasa-biasa ,whasapp ja" 


Aku melangkah keluar kedai ku. Ku berdiri memandang kedai ku. "Kedai Buku Jaynee Station" 

Arrh setahun sudah kedai ku. Tapi ekonomi sekarang sangat mencabar. Notis sewa 3bulan tertunggak. Bayaran pinjaman bank juga belum terbayar. Kereta Viva 2 bulan tertunggak.

Patutkah aku tutup kedai? Sedihnya hati.

Telefon ku berdering. Buat Sofiya sedar kembali. Dia sepatutnya ada berjanji temu bersama rakan baiknya Nurul.

"Hello Nurul.. Iya kejap..hahaha 5minit ok..."


Sofiya mematikan panggilan dan  berjalan ke Tea House Milik Nurul yang jaraknya 200 meter dan selang beberapa bangunan kedai Sofiya.. Nurul kawan Sofiya sejak tingkatan 1 sehingga menghabiskan Ijazah juga di universiti yang sama.

Perbincangan kali ini harap membuahkan hasil. Gabungan kedai buku dan kedai minum mungkin boleh menghasilkan sesuatu. Tinggi harapan Sofiya kali ini.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh June Jaynee