BAB 22
Allah berfirman dalam surah Al-Maun ayat
4 hingga 6 yang bermaksud “maka celakalah
azab bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu daripada sembahyangnya lagi
mereka itu riak”
Akhirnya pada minggu ketiga bulan januari tahun 2013, Puan Pengetua mengakhiri
tugasnya di pusat perlindungan ini. Hari ini suasana sedih menyelubungi pusat
ini kerana Pengetua yang disayangi oleh semua penghuni akan menamatkan tugasnya
dan seterusnya digantikan oleh Pengetua baru ( Datin). Mulai lusa.... mantan
Puan Pengetua akan mula bertugas sebagai Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri Selangor menggantikan Pengarah sedia ada yang bersara wajib. Pada hari
itu pelbagai acara yang dijalankan bagi meraikan Puan Pengetua.. satu majlis
khas diadakan di dewan utama. Dimulakan doa yang dibacakan oleh pak ustaz,
diikuti pula dengan bacaan selawat dan nasyid oleh penghuni. Kemudian ucapan
oleh mantan Tuan Pengetua.. semua berasa sedih apabila dia mahu dia
meninggalkan pusat perlindungan ini. Pernah menjadi kaunselor.. seterusnya
ketua kaunselor di sini kemudian dinaikkan pangkat untuk berkhidmat di tempat
lain. Sebelum kembali semula menjadi Timbalan Pengetua dan seterusnya Pengetua
di pusat perlindungan ini. Banyak kenangan pahit manis puan pengetua disini
diceritakan di dalam ucapannya.
Selepas itu pula, ucapan
yang membosankan dari bakal pengetua.. siapa lagi Datinlah. Memuji-muji puan (
padahal dekat belakang ngutuk-ngutuk ), membangkitkan kenangan berkhidmat
dengan Puan Pengetua dan mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Apabila
Datin berucap, semua penghuni buat tidak tahu.. ada yang bercakap-cakap dengan
orang sebelah atau rakan-rakan. Kemudian setelah habis ucapan Datin ( aku pun
tak tahu apa yang Datin cakap... ambil gambar sahaja di belakang... mengacau
penghuni.. tergelak-gelak dan ada penghuni yang mengajuk gaya bercakap Datin ),
tibalah majlis memotong pulut kuning yang dimasak oleh kelab masakan. Kemudian
sesi memberi hadiah kenangan kepada Puan Pengetua lama.. kelab masakan memberi
kek coklat keju kegemaran Puan Pengetua manakala kelab jahitan memberikan satu
set jubah lengkap dengan tudung. Kelab kebun yang diterajui Datin memberi satu
set buah-buahan import ( macam strawberri dan epal... biasalah.. Datin mana nak
jatuh standard.. tapi aku rasa tidak kena pula kelab kebun memberi buah-buah
import... sepanjang pengetahuan aku... Datin tidak pernah sekalipun menjejaki
atau membantu penghuni di kebun.. hanya wadar senior kak Temah yang amat minat
berkebun telah diarahkan oleh Datin untuk menjalankan aktiviti perkebunan ).
Majlis diakhiri dengan
sesi jamuan makan tengahari. Kemudian akhir sekali sesi bergambar dengan
kakitangan dan semua penghuni pusat jagaan. Tepat pukul 4.30 petang.. tibalah
masa untuk mengetip kad kerja yang terakhir. Semua penghuni beratur sepanjang
menuju pintu pagar. Setelah Puan Pengetua punch kad buat kali terakhir, tibalah
masanya Puan Pengetua bersalaman perpisahan dengan pekerja dan penghuni buat
kali terakhir. Inilah sesi yang paling sedih buat penghuni, Puan Pengetua yang
dianggap sebagai mama ataupun kakak kini akan meninggalkan pusat perlindngan.
Hampir setengah jam jugalah baru Puan Pengetua berjaya melangkah ke kereta BMW
yang menunggu. Datin menyingga apabila suami Puan Pengetua yang menjemput menggunakan
kereta BMW edisi terbaru ( sebenarnya Puan Pengetua juga seorang Datin... tapi
beliau lebih senang semua orang memanggilnya akak atau puan.... aku dapat tahu
suaminya seorang ahli perniagaan yang berjaya.. lebih berjaya dari suami
Datin.. tapi Puan Pengetua takdelah berlagak sangat macam Datin.. ).
Aku rasa Datin ini riakpun ada...... selalu
membanggakan diri. Bila kami berbual-bual.. selalunya Datin akan bercerita
kekayaannyalah.... suaminya dapat projek itulah... projek inilah. Suaminya beli
kereta barulah. Emas di badan jangan ceritalah..... penuh. Allah cukup benci dengan orang yang riak
terutama orang yang riak di dalam ibadahnya. Allah berfirman dalam surah
Al-Maun ayat 4 hingga 6 yang bermaksud “maka
celakalah azab bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu daripada
sembahyangnya lagi mereka itu riak. Amin. Sementara itu Imam Al-Ghazali
mentafsirkan riak adalah mencari
kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada orang lain kepada
hal-hal kebajikan yang dibuatnya. Masya Allah.. aku berdoa agar dijauhkan
dari sifat riak ataupun takbur.....
{{{{{{{{{{{{{{{{{
Keesokkan harinya.... mesyuarat pengurusan
terus diadakan oleh Datin.. mesyuarat diadakan pada pukul 10.00 pagi. Hasil
risikan tidak rasmi aku dengan akak-akak senior... kemungkinan besar di dalam mesyuarat ini, beberapa jawatan rasmi dan
tidak rasmi akan diumumkan atau dirombak. Begitu juga beberapa rombakan
peraturan dan disiplin akan dilakukan. Biasalah, bos baru... mesti ada benda
dia nak ubah dari pengurusan lama. Mungkin Datin hendak tunjuk kononnya ada
stail pengurusan baru akan diterapkan apabila Datin mengambil alih pengurusan
pusat perlindungan ini... dan aku merasakan aku memang akan kena dalam
mesyuarat ini.
“Jadi.. berkuatkuasa mulai
hari ini. Saya akan mengambilalih pengurusan pusat jagaan ini dan menjadi Puan
Pengetua di sini. Panggilan Datin dikekalkan.. sila panggil saya Datin.. bukan
Puan” tepukan kedengaran.... mesti set-set demo tu..... gembiralah itu bila
Datin ambil alih... lepas ini pekerja yang rapat dengan Datin yang akan
selamat. Cuma pekerja yang tidak rapat Datin tidak menepuk tangan termasuklah
aku. Ala.... nak jugak sebut pasal Datin tu.. tinggi sangat ke pangkat Datin
ni. Allah tak pandang pangkat manusialah.. yang Allah pandang amalan dan
ketakwaannya. Kenapalah riak sangat dengan pangkat ni.
“Jadi... disebabkan
kenaikan beberapa pangkat peringkat dalaman serta tertinggi. Maka ada beberapa
jawatan yang kosong akan diisi oleh beberapa orang yang saya rasakan layak dan benar-benar
berkebolehan. Jawatan yang pertama.. jawatan saya dahulu sebagai Timbalan
Pengetua akan disandang oleh bekas ketua Kaunselor.. Puan Nira Yaya Bt Husam”
selagi lagi tepukan bergema.
“Manakala jawatan ketua
kaunselor pula, akan disandang oleh Encik Hishamuddin. Satu kejutan” aku menggangguk.
Satu kejutan??? Apa yang kejutannya???? Mungkin dia terkejut kak Hashimah yang
sepatutnya dilantik ke jawatan ini tetapi tidak dilantik. Aku terpandang kak
Hashimah...... Kak Hashimah memandangku dengan pandangan yang menyinga. Nampak
sangat riak cemburunya.
“Selain rombakan
pengurusan.. saya ingin juga merombak beberapa tugasan sambilan. Sebagai
contoh.. ketua warden akan disandang oleh Puan Hashimah berkuatkuasa serta
merta. Saya rasa warden perempuan lebih memahami kehendak perempuan” ini
mengejutkan aku. Tiba-tiba sahaja menukar ketua warden tanpa ada surat rasmi
atau pertanyaan. Tapi aku hanya pendamkan sahaja,,,,,,,,,, mungkin aku buat
kerja sebagai ketua warden dengan tidak bagus. Tapi dulu kak Hashimah jugak
yang menolak.. tidak mahu jadi ketua warden atas alasan keluarga. La ni nak
pulak...... macam ada sesuatu komplot sahaja.
“Berkuatkuasa serta merta
juga.... semua aktiviti rasmi dan tidak rasmi perlulah dilaporkan kepada saya.
Hatta hendak memberi kaunseling di luar waktu pejabat” wah! Memang kaw-kaw aku
kena hari ini. Kemudian sesi mesyuarat seterusnya sangat membosankan aku..
takde lain selain ubah itu dan ini. Semua sekarang kembali kepada buku dan
peraturan.. tiada lagi pengurusan bersifat terbuka. Hendak buat itu ini semua kena berdasarkan
peraturan.. bosan. Habis mesyuarat aku dipanggil ke bilik Pengetua...
{{{{{{{{{{{{{
“Saya ada sesuatu nak beritahu Encik Hisham ni” aku berdiri di hadapan
Datin... tidak disuruh duduk pun.. aku melihat sekeliling... cepat pula Datin
ini meletakkan barang-barangnya di dalam bilik Pengetua.
“Ada apa tu Datin”
tanyaku.
“Ada beberapa perkara
yang Encik Hisham buat tahun lepas perlu ditamatkan serta merta. Saya rasa
tidak sesuai dengan keadaan semasa” aku agak tentang cara aku memberikan
kaunseling kepada penghuni.
“Perkara apa yang Datin
hendak saya ubah atau tamatkan dengan serta merta?” tanyaku buat-buat tidak
tahu.
“Pertama.... Hisham tidak
dibenarkan lagi memberi kaunseling atau berjumpa dengan penghuni sama ada di dewan makan, bilik vokasional
atau pun di taman. Tempat itu kini
larangan bagi kakitangan lelaki seperti yang sebutkan dalam mesyuarat tadi” aku
mengangguk lemah.
“Sesi kaunseling hanya
boleh dijalankan di dalam bilik sahaja... ini sesuai dengan status terbaru
Encik Hisham sebagai ketua kaunselor. Lagipun sekarang ni beban kerja encik
Hisham mungkin bertambahkan” terang Datin.
“Ok” jawabku malas.
“Kedua... Encik Hisham
tidak dibenarkan lagi berjemaah dengan penghuni atau memberi tazkirah kepada
penghuni. Jika tiada orang lain pun Encik Hisham tidak dibenarkan
menggantikannya. Ketua agama pusat ini iaitu ustazah akan mencari orang lain
yang lebih sesuai. Takut nanti ada orang pertikai kelayakan Hisham dalam
memberi kuliah.. takpun takut Encik Hisham salah atau tersilap dalam memberikan
pemahaman mengenai Islam yang sebenar.”
“Ok” sabar Hisham.. sabar.
“Saya rasa itu sahaja apa
yang saya hendak beritahu Encik Hisham. Tahniah kerana dilantik sebagai ketua
kaunselor yang baru menggantikan Puan Yaya. Semoga Hisham dapat berkhidmat
dengan cemerlang di bawah saya” cemerlang? Kaki tangan aku terikat apabila aku
mahu melaksanakan tugas aku. Mahu cemerlang bagaimana? Aku keluar dari bilik Pengetua
dengan perasaan yang jengkel. Maka, bermula hari tersebut..... aku hanya akan melakukan sesi kaunseling di dalam bilik sahaja.. memang membosankan. Tetapi
aku masih lagi menjalankan sesi kaunseling dengan pendekatan yang relaks dan
santai.