Home Novel Cinta Opss!!! Tersilap Cinta
Opss!!! Tersilap Cinta
Nurrr
1/9/2017 08:12:10
2,297
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog
MENGELUH. Hanya itu yang aku mampu. Keluhan dalam diam tiada yang mengerti.

"Jawablah call aku Hana!! " ujarku bersama suara yang kian sayu. Butang panggilan pada telefon masih setia aku tekan.

"Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan." Hanya operator yang menjawab.
Kini aku mendail nombor Sahira pula.

"Assalamuaalaikum sahira. Tolong aku weh." Kataku suara yang mendayu dan sayu.

"Waalaikumsalam. Weh,  asal kau ni? Jangan buat aku takut. Kau cerita je dekat aku apa jadi." Kalut Sahira menjawab.

"Hana dah tahu. Habis aku dia marah-marah. Macam mana ni? Aku buntu. Aku call dia tak jawab." Aku menerangkan.

"Okey. Sekarang kau tarik nafas, hembus. Bertenang dulu." Sahira cuba menenangkan aku.

"Sorry. Sekarang aku rasa tak boleh nak control emosi. Kita jumpa esok boleh? " tanya aku.

"Nur Sabrina kau tu kawan aku tau. Okey. Aku no  hal je. Kita jumpa dekat office aku je. Pukul 2 la lepas lunch. Jangan lupa makan sebelum datang. Kalau tak aku sumbat mulut kau dengan kuali dapur."

"Ishhh, kau ni makan je ingat. Okey. Jumpa esok. Assalamuaalaikum. Thanks." Kataku dengan suara yang pura-pura ceria.

Aku masih lagi mengeluh. Senyuman juga sudah hilang. Untuk menyusahkan kawan baikku itu aku tak mampu.

Biarlah aku pendam dan tangisinya untuk harini. Bila air mata ini mengalir aku rasa puas seolah-olah rasa sakit tu melupakan aku tentang masalah.

"Hana, aku buat semua ni sebab aku sayang kau." Aku cuba menguatkan diriku.

Aku bangkit dan masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk. Hanya Allah tempat hamba yang hina dan zalim ini mengadu.



LANGKAH aku lajukan menuju ke tingkat atas Restoran Masakan Utara di mana terletaknya pejabat Sahira.

Aku lihat ke meja Sarah iaitu PA Sahira yang kosong tidak berpenghuni. Ke tandas mungkin. Aku terus meluru masuk ke dalam bilik yang tertulis nama Nur Sahira selaku pemilik restoran.

"Assalamuaalaikum. Sahiraaa.. opss..." aku tergamam. Sahira ada tetamu rupanya. Mereka berdua mengerling ke arahku. Aku cuma menunduk.

"Eh. Kau dah sampai." Balas Sahira.

"Ermmm. Aku tunggu kau kat luar dulu la. Sorry ganggu." Serba salah aku ucap sambil senyum kambing biri-biri. Aku keluar dan menutup pintu kembali.

Entah kenapa aku seolah-olah kenal dengan kelibat lelaki dalam bilik Sahira itu. Haraplah bukan dia. Dah puas aku mengelak dia.

Pintu bilik ditarik dari dalam. Aku tercengang.

"Sabrina. Sabrina buat apa dekat sini?" Ucapnya. Muka jelas terkejut.

"Please get away from me. Takde kerja lain ke asyik ganggu orang je? Serabut tahu tak! bye." Aku memberi amaran dan terus melangkah masuk ke dalam bilik sahabatku.

Otak aku tambah serabut je bila jumpa dia ni. Tak habis-habis dengan cinta dia. Aku dah la bad mood.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurrr