16
Anie lambat bangun disebabkan perjalanan yang jauh semalam. Setelah dia bangun dia tercium bau yang menyelerakan. “ Wow Mak. Mak masak apa ni? Harumnya.” Anie berlari ke arah Maknya. Anie tak sempat mandi disebabkan terasa lapar selepas mencium bau masakan Maknya itu.
“ His kamu ni, kalau lapar pun pergilah mandi dulu lepas tu panggil kawan kamu turun makan sekali. Mak masak gulai ni. Yang kamu ni lambat bangun kenapa? Nak buat tabiat lama? Kantak manis, lagipun kita kan ada tetamu.” Sambil Mak mengacau gulai yang dibuatnya sempat juga memberi nasihat kepada Anie. Anie naik ke biliknya.Selepas selesai mandi, Anie mengetuk pintu bilik Adam. Setelah beberapa kali mengetuk tanpa jawapan Anie membuka pintu. Bilik tersusun kemas tiada siapa didalamnya.
“ Mak! Akak! Adam tak ada dalam bilik!” Anie menjerit dari bilik Adam. Mak menutup gas lalu bergegas kearah suara Anie memanggil.
“ Kawan kamu pergi mana?Akak call Zul untuk minta tolong dia untuk cari sekitar kampung.” Akak Alia terus call Zul. Anie pula keluar mencari setakat yang mampu. Mak Anie juga turut keluar untuk membantu mencari Adam.
“ Adui penatnya. Lama tak jogging. Em kenapa senyap ni. Semua tertutup.” Adam melihat sekeliling. Tak lama kemudian Adam melihat kelibat Mak Anie. “ Mak Cik!” Adam melambai – lambai ke arah Mak Anie.
“ Kamu pergi mana tadi? Puas kami cari kamu tau. Dah naik cepat nanti cerita apa yang terjadi. Kamu naik dulu Mak Cik nak beritahu Anie dan yang lain dulu. Adam naik dengan hairan sebab dia tidak tahu yang Anie dan keluarganya mencarinya.
Keadaan menjadi sunyi. Mereka mamandang Adam dengan penuh pertanyaan. “ Ehem, Akak buat air dulu.”Akak Alia bangun dan terus kedapur. Keadaan menjadi senyap semula. “ Boss pergi mana tadi? Boss tahu tak macam mana reaksi kami bila dapat tahu boss tak ada dalam bilik. “ Anie memecah kesunyian.
“ Anie kan aku dah cakap,tak perlu panggil aku boss kalua kita di luar pejabat. Lagipun aku dah balikkan. Tak perlu risau lah.” Adam mengelak daripada memandang mata Anie. Anie kelihatan agak marah.
“ No, boss tak jawap soalan saya lagi. Boss pergi mana tadi?” Suara Anie agak serious. “ Okay, fine kalau tak nak panggil aku dengan nama tak apa. Aku pergi jogging tadi. Puas.” Setelah menjawap soalan Anie, Adam terus bangun lalu masuk ke biliknya.
“ Abah dah selesaikan urusan di pejabat. Kiranya esok kita dapat balik ke kampung. Lagi awal lagi bagus. Dapat tolong apa yang patut nanti.” Syaff dan keluarganya meluangkan masa bersama di ruang tamu.
“ Baguslah tu Abah. Lagipun ada seorang ni dah tak sabar nak balik kampung. Ni pun dengar Abah sebut kita balik esok senyum dah sampai sini dah. Kalau balik hari ini entah – entah terlebih dari telinga dah senyum tu.” Hanna menarik pipi Syaff yang duduk disebelahnya.
“ Dah lah tu Hanna. Terkoyak mulut adik kamu tu nanti kan tak handsome lagi nanti.” Ummi tersenyum melihat perangai Syaff dan Akak Hanna.
Syeera duduk bersendirian di dapur. “ Cantik muka menguap macam tu.” Syeera menegur kawannya itu sambil dia fokus ke phonenya. “ Sibuk je. Kau ni dah kenapa tak tidur lagi kan dah lewat ni?” sambil menunjukkan jam ke arah Syeera.
“ Kau tidurlah dulu.”
“ Okay, jangan tidur lambat. Esok aku nak ajak kau shopping. Kita berdua je tak payah bawa dia.”
“Okay.” Selepas kawannya naik Syeera cuba call semula.
Sebenarnya dia cuba callSyaff tetapi panggilannya masih tidak bersambung ke phone Syaff.