Home Novel Cinta SEKALI TERLAFAZ
SEKALI TERLAFAZ
Zulfati Hanis
27/9/2017 21:17:16
9,833
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
EPILOG

           “Assalamualaikum, abang.”

            “Waalaikumussalam,sayang.”

            “Sorry ganggu abang. Mesti abang tengah tidur, kan?” soal Zabrina sambil meletakkan beg pakaiannya disisi kerusi menunggu.

            “Abang belum tidur lagi. Baru siap semak paper work untuk esok,” ujar Nasrul sambil mengeliat bagi meredakan urat saraf yang ketegangan.

            “Jangan tidur lewat sangat tau.” Pesan Zabrina seolah-olah suaminya itu berada di depan matanya.

            Nasrul tersenyum bahagia. “Okey sayang.”

            “Abang,Rina call ni sebab nak bagitahu yang Rina dah nak gerak balik kampung ni. Mmm…bestnya! Dah lama tak rasa balik kampung naik bas.”

            Kedengaran Nasrul mengeluh di dalam talian.

            “Sayang betul ni tak nak tunggu abang balik dari New York dulu? Nanti kita baliklah rumah keluarga abang sama-sama.” Nasrul agak berat hati sebenarnya nak mengizinkan Zabrina pulang ke kampong halaman tanpa dirinya.

            “Abang…Rina bukan pandu kereta sendiri. Rina naik bas. Abangkan dah bagi syarat kat Rina kalau nak balik sendiri jugak tak boleh drive kereta sendiri.”

            “Haa…ni abang nak tanya. Kenapa mesti nak naik bas? Kenapa tak naik train ke? Kapal terbang ke?” Bertalu Nasrul menyoal.

            “Alah abang ni, tu pun nak kecohlah. Biarlah Rina naik bas. Dah lama tak rasa naik bas express balik kampung. Nak rasa balik feeling time-time belajar dulu. Macamlah abang tak biasa naik bas time belajar kat kolej dulu.”

            “Ini bukan soal tak biasa ke apa, sayang. Entahlah…hati abang ni rasa tak sedap aje sehari dua ni. Sayang tunggu abang balik dulu ya?” Nasrul memujuk lagi.

            “Kalau tunggu abang balik jawabnya tak pergilah kenduri tu. Tak eloklah macam tu abang. Tak sedaplah kalau Rina tak tolong keluarga abang buat persiapan majlis pertunangan Hanna tu. Nanti apa pulak kata keluarga abang.”

            “Dia orang tak kata apa-apa pun. Dia orang faham kenapa Rina dengan abang pulang lewat atau tak datang majlis Hanna tu.”

            “Mmm..tak bestlah macam tu. Bolehlah, bang. Rina dah janji dengan ibu nak tolong ibu buat persiapan hantaran Hanna tu. Lagipun itu kan majlis tunang adik abang jugak.Please abang…” Zabrina melunakkan nada suaranya. Dia pasti Nasrul pasti cairdengan pujukkannya. Zabrina tersenyum sendiri.

            “Humm…sayang abang ni memang degil, kan? Okey…okey abang izinkan.”

            “Yes!.Thanks, abang” kedengaran suara ceria Zabrina di dalam talian.

            “Eh…jangan nak happy sangat. Ada syarat yang sayang kena ikut.”

            “Eeee…apalah abang ni main syarat-syarat bagai.” Zabrina memuncungkan mulutnya.

            “Tak payah nak muncung mulut tu sangat.” Sergah Nasrul.

            Zabrina terbeliak mata. Dia memandang handphone ditangannya. Kemudian dia kembali mendakapkan  handphone ke telinganya.

            “Macam mana abang tahu Rina muncung mulut?” soal Zabrina.

            Nasrul tergelak. “Sayang ingat abang baru kenal sayang sehari dua? Abang dah masak dengan perangai sayang ni. Abang dah khatam semua pasal sayang, tau.”

            “Eleh…berlagak.”Zabrina mengejek. Nasrul yang mendengar kembali ketawa besar. Hilang rasa letihnya bila dapat mengusik isteri yang dirinduinya.

            “Abang…cepatlah!Boleh tak Rina balik rumah keluarga abang ni?”

            “Okey-okey,abang izinkan. Tapi setiap sejam Rina mesti call abang tau. Dah sampai rumah keluarga abang, mesti call.”

            “Takkan setiap sejam nak call?” soal Zabrina terkejut dengan syarat yang diberikan.

            “Kalau tak setuju tak boleh balik. Tunggu abang balik baru kita balik kampong sama-sama.” Gertak Nasrul.

            “Okeylah Rina setuju. Tapi nanti abang jangan merungut kalau tidur abang terganggu pulak nanti.”

            “Abang tak akan merungut. Abang memang sentiasa ternanti-nanti nak dengar suara sayang. Abang rindu.” Nasrul mengusik nakal.

            Zabrina yang mendengar senyum bahagia. Dia pun merindui suami yang baru dikahwini. Tapi apa nak buat, baru 2 bulan nikah, Nasrul terpaksa terbang ke New York atas urusan kerja di sana.

            “Okeylah bang, bas dah nak gerak ni. Nanti lagi sejam Rina call abang, okey?”

            “Sayang…”

            “Iya,bang.”

            “Apa kata sayang ajak Nad temankan sayang?. Sekurang-kurangnya bolehlah buat teman berbual masa dalam bas nanti.”

            “Abang, tiket Rina beli satu aje pun. Lagipun Nad mana cuti sekolah lagi.”

            “Oh…”Nasrul mengeluh hampa.

            “Abang jangan risau ek. Rina janji every 1 hourI will call you. Promise.”

            “Okey sayang. Be careful. I love you.”

            “I love you too, abang. Assalamualaikum.”

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.