Malam itu bila mereka berdua saja dalam bilik Faris berkata dengan
girangnya pada Layla. Waktu itu Faris di katil dan Layla di sofa. Layla sudah
siap dengan bantal dan selimut untuk tidur.
“ Tak sangka awak dapat
Harvard ye. “ Faris pula yang seronok semacam. Kalau boleh mahu saja dia
memeluk gadis itu sekarang juga tapi melihatkan wajah gadis itu yang kelat tiga
macam dia memadamkan sahaja niatnya.
“ Kenapa? Awak ingat saya
ni tak layak ke nak dapat university macamtu?” Tanya Layla segera bunyi macam
tidak puas hati. Layla geram kerana Faris tidak berkata apa-apa kepada nenek
dan ayahnya untuk tidak mengikut Layla ke sana. Macam-macam alasan dia boleh
bagi tapi boleh pula dia mengangguk-angguk tadi.
“ Hmm…taklah macamtu…sebenarnya
boleh tahan terror jugaklah awak ni kan. Saya ingatkan biasa-biasa je”. Ujarnya
tersengeh. Huh! Baru tahu? desis hati Layla. Selama ini kau ingat aku budak
bodohkan, tak ada standard? Dia tahu selama ini Faris memang pandang rendah
padanya tetapi tidak mahu mengaku. Semuanya memang sangat jelas dengan layanan
buruk Faris selama ini terhadapnya.
“Awak tahu tak saya dulu
grad from Harvard jugak?. “ Tanya Faris padanya bersungguh. Memang Layla tahu.
Siapa tak tahu kalau merata dalam bilik itu semua ada momento dari Harvard.
Gambar, bunting, logo dan gambar semuanya dari Harvard.
“ So? “ Tanya Layla acuh
tak acuh. Entah apa yang lelaki itu ingin katakan padanya. Tak ada makna
apa-apa baginya kalau Faris juga belajar di Harvard dulu.
“ Saya sukalah sebab
isteri saya pun masuk Harvard jugak. Bukan senang nak masuk Top School ni. Syarat
kemasukan dia agak susah tapi awak boleh ditawarkan tempat. Kira hebatlah!”Layla perasan penyataan yang merujuk pada
isteri ditekankan sedikit. Dan ada nada bangga di suaranya. Hebat? Langsung
tak. Ada ramai lagi yang lebih hebat. Bernasib baik mungkinlah. Hati Layla
terasa janggal. Kemesraankah yang dia rasakan ini dari Faris? Atau adakah ini
lanjutan dari sandiwara tadi. Tapi bukankah ini semua mengundang masalah?
Bukankah lebih baik kalau mereka tidak mesra supaya tiada kenangan antara
mereka. Supaya tiada siapa yang terluka menjeruk rasa apabila perkahwinan
tersebut terlerai nanti? Agaknya dia perlu menyedarkan Faris tentang janjinya.
“ Isteri?
Oh Encik Faris, saya nak ingatkan awak ye, manalah tahu awak lupa atau
buat-buat lupa. Ehem, saya ni isteri awak ke? Awak tak ingat janji yang kita
buat dulu masa kat rumah saya tu...malam pertama kita kahwin?” Faris buat tak
peduli. Dia buat-buat ralit membaca sesuatu di iPhonenya. Layla bengang. Nampak
gayanya Faris memang sengaja menanggguhkan saja perbincangan mereka tentang
pemergiannya ke Boston itu. Layla menunggu reaksi Faris. Namun Faris tidak juga
berkata apa-apa.
“ Faris, awak kata nak bincang. Boleh tak
bincang sekarang? Saya dah mula rasa mengantuk ni tapi
awak dari tadi tak kata apa-apa tentang awak nak pergi sekali tu. Saya nak
dengar dari awak jalan penyelesaian ni sebelum saya tidur. Kan dulu kita dah janji tak mahu duduk sama
bila saya pergi belajar. So apa kita nak buat pasal cadangan ayah dan Tok tu?”
ujarnya serius.
Layla lihat wajah kelat Faris. Macam terpotong stim aje. Dia
menghela nafas. Layla merenung wajahnya. Sambil memerhatinya itu dia tersedar
betapa rupanya dah lebih tiga bulan dia tinggal di bilik ini, di mahligai ini
dan sekarang yang sedang duduk mengadapnya di sofa ialah Faris Nabhan Omar,
suaminya, suami pada nama sahaja. Layla amati wajahnya. Memanglah kacak macam
nak pengsan tapi selama beberapa bulan itu belum ada sekelumit perasaan pun
padanya. Opps sekelumit pun tak ada? Desis hati Layla mempersoalkan. Baiklah, mungkin
ada sikit tapi penolakan Faris terhadap Layla sejak mula-mula dahulu telah
membina satu tembok besar di dalam hati Layla menyebabkan yang sekelumit itu
tidak bercambah mekar walaupun ada juga tindakan Faris yang mnguji perasaan
perempuannya juga.
Namun, cita-citanya mengatasi segalanya. Baginya tiada
keistimewaan kalau wajah saja yang kacak tetapi dalamnya kosong. Lagipun, Faris
masih tiada perubahan yang ketara. Dia masih belum mengerjakan solat yang cukup
dalam sehari seperti yang Layla harapkan. Biarpun ada tindakan Faris yang
menggetarkan jiwanya tetapi bila dia teringatkan tentang solat Faris yang tak
sempurna hatinya jadi tawar pada Faris. Orang macam itukah yang akan menjadi
imamnya dan bapa kepada anak-anaknya? Rasa macam tak layak. Sebab itulah dia
masih tidak dapat menerima Faris.
Dia teringat kata-kata Asha sama ada dia cair dengan Faris ataupun
tidak. Mahu saja dia tergelak. Entah apanya yang cair. Baginya Faris hanya
rakan sebilik yang kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang raksasa yang
hodoh.
“ Awak
serius tak mahu saya ikut ke Boston nanti? “ Tanya Faris bersungguh-sungguh. Jauh
di sudut hati dia terasa. Layla tak nampakkah sejak-sejak akhir itu dia telah
melayan gadis itu dengan lebih baik?
“
Memanglah saya serius. Awak kan tahu sejak dulu lagi. Bukankah awak pun tak mau
kita tinggal sama-sama sebelum ni kan? “ tanya Layla. Faris terdiam. Alamak! Menyesal
dia kerana dengan egonya dulu meletakkan syarat seperti itu. Sekarang gadis itu
telah menuntut semua itu darinya bila hatinya tidak mahu.
“ Eh
jawablah.” Ujar Layla kurang sabar bila Faris diam begitu tak berkata-kata.
“
Yalah, kita dah janji macam tu. Tapi awak kan tahu syarikat nak set up cawangan
di sana. Mestilah saya kena ikut awak. Macamana saya nak tolak” Betul juga.
“ Kalau
macam tu kita tinggal asing-asinglah.” Cadang Layla.
“ Habis,
nanti kalau Tok datang melawat, macamana? Mestilah terbongkarlah rahsia kita”
kata Faris lambat-lambat. Layla meraup muka. Hisyh!
“ Awak pun satu, kenapa awak tak tolak je tawaran
bapa awak untuk projek usahasama tu. Buatlah alasan
apa-apapun supaya awak duduk saja kat Malaysia kan senang. Awak tak perlu ke US
sama-sama dengan saya. Kan dah jadi rumit macamni!”
“ Awak ingat senangke nak
buat macam tu? Saya yang buat cadangan ke Boston tu in the first place. Mana saya nak tahu awak dapat Harvard. Kalau
awak dapat universiti lain bolehlah bagi alasan. Lagipun mereka dah suruh kita
duduk sama. Ayah dengan Tok tu kalau dah bulat dengan satu-satu perkara bukan
boleh disangkal lagi. Macam they all paksa saya kahwin dengan awak. Sama
keadaannya. Nanti kalau Tok dah keluar dengan ugutan dia saya jugak yang susah.”
Layla menggaru kepala yang tidak gatal. Nampaknya kalau mengikut kata Faris, Layla akan mengadap Faris lagi selama empat
tahun. Oh, malasnya dia. Dan Faris juga tentu terpaksa.
“ So, apa cadangan awak
Faris?”. Faris berfikir sejenak.
“ Kita ikut aje lah.”
Layla terkejut seperti tidak percaya apa yang keluar dari mulut lelaki itu. Kemudian
buat muka cute bila menjawab. Dari tadi dia perasan yang Faris seolah suka
kalau mereka pergi bersama-sama. Apa maksud semua ini? Hisyh! Geramnya dia!
“ Ha? Awak jgn cakap
belit-belit ye Faris. Dulu awak yang beria supaya kita berpisah. Ni sekarang
awak nak ikutkan aje? Awak biar betul! “ suaranya sedikit meninggi.
“ Yelah… kalau kita ikutpun
awak bukan rugi apa, Layla” Layla seolah tidak percaya apa yang dia dengar.
Terasa berbulu telinganya.
“ Apa awak cakap? Cuba
ulang sekali lagi” ujar Layla geram tidak puas hati.
“ Ala kita buat macam
sekaranglah. Kita tinggal
bersama tapi lebih kepada rakan serumah. Tak kan awak tak biasa. Selama ni pun
kita duduk sebilik macam kawan sebilik je kan?”. Ujar Faris menduga. Layla
menghela nafas. Apa yang susah sangat Faris nak faham ni? Bukankah dulu dia
yang kata nak duduk asing-asing?
“ Tapi Encik Faris…. saya
nak bebas macam student lain. Duduk dengan kawan-kawan yang sebaya. Mesti
kawan-kawan saya akan tanya kenapa saya tinggal dengan awak. Awak siapa? Tak
kan saya nak kata awak suami saya. Saya tak mahu mereka tahu saya dah kahwin
dengan awak. Saya baru 18 tahun tapi dah kahwin. Isyh...malulah saya. Lagipun, kalau
saya duduk dengan awak hidup saya akan boring tahu tak? Dahlah beberapa bulan
ni saya tengok awak je. Lepastu terpaksa layan kepala angin awaktu pulak. Saya
tak sanggup nak buat perkara sama untuk 4 tahun lagi” Layla telah pun ke sofa.
Cuba menahan sangap. Mengantuk sungguh.
“ Kenapa? Teruk sangat ke
saya ni sehinggakan awak tak lalu nak mengadap saya setiap hari?!! ujar Faris
seperti menduga. Memanglah gadis ini lain dari yang lain. Ada ke dia bosan
mengadap aku? Apa aku tak cukup handsome ke? Getus hati Faris tak puas hati.
“ Nanti kalau saya cakap
awak tersinggung pulak. Hmm…tapi itulah kenyataanya. Awak ni Encik Faris sangat
membosankan. Tengok, sayani bila cakap
dengan awak mesti rasa nak tidur.” Katanya sambil tergelak-gelak geli hati.
Kemudian terfikir kalau-kalau Faris mengamuk pula. Argh! Tolong jangan
mengamuk. Faris senyap seketika. Alamak, dia marah ke? Layla dibalut risau.
“ Amboi kalau mengutuk,
mulut awaktu macam tak de insurans. Nanti saya datang ke sofa tu cium awak baru
tahu! “ balas Faris marah. Layla
terpempan. Betulkah apa yang dia dengar? Sangapnya hilang seketika. Biar betul. Layla menoleh pada Faris di katil.
Dia sudahpun merebahkan badan. Matanya merenung tajam pada Layla.
“ Apa pandang-pandang?
Awak nak saya pergi kat sofa tu? “ ugutnya. Wajahnya serius. Layla terkedu tidak
menjawab. Terasa terbang semangatnya. Cepat-cepat dia tarik selimut menutupi
muka. “ Hmm tahu takut…” ejeknya. Dengar suara ketawa mengekek dari Faris. Tak
guna! Persoalannya masih lagi tidak berjawab. Kenapa Faris berdolak-dalih pula?
Bukankah ini yang dia mahukan?
“ Err Faris…..saya nak
bagi tahu ni yang saya serius tak mahu awak duduk sama-sama dengan saya di
Boston. Awak duduk apartment, saya duduk dengan kawan-kawan. Boleh tak Faris?
Tolonglah saya.” Layla guna taktik memujuk pula masih tidak puas hati dari
celah selimut. Faris naik angin tiba-tiba. Tersinggung kerana terasa dia tidak
diperlukan oleh Layla dalam hidupnya. Faris hanya diam. Malas dia hendak
menjawab.
“ Bolehkan…” pujuk Layla
lagi.
“ Eh tidurlah! Malam-malam
macam ni nak membebel. Kalau awak bersuara lagi lepas ni siap awak…saya akan
terus tidur dengan awak malam ni.” marah Faris. Layla tersentak kemudian
mendengus. Hisyh ke situ pulak dia! Sungguh Layla tak rela! Menyampah betul dia
pada Faris! Tak habis-habis mengugut dia dengan cara itu macamlah tak ada modal
lain. Bosan betul!