Home Novel Cinta Bukan Yana Sebenar
Bukan Yana Sebenar
Jen J.S
21/2/2018 18:59:45
3,665
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Part 1

Part 1

            Aku duduk termenung seorang diri menunggu di taman.“Akak!” Kedengaran suara seseorang kanak – kanak yang hampir mirip suarakudatang menerpa. Aku menoleh dan pelukan hangat hinggap di tubuhku.

“Akak,Diana minta maaf sebab terpaksa meninggalkan Akak sini.” Diana adik kembarkudatang memelukku. Aku membalas pelukannya.

 “Adik tak mengapa. Tapi Akak harap Adik dapatmenyesuaikan diri dengan keluarga baru Adik dan jangan lupa keluarga yangdisini.” Aku cuba menahan tangisan sambil memeluk Diana.

“DianaHazrina?” Suara Cikgu Rita memecah keadaan sayu ini. Turut datang bersama jugasepasang suami isteri yang mengangkat Diana sebagai anak mereka.

“Manasatu Diana ni?” Wanita itu bertanya. Aku melepaskan pelukan Adik dan Adik teruske samping wanita itu sambil menyapu air matanya.

“Jadikamulah Yana Hazlina?” Aku hanya mengangguk kepada pertanyaan itu.

“MaafkanMak Cik nak. Mak Cik dan Pak Cik tak dapat nak mengambil kamu sekali. SebabCikgu cakap cuma boleh angkat seorang saja. Kalaulah boleh mengangkat kedua-duamereka ni kan bagus. Kan Bang?” Suaminya hanya memberi senyuman.

“Takmengapa Mak Cik. Yana faham. Mak Cik, tolong jaga Adik saya baik-baik?”

“Baiklah.Mak Cik akan jaga Diana macam anak kandung Mak Cik.” Wanita itu mengusap lembutrambutku. Suaminya pula asyik memandang arah jam tangan dan kemudiannya pergimeninggalkan isterinya dan Diana sebelum mereka mengekori bersama.

 “Diana, kamu ada apa-apa nak cakap denganKakak Yana ke sebelum kita pergi.” Wanita itu mnedukung Diana. Adik memandangarahku.

“Akak,Adik janji Adik akan selalu tulis surat pada Akak. Tak kira walau dimanapunAkak.” Aku mengangguk memberi senyuman supaya Diana tidak terasa berat untukmeninggalkan aku. Adik yang didukung wanita itu menoleh ke belakang memandangaku dan Cikgu Rita yang masih melambai-lambai pada mereka.

“JomYana. Kita masuk nak.” Cikgu Rita membawa aku masuk ke dalam asrama. Akuterduduk di katilku sambil menyapu air mataku yang dari tadi tidak henti-hentimengalir. Cikgu Rita yang menghantar aku masuk tadi duduk di sebelahmenenangkan aku.

“Yana,jangan sedih-sedih macam ni. Nanti apa pula rasa Diana kalau dia tahu Kakaknyamenangis?” Cikgu Rita memelukku. Aku menangis sekuat-kuatnya di pelukan CikguRita.Sejak hari itu, aku memutuskan untuk mengguatkan diri untuk menerimakeadaan.

Adikpula tidak ingkar janji yang dibuatnya sebelum dia melangkah keluar dari rumahanak yatim ini bersama keluarga barunya. Adik menghantar satu surat untuksetiap satu bulan. Kami saling berbalas surat. Melalui suratnya aku mendapatiAdik sudah tidak lagi berada di Malaysia.

Keluargaangkatnya berhijrah ke Australia atas sebab urusan kerja. Menurut Adik jugakeluarganya akan menetap di sana dan mungkin tidak balik Malaysia lagi.Walaupun surat terakhir dari Adik ada bersama alamat mereka di Australia namunhati aku tertutup untuk membalas suratnya itu. Sebaik saja membaca aku terasaseperti aku telah ditinggalkan.

 Semasa Adik diambil menjadi anak angkat kamipada masa itu sama-sama berumur 9 tahun. Kini pada tanggal 18 April 2015 akudan Adik sama-sama mencecah usia 23 tahun. Pada usia 15 tahun aku diangkat olehsepasang suami isteri yang sangat menginginkan anak sejak mereka berkahwin. Akudipilih disebabkan usiaku sama dengan usia perkahwinan mereka yang sudah mencecah15 tahun tetapi masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.

 Apa yang aku dapati dari Cikgu Rita di rumahanak yatim. Adik masih lagi menghantar suratnya. Melihat begitu aku memutuskanuntuk membalas satu surat dan memberitahu Adik alamat keluarga ku.

“Yana?Kamu tengah tulis apa tu?” Ummi iaitu Puan Madriana yang mengambil aku sebagaianak angkat dulu membawa segelas jus menuju ke arah aku yang sedang asyikmenulis di meja tepi kolam.

“Membalassurat Adik, Mi. Terima kasih.” Aku menyambut jus yang dibawa Ummi.

“Adikkembar kamu yang Cikgu Rita cakap dulu tu ke? Apa khabar dia sekarang?” Ummiduduk di sebelah aku.

“BaikAlhamdulillah Ummi.” Aku menjawap dan menyambung semula apa yang ditulisku.

“Dahselesai. Ummi tak sibuk ke hari ni? Walid dah balik juga?” Aku bertanya padaUmmi sambil melipat dan memasukkan surat itu dalam sampul.

“Walidkamu tu belum balik lagi ada meeting nanti. Ummi ni pun balik awal sebab taksedap badan.” Ummi memicit kepalanya. Aku membangkit dari kerusi dan membantumengurut Ummi.

 “Ummi tak sihat ke? kalau tak sihat nanti Yanasuruh Rashid sediakan kereta. Kita pergi klinik?” Aku merasakan suhu badan Ummiagak tinggi sikit.

“Takmengapa. Ummi ni cuma kepenatan. Maklumlah sudah tua.” Senyuman Ummi sangatmenenangkan hati.

“Hani. Ummi lupa nak tanya kamu ni. Kamu dah sedia nak kerja ke?” Pertanyaan Ummiitu agak mengejutkan.

“Nakkatakan sedia ni belum jugalah Ummi. Sebab satu tawaran pun saya belum terimalagi.” Aku mengaru kepala yang tidak gatal.

 “Belum dapat tawaran lagi? Bagus tu. Bagus.”Ummi meninggalkan aku tanda tanya. Apa yang bagus kalau belum dapat tawaran.Aku mengekori Ummi masuk ke dapur.

“Kenapapula bagusnya Ummi.” Aku menerjah Ummi. “Ish kamu ni. Kalau Ummi ada sakitjantung macam mana?” Ummi mengusap dadanya. Aku hanya tersenyum.

“TapiUmmi tak sakit jantung kan? Apa dia Ummi, kenapa Ummi cakap bagus tadi?” Akumerenung wajah Ummi yang ayu itu.

“Baguslah,sebab Walid baru saja bercadang nak kamu sama-sama memajukan perusahaankeluarga kita ni.” Nak menolak pula terasa bersalah kalau di bandingkan denganbudi mereka yang sudah menjaga aku dari dulu hingga aku jadi bergini.

“Kalaumacam tu bagus sangatlah Ummi. Lagipun saya dapat menimba pengalaman. Ada jugapengalaman kalau-kalau dapat tawaran nanti.” Ummi hampir saja menyembur selepasmendengar jawapan aku tadi.

“Kenapapula ni Ummi?”

 “Ummi lupa pula yang Walid suruh rahsiakanpekara ni dahulu. Macam mana ni. Kamu pura-pura macam tak tahu nanti masa Walidtanya. Boleh?” Rupa-rupanya Ummi terlepas cakap mengenai pekara itu tadi.

“BaiklahUmmi, sedia menjunjung perintah Permaisuri.” Aku dan Ummi sama-sama ketawa.

“Ingattau. Pura-pura tak tahu nanti. Ummi nak naik ke bilik ni. Nak rehat.” Aku hanyamengangguk tanda faham arahan Ummi. Sebaik saja Ummi naik, aku pula masih dudukdi dapur memandang surat yang ditulis tadi.

“Cik!”Sofea mengejutkan aku yang sedang termenung.

“Mungkintu yang Puan Besar rasakan masa Cik tergah tadi.” Sofea salah seorang pembanturumah di rumah agam ni memang rapat dengan aku. Aku pula yang dikenakan semulasebab dia melihat apa yang aku lakukan pada Ummi tadi.

Next: Part 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jen J.S