Home Novel Cinta JADI ISTERIKU?
JADI ISTERIKU?
Maya Myra
17/8/2017 16:15:44
5,858
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

            PANG! 

            Satu tamparan hinggap dipipinya. Dia mengosok perlahan pipinya, terasa perit dipipinya akan bekas tamparan gadis dihadapannya itu. Matanya tidak lepas memandang renungan gadis dihadapannya itu. Setitis demi setitits air mata gadis dihadapannya itu mengalir dipipi mulus itu. Dia cuba menyentuh lengan gadis itu namun ditepis dengan kasar.

            “Apa salah saya? Apa kurangnya saya, sampai awak buat saya begini? Jawab Hazril!” Air matanya mengalir laju menuruni pipinya.

            “Err... sebenarnya, Zril…” Lidahnya kelu.

            “Sampai hati awak, Zril!” Dia menyeka air matanya.

            “Ariana, Zril tak tahu! Zril tak terfikir semua tu akan berlaku, please sayang…” Hazril memandang wajah gadis dihadapannya itu.

            Ariana merenung tajam kearah Hazril, hatinya kini sudah cukup sakit dengan penipuan yang telah dibuat oleh Hazril selama ini. Kini, Hazril menambah luka dihatinya dengan apa yang berlaku semalam.

            “Hazril, apa yang berlaku?” Ariana melihat beberapa orang dihadapan rumah Hazril.

            “Err… sayang, Zril akan jelaskaan. Tapi please jangan marah dengan apa yang Zril beritahu ni.” Dia menyentuh lengan Ariana.

            “Apa maksud awak? Apa semua ni?” Ariana memandang gadis disebelah Hazril.

            “Sayang, Zril… dan Erin kami kena tangkap khalwat.” Hazril memandang wajah Ariana.

            “What! Kena tangkap khalwat?” Hancur luluh hatinya mendengar apa yang dikatakan oleh tunangnya itu.

            Ariana terasa dunianya kelam seketika mendengar dari mulut tunangnya itu sendiri apa yang berlaku. Tubuhnya terhuyung hayang, lemah segala sendi lututnya. Tangannya berpaut pada kereta disebelahnya, air mata mengalir dipipinya.

            “Sayang...” Hazril memegang jemari Ariana.

            Ariana tersedar dari lamunannya, matanya menikam ke dalam anak mata Hazril. Hatinya sakit dengan penipuan Hazril terhadapnya, kecurangan yang Hazril sudah lakukan selama ini. Peluang demi peluang dia berikan, namun depan matanya Hazril sudah menggores hatinya yang cukup dalam.

             Hazril masih mengenggam jemari Ariana, dia mengelus perlahan tangan itu. Dia mengharap Ariana boleh maafkan dirinya.

            “Hazril, sudah berkali-kali saya beri peluang kepada awak. Hati saya sakit Zril, sakit bila mengenangkan kecurangan awak selama ini. Fine! Saya beri awak peluang, tapi apa yang sudah awak balas pada saya? Kesetiaan saya selama ini? Dengan penangkapan semalam, awak sudah lukakan hati saya kembali! Mana kejujuran dan janji awak?” Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Hazril.

            “Ariana... Zril sanggup berlutut depan awak, asalkan awak boleh maafkan kesalahan saya. Please sayang…” Hazril cuba ingin berlutut dihadapan Ariana.  

            Ariana merentap kasar tangannya dari genggaman tangan Hazril. Hazril terkejut seketika dengan tindakkan Ariana tadi.

            “Ariana, semua ini adalah salah faham semata-mata. Zril tak tahu pun Erin nak datang rumah Zril malam tu, dia minta tolong Zril.”

            “Minta tolong? Sampai masuk dalam rumah dan berduaan minta tolong macam tu ke?” Ariana menolak dada bidang milik Hazril. Hazril beranjak ke belakang setapak, dia menggosok perlahan dadanya.         

             “Sayang… tolong percayakan Zril, Erin dan Zril tiada apa-apa pun hubungan. Kami hanya rakan sekerja sahaja, dia secretary Zril dekat pejabat itu je."

             “Secretary? Kerja sampai dirumah ke?” Sindirnya.

             “Sayang… jangan,”

             “Enough! I don’t want to hear anything else. Sudah cukup awak melukai hati saya dengan pembohongan yang awak buat, saya tahu saya tidak seseksi secretary awak. Tapi, saya juga ada hati dan perasaan Zril! Mencintai awak adalah satu kesilapan terbesar saya, kejujuran saya pada awak hanya sekadar kertas yang nipis bila-bila sahaja boleh terkoyak.” Ariana memalingkan wajahnya sambil menyeka air matanya.

              “Ariana… sayang please maafkan Zril?” Menarik lengan Ariana.

              “Jangan panggil saya dengan perkataan ‘sayang’!” Ariana melangkah perlahan meninggalkan Hazril yang masih terkebil memandangnya.

              “Ariana Afina! Stop!” Hazril berlari lalu menyambar lengan Ariana.

              “Awak nak apa lagi ni Zril? Tak cukup ke awak dah lukakan hati saya…” Menarik lengannya.

               “Ariana, selagi awak tidak maafkan saya… saya tetap akan berdiri disini!” Memandang wajah Ariana dengan mendepa tangannya.

                 Ariana memandang wajah lelaki dihadapannya itu, dengan perasaan yang bercampur baur. Sakit dihatinya terlalu perit untuk dia menerima apa yang terlah berlaku kepadanya.

                 Hazril masih tidak berganjak, dia merenung wajah gadis dihadapannya . Selagi Ariana tidak mengatakan kemaafan untuknya selagi itu dia tidak akan berganjak walau setapak.

                Dia mendengus perlahan. “Fine! Saya maafkan awak…” Katanya perlahan.

               “Thank you dear! Zril janji, perkara begini tidak akan berulang lagi.” Dia mengelus tangan Ariana.

               “Zril… saya boleh maafkan awak, tapi untuk perhubungan seterusnya I’m so sorry.” Ariana menunduk wajahnya.

              “Sayang… what do you mean?” Kening Hazril berkerut memandang Ariana yang masih tertunduk memandang tanah.

              “Zril, kita putuskan sahaja pertunangan ini. Saya tidak boleh bersama dengan awak lagi. Awak fahamkan maksud saya?” Matanya bergenang dengan air matanya.

               “Apa?! Begitu mudah awak buat keputusan ini? Senang-senang awak putuskan hubungan kita,  four years Ariana!” Suaranya sedikit meninggi.

               “Dan awak? Begitu mudah curang dibelakang saya berkali-kali! Zril, sebenarnya saya tahu hubungan awak dengan Erin. Tapi, saya beri awak peluang untuk berubah. Sayangnya awak tak pernah sedikit pun berubah!” Memandang tajam ke arah Hazril.

               Hazril terkedu dengan pengakuan Ariana kepadanya, ‘Tidak! Aku tak boleh putuskan pertunangan ini. Apa kata keluarga aku nanti? Kalau Ariana ceritakan hal penangkapan aku dengan Erin bagaimana? Arghhh!’

              “Ariana… tolonglah jangan putuskan pertunangan ini. Awak tak terfikir ke apa keluarga kita kata nanti?” Memegang bahu Ariana.

              “Baru sekarang awak terfikir? Habis, awak buat hal diluar tidak pula awak terfikir apa yang bakal berlaku?” Menepis tangan Hazril dibahunya.

              “Tak… begini Ariana, bagi saya masa untuk fikirkan akan hal ini. Selepas itu, saya janji akan hantar family saya jumpa mak dan ayah awak di kampung.” Hazril mendengus perlahan.

              “Kalau itu kata awak, baiklah saya pegang janji awak itu. Tapi, kalau awak mungkiri janji awak… saya harus berterus terang dengan ibu dan abah dikampung apa yang telah berlaku.” Tegas Ariana       

              Hazril hanya mengangguk tanda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ariana.

             Ariana melangkah menuju ke keretanya, dia memaling wajahnya ke arah luar tingkap. Hazril masih memandangnya dari jauh. ‘Erghh! Kenapa awak buat begini pada saya Zril? Awak tahu, saya masih sayangkan awak…’ Desis hatinya. Ariana menghidupkan enjin keretanya meninggal Hazril yang masih memandangnya lagi.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.