Home Novel Cinta Unknown Love
Unknown Love
Red Velvet
2/12/2017 14:16:22
3,512
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

“Kalau one day I lumpuh you nak kawan dengan lagi tak?”

Pertanyaan Amizal membuatkan aku betul-betul terkedu. Lidah aku kelu untuk mengeluarkan kata-kata. Jujur aku katakan aku juga tidak tahu apa yang aku akan lakukan jika perkara itu berlaku.

Otakku ligat menyusun kata-kata agar dia memahami maksudku dan tidak terasa hati. “Mana mungkin seorang sahabat meninggalkan sahabatnya ketika dia dilanda kesusahan sekalipun.”

Tiada sahutan daripada jawapanku. “Soal masa depan, kita hanya mampu merancang je you, selebihnya Dia yang menentukan. Kalau I kuat, I terima you seadanya. Kalau sebaliknya, mungkin ada yang lebih baik untuk you and lagipun I tak nak sakitkan hati you. Sorry if this is not the best answer that you want to hear. You know right, I tak suka tabur janji palsu. Tipu sunat I buatlah hahaha,” aku harap jawapankusudah cukup memuaskannya.

Satu saat, dua saat dan, “Hahahaha… nevermind, I faham.Thanks sudi jawab soalan I.” Haih nasib baik budak ni balas. Kalau tidak jenuh aku nak susun ayat lagi. Apa hallah tiba-tiba soalan ni yang dia nak tanya.

You’re welcome. I hope you tak simpan jarum dalam peti pulak hehe.”

Maaf, itu yang diungkap oleh hati aku. Aku sebenarnya tak suka orang-orang yang aku rapat dan sayang tanya soalan pelik-pelik. Boleh gila dibuatnya! Silap hari bulan aku yang kiok dulu. Aku bukan jenis suka jujur bab-bab sayang orang nih. Sayang tak bermakna perlu diungkap.

Sejurus talian dimatikan,aku berdoa agar Allah melindungi orang-orang yang aku sayang dan semoga kasih sayang aku kerana Allah ini berkekalan. Jika suatu hari nanti hati aku berbolak-balik dan diriku tidak seperti kini, aku harap aku tidak akan menyakiti hati mereka.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Red Velvet