Bab 16
SEJAMBAK bunga
ros merah berada di tangan Alex. Ianya sebanyak 12 kuntum dan dibungkus cantik.
Sahabat baik Alex, Hendry sebelum ini pernah menyatakan bahawa bunga ros merah
yang mempunyai 12 kuntum menunjukkan seseorang lelaki itu telah jatuh cinta
dengan seorang gadis.
Awal
pagi lagi Alex telah bersiap-siap untuk bertemu dengan Rania di guesthouse. Walaupun malam tadi dia
tidur agak lewat kerana asyik memikirkan tentang Rania.
Hampir
jam 8.00 pagi, Alex sudah terpacak di lobi guesthouse
untuk menunggu Rania yang dicintai. Hari ini dia perlu berkomunikasi dan
menyusun ayat dengan sebaik mungkin supaya tidak membuatkan gadis itu didesak
atau tersinggung.
Alex
ada strategi tersendiri. Dia segera melabuhkan punggung di sofa yang disediakan
oleh pihak guesthouse. Hiasan di
ruang lobi sungguh ringkas sesuai dengan imej guesthouse tersebut.
Mata
Alex sekejap-kejap memandang ke arah tangga sebaik sahaja mendengar bunyi tapak
kasut atau suara mereka yang turun dari tingkat atas. Banyak mata yang mencuri
pandang ke arah Alex yang setia bersama sejambak bunga ros merah. Sungguh
romantik! Mungkin mereka berfikir, siapalah gadis yang bertuah menerima
jambangan bunga ros daripada seorang lelaki handsome
dan gentleman.
Sedang
asyik Alex membelek majalah hiburan yang disediakan di situ, telinganya
terdengar suara wanita. Alex segera menoleh ke arah suara itu. Muncul 3 orang
gadis yang bertudung sedang menuruni anak tangga dengan langkah berhati-hati.
“Kita
minum air kopi dulu, kemudian kita keluar aja.” ujar Tuti memberi cadangan. Beg
sandangnya diletakkan di lantai.
“Sipp.
Aku sejuk banget, yuk minum air panas.” balas Vina dengan mengosok-gosokkan
kedua tangannya.
“Aku
mahu air kopi.” Femil mula melabuhkan punggungnya di sebelah Tuti.
“Iya,
biar aku yang ambilkan.” Vina menawarkan diri untuk membantu.
“Al-Quran
Rania gi mana? Kita mahu letakkan di receptionist?”
Vina bersuara, tiba-tiba dia teringat akan al-quran mini Rania yang tertinggal
di sisi katilnya pagi ini.
“Loh,
aku lupa terus hal itu.” balas Femil menepuk dahinya. Tuti hanya mendiamkan
diri.
“Aku
ada cadangan. Itu pun kalau teman yang lain setuju sama aku.” ujar Vina dengan
penuh bersemangat.
“Apa
cadangannya? Ayuh, kasi tahu sama aku loh.” Femil tidak sabar untuk
mengetahuinya.
“Aku
mahu tinggalkan di receptionist.
Rania masih belum check-out. Pasti
dia akan ke sini semula untuk mengambil barang-barangnya.”
“Aku
setuju cadanganmu.” balas Tuti sambil menganggukkan kepalanya. Femil turut
menganggukkan kepala.
“Ya,
kalau semua udah setuju kita tinggalkan al-quran ini lantas tulis sedikit pesanan
untuk Rania.” Vina membuat keputusan muktamad bagi menyelesaikan masalah teman
sebilik mereka.
“Ayuh
dong, segera minum nanti lambat untuk shopping.”
Vina terus bingkas bangun daripada sofa.
Sebaik
sahaja Vina menuju ke kaunter receptionist,
matanya tepat terpandang sesusuk tubuh lelaki yang dikenali. Tangannya menyiku
Femil yang agak kelam-kabut membetulkan tudung kepalanya.
“Ada
apa?” soal Femil hairan dengan tingkahlaku Vina.
“Lihat
di depan. Itukan Alex, kawan Rania.” Vina separuh berbisik kepada Femil. Dia
cuba mengingatkan Femil. Berkerut dahi Femil melihat ke arah lelaki Korea yang
segak memakai kot hitam panjang.
“Iya,
seperti aku pernah melihatnya. Tapi di mana ya?” soal Femil kembali.
Vina
menepuk bahu temannya dengan sedikit kuat.
“Itu
lelaki Korea yang pernah menghantar Rania di guesthouse kelmarin. Aduh, lambat benar mikirinnya!” tempelak Vina.
Tuti
hanya memerhatikan Alex dengan seribu persoalan.
“Aah,
benar dong.” Femil mengiyakan seolah-olah sudah mendapat kembali ingatannya
tentang lelaki Korea itu.
“Lelaki
itu telah beri Rania hadiah jam tangan yang cantik!” ujar Vina separuh
berbisik.
“Ya,
mantap sekali! Lihat dia bawa bunga ros untuk Rania. Aduh, asik! Romantik dan ganteng
lelaki Korea.” Vina mula berangan. Dia sangat teruja melihat lelaki yang
membawa bunga ros untuk pasangannya. Lelaki idaman hati!
“Vina,
hentikan lamunanmu. Siapa nama lelaki itu?” soal Femil yang agak blur di pagi hari.
“Alex,
namanya. Sesuai dengan orangnya. Aduh, ganteng banget!” ujar Vina teruja terus
bila berbicara tentang Alex.
“Udah,
cepat dong. Kata mahu segera shopping
tapi masih lagi di sini.” ujar Tuti yang mula bersuara setelah mendengar
perbualan temannya.
“Wah,
assik banget Rania dapat bunga ros! Aku cemburu ni..” ujar Vina perlahan.
Femil
dan Tuti turut memandang ke arah Alex dengan senyuman.
“Kita
beri aja pada Alex. Mungkin dia sudah berjanji mahu ketemu sama Rania di sini.”
Vina menukar cadangannya.
“Bagus
juga cadangan itu. Beri aja pada Alex, biar dia uruskan.” Tuti turut setuju
dengan cadangan Vina.
“Aku
beri aja padanya.” Vina segera menuju ke arah Alex yang turut terdengar nama
Rania di sebut-sebut oleh kumpulan wanita ini.
“Excuse me, Rania just left her al-quran.
Please give to her. Thank you.” ujar Vina dengan senyuman tidak lekang dari
bibirnya.
Sumpah!
Ganteng banget lelaki yang bernama Alex ini. Sangat beruntung Rania berkawan
dengannya. Pasti ada sesuatu antara mereka. Vina sempat membuat andaian
sendiri.
“Okay, thank you.” balas Alex dengan
penuh tanda tanya.
Beg
kertas yang berisi al-quran diambil daripada tangan Vina. Setelah kelibat 3 gadis itu hilang daripada
pandangan matanya, Alex duduk semula di sofa yang disediakan. Matanya tidak
lepas melihat beg kertas yang ditinggalkan sebentar tadi kepadanya.
Alex
sempat membuat andaian sendiri, Rania sudah keluar dari guesthouse seawal pagi dan dia akan kembali semula ke guesthouse. Ke mana Rania menghilang
pagi ni?
Majalah
diletakkan semula ditempat asal. Alex menarik nafas dalam-dalam. Hatinya mula
berbunga-bunga seolah-olah matahari memancarkan cahaya ke bumi. Harapan yang
cerah. Alex tidak sabar untuk bertemu dengan Rania!
Sementara
itu, Rania sudah separuh berjalan di laluan course
1. Dia berhenti seketika, kaki kanannya dipegang perlahan. Rania mendengus
perlahan. Terasa sakit di belakang pelepat kaki kanannya. Badannya mula berasa
panas.
Rania
mula keletihan, tanpa berlengah punggungnya dilabuhkan di sebuah kerusi yang ada
di situ. Aah, lega sungguh dapat duduk. Tekak Rania sangat haus, tangannya
mencari sesuatu daripada beg sandangnya. Akhirnya banana milk berada di tangan, segera dimasukkan straw lalu diminum dengan penuh nikmat.
Dia tersenyum semula, kini Rania memperolehi semula tenaga yang hilang.
“Kenapa
kamu suka banana milk?” soal Alex.
“Sebab
di Malaysia tiada. Hahaha.” jawab Rania dengan gelak besar. Matanya berair.
Rania
termangu sendirian. Banana milk
segera diletakkan dipehanya. Dia tertunduk perlahan. Perbualan dia bersama Alex
semasa di Pulau Nami tiba-tiba muncul di memorinya. Rania mendongak semula dan matanya memandang
terus ke sungai yang mengalirkan air yang sungguh jernih. Namun, tidak sejernih
hatinya yang serabut memikirkan Alex, Yoonah dan baby. Mengapa mereka bertiga ini muncul dalam aktiviti mengembara
aku.
Kalau
masa boleh diputarkan, mahu sahaja aku tidak mahu berjumpa dan mengenali
mereka. Rania ingin sekali mahu menjerit bagi melepaskan perasaannya, namun dia
menahan diri daripada berbuat demikian. Tempat itu tidak sesuai untuk menjerit.
Mata Rania kuyu memerhatikan orang yang berjalan di situ.
Hari
semakin cerah, walaupun cuacanya nampak seperti panas namun angin dan suhu
tetap sejuk bagi Rania. Hampir 2 jam dia berada di situ melayan perasaan sakit
hati dengan berita gembira bagi Yoonah. Rania baru sahaja mahu merawat hatinya
yang sakit, namun pagi ini segalanya bertambah sakit!
Kruk…
kruk… kruk…
Rania
memandang ke kiri dan ke kanan.
Automatik tanggannya memegang perut dengan kedua belah tangan.
“Perut
ni saja buat hal. Aku masih lagi sedih tapi sudah masa untuk makan.” desis
Rania perlahan.
“Mahu
makan apa?” soalan itu muncul di minda sedarnya.
“Hanya
beberapa jam sahaja lagi aku akan meninggalkan kota metropolitan Seoul, aku
perlu memanfaatkan masa ini dengan menikmati masakan asli orang Korea.” Rania
pantas membuat perancangan untuk dirinya.
Tiba-tiba
Rania teringat sebuah blog yang mencadangkan merasai ikan bakar gaya orang
Korea. Tanpa berlengah lagi, kaki Rania laju melangkah menuju kawasan
Myeongdong, tidak jauh dari sungai Cheonggyecheon. Tangan Rania tangkas mencapai beg sandang
lalu segera disandangkan. Dia bingkas bangun dan melangkah menuju ke sana.
Selepas hampir 30 minit mencari
kedai yang dimaksudkan akhirnya Rania menjumpainya. Kedai tersebut agak
tersorok daripada jalan utama. Rania tersenyum lebar. Hajatnya tercapai dan
sempat lagi untuk makan masakan Korea sebelum terbang ke bumi Malaysia.
Aroma ikan bakar dapat dihidu sebaik
sahaja Rania tiba di deretan kedai ikan bakar. Sebelum masuk kedai, mata Rania melilau melihat ikan-ikan pelbagai saiz sedang
dibakar. Semuanya nampak menyelerakan.
Seketika kemudian,
“Saya mahu seafood set.” ujar Rania sambil menunjukkan menu yang mahu dipesan
kepada seorang ahjumma yang kelihatan
sudah berumur namun masih cergas. Ahjumma
itu mengangguk kepala dan tersenyum mesra. Bau ikan bakar membuatkan perutnya
semakin berkeroncong minta segera diisi.
Tidak sampai 20 minit, ahjumma kembali semula bersama set menu
yang dipesan. Ada semangkuk kecil nasi putih, kimchi, sayur taugeh segar,
seekor ikan bakar dan sotong yang dimasak ala-ala sambal. Air teh tanpa gula
turut dihidangkan bersama.
“Siksa haseyo (Selamat menikmati
makanan),” ujar ahjumma yang peramah dan murah dengan senyuman.
“Kamsa
hamnida.” balas Rania dengan menundukkan sedikit kepalanya.
Tanpa melihat ke kiri dan ke kanan, Rania
segera mengambil copstik dan mula menikmati hidangan di depan mata tanpa
berfikir perkara lain. Dia tekun mengunyah sotong segar yang dimasak sambal,
benar-benar memenuhi citarasanya.
Ikan bakar tersebut dibelah dua,
dibuang kepala dan tulang ikan. Hanya isi ikan bakar yang dihidangkan. Sebuah
mangkuk kecil yang berisi sos yang berwarna hitam turut disertakan. Sos itu
mempunyai rasa masin dan sedikit pedas sesuai untuk dicecah bersama ikan bakar
yang tawar.
“Erk! Alhamdulillah.” Rania
tersandar di kerusi.
Kaki Rania tidak lagi lenguh setelah
berehat selama 40 minit di kedai makan itu. Majoriti pengunjung di situ adalah
rakyat tempatan. Hanya dia seorang sahaja warga asing yang muncul di kedai ikan
bakar yang mempunyai 2 tingkat.
Tut… tut… tut…
Tiba-tiba bunyi pesanan ringkas
daripada Zaidah masuk ke dalam peti pesanan. Rania segera membuka lalu dibaca
pesanan tersebut.
Assalam
Rania. Boleh tolong aku tak? Kau masih ada lagi di Myeongdong kan?. Aku
tiba-tiba teringin mahu makan candy halal yang dijual di situ. Kau tolong
carikan boleh tak? Terima kasih kawan baikku dunia dan akhirat. Tak sabar mahu
jumpa di KL. :)
Rania mengelengkan kepala membaca
pesanan ringkas tersebut. Tahu-tahu saja aku masih lagi berada di Myeongdong.
Seperti ada CCTV dari Kuala Lumpur nampak semua pergerakan aku di sini.
Syukur, semalam aku terperasan
seorang lelaki Korea yang pandai berbahasa Melayu menjual candy tu. Kalau tak, Zaidah akan berputih mata. Dalam waktu yang
terhad ini, Rania terpaksa mendahulukan masa untuk perjalanan ke airport. Rania mahu berada awal di airport bagi mengelakkan sebarang
perkara yang tidak diingini.
Usai
membeli candy tersebut, Rania
bergegas semula ke guesthouse. Di
tangannya menggenggam erat sebuah beg plastik yang berisi 10 paket candy pelbagai perisa seperti coklat dan
strawberi.
Rania
turut membeli candy yang dibungkus
rapi untuk keluarga dan rakan-rakan bagi merasai sendiri kuih tradisional
rakyat Korea. Dia melihat sendiri candy
yang berinti kacang ini disalut dengan gula. Candy ini juga dikenali sebagai tae-rae.
Pemuda
Korea yang menjual candy tadi pandai
mengambil hati pelanggan dengan menguasai bahasa Melayu dan peramah orangnya.
Rania sempat mengambil gambar pemuda tersebut yang sibuk menunjukkan cara-cara candy tersebut dibuat. Ianya satu
pengalaman baru yang sangat menarik!.
Langkah
kaki Rania semakin panjang setelah melihat jam tangannya menunjukkan ke angka 2
petang. Dia perlu segera ke guesthouse
semula untuk mengambil barang-barangnya yang ditinggalkan.
Sebaik
sahaja Rania menjejakkan kaki di lobi guesthouse,
jantungnya berdegup kuat seperti gunung berapi yang mengeluarkan lava panas.
Alex berada di sini! Rania segera berjalan tanpa memandang ke arah Alex.
Kononnya tidak perasankan Alex yang leka dengan telefon pintarnya.
“Kamsa hamnida, bye bye.” ucap Rania
sambil tersenyum kepada staf lelaki yang bertugas di situ. Rania membawa beg
tariknya dengan cermat menuju pintu keluar.
Mata
Alex terus menangkap kelibat Rania yang sudah berlalu di depannya. Dia hampir
tidak perasaan kerna sibuk membalas email daripada rakannya.
Alex
bingkas bangun. Dia turut mencapai jambangan bunga ros dan beg kertas yang diberikan oleh 3 gadis
tadi.
“Rania!!”
jerit Alex.
Kaki
Rania laju menuju ke stesen subway.
Mendengar namanya dipanggil orang, langkah Rania semakin panjang.
“Rania
tunggu!!” jerit Alex lagi.
Dia
berlari ke arah Rania yang semakin maju ke hadapan.
Rania
hanya memekakkan telinganya. Dia sudah mula rimas dengan gangguan Alex yang asyik
mengekorinya.
“Rania!!!”
tiba-tiba lengan Rania dipegang erat oleh Alex.
Mata
Rania terbeliak besar. Jantungnya berdebar kencang. Akhirnya Alex dapat juga bertemu
dengan Rania pada hari terakhir di bandar moden, Seoul.
“Kenapa
ni Alex!!!” teriak Rania.
“Lepaskan
tangan saya, sakit!” kata Rania dengan wajah yang merah.
“Sorry!” ucap Alex. Dia segera melepaskan
genggamannya.
Ianya
diluar kawalan Alex berbuat begitu. Rania hanya menjeling tajam ke arah Alex.
Jelingan maut itu sungguh menakutkan Alex! Seolah-olah dia sudah membuat satu
kesalahan besar seperti membunuh orang.
Rania
hanya meneruskan perjalanan setelah Alex melepaskan genggaman tangannya.
Wajahnya mencuka masam. Orang yang lalu di situ mencuri-curi pandang insiden
pasangan muda ini. Ada yang tersenyum dan ada yang mengelengkan kepala.
“Rania,
kenapa marah sangat ni? Apa yang saya sudah buat!” ujar Alex cemas.
Dia
berjalan seiringan dengan Rania. Mendengar kalimah itu, Rania pantas menoleh ke
wajah putih Alex. Dia berhenti berjalan.
“Saya
marah sebab kamu asyik mengekori saya. Semalam lagi saya sudah kata, tidak
perlu hantar saya ke airport! Kamu ni
degillah!” Rania terus menyemburkan rasa ketidakpuasan hatinya.
“Takkanlah
disebabkan perkara kecil seperti itu kamu menjadi marah. Cuba beritahu saya,
apa sebenarnya yang berlaku.”
Alex
cuba mengorek rahsia sebenar yang membuatkan Rania menjadi marah apabila
bertemu dengan dirinya. Bagaikan anjing dan kucing bertemu. Saling bermusuhan!
“Saya
mahu cepat ke airport. Malas saya
mahu bercakap dengan kamu. Faham!”
Hati
Rania memberontak sakan mahu memberitahu perkara sebenar bahawa dirinya amat
membenci Alex.
“Rania,
cuba pandang muka saya. Beritahu saya apa sebenarnya yang kamu tidak puas hati
dengan saya.” rayu Alex namun Rania hanya memekakkan telinga. Langsung tiada
reaksi.
Melihat
itu Alex mula tidak betah berdiri.
“Kamu
sangat berbeza hari ini. Ini bukan Rania yang saya kenali 4 hari lalu.” ujar
Alex tanpa menghiraukan banyak mata yang memandang mereka berdua.
“Saya
tetap akan menemani kamu ke airport.
Mari saya bawakan beg. Kamu ambil bunga ros ni.” ujar Alex dengan tegas.
Rania
tergamam diperlakukan begitu. Banyak mata yang memandang mereka. Rania sungguh berasa
tidak selesa, kerana orang di sekeliling memerhatikan dan seolah-olah
menyuruhnya mengambil bunga yang diberikan oleh Alex.
Dia
mengetap bibir. Hatinya panas bila Alex menghulurkan jambangan bunga ros merah
di khalayak ramai. Dengan rasa teragak-agak, Rania mengambil jambangan bunga
itu dengan perlahan.
Alex
hanya tersenyum puas sebaik sahaja Rania terpaksa menerima jambangan bunga ros.
Rania menebalkan muka dan badannya mula berasa panas yang amat. Wajah Alex langsung tidak dipandang.
“Kawan
kamu tinggalkan pesanan untuk kamu. Katanya ada barang yang tertinggal di
bilik. Ini dia.” Alex terus menghulurkan beg kertas.
Rania
menoleh semula dan memandang beg kertas tersebut dengan tanda tanya dalam
fikirannya. Barang tertinggal? Rasanya semua barang aku sudah packing dan bawa sekali masa check-out tadi.
Dengan
perlahan, Rania menerima beg kertas itu lalu segera dilihat isi kandungannya.
Ya ALLAH, al-quran mini aku! jerit Rania dalam hatinya.
Macam
mana aku boleh cuai meninggalkan barang yang paling berharga dalam hidupku.
Rania segera memeluk beg kertas itu dengan penuh rasa syukur. Alex hanya
memerhatikan dengan ekor matanya perlakuan gadis Melayu yang masih marah akan
dirinya.
“Kamu
masih sempat ke airport. Tidak perlu terburu-buru
untuk ke sana.” ujar Alex sempat memberi nasihat kepada Rania bagi mengurangkan
rasa tertekan.
Rania
hanya mendiamkan diri. Alex akur dengan situasi itu. Rania masih marah lagi
kepada dirinya. Batin Alex mahu sahaja memeluk Rania bagi menghilangkan rasa rindunya,
namun dia masih boleh menahan. Nasib aku hari ini! Alex
mendengus lemah. Jarinya digenggam kuat.