“ Terima kasih dik...datang lagi...”
Hartini memaniskan muka. Pelajar sekolah seramai lima orang itu berlalu setelah membuat pembayaran. Dia agak keletihan. Awal tahun memang dia akan terasa cepat letih kerana ramai pelajar sekolah yang akan ke kedainya untuk membeli buku rujukan tambahan dan buku latihan. Kedainya memang menjadi tumpuan pelajar kerana harga yang diberikan berpatutan. Malahan, ada sesetengah buku telah diberikan potongan sebanyak 10%.
Dia membuka botol mineral yang dibawanya daripada rumah. Mahu melepaskan dahaga yang semakin menyiksanya. Fuh...lega!
Eh...mcam pernah nampak je mamat ni? Tapi kat mana ya...dia cuba untuk mengingati wajah pemuda yang baru memasuki kedai dengan pandangan yang penuh tanda tanya.
“Kau lagi? Maisara mana?”
Tanpa salam, tanpa senyuman...Pemuda di depannya menerjahnya dengan soalan begitu. Sombongnya...Sombong? Oh...Pemuda itu!
“Awak nak apa? Maisara tak ada. Dia keluar”
Hartini menjawab ala kadar. Malas mahu berbahasa dengan orang yang tidak tahu menjaga hati orang lain.
“Oo...Maisara tak ada, so...Kau boleh curi tulang la yea...”
Kurang ajar!
Sabar Tini...Sabar...Jangan naik angin dengan orang sebegini. Dia cepat-cepat beristifar di dalam hati.
“Awak nak apa? Ada urusan yang penting ke dengan Maisara? Bila dia balik nanti,saya akan sampaikan pesanan”
Dia masih lagi mahu berbaik. Risau juga kalau-kalau pemuda sombong ni tetamu istimewa Maisara. Lagipun pemuda ni macam kenal je ngan Maisara...Dia masih lagi mahu membuat andaian...
“Berangan!”
Dia terperanjat. Pemuda di depannya itu menumbuk kuat meja di depannya.
“Awak ni kenapa?” Hartini sudah mula rasa panas...
“Kau tu yang ‘kenapa’ ...Bukan aku! Aku panggil banyak kali tapi kau boleh tenung je aku macam kerang busuk!”
What??
“Awak panggil saya?”
Masakan aku tak dengar? Hartini berkata dalam hati.
“Habis tu, kau ingat aku panggil meja?kerusi? or...Bunga yang dah nak mati depan kau ni?”
Hartini hanya terkulat-kulat mendengar omelan pemuda sombong tersebut yang dengan sengaja mematahkan bunga ros yang berada dalam botol kecil yang diletakkan diatas meja. Bunga itu tidak mati tetapi sedikit layu...Mungkin aku terlupa mahu mengantikan air dalam botol itu pagi tadi.
“Maafkan saya...”
Dia mengalah. Tidak mahu memanjangkan cerita. Dan yang lebih penting, bagaimana sakitnya hati dan perasaannya sekarang, dia perlu menjaga nama baik kedai buku Maisara.
“Nah!”
Pemuda tersebut menghempas kuat kertas kecil yang berada dalam gemgaman ke atas meja.Dia mengambil kertas tersebut dan sekali lagi dadanya sesak...Pemuda ini...
Seketika,dia teringat perbualannya bersama Maisara semalam....
Tengahari semalam dia tidak keluar untuk membeli makanan. Dia ada membawa bekal dari rumah. Bulan ini dia memerlukan duit yang agak banyak daripada biasa kerana kedua adiknya Hardina dan Haryani perlu membayar yuran peperiksaan minggu depan. Nampaknya, tak boleh lagilah aku nak beli handfhone bulan ni..dia senyum sendirian…Insya-allah…ada rezeki aku bulan depan…dia menahan sabar.
“Tini...kenapa tak keluar makan?”
Maisara selaku bosnya menegur ramah. Mengambil tempat di sebelahnya.
“Pagi tadi Tini masak lebih nasi lemak ni...tu yang bawak bekal. Akak dah makan?”
Dia menyoal. Dipandangnya bekas nasi lemak yang dah tinggal separuh. Nak pelawa ke?Nampak macam kurang sopan mempelawa nasi yang telah dimakan.
“Akak dah makan ngan Abang Norman tadi..Abang Norman ada meeting kat kawasan ni tadi. Tu yang dia ajak akak lunch sama..”
Dia hanya mengangguk. Faham benar dengan kebaikan suami bosnya itu. Tidak pernah sekalipun dia ternampak pasangan bahagia itu bertengkar, segalanya nampak macam baik-baik sahaja. Semoga Allah panjangkan jodoh akak sampai akhirat..ikhlas dia mendoakan. Maisara seorang yang baik, pasti Allah kurniakan seorang suami yang baik seperti Abang Norman untuknya. Bukankah wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik?
“ Tini..akak nak tanya ni..tapi, akak tak mahu Tini kecik hati..”
Lambat-lambat ayat itu dituturkan oleh Maisara. Dia mengerutkan dahi..macam ada yang tak kena je…
“Tanyalah akak…”
“Minggu lepas ada tak adik kawan akak datang sini?”
Dahinya semakin dikerutkan. Berupaya untuk mengingati wajah-wajah yang seakan dia kenal datang ke kedai itu sejak dua hari yang lepas. Dia menggeleng perlahan..
“Tak ada kak..adik siapa? Kak Ramlah ke..or Kak Syireen?”
“Adik Kak Sofea...”
“Kak Sofea ada adik?”
Maisara mengganguk. Mengiyakan kata-katanya.
“Kak Sofea cerita kat akak yang adikya marah-marah lepas balik dari kedai kita. Katanya Tini cakap bukan-bukan dengan dia..menyindir dia..”
Ya Allah! Dia tergamam. Siapa yang memfitnah aku?
“Demi Allah kak...saya tak buat seperti apa yang adik Kak Sofea cakap. Akak kenal saya macammana kan? Kak Sofea marah saya ke kak?”
Dia bertanya. Gusar wanita sebaik Kak Sofea akan berburuk sangka dengannya.
“ Tini janganlah fikir bukan-bukan. Akak tak percaya cuma mahu cerita dan bertanya dengan Tini sahaja…kot-kot la adik Sofea tu tersilap kedai, dia baru balik dari UK. Kak Sofea kirim salam. Petang esok dia mungkin datang..nak ambil buku yang dia order untuk sekolahnya”
Dia hanya mengangguk…Tidak sabar mahu bertemu dengan Kak Sofea, mahu menjernihkan keadaan….
“Hoi! Kau ni memang banyak berangan kan? Aku hairan la, macammana Maisara boleh ambik kau kerja ngan dia...”
Sekali lagi dia disergah. Hilang segala perbualan bersama Maisara semalam, yang ada di depan matanya sekarang adalah seorang pemuda yang tidak beradab! Itulah, duduk lama sangat kat luar negara sampaikan sudah tidak reti berbudi bahasa.
“Awak boleh tak kalau bercakap, fikir dulu...Tak guna kita ni,belajar tinggi-tinggi tetapi tak pandai nak berfikir sebelum cakap...”
Hartini seperti sudah kehilangan sabar. Pemuda sombong ini adik Kak Sofea? Kenapa bagai langit dan bumi?
“Kau cakap aku tak berfikir sebelum cakap? Berani kau cakap macam tu kat aku?”
Pemuda tersebut membulatkan matanya. Apa? Ingat aku takut?
“Kenapa saya tak berani? Awak siapa? Dahlah pandai memfitnah saya...”
“Aku fitnah kau?Bila?”
Hartini melihat pemuda tersebut seperti kebingungan.
“Jangan nak berlakon...”
Hartini tidak mahu lama-lama berdepan dengan pemuda sombong itu. Dia berlalu untuk mencari buku-buku yang dipesan oleh Kak Sofea.Dia terasa pemuda tersebut mengekorinya daripada arah belakang tetapi dia buat-buat tidak nampak. Serasanya dia sudah letih mahu bergaduh. Dia juga amat pelik dengan dirinya sekarang, kenapa cepat sangat naik angin? Bukankah aku seorang yang sentiasa tenang?
“Wait...Aku tak puas hati lagi ngan kau. Kau nak kemana ni?”
Hartini memberhentikan langkah secara tiba-tiba. Dia menoleh kebelakang. Kaget. Pemuda itu betul-betul dibelakangnya! Hampir sahaja muka mereka bersentuhan...Akibat terkejut yang teramat, pemuda tersebut telah menolaknya dengan kasar. Dia terdorong kebelakang dan terlanggar rak buku yang berada disitu. Beberapa buah buku jatuh bertaburan. Hartini mengaduh kesakitan. Tulang belakangnya seperti ngilu.
“Ya Allah...Sorry, sorry..Aku tak sengaja. Aku terkejut tadi...Aku tak ada niat nak tolak kau. Macammana ni, kau ok tak?”
Hartini berusaha untuk bangun tetapi terasa agak payah. Dia terpaksa berpegang pada lengan pemuda itu walaupun dalam hatinya tuhan yang tahu betapa sakit hatinya dia pada pemuda tersebut. Mujurlah pemuda sombong tersebut memakai kameja berlengan panjang, sekurang-kurangnya dia tidak berasa terlalu segan mahu meminta pertolongan.
“Aku hantar kau ke hospital”
“Tak payah, saya tak apa-apa...”
“Irfan! Tini! Kenapa ni?”
Hartini terdengar suara Maisara yang agak terkejut melihat dia yang bersusah payah untuk bangun.
“Kak Mai..Saya bawa Tini ke hospital ya..”
Pemuda yang dipanggil Irfan oleh Maisara seakan merayu kepada majikannya. Dia terasa lucu pula. Selama ini dia beranggapan pemuda tersebut hanya tahu marah-marah dan tak punya perasaan!
“Iya..iya...Irfan, jangan lupa hantar Tini balik rumah dia lepas kamu hantar ke hospital”
“Baik kak...Saya pergi dulu”
.........................................................................................