Home Untold Story Kisah Hidup Hati yang Remuk
Hati yang Remuk
Misho moshi
24/4/2019 21:02:41
1,621
Kategori: Untold Story
Genre: Kisah Hidup
Senarai Bab
Prolog

Argghh!! Serba tak kena semua yang aku buat akhir-akhir ini. Serba salah aku nak menghadap dunia lagi esok. Aku malu dengan diriku sendiri.


     Aku Juwita. Seorang wanita yang sudah 2 tahun memegang gelaran “graduan mengganggur” sejak tahun 2017 dalam bidang sains. Dulu, sewaktu zaman persekolahan aku, seringkali para pelajar diberi motivasi bahawasanya bidang aliran sains ini menjanjikan peluang kerjaya yang lebih luas berbanding aliran selainnya. Aku rasa setiap sekolah juga pasti digembar-gemburkan seperti itu juga dalam program motivasi, kaunseling dan sebagainya.


       Sebenarnya, cita-citaku adalah menjadi seorang psikologi atau kaunselor sebab aku masih berminat dengan bidang kedoktoran. Akan tetapi, aku mengalami fobia yang tinggi dengan pembedahan organ tubuh haiwan, maka sejak dari itu aku berfikir, ‘Walaupun aku tidak mampu menjadi seorang doktor yang boleh merawat penyakit seseorang secara fizikal, tidak mustahil bagiku untuk membantu mental dan rohani pesakit’.


      Sayangnya, orang tuaku kurang mempersetujui pilihanku itu di saat aku harus membuat pilihan kursus pengajian di peringkat universiti. Aku berhasrat melanjutkan pelajaran di negeri seberang kerana aku sudah terbiasa berjauhan dengan keluargaku. Sekali lagi, pilihan tersebut tidak direstui kedua orang tuaku. Akhirnya, aku tanyakan apa yang mereka mahukan.


“Carilah kursus yang berdekatan dengan kawasan rumah supaya tidak ada kesulitan untuk berulang-alik ke sana. Lebih baik kalau cari universiti yang masih di dalam negeri ini”, saran ayahku.


“Kamu kan pandai dalam pelajaran Matematik, boleh mengajar pula itu. Bagaimana jika kamu memilih kerjaya sebagai guru Matematik. Manalah tahu dapat sekolah berdekatan rumah bila dah kerja nanti. Cuti pun senang, kan?” cadang ibuku pula.


   Aku sedar saranan mereka memang menginginkan yang terbaik buatku tapi masih khuatir jika aku berjauhan dari keluarga kerana aku seorang perempuan. Aku cuba pujuk mereka lagi dengan hasrat sebenar aku tentang pemilihan kursus tetapi mereka tetap kurang bersetuju dan hal itu membuatkan aku risau jikalau tidak mendapatkan restu mereka. Aku sudah dipupuk sejak kecil untuk sentiasa mengharapkan restu kedua orang tua sebelum melakukan sesuatu.


    Aku sedikit risau saat ini tentang pemilihan sesuai kehendak mereka kerana yang menanggung realitinya nanti adalah aku sendiri. Tapi demi restu mereka, aku hanya mampu bertawakal pada Allah untuk memberikan jawapan-Nya untuk masa depanku.


      Hari yang dinantikan telah tiba, aku mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran di universiti negeri tempat tinggal kami sesuai hasrat kedua orang tuaku. Aku bersyukur kerana aku punya kesempatan melanjutkan pelajaran, tapi di sisi lain, aku risau aku tidak mampu menunjukkan potensi dan kebolehanku semaksima dalam bidang yang bukan menjadi pilihan.


     Hari-hari yang aku lalui selama menjadi mahasiswa di sana, aku seronok kerana aku menyertai kelab uniform sebagai aktiviti kokurikulum luar aku sebagai kepuasan dikala aku tertekan dengan pelajaran. Aku hanya menikmati aktiviti-aktiviti luar kursus dan kelab selama pengajian aku di universiti tapi aku tidak maksima didalam pelajaran-pelajaranku.


        Sehingga saat aku bakal dianugerahkan ijazah, aku masih mempunyai rasa tiada gunanya aku menghabiskan ini semua yang bukan keinginan ku. Aku berhasil menghabiskan projek tahun akhir ku tapi aku serasa ingin membuang thesisku yang tidak berguna itu. Sejak itulah, aku bingung dengan masa depanku. Akan tetapi, aku menemukan cinta baru yang dapat mengubati kekacauan hatiku saat itu apabila aku diberi peluang sekali lagi untuk belajar di pondok untuk program hafalan Al-Quran.


     Selama aku di pondok, tidak pernah selama hidupku, aku boleh merasakan ketenangan yang sebenarnya dalam hatiku saat aku belajar. Mungkin inilah mukjizat Al-Quran yang telah dikurniakan oleh Allah untuk seluruh umat-Nya. Apatah lagi perjuangan untuk menghabiskan pengajian agama dan pondok, serasa aku menemukan kembali diriku yang sebenarnya. Saat itulah, aku bahagia menjadi diriku yang sebenar-benarnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Misho moshi