Home Untold Story Cinta Serabut
Serabut
Che'ma
20/4/2019 09:30:03
4,307
Kategori: Untold Story
Genre: Cinta
Senarai Bab
Eh?

Deena menjenguk ke luar tingkap.Langit biru cerah di hiasi dengan gumpalan awan yang comel seperti gula-gula kapas.Ditambah pula keindahan pagi Jumaat ini dengan burung-burung berkicauan terbang menghiasi pesona alam.

'MashaAllah. Cantik ciptaan Allah ni.Syukur aku dipilih untuk menikmati keindahan ini,' bisik Deena dalam hati.

Deena mengenakan T-shirt Giodarno putih disarungkan cardigan.Tudungnya di selempangkan menjadi butterfly. Dia memandang ke cermin dan memeriksa kalau-kalau ada rambut yang terkeluar. Sudah puas hati, Deena keluar rumah dan membaca doa,


'Bismillahi tawakkaltu alallah'.


Dia berjalan kaki menuju ke kedai Speedmart 99 yang terletak di kawasan taman perumahan. Dia melangkah ke kedai dan menyapa Sarah, 


"Hai Sarah ! On duty ke hari ni? "

"Aah.Macam biasa la,kira untung. Hahaha"

"Tulah.Moga berlipat-lipat untungnya"

"Eh,kau tak kerja ke hari ni?"

"Tak lah.Aku mintak cuti.Ada hal sikit nak ke UTC Pudu"

"Oh..okay"

"Okaylah..aku nak cari barang jap.Kang terlupa pulak ape yang mak aku pesan tadi."

"Ha..pergilah.Nanti mengamuk Mak Teh tu."

Mereka ketawa serentak.Teringat tentang kisah masa kecil dulu,maknya mengamuk sebab Deena lupa beli santan gara-gara syok berbual dengan sahabat baiknya.Sampailah Mak Teh datang ke kedai sendiri dan menarik telinga Deena di depan semua orang.Mak Teh itu memang garang orangnya,tapi dia sangat penyayang.Cuma jangan cari pasal.Nanti riuh sekampung dibuatnya.


Deena merupakan anak perempuan tunggal dalam adik beradiknya. Abang-abang dan adiknya semua belum pulang ke kampung.Abang-abangnya yang telah berkahwin sibuk menguruskan hal keluarga masing-masing.Tinggallah Deena dan adiknya bersama ibubapa mereka di kampung.Tempat kerjanya pun dekat dengan rumah.Jadi ,bolehlah dia menjaga kedua oramg tuanya.


Deena menghempaskan badannya di atas katil.

'Huh..penatnya jalan kaki.Dah lama tak exercise rasanya.Macam maraton dah peluh ni'


Teeett...teeett..


Mesej masuk. Tertera nombor yang tidak dikenali.

'Eh, sape ni? Hantar gambar love love pulak.Silap orang agaknya'

Deena menaip, 

-Maaf tanya,siapa ni ya?

-Eh,tak kenal?

-Maaf,tak save nombor.Tukar phone baru.Nombor semua hilang.

Macam biasalah, bagi alasan yang cliche, supaya tiada menyingung mana-mana pihak.

-Oh.Kalau macam tu tak apalah.Nanti saya kenalkan diri. Okay,bye!


'Eh? Kenapa pulak orang ni. Haih..macam-macam orang zaman sekarang'

Deena kembali ke skrin dan menetapkan alarm. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Dia nak tidur sebentar. Niat Qailullah,moga dia berkesempatan untuk bangun malam ini.





Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Che'ma