2,757
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Tiada Lagi Lagu Cinta

Hingga ke saat ini,

aku masih begini.

Tidakkah kau mengerti,

cuba untuk memahami?

Walau hanya untuk sekali,

walau sekali.


Rapuhnya sekeping hati.

Lemahnya tubuh ini.

Disakiti, dilukai.

Dan tiada siapa peduli.


Tiada lagi lagu cinta.

Lagu yang sering kauputar.

Lagu yang sering kaunyanyi.

Hanya ada pedih.

Hanya ada sedih.

Setelah cinta ini kau hancuri.

Tiada lagi lagu cinta.

Lagu yang penuh merdu.

Lagu yang sungguh syahdu.

Disimpan suara itu.

Disimpan melodi itu.

Setelah cinta ini kau akhiri.


Saat-saat berharga,

kini tiada nilainya.

Langit yang membiru,

kelihatan mula kelabu.

Dan tiba lagi hari ini,

hari ini.


Berdarahnya sebuah hati.

Terbaring lemah di sini.

Disakiti, dilukai.

Dan tiada siapa peduli.


Tiada lagi lagu cinta.

Lagu yang sering kauputar.

Lagu yang sering kaunyanyi.

Hanya ada pedih.

Hanya ada sedih.

Setelah cinta ini kau hancuri.

Tiada lagi lagu cinta.

Lagu yang penuh merdu.

Lagu yang sungguh syahdu.

Disimpan suara itu.

Disimpan melodi itu.

Setelah cinta ini kau akhiri.


Dalamku memberontak.

Luaranku menangis.

Kaki cuba melangkah.

Tubuh tetap kaku.


Dan aku sedar.

Walaupun terlambat.

Tiada lagi lagu cinta.


Tiada lagi lagu cinta.

Daripadamu buatku.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.