Home Puisi Umum Penat
Penat
Wardina Safiyyah MS
16/2/2018 16:24:32
3,574
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Penat

 

Suatu malam

Dilontar satu nada

Yang seringkali didengari

“aku lelah”

 

Hati terlalu penat

Penat diperjudikan dunia

Menjadi boneka sering diperdaya

Dihumban kata kesat sehingga rebah mencium bumi.

 

Penat

Suatu tahap

Aku tidak mampu berkata

Terduduk hampa menanggung derita

Memohon kepada tuhan

Agar derita berhenti seketika

 

Jasad hampir mati

Terbelenggu dalam kotak sepi

Bilakah ini akan terhenti

Aku terfikir sendiri

 

Semakin hari tubuhku lelah

Aku penat badanku tenat

Menuggu kisah dunia kapankan tamat.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Wardina Safiyyah MS